topbella

Friday 6 June 2014

MEMORI CINTA KITA 26

YEAYYYYY!!!!! Akhirnya ian dapat upload gak bab MCK 26 ni. Maaflah dah dua bulan tak jengah blog. kesihatan diri tak mengizinkan.  Ian tahu ramai yang tanya bila nak update entry, ian betul-betul minta maaf kalau lama sangat menunggu.  insyallah selepas ini ian akan rajinkan balik diri meng 'update' entry.  Untuk peminat IHYMP minggu depan ian akan update entrynya.  Hope korang semua boleh tunggu.  Dan terima kasih atas comment dan sokongan kamu semua pada ian.  Sayang korang... sekali lagi sorry sebab dah berbulan x meng' update'....Love you...ian asynata.....


BAB 26

Sudah hampir  sebulan aku menjadi tunangan Abang Hafizul dan selama sebulan jugaklah aku jarang dapat berjumpa dia. Yelah kata Mak darah manis ni tak elok jumpa selalu, cepat panas.

Dalam masa sebulan ni belum banyak persiapan yang dapat dibuat.  Hantaran, gubahan dan sebagainya masih dalam proses pemilihan.   Tapi semuanya masih tetap terkawal. At the end of the day, harap semuanya dapat disiapkan dengan baik. 
Majlis perkahwinan aku dan Abang Hafizul hanya di buat sekaligus saja.   Tapi kami buat secara besar-besaran.  Maklumlah rumah sebelah menyebelah, jadi dapatlah jimat kos. Bagus kan dapat kahwin orang sebelah rumah je.

 So…kali ni aku akan gubah sendiri hantaran kedua-dua belah pihak.  Aku tak mahu orang lain yang buatkan.   Kalau buat sendiri lagi puas hati.  Aku suka hasil kerja tangan aku sendiri.  Aku turut menolak bila Abang Hafizul sekali lagi nak keluarkan duit untuk beli hantaran kami.  Segan aku nak terima duit dia kali ni.  Malu!  Yelah lagipun aku pun ada niat nak belikan sesuatu untuk bakal suami aku ni.   Sebab tu aku katakan kepada dia yang aku nak guna duit hasil titik peluh aku sendiri untuk beli barang hantaran tu.  Jadi nanti bila suami kita pakai barang yang kita beli tu, sejuk hati kita tengok dia. 

Tapi Abang Hafizul ni tak adanya nak dengar alasan aku, dia tetap nak belikan. Titik.  Tapi macam biasalah aku tentulah hebat pertahankan apa yang aku nak.   Abang Hafizul apalagi merajuklah dengan aku.    Dua hari lah sang teruna tu merajuk.   Mesej pun tak ada. Tak bercakap langsung.

Pada mulanya aku buat tak kisah je, tapi mak paksa aku suruh pujuk dia.  Kata mak tak baik buat bakal suami macam tu.   Hai laa…. jenuh jugak aku memujuk Abang Hafizul sampai terpaksa lah aku belajar masak kuih bakar kegemaran dia gara-gara nak memujuk.  Nasib baik jadi.   Yang lebih kelakar bila aku bagi je kuih bakar tu terus senyum sampai ke telinga.   Lepas tu siap kata lagi dah kahwin nanti kalau dia merajuk nak aku pujuk dengan benda lain pulak.   Mengada betul!  Bakal laki sape tu?

Tapi yang paling aku suka tentang Abang Hafizul, dia ni sangat prihatin tentang diri aku.  Dia selalu mesej atau telefon setiap hari, tanya khabar.   Aku betul-betul rasa terharu.   Dia cukup pandai mengambil hati aku.   Aku bahagia dengan Abang Hafizul.  Keyakinan aku untuk berkahwin dengan dia pun semakin kukuh.  Mudah-mudahan rasa ini akan berkekalan selamanya.

“Dik kau tak keluar ke petang ni?” tanya Along ketika kami duduk di ruang tamu.   Aku senyum pada Along.   Hari minggu macam ni Cuma Along saja yang balik.  Angah biasalah sibuk dengan kerja dia dekat KL tu.

“Tak…lagi pun nak pergi mana aje.  Kat pekan tu bukannya ada hiburan.  Bosan!”

“Ermm tu lah Along pun bosan jugak ni.  Hantaran-hantaran yang nak bagi dekat pihak lelaki tu, kau dah gubah ke?” tanyanya lagi.

“Belum lah, lambat lagi adik nak kahwin.  Ada yang masih belum beli lagi.  Tapi adik dah list kan semuanya.    Door gift pun dah survey dekat kedai.  Bulan depan settled lah kot”

“Wah! ekpress betul. Tak sabar lah tu nak kahwin ha ha ha.” gelak Along.
Aku menjeling tajam.  Dah mula lah tu nak menyakat aku.  Aku tidak mempedulikan Along.  Tanganku terus mencapai majalah hiburan diatas meja. Aku mula membelek setiap helaian majalah itu.

“Dik!”

“Ape?”

“Kau dah prepare mental dan fizikal belum nak kahwin ni?”

“Hah?”soalku pelik. Aku tak dapat tangkap maksud dia.

“Yelah dari segi tu ….”sengih Along.

Aku seakan faham sengihan dia.  “Eiiiiiii!!! tak senonohlah Along ni.  Bukak bab 18sx pulak.  Adik adu kat abah nanti baru tau.” Geramku.  Melampau betul pertanyaan dia tu.

“Alah adik ni sporting lah sikit.  Hafizul  tu rileks je bila bahas benda ni.  Lagi dia suka adalah, ha ha ha”
Berdesir mulut aku mendengarnya lelaki memang macam ni bab 18sx ni memang kegemaran diorang.  Malas aku nak berborak dengan Along tambah sakit hati lagi.  Karang dia bukak pulak cerita lain yang tak sanggup aku nak dengar.  Laju tanganku mencapai bantal dan membaling kepada Along yang tengah ketawa. Geram!!

“Aduh! Sakitlah, adik ni gurau pun tak boleh.  Kalau macam ni gaya nya memang patahlah pinggang Hafizul tu layan kau ha ha ha” gelak Along kuat.

“Along!!!!”jeritku geram. Aku terus laju membaling segala bantal dan majalah ke muka Along.  Makin menjadi-jadi pulak mulut dia ni.

“Okay, okay stop! Along gurau je lah, itupun nak marah.”

“Ape gurau-gurau tak ada benda lain ke nak buat gurau. Tak malu yek?”aku bercekak pinggang dan menjeling pada dia.

“Okay laah..Sensitif betul sejak dah bertunang ni. Along bukan ape nanti kalau adik dah kahwin mesti tak boleh luang masa dengan Along lagi. Mesti nak kena layan suami pulak. Tu lah yang Along nak kacau puas-puas nanti rindu dengan adik.

Sayu je aku dengar kata-kata Along, mulalah mata ni nak berair syahdu.  Along ni, time ni lah dia nak bukak scene Hindustan.  Memang banjir jugak rumah ni karang.
“Apelah Along ni bukannya kita tak jumpa lagi. Hubungan adik beradik tu takkan putus walau dah kahwin sekalipun lah. Satu lagi, adik bukannya pindah mana pun, sebelah rumah je.   Macam lah tak boleh jumpa lagi.”

“Aah yea… lupe pulak along yang laki kau tu sepupu kita he he he” Along mengaru-garu kepalanya.

“Entah along ni, tak pasal-pasal adikmu ni tangkap leleh.”geramku.  Terus pecah ketawa kami berdua gara-gara buat scene Hindustan tak berpengarah.  Memang hancur!

“Owh ye, kenapa sejak korang berdua bertunang, si Hafizul tu dah jarang datang rumah.  Korang berdua ni gaduh yek?” tebak Along.

“Apehal pulak nak gaduh, biasa je.  Merepeklah Along ni.”

“Habis tu kalau tak gaduh, kenapa dia tak datang lepak dekat sini.  Along ajak datang sini pun dia mengelak.”

“Alah mana dia nak datang sini.   Mak kan dah warning, kata tak elok jumpa selalu.   Nanti tak manis orang pandang.” aku membetulkan tebakan along tadi, pandai je buat andaian.

“Ooo.. patutlah.” Along mengusap-usap dagunya sambil menganggukkan kepalanya berulang kali.
Semacam je aku tengok gaya mengangguk Along tu.  Macam ada sesuatu je dalam fikiran dia. Jauh sekali pandangan mata dia tu.

“Adik, esok kita pergi Port Dickson nak tak?   Dah lama lah tak jalan-jalan.  Kita mandi laut sekali, mesti seronok kan.”

Berkerut-kerut dahiku memandang Along,  pelik. Tak pernah-pernah nak pergi PD, tiba-tiba je? Hmm…. Lagi satu sejak bila Along ni suka mandi laut?   Kalau Angah aku percayalah, sebab dia tu memang extreme sikit bab-bab ni.  Along ni pulak mandi kolam kanak-kanak pun boleh lemas inikan nak mandi laut.  Mengarut je dia ni!

“Sekejap, sejak bila Along suka mandi laut?  Bukan Along takut ke bab-bab air ni?”

“Huisyk…mana ada takut.  Along ni orang yang paling berani tau.  Pandai je kau kata Along penakut.  Tengok muka lah.”lagak  Along.

Aku mencebikkan bibir. Dah mula dah nak tunjuk bagus depan aku.  Macam lah baru hari ni aku kenal abang aku yang satu ni. Hisy!

“Sudah lah Along simpan je lagak yang kurang cerdik tu.  Macam lah tak ingat apa yang jadi masa mandi air panas Pedas tahun lepas, Along tu hampir nak lemas tau.  Nasib baik Angah ada, kalau tak dah arwah. 
  Dah jangan nak mengada-ngada, nanti apa-apa yang jadi bukan Along yang kena marah adik jugak yang kena.  Dah lah lupakan niat murni tu, duduk rumah lagi bagus.”

“Alah…tak semestinya mandi kan.  Kita jalan-jalan je lah.”bersungguh-sungguh Along mengajak.

“Tak nak lah nanti sun burn kulit.  Tak cantik pulak masa sanding nanti.  Lain kali lah. ” aku memberi alasan malas nak pergi.  Tadi ajak mandi, ni dah nak jalan-jalan pulak? Hisyk apa masalah abang aku sorang ni.  Buang tebiat apa?

“Alah kejap je bukan nak pergi lama pun.  Kita jalan-jalan je dekat situ.  Jom lah…bila lagi nak pergi.  Lagipun lepas ni adik dah kahwin, entah ada masa untuk along ke tak.” sayu je jawapan along.  Monyok je muka dia bila aku mengelengkan kepala.

‘Tak nak!”
“Please…for your brother.  I love you…” Adoi lemah jantung aku kalau dengar ayat Along ni. Sengaja mendera hati dan perasaan betul.  Time ni barulah nak cakap sayang segala bagai.  Memang tak boleh pakai punya abang.

“Yelah, yelah…tapi jangan lama sangat tau, banyak kerja ni.”aku memberikan persetujuan. Malas nak tolak lagi, mesti tak boleh elak punyalah.

“Okay . No hal!  Sayang adik…..” jerit Along sambil meloncat tiba-tiba.   Terkejut aku tengok muka semacam dia tu.   Lebar betul senyuman dia bila aku setuju.  Hai, dah kena penyakit hyper active ke abang aku ni?  Risau pulak aku tengok dia terloncat-loncat . Hisyk…
***************************************

ESOKNYA kami awal-awal pagi dah bersiap.  Aku hanya mengenakan baju t shirt dan seluar jeans denim sahaja.   Tak perlu bermekap lebih cukup sekadar sedap mata memandang aje. Along pun dah siap dari tadi .   Gaya pun santai jugak, tak kasual macam selalu.

Malam tadi sempat jugak aku mintak izin Abang Hafizul nak keluar dengan Along.   Yelah sejak dah bertunang ni segala apa yang aku buat semua aku bagitahu dia.  Maklumlah nak biasakan diri  dulu nanti bila dah kahwin senang, masing-masing dah tahu tanggungjawab sendiri.   

Alhamdulillah setakat ni Abang Hafizul mengizinkan aku pergi kemana saja.  Cuma semalam je entah apa angin dia, siap berpesan dekat aku jangan nak main mata dan mengoda dekat pantai.  Eiiiiiiiii!!!memang dia nak kena dengan aku. Gila betul lah ada pulak aku ni nak mengedik dengan lelaki.  Memang bukan stail aku lah semua tu.   Lainlah kalau dengan dia adalah jugak sebab aku nak mengedik.  Geram je aku dengar suara dia dalam telefon semalam, rasa nak flying kick je kaki dia.  Huh!

Aku pandang keluar tingkap kereta, signboard biru di tepi jalan menunjukkan arah laluan ke Teluk Kemang tidak jauh lagi.   Aku mengucap syukur kepada Allah S.W.T.  Sampai jugak aku menjejakkan kaki dekat sini.  Mengigil badan aku naik kereta, masih sejuk tangan aku.  Mana tak nya perjalanan yang memakan masa 45 minit ke Port Dickson dah jadi 25 minit gara-gara mat drift tak bertauliah sebelah ni yang buat jalan ni macam kat litar sepang.   Hampir nak terkeluar jantung aku menahan debar duduk dalam kereta.  

Sabar je lah dengan Along, dia ni macam tak fikir pulak yang adik dia nak kahwin tak lama lagi.    Karang si Hafizul tu duda sebelum kahwin pulak.  Buat aniaya je dekat anak orang kan…

 Kami sampai di Batu 8 Telok Kemang Port Dickson tepat jam 10 pagi.   Dekat sini memang ramai orang datang.  Selalu penuh kalau cuti sekolah.   Masa belajar kat Politeknik dulu rajin jugak aku dengan Fitriah lepak  dekat sini.  Biasalah lepak-lepak untuk menghilangkan stress belajar.    Rindu aku pada dia, agak-agaknya bilalah kami akan dapat jadi seperti dulu lagi.  Memikirkan  Fitriah buat aku jadi ingat pada Adam.  Hatiku mula terasa sayu.  Cepat-cepat aku halau perasaan yang mula resah.

“Kau kenapa Dik, tiba-tiba je muram?” soal Along, mungkin pelik tengok aku berdiam diri.

“Tak ada apalah.  Jom lah turun, kata nak jalan-jalan” ajakku sengaja mengelak dari pertanyaan Along tadi.

“Err…kejap yea, Along tunggu kawan ni. Kejap lagi sampai lah.”  Balas Along.
Berkerut dahiku memandang along.   Kawan? kawan ape pulak ni semalam kata nak spent time dengan aku ape hal pulak ada kawan mawan ni.

“Sejak bila pulak ada kawan ni, kata nak jalan dengan adik je.”geramku.

“Alah, apa salahnya ramai-ramai kan bagus.  Tunggulah kejap.” Along mengeluarkan telefon dan mula bercakap dengan seseorang.

“Wei aku dah sampai ni, kau kat mana?” soal Along pada suara dalam telefon.  Along kemudian keluar dari kereta meninggalkan aku.  Dia bercakap-cakap di luar kereta. 
Selang beberapa minit, Along masuk semula ke dalam kereta.

“Kejap lagi kawan Along sampai.”

 Aku pandang wajah Along di sebelah untuk meminta penjelasan.  Baru saja aku nak membuka mulut tingkap cermin di tempatku diketuk perlahan dari luar.

Tok! Tok! Tok!

Aku berpaling.  Terkejut aku tengok Abang Hafizul dekat luar kereta.   Dia tersenyum .   Tak sangka betul diorang berdua ni pandai buat plan.  Jelingan tajam aku berikan pada Along yang dah tersengih macam kerang busuk kat sebelah.  Aku mencubit paha Along. Geram!!!
Pintu kereta kemudian ditarik dari luar .  Aku melangkah turun dari kereta perlahan-perlahan.

“Adik nanti Hafizul hantar balik tau.  Along ada hal penting nak kena buat ni.   Jaga diri elok-elok jangan buat yang bukan-bukan pulak kat sini.” Sengih Along.  Mencerlung anak mataku memandang wajah Along, dia yang plan semua ni aku pulak yang kena.

“Jangan risaulah nanti aku hantar adik kau balik. Selamat punya.” balas Abang Hafizul.  Aku  diam malas nak cakap.  Sakit hati kena main macam ni.  Tak ape lain kali aku kenakan mereka pulak.  Tengok lah….
Kereta Along mula bergerak dan terus meninggalkan kami berdua di situ. Oppss…meninggalkan aku.  
Abang Hafizul tak masuk part pasal dia tak datang sekali dengan kami tadi.  So…tak ada kena mengena!

Aku menoleh melihat Abang Hafizul di sebelah. Wajah dia nampak berseri-seri saje sejak bertunang.   Kalah muka aku sebagai pengantin perempuan.  Abang Hafizul sepuluh kali ganda lebih menyerlah dari aku.  Hisykk…balik nanti aku kena buat spa muka ni.  Mana boleh bakal pengantin lelaki lebih over dari perempuan.  Tak boleh jadi ni! 

“Hai pandang abang macam nak telan je?” Abang Hafizul tundukkan mukanya untuk melihat wajah aku yang sibuk tilik wajah dia. Cepat-cepat aku berpaling.  Malu!

“Malu pulak dia.  Jom my bride to be…kita jalan kat tepi pantai dulu.” gentleman sungguh bahasa. Sweet je dia cakap.  

Aku pandang dia semula.  Perlahan aku menganggukkan kepala sebelum mengikut langkahnya di sebelah.
Aku dan Abang Hafizul berjalan berjalan beriringan menyelusuri tepi pantai.  Suasana yang damai dan tenang pada waktu pagi macam ni memang  menambahkan mood romantic bagi pasangan macam kami.  Ceh! Konon, memang perasan kau!

“Okay stop dulu, sekarang ni sayang pejamkan mata dulu.”suruh  Abang Hafizul tiba-tiba.

Aku menoleh pada Abang Hafizul, berkerut dahi aku memikirkan.  Kenapa nak pejam mata pulak?  Dia nak buat apa?

“Kenapa nak pejam mata?soalku tak puas hati.  Nampak sangat gen romantik memang tak ada dalam diri aku.

“Sekejap je sayang…errr ada surprise untuk sayang.”  Abang Hafizul tersengih-sengih memandang aku.
Sejuk je hati aku dengar pangilan sayang tu.  Panggil lagi boleh tak?  he he he.

 “Surprise ape?”tanyaku lagi.  Tak puas hati kalau dia tak cakap terus terang.  Mula lah hati aku ni risau semacam.

“La…bukan surprise lah kalau bagi tahu.” Abang Hafizul cuba mencuit sedikit hidungku.  Aku mengelak.

“Alaaa….tak bestlah.  Tak nak lah…” Aku memuncungkan mulut. Protes.

“Hah, tengok, buat muncung itik pulak.   Nanti abang kiss kat sini baru tau.”  

 Bulat mata aku mendengar.  Cepat-cepat tanganku menekup mulut. Takut aku, bukan boleh percaya dia ni. Diri sendiri pun aku tak percaya apa lagi orang.

“ Hah, tahu takut.   Ermmm…” Abang Hafizul menundukkan mukanya kemudian berbisik di telingaku.

“ Kalaulah sayang dah halal bagi Abang sekarang ni, bukan saja nak kiss lebih dari itu pun abang nak buat.” Abang Hafizul terus menutup mataku dengan sehelai kain. 

Aku yang masih terkejut dengan bisikan dia tadi lantas memegang tangan dia yang sedang mengikat kain yang menutup mataku.

“Abang…” rengekku manja.

“Sekejap je..sabar ye nanti mesti sayang suka.” Abang Hafizul menarik hujung lengan bajuku mengikut langkahnya.

Aku menanti debar kemanalah Abang Hafizul nak bawa aku ni.  Aku cuba mengapai-gapai tangan yang satu lagi kot-kot dapat taw ada kat mana.  Macam orang buta je aku rasa. Tapi rasa romantic, he he he

“Sayang hati-hati! ada batu tu.” Abang Hafizul segera menarik hujung bajuku agar lebih dekat dengannya.  
Aku tersipu-sipu sambil menundukkan muka. Hai laaa…tak nampak pulak muka dia.

“Malu ye.?” tanya Abang Hafizul padaku , mungkin dia perasan wajahku agak kemerahan sedikit.

“Mana ada.. Panaslah, dah ke belum ni? sakitlah mata asyik pejam je.” Bisingku, mengelak dari soalan dia tadi.

“Dah nak sampai dah.. Kejap ye sayang.” Abang Hafizul menarik hujung bajuku, cuba memimpin aku mengikut langkah dia.

“Okey dah sampai pun kita akhirnya.   Kejap Abang buka ikatan ni tapi sayang jangan buka mata dulu tau”

“Yelah, yelah cepatlah. Lama lagi ke?  Sakit mata ni.” bising mulutku.
Abang Hafizul melepaskan ikatan kain yang disimpul di kepalaku.   “ Now… open your eyes my dear.” Bisik suaranya di telingaku.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Cahaya mentari yang menyinar menyilaukan pandangan mataku. Terpejam celik aku membuka mata setelah seketika barulah mataku terbuka luas.  Subhanallah! Cantiknya laut bila pantulan matahari memantulkan cahayanya kelihatan seperti padang pasir yang luas.  Tanpa sedar bibirku melebarkan senyuman.  Dalam hati tak habis-habis memuji kebesaran Allah S.W.T. 

“Sayang, cantikkan keindahan yang Allah berikan ni.  Bertuah kita dapat melihat dan merasa semua ni.” Aku menoleh dan senyum pada Abang Hafizul, sedikit tersentuh dengan kata-katanya.  Aku pandang kea rah laut.

“Cantik memang cantik tak puas mata memandang.  Rasa tenang dan damai.  Terima kasih, sebab sudi bawa Tizz ke sini.” Ucapku penuh terharu.

 Abang Hafizul menoleh padaku.  Dia memusingkan bahuku menghadapnya.  Matanya tepat memandang anak mataku. Aku terkaku.

“ Abang pun tak puas memandang sayang, rasanya tak sabar menunggu hari bahagia kita.” Aku terus menundukkan muka tak sanggup nak pandang mata dia yang menikam jiwa itu.  Kenapa dia romantik sangat hari ni.  Jantung aku dah rasa semacam pulak, silap hari bulan boleh jatuh dekat sini.

“Ermm…sayang malu ye?   Sayang nampak cantik sangat bila malu macam ni.” Abang Hafizul mengangkat kening dan berbisik di telingaku.

 “Tak sabar abang nak tengok muka sayang masa malam pertama kita. Malu macam ni jugak ke?” Aku ternganga mendengarnya.  Kaku sekejap badan ni.    Abang Hafizul ketawa kuat, dia menjauhkan badannya dari aku.

Aku memalingkan badan malas nak tengok muka dia. Merajok!

 “Alah janganlah macam ni, gurau pun tak boleh.  Senyum sikit sayang, abang gurau je lah.  Saja nak gurau senda dengan tunang abang ni.”

“Gurau-gurau..pergi surau lah.” geramku.   Aku kemudian tersenyum bila terlihat wajah comel Abang Hafizul memujuk.  Tak jadi marah, sejuk terus hati ni.

“Jom my bride to be kita dating kat sana pulak.  Special punya!” ajak Abang Hafizul dia menarik bajuku menuju ke satu kawasan lapang di bawah pokok besar.  Ada hamparan tikar dan bekalan makanan sudah siap di sediakan di situ.

Ternganga mulut aku, bibirku menguntumkan sedikit senyuman. ‘Romantiknya piknik dengan bakal suami.’ suaraku dalam hati.  Agaknya macam ni lah rasanya bila disayangi.  Memang bahagia
Kami menapak perlahan-lahan menuju ke situ.   Aku dan Abang Hafizul duduk bersila diatas hamparan tikar tadi.

“Kenapa tiba-tiba nak piknik ni? Bila abang buat semua ni?”  soalku padanya.  Sempat pulak dia sediakan semua ni.  Macam tak percaya je.

“Saja je. Rindu! dah dekat sebulan tak jumpa sayang.  Bila dah bertunang ingatkan boleh lah selalu jumpa.  Rupanya lagi tak boleh!  Banyak sangat pantang larang.” omel Abang Hafizul.  Nampak sangat dia pun tak suka ikut pantang larang keluarga kami.

Aku ketawa melihat wajah dia yang tak puas hati.  Kemudian aku baru tersedar sesuatu.
 “Abang habislah kita kalau semua orang tahu kita jumpa dekat sini.” risauku pada dia.   Abang Hafizul rileks je muka pandang aku.

“Jangan risaulah Along dah tolong kita. ‘Baik’ punya plan tau! Nanti time dah dekat sampai rumah,  kita call lah Along.    So …. dia akan berpura-puralah bawak sayang balik rumah.   Tak nampaklah sayang keluar berdua dengan Abang.”

Aku mengelengkan kepala berulang kali.  Tak percaya!   Pandai betul abang ipar dan adik ipar ni buat rancangan.  Sungguh tak boleh pakai!

“Sayang.. …”panggilnya, aku pandang dia. Dia senyum pandang aku.

"Ada apa?”

“Tak ada apa.”balasnya sambil ketawa kecil.   Aku mengelengkan kepala, nakal betul dia ni.

“Sayang….”panggilnya sekali lagi. Meleret bunyinya.

“Nak apa?”soalku malas.

“ I love you so much.” luah Abang Hafizul tiba-tiba. Matanya bersinar memandang wajahku.

Aku yang sedang memandang dia terus terkedu dengar luahan itu.   Berani mati tu beb! Aku tak sedia apa-apa pun nak balas balik.

“Err…” aku tergagap-gagap . Ape nak cakap ni wei!

Abang Hafizul tergelak melihat reaksi aku. Dia pandang mukaku.  Senyuman tak pernah lekang dari bibirnya.
Aku tunduk.  Terdiam tanpa kata.  Aku tak tahu kenapa berat mulutku untuk mengungkapkannya. 

“Sayang.. tak apa take your time nanti bila kita dah kahwin abang nak dengar dari mulut sayang pulak. 
Hari-hari kalau boleh.” Abang Hafizul senyum nakal padaku.

Aku telan air liur. Hari-hari? Lain macam je maksud senyuman dia.

“Insyallah…”ucapku perlahan.  Syukur sangat sebab dia tidak memaksa aku. Dia betul-betul dapat memahami fikiran aku.

“Nah minum air ni.” Abang Hafizul menghulurkan air kotak laici kepadaku.

“Terima kasih.” Aku ambil air laici dan menyedutnya

“ Terima kasih je?  peluk cium tak ada ke?”dia kenyitkan mata. 
Tersedak terus air laici aku minum bila dengar ayat dia.  Gatal! “Ada ada, ni nak!” Aku terus membaling pasir ke mukanya. Geram!

“Aduh! ganasnya tunang abang ni. Pedih mata ni.” Abang Hafizul mengosok matanya. terpejam celik dia.  Teraba-raba tangannya.

Aku terkejut lantas menarik tangan dia dan melihat ke dalam anak matanya. Uisyk…naya kau Tizz buta laki kau karang!

“Bukak mata tu biar Tizz tiup.” Aku meniup mata Abang Hafizul perlahan-lahan.

“Okey tak.” soalku risau.

“Ada lagilah. Mata ni pun sama.” Abang Hafizul menunjuk matanya yang satu lagi. Aku segera menghembus mata yang satu lagi.

“Dah okey?” tanyaku sekali lagi.   Risau kalau jadi apa-apa, macam mana aku nak jawab dekat Mak Lang.  Mesti kena marah nanti dengan mak.  Abang Hafizul ni kan menantu kesayangan mak.  

Bibirku terus menghembus matanya.  Aku mengosok-gosok perlahan  matanya.  Aku perasan seperti ada riak nakal di situ.

“Okey tak mata ni?”soalku sengaja.  Aku yakin mesti dia sengaja nak main-mainkan aku.

“Entahlah. macam tak nampak je dah ni.” Abang Hafizul teraba-teraba tangannya seperti orang buta.

 Geramnya aku tengok wajah tak bersalah dia tu.   Takkanlah masuk pasir sikit dah buta terus. Melampau punya statement!

Aku tersenyum  sinis.   Idea sudah datang dekat kepala. Siaplah kau bakal suamiku!

“Aduh! Abang,  jari Tizz ni lukalah tercucuk kaca kat pasir tadi agaknya.” Aku berpura-pura menjerit kesakitan.

Abang Hafizul terus membuka matanya. “Mana yang luka?” Abang Hafizul menilik kesemua jariku. Cemas!
 Aku tersengih dapat mengenakan dia.   Abang Hafizul seperti tersedar.

“Tak baik tipu suami. Berdosa!” dia tolak tanganku ketepi.  Muncung bibirnya.

“Eleh.. dia tipu kita dulu kita tipulah dia balik.” Aku membantah tidak puas hati.

“Mana ada tipu, betul lah mata ni masuk pasir. Bini abang ni lah ganas sangat.  Macam manalah kahwin nanti mahu abang tak tidur malam dibuatnya ha ha ha.” mencerlung mataku memandangnya. Bab 18sx!  Mesti belajar dari Along ni!

“Eiiii!!! gatal!!.” terus aku mencubit lengannya. Biar sakit!

“Sakitlah sayang…” Abang Hafizul mengosok lengannya yang terkena cubitan tadi.

“Padan muka abang suka sangat sakat kita.”jelingku.

Abang Hafizul bangun dan duduk dekat sedikit dengan aku.  Kami sama-sama duduk menghadap kearah laut.  Masing-masing diam tanpa sepatah kata.  Hanya pandangan dan senyuman bahagia menghiasi bibir kami berdua.  Suasana di pantai betul-betul mendamaikan.

“Sayang boleh tak cuba biasakan diri dengan panggilan sayang tu.  Abang tak mahu sayang sebut nama lagi. Boleh kan?” Pintanya tiba-tiba.

Aku diam.  Macam mana ni?kelu lidah aku nak sebut sayang-sayang tu.  Rasa semacam pulak.  Adoi!!

“Sayang?”tegur Abang Hafizul bila melihat aku diam.

“Insyallah….Tizz errrr….sayang cuba.”angguk tergagap.  Meremang tangan bila aku sendiri yang sebut.

Abang Hafizul tersenyum lebar mendengarnya.  Kami sama-sama terdiam dan kembali semula memandang ke arah pantai.

“Sayang..ermm bahagia tak dating dengan Abang hari ni?”

 Aku senyum mendengar soalannya.   Mataku masih pandang kearah laut.

“Bahagia sangat.  Terima kasih Abang sebab sudi buat semua ni.  Macam ni barulah dinamakan dating, kalau tak abang tu bawak kita pergi Mall je beli barang.  Tengok wayang pun tak pernah.”  Omelku.  Saja nak lepaskan perasaan yang terbuku di hati kononnya he he he.

“Oooo…Jadi selama ni keluar dengan Abang tu bukan dating lah ye?  Habis tu kenapa nak ikut abang kalau tak suka pergi Mall?” sindir Abang Hafizul.

Aku muncungkan mulut sambil pandang dia.  Idea nakal mula masuk fikiran.
“Errr…. itu bukan dating tu,  sebenarnya…itu err… itu taktik nak memunah duit abang! Ha! Ha! Ha!.” Aku membaling pasir sekali lagi tapi kali ni tepat pada badan dia.  Aku terus bangun dan berlari jauh ke tepi pantai.

“Sayang!!… you are so naughty!!!” jerit Abang Hafizul sebelum mengejarku dari belakang.  Aku pantas berlari.  Termengah-mengah nafasku.
Kami berlari sekeliling pantai lebih kurang 10 minit.  Abang Hafizul masih tetap mengejar aku dari belakang.  Dan dia semakin rapat menghampiri aku.

“Okay, okay Tizz mengaku kalah.”aku berhenti berlari setelah penat dikejar Abang Hafizul.  Laju betul dia kejar aku.  Tak penat langsung muka dia.

“Oooo..nakal ye suka kenakan orang.  Tu lah akibatnya, tak pasal-pasal dah semput.”gelak Abang Hafizul.
Aku duduk diatas pasir. Penat.

“Mana ada semput, penat je lah.”aku menarik nafas, lega dapat duduk.

“Penat lagi?”tanya Abang Hafizul yang masih berdiri.  Aku mengelengkan kepala.

“Abang jom kita pergi dekat gigi air tu.  Rasa nak main air lah.” Ajakku, teruja nak cecah-cecah kaki kat air laut.

“Malaslah, nanti basah baju.  Lagipun abang ajak piknik je dekat sini bukan main air.  Dah jom balik tempat tadi.  Penat abang buat semua tu tadi tau. Cepatlah.”

“Alah boleh lah eak?  Please….”aku melekapkan kedua-dua tapak tangan.  Buat muka sedih merayu dia.

“Yelah-yelah, tapi jangan masuk dalam air pulak.” Aku meloncat gembira.  Laju kakiku berlari ke gigi air.   Yeay! Dapat main air, seronoknya….

“Abang meh lah sini, celup kaki tu dekat air ni, marilah.”ajakku bila tengok Abang Hafizul hanya berdiri dekat tepi memerhati aku.

“Tak nak lah, lagipun abang allergic dengan air masin.  Ruam-ruam badan nanti.”tolak Abang Hafizul. 
Aku mengangguk, tak tahu pulak dia ni allergic air masin.  Patutlah selama ni dia tak nak mandi laut bila ajak.  Tizz Alisya kau kena ingat semua tu, senang bila kahwin nanti kan.

Setelah puas bermain air sorang diri, aku berlari semula ke arah Abang Hafizul yang sedang duduk di tempat perkelahan tadi.  Aku mengeluh kepenatan.

“Penat?”

Aku mengangguk.  Abang Hafizul mengeluarkan sapu tangan biru laut dari kocek seluarnya dan memberikannya padaku.  Aku pelik.  Abang Hafizul tersenyum lihat aku yang masih kaku.   Dia kemudian terus mengelap peluh di dahiku dengan tuala tadi. 

Aku tergamam.  Erk!

“Terima kasih.”aku mengelakkan muka.  Segan pulak nak dilap bagai.  Macam aku ni kereta pulak.

“Sama-sama.” Balasnya.  Kami terdiam.  Masing-masing macam tak tahu nak cakap apa lagi.

“Jom lah kita balik. Nanti mak risau pulak .”ajakku, rasanya dah terlalu lama kami berdua duduk dekat sini, karang lama-lama risau pulak mak kat rumah tu.

Abang Hafizul mengangguk bersetuju. Aku membantu Abang Hafizul mengemas semua barang-barang tadi dan bergerak menuju ke tempat parking kereta.
********************************************

“Nak pergi makan dulu tak?”soal Abang Hafizul padaku ketika kami berdua berada didalam kereta. 

Aku mengelengkan kepala padanya. “Kenyanglah makan sandwich tadi.  Lain kalilah.”tolakku.  Tak ada tempat lagi nak masuk dalam perut ni, betul-betul kenyang aku makan tadi.

“Betul ni dah rasa kenyang?  Nanti sakit perut pulak.” Tanyanya penuh prihatin.
Aku pusingkan badan menghadap dia terharu tengok Abang Hafizul ambil berat pada aku.  Bertuah badan!

“Betul…En tunang, saya dah dah kenyang sangat makan sandwich  tadi.  Pandai orang yang membuatnya.  Sayang suka sangat, nanti buat lagi lagi eak. So..sekarang lebih baiklah kita balik rumah, takut mak bising pulak.”

Abang Hafizul  ketawa bila dengar jawapan yang keluar dari mulut aku.  Mungkin kerana aku dah mula guna perkataan ‘sayang’ sebagai kata ganti diri atau aku sebut ayat tu satu-satu.


“Okaylah sayang…Jom kita balik.” Abang Hafizul turut mengajuk cakap aku.   Kereta mula meluncur laju meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

4 comments:

Unknown said...

Best rindu filer

FΔ ĐH said...

Lama da tak singgah bila da singgah ada jugak entry ni, finally lepas ni IHYMP ye kak ian rindu sangat curious nak tau apa jadik ngan mr.playboy ni ^…^

Ian asynata said...

Hhahhahhha...okay

Unknown said...

bile nak continue...tak sbr nak tau ape jd kat adam and that mr playboy tu...

Post a Comment

About Me