BAB 3
Setelah berbelas jam berada di dalam Kapal Terbang Mas A308, akhirnya aku sampai juga di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Hatiku melonjak gembira. Setelah empat tahun di perantauan akhirnya
aku kembali semula di negara asalku.
Aku bergegas ke tempat imigresen untuk melakukan pemeriksaan
rutin bagi setiap penumpang yang baru keluar dari pesawat. Kemudian aku berjalan pula ke Balai Ketibaan
untuk mengambil beg-beg pakaian dan
barang-barang lain di tempat bagasi. Akhir sekali barulah aku ke tempat pemeriksaan
kastam pula
Memang memenatkan
tapi demi keselamatan semuanya harus
diikuti. Setelah selesai semua urusan,
barulah aku menuju keluar ke pintu utama sambil membawa troli yang sarat. Mataku
mula melilau-lilau mencari seseorang.
Aku tersenyum sebaik saja keluar dari pintu utama. Papa
dan Abang betul-betul sedang menunggu aku diluar pintu. Aku melambaikan tangan dan segera menolak
troli mendekati mereka.
“Rindunya!!!!” jeritku, aku terus memeluk papa. Air mataku mengalir keluar tanda kegembiraan.
“Tolonglah Dik! kau
jangan nak over boleh tak. Baru bulan
lepas papa dengan aku pergi konvocation kau dekat London. Nampak sangat poyo lakonan kau tu.” Sampuk
abang. Dia menjuihkan mulut melihat aku
yang menangis teresak-esak di pelukan papa.
Aku meleraikan pelukan, bibirku mencebik melihat abang. Choi punya abang tak boleh aku nak feel sikit. Sibuk cantas perasaan aku.
“Biarlah…alah tahu sangat, ni mesti abang jeles kan tengok
adik dah balik. Lepas ni tak bolehlah
abang nak bermanja dengan papa lagi kan.”
“Tak kuasa aku. Ingat
abang ni budak-budak lagi ke. Tak heran
lah. Adik tu yang manja dekat papa nak
cakap abang pula.”
Aku mencebik.
Biasalah aku dengan abang kalau jumpa tak gaduh memang tak sah!
“Sudah-sudah, kamu berdua ni bila jauh tak berjumpa sibuk
bertanya khabar. Bila dah dekat macam
ni asyik bergaduh je. Tak faham papa tengok kamu adik beradik ni.” Sampuk papa.
Hah tengok papa pun faham perangai kami, he he he.
Aku dan abang berpandangan. Akhirnya
kami tertawa . Kami sama-sama memeluk papa. Hubungan
aku dan abang memang sangat rapat. Maklumlah kami cuma dua beradik saja. Hanya dialah tempat aku berkongsi segalanya
selepas papa. Walaupun kami sering tak sependapat tapi abang
seorang yang sangat memahami ,dia juga selalu melindungi aku dari segala macam
masalah. Cuma itulah ada masanya kami
selalu juga bertegang urat. Yelah lautan mana yang tak bergelora kan. Hubungan aku dengan abang ni boleh dikategori
macam gaduh-gaduh manja gitulah. Kelas
kan!
“Dah tak payah kamu berdua nak buat drama pulak kat KLIA ni.
Buat malu je muka. Jom kita balik. Pak Mat dah lama tunggu dekat kereta tu.” Ajak
Papa.
“Lah… Pak Mat dan Mak Jah masih kerja dengan papa lagi?”
tanyaku riang. Pak Mat dan Mak Jah
merupakan pekerja papa yang paling lama bekerja sejak aku kecil lagi. Aku sudah menganggap mereka berdua seperti
ibubapa aku sendiri.
“Yelah…lagipun papa lebih senang dengan mereka. Mereka tu dah macam ahli keluarga kita jugak
kan.”
“Aah Mia pun tak sabar nak jumpa mereka. Lebih-lebih lagi Mak Jah. Tak sabar nak makan masakan dia. Rindu
giler.” Aku memejamkan mata membayangkan keenakan masakan yang dimasak Mak Jah.
“Alah Dik, kau nak taw gara-gara kau balik ni Mak Jah
awal-awal pagi lagi dah siap berdetung-dentang memasak kat dapur tadi. Katanya nak masak rendang ayam kegemaran
kau. Sampai aku dengan papa makan roti
je sarapan tadi taw.” Sampuk abang.
Aku ketawa. Tak
sangka Mak Jah masih ingat segalanya tentang aku. Terharunya.
“ Dah tu cepat gerak abang, kesian adik kamu ni dah penat
nampaknya. Mari Mia” ajak Papa.
Aku mengangguk riang. Tak sabar nak balik rumah. Home sweet home
“Eh kejap!” Aku
berhenti tiba-tiba.
“Kenapa Dik, kau ada tertinggal barang ke?” Tanya Abang
risau. Papa turut sama memandang aku.
Aku memandang kiri dan kanan kemudian tersengih. Jari
kelinking aku angkat.
“Nak pergi ladies jap he he he.”
Papa mengelengkan kepala. “Pergi cepat ingatkan apa lah
tadi. Perangai tak berubah suka buat
orang terkejut.”
Aku tersengih.
Aku berlari perlahan menuju ke ladies yang tak jauh dari
sana. Setelah selesai aku keluar semula mencari papa dan abang. Fuhh! Jauh betul duduk menunggu aku. Susana yang agak sesak dengan orang membuatkan aku berasa rimas. Rasa pening menaiki kapal terbang masih belum
hilang. Cepat-cepat aku berjalan ke arah papa dan
abang.
“Ouch!” bunyi suara
garau dari hadapan. Alamak! Aku terlanggar
orang ni!
Aku mendongakkan kepala untuk melihat orang yang aku langgar. Berderau darah aku melihat wajah
dihadapanku.
Dia juga tergamam memandang aku. Suasana bagaikan senyap seketika. Masing-masing tidak tahu hendak mengucapkan
apa. Alamak! Dalam banyak-banyak manusia
kat Airport ni kenapalah lelaki ni yang aku harus langgar. Hisykk spoil mood betul lah!
Aku menelan air liur. “Maaf tak sengaja.” Ucapku
perlahan. Aku menundukkan muka sekejap.
Dia diam memandangku.
Matanya bulat seolah-olah terkejut melihat aku yang berada di hadapannya. Aku jadi kurang selesa melihat dia yang
masih berdiam diri.
Aku mula bersuara.
“Mmmmm… Hai awak. … Bye awak.” Aku segera berpaling
meninggalkan dia. Entah apa yang aku
mengarut nak cakap. Lebih baik aku pergi,
karang jadi ke lain pulak. Langkah aku atur laju. Langsung
tidak menoleh ke belakang.
Lantaklah lagipun aku tak kuasa nak berlama-lama menghadap Si Mr Playboy
tu. Menyampah aku rasa, walaupun dah
empat tahun berlalu tapi entah kenapa aku masih belum melupakan peristiwa yang
terjadi. Yang lebih menakutkan kenapa
hati aku masih berdebar-debar melihat dia sedangkan hampir empat tahun aku tak
pernah berjumpa dia.
Aku memegang dada menahan gelonjak perasaan di hati.
“Dah sudah?” tegur
abang sebaik saja melihat aku berdiri tegak dihadapannya.
Aku segera
mengangguk.
“Jom….. Mia dah tak
sabar nak balik.” Ajakku cepat. Risau
kalau lelaki tadi tiba-tiba muncul di depan keluargaku.
Aku berjalan perlahan sambil memeluk erat lengan papa. Sempat juga mataku melilau mencari kelibat
lelaki tadi. Tiada.
Aku menarik nafas lega.
Kami berdiri di luar Pintu Balai Ketibaan , sebuah kereta
Mercedes Benz C-Class berwarna putih
berhenti dihadapan kami.
Pak Mat pemandu kami keluar dari kereta. Mulutku laju saja bertanya khabar kepadanya. Tanda
menghormati dia yang lebih tua. Abang pula sibuk memasukkan beg-beg dan
barang-barang aku di bonet belakang.
Mulutnya tak habis-habis bertanya jika aku ada membelikan oleh-oleh
untuk dia.
Setelah selesai kami menaiki kereta dan mula bergerak meninggalkan
KLIA menuju ke rumah. Sepanjang
perjalanan mulutku tak berhenti berceloteh bertanyakan itu dan ini kepada papa
dan abang. Rasa gembira mula merajai hatiku. Now I’m back!
***************************************************
Sampai saja di rumah aku disambut dengan penuh meriah oleh
Mak Jah. Aku segera memeluk Mak Jah
erat. Mak Jah sibuk melayan aku di meja
makan. Segala makanan dimasaknya hari
ni. Aku apalagi bedal lah bukan senang
nak rasa semua ni masa belajar dulu. Maklumlah duduk negara orang, ni selera
pun terpaksalah tukar ikut menu yang ada. Nasib!
“Ni Mia tambah nasi ni lagi.
Rendang dengan ikan tu ambil lah lagi.” Mak Jah menghulurkan nasi dan
lauk pauk kepadaku bila melihat aku yang sudah tersandar kekenyangan.
“Dah-dah cukup.
Kenyang dah ni. Nanti pecah pulak
perut ni.” Tawaku. Tangan laju mengusap perut.
Alhamdulillah….
“Alah pecah perut konon.
Dah masuk empat kali tambah baru terfikir nak pecah perut” sindir abang.
Mak Jah, Pak Mat dan Papa ketawa. Melihat wajahku yang kekenyangan.
“Eeeeiii abang ni! Sibuk je!” aku menjeling sekilas pada
abang yang tak habis hendak menyakat aku.
Abang ni kalau dilayan bercakap tak kan habis ada saja yang dia nak
kenakan aku.
Setelah selesai makan aku
terus meluru naik masuk ke bilik yang telah lama kutinggalkan sekian
lama. Sebaik saja kaki melangkah masuk
aroma wangian lavender menerjah masuk ke hidungku. Aku menghidu kesegarannya.
Tak banyak perubahan dalam bilikku. Semuanya tetap sama. Aku menarik pintu gelangsar dan keluar ke
balkoni. Pemandangan indah bukit di
Gita bayu mendamaikan bagi sesiapa yang memandangnya. Mataku memandang ke bawah memerhati setiap
inci taman di tingkap bawah. Semuanya
baru dan cantik. Mesti
Pak Mat dan Mak
Jah yang menjaga dan merawat pokok-pokok di taman. Tak sabar rasa nak melepak dekat gazebo yang
berdekatan dengan air terjun buatan tu.
Nampak menarik kalau lepak-lepak kat situ. Tentu lena tidur kat situ. Aku tersengih.
Lamunanku terhenti tatkala bunyi ketukan kuat dari luar
pintu. Aku bergegas masuk ke bilik dan
membuka pintu.
“Hah baru nak bukak pintu, dari tadi abang ketuk. Tidur ke ape?” soal abang sebaik saja aku
membuka pintu.
“Alah orang kat balkoni tadi tak dengar sangat. Kenapa ?” soalku hairan melihat abang yang
nampak lelah saja.
“Ni barang-barang kau ni.
Tak reti nak bawak masuk bilik.
Penat taw abang angkat tadi.”
Hampir saja aku menepuk dahi. Boleh lupa pula nak angkat beg tadi naik
atas. Nasiblah abang kesayangan aku ni
tolong. Kalau tak mahu pengsan aku ulang-alik angkat.
Aku tersengih.
“Dah tak payah nak buat muka kerang busuk tu, tak wangi
taw. Ni apa yang adik isi dalam beg ni berat betul. Patah
pinggang abang.” Soal abang sambil merenggangkan urat-urat pinggannya. Dramatik betul lagaknya!
Aku segera menarik beg-beg tadi masuk ke dalam bilik. Aku
membuka sebuah beg yang agak besar sedikit dari yang lain.
“Nah untuk abang.” Aku menghulur sebuah botol minyak wangi
Cool Water Summer Davidof limited edition kepada dia.
Bulat mata abang melihatnya.
“Gempaklah! tahu aje
adik yang abang ni memang suka kumpul minyak wangi .” Teriak abang sambil memeluk kotak minyak
wangi.
Aku mengelengkan kepala melihat abang yang serupa
kanak-kanak mendapat gula-gula. Tahu sangat dengan perangai abang yang memang
suka mengumpul minyak wangi limited edition.
Bukan calang-calang harga tu! Lebih beribu pun dia sangup. Asalkan Limited edition. Kalah perempuan taw!
“Bukalah cuba bau. Kita
test, spray sikit” Ujarku nak jugak bau macam mana minyak wangi ni. Maklumlah masa beli dengan Charles hari tu
aku main aci rembat je. Janji LIMITED
EDITION!
"Tak payahlah....sayang nak membazir. Malas!" Abang memeluk erat-erat kotak minyak wangi itu.
Aku mencebik memandang gaya dramatik abang , kedekut betul.
"Tak payahlah....sayang nak membazir. Malas!" Abang memeluk erat-erat kotak minyak wangi itu.
Aku mencebik memandang gaya dramatik abang , kedekut betul.
Laju saja tangan aku merampas kembali kotak tadi dan membuka terus penutup botol
minyak wangi aka edisi terhad ni. Berebut-rebut aku dengan abang. Aku menepis tangan abang dan ketawa.
Cepat -cepat aku tekan punatnya. Zass…laju haruman minyak wangi Cool Water Summer Davidof ini memenuhi ruangan bilik. Aku cuba menghidunya.
Cepat -cepat aku tekan punatnya. Zass…laju haruman minyak wangi Cool Water Summer Davidof ini memenuhi ruangan bilik. Aku cuba menghidunya.
“Yuckss! Kuatnya bau. Hisyk pening kepala.” ujarku segera
menutup hidung. Minyak cap kapak di sisi
meja katil laju aku capai. Hmmm…. lega.
Abang ketawa melihat aku menutup hidung. "Padan muka,balasan merampas orang punya. Dah bagi main rampas-rampas pulak."
Aku menjelirkan lidah pada abang. Menyampah!
Abang ketawa melihat aku menutup hidung. "Padan muka,balasan merampas orang punya. Dah bagi main rampas-rampas pulak."
Aku menjelirkan lidah pada abang. Menyampah!
“Hmmm...Ok je Dik…. Ermmm….standardlah bau minyak wangi
lelaki macam ni. Ini barulah lelaki sejati. Masculin gitu he he he.” Ujar abang bangga sambil menghidu bau minyak wangi tadi.
Terus berdiri aku sambil bercekak pinggang memandang abang.
“Masculin konon…kiranya dah hebat sangatlah tu. Kalau betullah abang tu power ,awat sampai sekarang sorang awek pun tak lepas.” Sindir
aku. Pelik aku dengan abang yang sampai
sekarang masih tak punya girlfriend.
Abang dahlah putih, tinggi pulak tu! Cukup pakej sebagai lelaki. Ermmm….nak kata pernah putus cinta tak
pulak. Takkanlah? Isykkk simpang!!
Aku mengangkat kening sambil memandang wajah abang atas
bawah.
“Choi! Jangan nak fikir ke lain
pulak. Abang straight okay.” Potong abang
cepat, tanda faham maksud aku.
Aku menghela nafas lega. Nasib baik….. Terus aku duduk diatas katil menghadapnya.
“Dah tu kenapa tak ada girlfriend
lagi. Abang cerewet sangat ke?” soalku
lagi. Yelah kalau nak diikutkan perangai abang aku ni adalah sedikit
fussy. Semua nak perfect. Complete perfect! Pening jugak kalau dilayan.
“Entah. Bagi abang jodoh tu Allah yang tentukan. KUN
FAYA KUN, maka Dia berkehendakkan maka jadilah Ia. Jadi abang berserah je. Manalah tahu bila sampai masanya nanti
tiba-tiba je abang jumpa gadis yang tepat, terus je abang ajak kahwin tak payah
tunang-tunang ni. Senang.” Ujar abang
panjang lebar.
Aku mengangguk mengiakan. Agaknya abang macam papa jugak nak setia pada
yang satu. Bertuahnya gadis yang akan menjadi milik abangku nanti. Cemburunya aku.
“Adik tu bila lagi nak
kahwin. Charles tu tak nak masuk
meminang ke? ” Bulat mata aku mendengar soalan abang. Apa kes masuk Charles ni?
“Hisyk merepek je abang ni. Adik dengan Charles tu BFF taw Best Friend
Forever. Mana ada heart feeling taw.” Balasku.
Aku segera menuju ke Almari konon-konon mengemas baju mengelak dari soalan
maut abang.
“Yelah tu…BFF. Hari tu jumpa masa convocation, melekat je
korang berdua. Charles tu nampak macam
suka je kat adik. Papa pun macam bagi
green light je abang tengok.”
Terdiam aku. “Kitaorang kawan
jelah abang ni. Lagi satu Charles tu bukan
satu agama dengan kita. Tak naklah nanti
masuk islam semata-mata nak kahwin. Tak
berkat.” Jelasku. Perbezaan agama itu
yang membuatkan aku tidak menaruh harapan tinggi terhadap Charles. Bagiku berkawan lebih menyenangkan.
Abang mengganguk faham.
“ Ermmm…dahlah abang nak keluar
ni. Nak solat Asar. Hah Dik
jangan lupa solat pulak. Doa
banyak-banyak agar Allah berikan jalan yang terbaik untuk kita semua.” Pesan Abang.
Dia segera bangun dari katil dan keluar.
Aku menarik nafas lega. Pertanyaan abang tentang Charles menambahkan
rasa rindu aku kepada sahabat baik yang satu itu. Pasti
Charles pun sudah sampai ke Vietnam sekarang.
Aku segera mengambil Blackberry
di dalam tas. Facebook terus aku
online. Page Charles aku buka untuk mengintai
statusnya. Tiada apa yang baru
diupdate. Kosong!
Aku mengeluh…Hampa.
Tanganku terus laju menekan
butang offline. BB aku letak tepi. Kenangan di airport mula diimbas. Masih terbayang-bayang wajah sayu kami berdua
tatkala berpisah di Lapangan Terbang. Semoga
satu hari nanti kami akan bertemu lagi.
Insyallah….
3 comments:
Bestlh cite nnii....bile nk sambunggg??
best...
Best..
Post a Comment