topbella

Tuesday, 19 November 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.OY 4

BAB 4

Sekejap ke kanan sekejap ke kiri aku berpusing.  Sungguh perubahan tempat tidur menyebabkan aku susah melelapkan mata.  Mungkin disebabkan cuaca yang panas membuat badanku tidak selesa.  Maklumlah..dulu duduk tempat sejuk tiba-tiba dah jadi panas pulak tentu saja badan aku masih belum dapat menerima sepenuhnya perubahan.

Jam yang berdeting kuat di luar membuatkan aku lebih resah.  Hisykk kuat betul bunyi dentingannya menakutkan je bila dengar.  Tak ape lepas ni aku nak letak jam tu jauh sikit.  Barulah aman hehehe.   Aku memasang telinga mendengar dentingan jam.  Tepat jam 5.00 pagi.  Mataku sudah bulat memandang siling. Segar.

Aku segera bangun dari katil.  Tekak tiba-tiba terasa haus.  Aku menuruni anak tangga menuju ke bawah.  Lampu suis dapur aku buka.  Mata melilau-lilau mencari peti ais.  Maklumlah orang baru datang he he he.   Segera  pintu peti ais dibuka.  Jus oren di dalam kotak aku capai dan tuangkan ke dalam cawan.  Hmm…lega.

Aku keluar dari dapur dan terus  ke anak tangga.  Belum pun sempat aku mendaki anak tangga, papa pula ku lihat turun ke bawah.

“Eh awal puteri kesayangan papa ni bangun.” Tegur papa.  Aku tersengih memerhati papa yang lengkap berpakai baju melayu dan berkain pelekat.

“Tak adalah.  Terjaga tadi tak dapat tidur sangat. Panas.” Rungutku.  Papa tersenyum mendengar omelanku.

“Kenalah biasakan diri dari sekarang.  Mula-mula memanglah macam tu.  Nanti lama-lama dah tak rasa dah panas.  Dah terbiasa.” Nasihat papa lembut. Ni yang buat aku sayang papa lebih ni he he he.

Aku mengangguk lemah.

“Dah mari kita solat berjemaah.  Ni pergi kejut abang kamu tu.  Dia tu kalau tak dikejut memang takkan sedar.” Bebel papa sebelum turun ke bawah.

 Aku ketawa jahat.  Peluang baik ni. Teringat aku masa zaman sekolah dulu-dulu.   Setiap pagi mesti kena kejut abang kadang-kadang sampai naik bosan rasa.  Yelah kalau dikejut tu terus bangun boleh lah lagi. Ini tak dia siap boleh landing baik lagi tidur kat katil.  Sampai satu tahap tu aku dah tak tahan terus aku simbahkan air kat muka dia.  Hah kau! seminggu dia bangun tidur sendiri takut dengan aku.  Tapi lepas seminggu mulalah dia buat perangai balik.  Sabar je lah.

Aku segera berlari naik ke atas.   Pintu bilik abang aku buka perlahan.  “Assalamualaikum…my big brotherHello wake up…. Abang…” kejutku perlahan.  Badannya aku gerakkan perlahan. 

“Isykk!! Jangan kacaulah.  Orang nak tidur ni!!”Abang menarik selimut dan meniarapkan mukanya ke bantal. 

 Aku menggelengkan kepala. Tengok perangai tak berubah!  Aku  memandang ke arah pintu bilik mandi sambil tersenyum lebar.   Segera langkah ku atur masuk ke bilik mandi.  Aku keluar semula dan perlahan-lahan  mendekati abang yang masih tidur lagi.   Jeng …jeng… burrrr!!!!!!!!!

“Tolong!!!tolong!!! lemas.” Jerit abang kuat.  Terus terjatuh ke bawah katil.
Aku menahan perut ketawa melihat gelagat abang.  Memang sama macam dulu.  Tak berubah perangai ha ha ha.

Terpisat-pisat mata abang memandang ke arahku yang sakan ketawa.

“Sejuk bang… sedap tidur.”perliku.  Aku ketawa dengan lebih kuat lagi.  Tak sangka sampai terjatuh  katil abang kena simbah air. Dasyat!!

Muka abang masam memandang aku.  Aku berjaga-jaga.  Kena hati-hati ni..

Abang bingkas bangun dan mula mengejar aku.  Sepantas kilat aku berlari keluar dari bilik.  Selamatkan diri Hulk dah mengamuk!!

“Siap kau Dik memang nak kena ni!!” jerit abang sambil terus mengejar aku

Aku segera berlari-lari turun ke anak tangga. Abang laju mengejar dari belakang.   Kami berlari berpusing-pusing di sekeliling sofa.

“Subhanallah… apa kecoh-kecoh ni.” Aku dan abang berpusing ke belakang mendengar suara papa yang tiba-tiba muncul.

“Dia ni!!” jerit kami sama-sama.  Aku dan abang berpandangan kembali.  Meletus terus ketawa kami berdua.   Papa mengelengkan kepala melihat tingkah kami.  Bibir papa merekah dengan senyuman.

*************************************************
“Ada plan apa kamu berdua pagi ni?” tanya papa.

“Tak ada apa duduk rumah je.” Jawabku sambil menguap.

“Hisy adalah..tengahari ni abang nak bawak adik round satu KL, nanti senang bila dah tahu
jalan.”sampuk abang.

 Bulat mata aku mendengar.  Teruja terus.

“Ermm..baguslah nanti senang nak pergi kerja.  Remember your promise girl.”  Ingat papa.

Aku mengangguk lemah.   Mahu tak ingat!  Aku kan dah janji akan kerja dengan papa asalkan papa bagi aku belajar dekat overseas dulu.  Disebabkan janjilah aku pulang semula ke Malaysia kalau tak mesti aku dah cuba nasib bekerja dengan orang lain terlebih dahulu.  Kumpul pengalaman.  Tak apelah kerja dekat Syarikat sendiri pun boleh dapat pengalaman jugak kan!

**********************************************************
(Didalam kereta)

“BERBEZA betul KL sekarang ye.  Makin sesak!” tawaku. 

“Ni tak adalah sesak sangat.  Cuba masa pergi kerja atau balik, lagi sesak sampai tak bergerak langsung.  Sekarang ni semua orang mampu beli kereta.  Dah murah!  Tu yang jadi banyak tu.”

Aku mengangguk mengiakan.  Kagum dengan perkembangan Malaysia sekarang.  Makin hari makin maju.  Siapa tahu lepas ni kereta pun boleh terbang. Jadi tak adalah sesak lagi kan he he he.

“Abang kita nak pergi mana ni?” tanyaku mataku melilau-lilau melihat arah papan tanda di tepi jalan.  Jalan ape ni? Macam pernah lalu tapi tak ingat.

“KLCC.” 

Good.”

Teruja terus.  Bangunan berkembar Petronas tu memang tempat lepak-lepak masa zaman giler-giler dulu.  Shopping time!

************************************

“Adik, tunggu sini kejap.   Abang nak pergi Isetan jap tengok minyak wangi.  Nak apa-apa tak?”

“Gucci Flora sebotol.” Selambaku.  Terbeliak mata abang dengar.

“Jangan harap.” Abang terus melangkah pergi.  Aku ketawa perlahan.  Ingatkan tanya tadi bolehlah ngepau duit si abang tersayang.   Rupanya hampeh je!

Hmm…takkan nak tunggu kat sini je.  Giler apa! Dah macam patung cendana je!  Argghh pergi Kinokuniya lah.

Aku mengatur langkah menuju masuk ke dalam Kinokuniya.  Lebih baik tunggu abang kat dalam tak adalah canggung sangat duduk kat luar.  Lagipun boleh juga cari satu dua buku bagi menghilangkan rasa bosan dekat rumah.

Aku menghantar mesej kepada abang terlebih dahulu.  Nanti tak adalah dia tercari-cari kan.

Aku mula melangkah dari satu rak ke satu rak.  Beberapa buku motivasi aku capai.  Hmm… bagus beli buku ni boleh menguatkan lagi semangat dalaman dalam diri ni fikirku.    Aku segera menuju ke kaunter pembayaran.     

Entah apa yang silap aku hampir terlanggar seorang lelaki yang berada dekat dengan kaunter.  Aku segera berpaling untuk melihat lelaki tersebut.  Terkedu terus aku.  Tak mungkin!!!

Dia memakai kemeja berwarna hitam dan berseluar jeans.  Ditangannya terdapat beberapa buah buku yang agak tebal.    Bibirnya yang tersenyum nipis menambahkan lagi kekacakkannya sebagai seorang lelaki. Arghhh!!! Apa aku merepek ni!  


Aku cuba berlagak tenang menahan gelodak jiwa yang bergelora ketika ini.  Air liur aku telan.  Hisykk kenapa mesti dia yang aku jumpa.  Malaysia ni dah tak ada orang lain ke?  Arghhh!!! Benci betul tengok muka MR. Playboy ni.!!!!

1 comments:

Unknown said...

Setelah 4 thn masih ingat lagi?? Wow... Daebak.
http://justsonimagination.blogspot.com/#

Post a Comment

About Me