topbella

Sunday, 17 November 2013

I Hate You MR P.L.A.Y.B.O.Y 2

BAB 2

Empat Tahun selepas itu…..

Suasana Kampus Universiti Warwick London agak lengang pagi ini.  Tidak ramai pelajar yang mengulang kaji di perpustakaan hari ni. Mungkin kerana belum lagi musim peperiksaan.  Aku melangkah keluar dari perpustakaan setelah memulangkan beberapa buah buku yang dipinjam.
Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di university ini.  Selepas ini aku akan pulang semula ke Tanah air yang tercinta, Malaysia.  Akhirnya setelah empat tahun aku berjaya membawa pulang segulung ijazah dalam bidang ekonomi.   Seperti tak percaya, rasanya macam semalam baru aku menerima surat tawaran belajar tahu-tahu saja hari ini sudah habis.  Benarlah kata seniman P.Ramlee pejam celik-pejam celik dah empat tahun berlalu.  Masa terlalu pantas bergerak tanpa kita sedar. Dua puluh empat jam terlalu singkat dalam kehidupan kita seandainya kita tidak bijak menghargainya.

Seperti kata papa aku Dato Khusyairi . “ Masa akan sentiasa berputar sama ada kita bergerak atau tidak, ia tak pernah menunggu kita.  Begitu juga dengan peluang yang cuma  datang sekali saja dalam hidup ini, jadi terpulanglah kepada kita sama ada nak merebutnya atau tidak.”

Aku tersenyum bila mengingati kembali kata-kata papa.  Papa banyak mendorong aku untuk terus tabah menghadapi kehidupan.  Kematian mama  disebabkan Kanser Payu Dara, membuatkan aku hilang kasih sayang dari seorang ibu.  Arwah mama seorang wanita yang sangat penyayang dan lemah lembut dalam mendidik anak-anak.  Ketegasan mama sentiasa kena pada tempatnya.  Aku rindukan mama!

Mama meninggalkan aku dan abang ketika aku baru saja selesai menduduki  Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).   Abang aku Rayyan, berumur 14 tahun ketika itu.  Mama menghembuskan nafasnya terakhir setelah penyakit kansernya mula merebak ke seluruh badan.  Doktor mengatakan badan mama terlalu lemah untuk menjalani rawatan lagi.

Aku melihat papa tabah menghadapi hidup setelah kehilangan mama.  Papa tidak pernah berkahwin lagi walaupun ahli keluarga lain pernah memujuknya.  Kata papa dia mahu membesarkan anak-anaknya dengan kenangan bersama arwah mama.   Papa mahu kami sentiasa mengingati mama.  Buktinya aku dan abang tidak pernah rasa kurang kasih sayang dari papa.  Berkat tunjuk ajar dan kasih sayang papa, aku dan abang Berjaya dalam hidup ini. Terima kasih papa.  Kepada arwah mama aku doakan semoga mama ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman…..Amin.


***********************************************************************

Aku melangkah masuk ke dalam sebuah kafe yang terletak tidak jauh dari kawasan universiti.  Mataku melilau-lilau mencari seseorang aku kenal.   Sebaik saja terpandang akannya bibirku mula mengukir senyuman.  Segera aku mendekatinya.

 “Sorry Charles, I’m late…  dah lama tunggu?.” sapaku sebaik saja melabuhkan punggung ke kerusi.

“Hurmm…. adalah dalam dua jam.   Baru lagi…” Sindirnya.   Aku tersengih memandang wajah lelaki yang putih bersih dihadapanku ini.

Charles atau nama sebenarnya Nguyen Ban Hung berasal dari Vietnam tapi fasih berbahasa melayu disebabkan papanya pernah menjadi duta Vietnam di Malaysia.  Dia juga sempat bersekolah di Malaysia dari darjah satu sehingga darjah enam.   Kemudian mereka sekeluarga kembali pulang ke Vietnam selepas papanya mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memulakan perniagaan sendiri di negara asal.

Kali pertama aku berjumpa dengannya dulu memang memeranjatkan yang dia boleh berbahasa melayu.  Fasih lagi! Siapa sangka pertemuan aku ketika mendaftar  di universiti ini menemukan aku dengan seorang kawan yang sangat memahami.  Berlainan agama dan bangsa tidak menghalang kami untuk berkawan, malahan membuatkan aku belajar sesuatu yang baru dalam diri setiap manusia itu.

Well sampai bila you nak tenung wajah I ni? I tahulah I ni handsome kan.” tegur Charles mematikan lamunan ku tadi.
Termalu aku sekejap. “Hurmm mana ada I tenung you.  Jangan nak perasan okay.  Dahlah jom temankan I shopping.” Ajakku menutup malu.

“Lah tak habis-habis lagi shopping?   Hisyk...tak faham I dengan you ni, ada saja yang nak dibeli.    I rasalah you kena bawak balik shopping complex tu baru puas hati agaknya.   Lepas tu bolehlah you terus tidur je kat dalam tu kan.” Charles tertawa.  Aku mencebik.  Mamat Vietnam ni perli-perli orang pulak.

“You ni tak baik taw. Dah lah malas nak layan. Tak nak teman sudah!” aku bingkas bangun dari kerusi belum sempat aku nak bergerak tanganku ditarik semula oleh dia. Aku terduduk semula.
Muncung bibirku.

“Cakap sikit dah merajuk princess ni.  Ini yang buat I susah hati ni.”

“Kenapa you susah hati pulak.  Selama ni I selalu susahkan you yek.?” Aku memuncungkan mulut.  Tanda protes.

Dia tersenyum nipis melihat gelagat keanak-anakan aku.  Biasalah aku kan comel+ cantik he he he.

“Tak adalah.  Kenapa you fikir macam tu pulak.  Ni yang buat I tak suka dengar taw. Copy that!” tegasnya.  Bunyi macam satu arahan rasanya.

Yes Sir.” Aku menabik padanya tanda faham.   Dia tersenyum nipis dan membalas semula tabik.  Aku dan Charles ketawa dengan aksi dan gelagat kami berdua.

*********************************************************

“Pagi besok tunggu I kita gerak sama-sama ke airport.” Arah Charles padaku ketika baru turun dari bas yang berhenti di depan kawasan perumahan kami.  Aku memandangnya dan mengangguk.

Kami berdua berjalan melintasi sebuah taman permainan yang berada di kawasan apartment yang kami duduki.   Disitu terdapat kolam buatan manusia di tengah-tengahnya.   Biasanya kalau ada kelapangan kami berdua  selalu berjogging disini.   

Aku dan Charles berkongsi apartment di dalam bangunan yang sama.  Dia di tingkat 3 manakala aku di tingkat  4.   Walaupun kami tinggal berdekatan aku sentiasa menitik beratkan adab dan pergaulan kami.  

Charles sangat menghormati prinsipku dan menjaga maruah diriku.  Sejak kami mula berkawan Charles jarang keluar atau pergi ke club.  Masanya banyak dihabiskan bersamaku melakukan aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar minda kami berdua.  Pernah juga beberapa rakan sekelas kami mengatakan kami ni hot couple.   Yelah asyik melekat je bila berdua.  Tapi aku dan Charles tak pernah ambil pusing pun sebab kami tahu batas pergaulan kami.

“Charles!  Look at that, sunset lah!” jeritku sebaik saja terlihat matahari yang mula nak terbenam.

“I lebih suka tengok sunrise dari sunset.   Lebih segar I rasa. You suka yang mana?” ujar Charles.  Kami berhenti seketika menikmati pemandangan indah matahari terbenam di hadapan kami.

Aku menutup mata sambil tersenyum.   Kedua-dua tangan aku depangkan menikmati bunyi angin yang berhembus.  Segar dan nyaman, selepas ini  entah bila aku akan menikmatinya lagi.

I love both.  Keindahan yang diciptakan Allah ini memang mengasyikkan sampai I rasa waktu macam terhenti seketika.”

“Subhanallah…” lembut bunyinya,  aku terkejut.  Wajah Charles ditepi aku pandang. Matanya masih terpegun  memandang matahari.

“Errr…you ada cakap something ke tadi?” soalku ragu-ragu.  Charles menoleh padaku.

“Cakap apa? You ada dengar apa-apa ke?” soalnya pula. 
Aku terdiam.  Betul ke apa yang aku dengar tadi. Takkanlah Charles yang menyebutnya tadi. Mungkin perasaan aku je agaknya.   Hisykk balik nanti kena korek telinga lah jawabnya ni.

Are you okay Mia?” soal Charles sambil memetik jari tangannya di depan mukaku.  Aku tersentak.

“I’m okay… ” Jawabku perlahan.   Dia tersenyum nipis.  Kami berjalan pulang ke apartment setelah hari mulai gelap.   

Horayyy!!! Besok aku akan pulang ke tanah air. Tak sabar rasanya.  Aku memandang beg-beg yang  sudah siap disusun di ruang tamu.  Entah kenapa di sebalik kegembiraan ini terselit satu rasa yang sukar untuk dimengerti.  Rasa kehilangan seseorang yang sentiasa bersama aku selama ini.  Kehilangan Charles kawan yang aku sayangi selama empat tahun disini.  

Besok Charles juga akan pulang ke negara asalnya sama seperti aku.  Dia akan meneruskan perniagaan ayahnya di Vietnam  sama seperti aku yang akan bekerja di syarikat papa.  Entah bila kami akan bertemu kembali.  Tapi yang pasti aku akan merinduinya.  Teman yang aku sayangi…







0 comments:

Post a Comment

About Me