topbella

Tuesday, 19 November 2013

MEMORI CINTA KITA 3


Bab 3

AKU keluar dari sebuah kilang yang terletak di Pekan Chembong Rembau. Hari ini aku menghadiri satu lagi temuduga untuk jawatan setiausaha. Penat dah aku merata cari kerja tapi masih tak dapat.  Nak berhijrah ke Kuala Lumpur mak pulak tak bagi.  Adoi! Susah jadi anak perempuan ni  semua kena terbatas.

Aku memandu kereta menuju ke pekan Rembau.   Cadangnya nak singgah beli kuih dahulu sebelum pulang ke rumah. Aku memberhentikan kereta di gerai-gerai kecil di tepi jalan berdekatan Masjid Rembau.

Macam-macam jenis kuih ada semuanya nampak sedap, ermm mana satu nak beli yea? Keria ke? Donat? Eh kuih bakar pun ada favourite Abang Hafizul ni. Eh apehal pulak aku nak beli untuk dia? Meroyan ape!  
Tapi… tak salahkan bagi je kat Mak Lang nanti tak de lah nampak sangat aku beli untuk dia he he he.

“Kak nak kuih Donat tiga,kuih keria enam, kuih bakar enam ye. Asing-asing ye plastik tu”

“Kejap ye dik. Semua sekali ni lima ringgit je dik.”

 Aku mengeluarkan duit dari purse.  Belum sempat nak membayar ada satu tangan pulak dah mendahulukan duit not lima ringgit.

Pantas aku menoleh. Eh…macam kenal je! Oh! ini kan kawan Abang Hafizul . Si Azmir tu.

“Eh tak payah.  Saya boleh bayar.” Tolakku segan dengannya.

“Eh tak ape saya ikhlas.  Takkan tak sudi.” terus dia menghulurkan duit tadi.  Aku diam jelah, dah orang nak buat baik kan.

“Terima kasih…ermm dari mana aje cikgu?.” tanyaku sebaik saja kami berjalan menuju ke kereta.

“Hahah…I bukannya cikgu you pun.   So tak payahlah gunakan panggilan tu.”

Ermm… dah I you pulak dia guna.   Baguslah taklah aku terasa macam panggil cikgu aku pulak. Kiranya dia ni friendly lah jugak.

“I dari gelangang futsal.  Ni haa….singgah beli ice blended kejap untuk ‘tunang’ you tu.”

Tunang? Ermm dia percaya betul si Hafizul tu tunang aku.    Gasak kaulah mamat kena kelentong kat kawan kau.

“Oh ye ke..” balasku ringkas.

 “You dari mana sebenarnya?.” Tanya Azmir pelik, sambil memandang baju kurung kain cotton pink aku.

“Owh I baru balik temuduga dekat kilang chembong.   Ada temuduga untuk setiausaha.”

“Lah yeke.. macam mana dapat tak?” soalnya padaku.

“Entahlah..tunggu je panggilan dia.   Kalau ada adalah.” Balasku ringkas.  Malas nak mengharap.

“Insyallah…ermm ni you nak balik ke?  Nak tengok futsal tak? Mesti tunang you terkejut tengok you nanti.”

Tengok Abang Hafizul main futsal! Macam best je. Nak ke tak ye? Kalau balik awal bukan buat apa pun kan.

“Ermm ok jugak tu… I pun tak pernah tengok ‘tunang’I main futsal.” Balasku sambil menggunakan perkataan ‘tunang’ tu

“Kalau macam tu you bawak kereta.  Nanti kita jumpa kat sana.”

 Aku menganguk.  “Ok.”balas ku ringkas sebelum masuk ke dalam kereta dan bergerak ke tempat yang dijanjikan.

Aku memberhentikan kereta aku di belakang kereta Myvi Azmir.   Kami berjalan beriringan menuju ke gelangang futsal tertutup di situ.  Dari jauh lagi aku dapat lihat Abang Hafizul yang sedang berlari mengejar bola.  Perhh!! walaupun berpeluh kacaknya still ada. Adoi! Sempat pulsk aku menilik diri dia.

Aku duduk di bangku panjang yang disediakan.  Azmir sedang mengeluarkan ice blended tadi sambil tangannya melambai kepada Abang Hafizul yang  sedang bermain di dalam gelangang.  Abang Hafizul kemudiannya keluar dari pagar gelangang futsal.  Mukanya merah padam.  Renungan matanya tajam melihat aku.  Ah! Sudah kenapa pulak tu.

“Fizz ni tunang kau nak tengok kau main futsal. Tadi aku jumpa dia kat pekan.” Kata Azmir sebaik sahaja Abang Hafizul berada di hadapan kami.

“Hmm…”balasnya bersahaja.

“Eh.. ok lah aku ganti kau main ye.  Duduklah dengan tunang kau ni.” Kata Azmir lagi sebelum melangkah masuk ke gelangang futsal.

Abang Hafizul duduk di sebelah dan terus mengambil ice blended dari tangan aku.   Dia laju meminumnya.

“Eh itu adik punyalah. Tak malu yek!” jeritku geram .  Tak suka betul kongsi-kongsi ni.

“Awak  buat apa datang sini? pakai baju kurung segala.   Keluar dengan Mir ke?.”perli dia.
 Eh dia ni suka sangat kalau berdua dengan aku tak panggil aku adik. ‘Isykk ape pulak keluar dengan si Azmir pulak ni. Isykk dia ni  jealous ke?

“Orang pergi temuduga lah, tu yang pakai baju kurung.  Mana pulak keluar dengan Azmir.”

“Hurmm… lain kali jangan rapat sangat dengan lelaki yang baru kenal. Abang tak suka.” balas Abang Hafizul matanya memandang ke arah Azmir yang bermain futsal.

Ehh dia ni mengarah aku pulak.  Jealous ke? Apa hal nak jealous.

“Kenapa pulak?  Cuba bagi sebab kenapa adik tak boleh keluar dengan lelaki?” soal ku.

“Tak payah nak bersebab sangat.  Lain kali abang nampak siap lah abang report kat pak ngah.” Ugut Abang Hafizul.

“Sikit-sikit nak report kat abah.. benci betul.”

“Tak payah nak membentak sangatlah.  Jom balik.” ajaknya sambil menarik tanganku. ‘Hisykk dia ni sentuh orang pulak report kat abah karang baru tahu’

“Jangan tariklah.   Orang tahulah jalan sendiri.” Jelingku.

Abang Hafizul mengambil beg dan memberitahu kawan-kawannya di gelangang futsal.  Kemudian berjalan ke arah kereta.  Dia terus masuk ke bahagian penumpang. Aku pelik. Tak sempat nak tanya Abang Hafizul dah dulu memotong.

“Tak payah nak buat muka macam tu.  Abang tadi tumpang Mir.  Kereta tinggal kat rumah.” balasnya selamba.

Aku tak berkata apa lagi tapi dalam hati tuhan je yang tahu berbakul aku nak memaki dia. Hisyykk dosa, diakan abang sepupu aku.  Kereta terusku pecut laju ha ha ha biar dia takut.  Aku kemudian membelok kereta menuju ke lorong rumah kami yang terletak berdekatan dengan pekan Rembau. Kawasan rumah lot banglo yang berlatar belakangkan bukit bukau  ini sangat indah.  Kereta aku berhentikan.

Aku melihat dia sedang memandang ku  dengan senyuman yang sangat manis. ‘Mak aihh! Mak lang masa mengandungkan dia ni ada minum setong sirap ke?’

Kami  keluar dari kereta.  Aku mengambil plastik kuih yang tersangkut di pintu tempat duduk belakang dan memberikan sebungkus kepadanya.

Abang Hafizul mengangkat kening melihat aku yang menghulurkan plastik kepada dia. Tersenggih sekejap memandang dia.

“Tadi kat gerai tadi adik beli kuih ni.  Nanti bagi Mak lang taw.”kataku cover ayat. Nak cakap tak yang bayar tu Azmir.   Rasanya tak payah kot. Tak penting pun.

Dia mengambil huluran plastik kuih tadi dan melihat isi dalamnya. Dia memandang aku dengan senyuman habis. Malu sekejap aku weh, merah muka tetiba. Tizz control ayu.

“Terima kasih…tapi ibu tak makan kuih ni ayah apatah lagi diorangkan tak suka makan manis. Dalam rumah tu abang sorang je yang suka makan kuih ni. Adik beli untuk abang yek?”

Isykk dia ni dah tahu tu diam je lah.  Ni tak lagi mau tanya.  Sajalah tu nak kenakan aku. Menyesal aku beli tadi.



“Ermm what ever.  Dah orang nak masuk, nanti keluar kunci pintu gate taw. Assalamualaikum.”  aku terus berjalan masuk ke dalam rumah membiarkan dia berdiri di situ. Tak kuasa aku nak berlama dengan dia kat luar ni. Huh!.

4 comments:

baby mio said...

Best

eiha farihah said...

sweet aa dua orang tu..sambung la lagi kaq..x sb0r nie..:)

Ian asynata said...

sweet ye...huhuhu... insyallah nt akak smbung....

Amirah Hidayah said...

baru perasan ada novel ni. best! your novels smua best2 :) jgn lupa sambung k hehe

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile