BAB 16
Hari ini adalah hari minggu, hari dimana semua orang tidak
bekerja. Termasuk aku! Dari pagi tadi aku asyik mundar-mandir di
hadapan ruang tamu. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Entah kenapa hari ni aku berada dalam ‘mood
bosan’. Apa yang aku buat dari tadi
semua serba tak kena saja.
Nak berbual-bual dengan papa, nampak papa macam sibuk je kat
bilik bacaan dari pagi tadi. Mungkin ada kerja penting yang perlu diuruskan. Yang si
Abang pulak asyik memerap je kat dalam bilik, entah apa dia bertapa
dekat dalam tu, tak tahulah. Tak keluar-keluar dari pagi! Langsung sikit pun dia tak peduli dekat adik
dia yang bosan ni. Sadis betul!
Aku mengeluh panjang.
Memikirkan tak ada kerja pejabat pada hari ini
mengingatkanku pada Mr Playboy. Bila
mengingati dia saja,membuatkan hatiku semakin bertambah sakit. Mana tidaknya
sepanjang seminggu aku bekerja, ada saja hal-hal yang menyakitkan berlaku. Boleh dikatakan teruk-teruk juga aku
dikenakan oleh dia.
Rasa menyesal pulak pergi tanya dekat dia, ada ke dia sentuh
pipi aku masa kejut aku hari tu. Bukan
apa dah dekat pecah kepala fikir benda tu, yelah nak tahu realiti ke
fantasi. So esoknya aku decide lah tanya Mr Playboy kot-kot
betul pulak dia kan. Aku pun pergilah
tanya. Nak tahu dia kata apa!
“Well kau jangan nak perasan boleh tak. Ingat aku ada selera ke nak touch pipi kau. Buat kotor tangan aku je. Tolong jangan nak
perasan sendiri boleh tak.”
Tu ayat pertama dia, dah pun berbisa. Hampir terpana aku sekejap. Mahu saja aku sepak-sepak mulut dia masa
tu. Tapi aku cool je. Tapi tak cukup itu
aje, ada lagi tambahan ayatnya yang lebih menyakitkan hati.
“Hmmm….entah-entah semalam tu, kau pura-pura tidur ye. Mesti kau cuba nak goda aku kan. Taktik kau tu dah tak laku lah sekarang
ni. Dah biasa! Aku tak tertarik sikit pun. Lain kali kau
usaha lebih sikit, mana tahu bertuah pulak nanti.”
Hampir saja tangan aku mahu naik ke muka dia masa tu. Eiiiii!!! Geram pulak aku dengar mulut dia
yang puaka tu. Bukan saja puaka malah
perasan pulak lebih. Ingat aku ada hati
ke nak goda dia. Tolong sikit bukan
cara aku nak goda lelaki macam tu, lebih-lebih lagi si Mr Playboy. Tak rela!
Aku terus keluar je dari bilik dia. Tak sanggup nak dengar lagi tuduhan tak
berasas dan merepek dari dia tu.
Betul-betul menyesal aku pergi tanya dia. Akibatnya sepanjang hari aku bad mood. Sampai Reena pun kena marah
dengan aku. Benci! Benci! Kalau boleh
nak je aku jerit dekat depan dia yang aku memang benci dengan dia.
Eiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!
Aku menghentikan lamunan yang jauh tadi. Aku kemudian duduk disofa memerhati
sekeliling. Hmmm…. nak buat ape ye?
"Hah..apa kata aku tengok tv, harap-harap adalah cerita best." ujarku. Aku segera mengambil remote control dan menekan seluruh chanel tv yang ada. Akhirnya satu drama melayu dari salah satu channel, menarik perhatian aku. Mataku terus khusyuk menonton drama tersebut.
"Hah..apa kata aku tengok tv, harap-harap adalah cerita best." ujarku. Aku segera mengambil remote control dan menekan seluruh chanel tv yang ada. Akhirnya satu drama melayu dari salah satu channel, menarik perhatian aku. Mataku terus khusyuk menonton drama tersebut.
Sedang aku asyik menonton, aku melihat Pak Mat sedang sibuk
membawa sesuatu. Aku mengamati benda
yang disandang di bahu Pak Mat. Beg
golf!
“Pak Mat nak buat apa dengan beg golf tu. Pak Mat nak main golf dekat taman depan ni
ke?” usikku sambil ketawa.
Pak Mat tersenyum “Takkan lah Pak Mat nak main golf, pegang
kayu golf pun tak reti. Ni Dato, kejap
lagi nak keluar main golf dekat kelab.
Tu yang Pak Mat siap sediakan semua ni.
Senang nanti.”
“Oooo…Papa nak main golf.”
Anggukku. Pak Mat terus keluar ke
depan membawa beg golf tadi.
Aku mula berfikir-fikir. “Hmmm…. Apa kata kalau aku ikut papa main golf. Aku pun tak pernah main golf. Boleh jugak aku belajar kan.” Omelku sendiri. Aku segera menutup suis tv dan berlari naik ke atas.
“Papa! Papa!” jeritku sebaik saja sampai di depan pintu
bilik papa. Beberapa saat kemudian pintu
dibuka.
“Ada apa ni Mia? Kenapa
jerit-jerit ni?” tanya papa risau melihat aku yang termengah-mengah di depan
pintu.
Aku tersengih
memandang papa. “Papa nak main golf kan nanti,
kalau Mia nak ikut boleh tak?” soalku.
Papa tersenyum lebar. “Boleh apa salahnya, kalau macam tu Mia siaplah dulu. Kejap lagi kita pergi sama-sama. Papa pun nak bersiap dulu ni.” Ujar papa.
Yes! Aku segera berlari menuju ke pintu bilik tidurku. Belumpun sempat aku masuk ke dalam bilik, terdengar suara
abang menegur dari belakang. Aku
berpaling melihat abang yang entah dari mana muncul tiba-tiba je dah terjelma
dekat sini.
“Woit apesal terlompat-lompat ni, happy semacam je kau ni
Dik.”
“Happylah..adik nak ikut papa pergi main golf. Lagipun adik bosan duduk kat rumah ni. Abang tu pulak asyik memerap je kat dalam bilik tu langsung tak layan kita.
Baik adik ikut papa main golf, lagi best!”
“Hah main golf? Uit…sejak bila kau tukar minat ni. Reti ke kau pegang kayu golf tu ha ha ha”
gelak abang.
“Retilah, apa ingat orang tak pandai ke. Adik ni pakar tau main golf.”
“Perasan! Setahu abanglah kan, kau kalau bab-bab pukul orang
memang champion. Superb! Tapi kalau pukul bola golf, abang rasa pukul
angin je lah jawabnya nanti. Jangan kayu
golf pulak yang terlambung, lagi haru nanti ha ha ha.” Abang ketawa kuat.
Aku menjeling tajam pada abang. Menyampah betul! Ada saja nak cari gaduh abang ni. Aku segera
masuk ke dalam bilik. Malas nak layan
abang, buat sakit jiwa je tengok abang mengejek aku. Lebih baik pilih baju apa nak pakai
nanti. Aku segera menyelongkar
almari. Beberapa helai T-shirt aku
keluarkan. Hmmm…ini ke itu ke? Aku mula
berfikir-fikir baju mana yang sesuai.
Akhirnya aku mengenakan sehelai T-shrit putih berlengan
panjang yang berbelang-belang biru dan pink.
Seluar slack biru gelap dan dipadankan dengan kasut sukan putih. Selendang pula berwarna biru gelap, aku
lilitkan saja sekeliling kepala.
Akhirnya siap! Aku menilik diriku di cermin. Nampak macam pemain golf profesional
tak? he he he.
Aku segera turun ke bawah, papa sudah siap menunggu di
luar. Abang pun sama. Eh! abang ni ikut pulak dia. Mesti nak gelakkan aku lah nanti tu. Huh! Tak apa kalau dia ejek aku nanti memang
aku ketuk kepala dia dengan kayu golf tu.
Biar benjol dahi ha ha ha.
Kereta mula bertolak menuju ke destinasi. Aku betul-betul teruja untuk bermain
golf. Mesti kecoh padang golf tu dengan
suara aku. Nasiblah papa dengan abang
bawa aku, mahu berbenjol kepala diorang kalau kena bola golf dari aku nanti ha
ha ha.
*****************************************************************
Akhirnya kami sampai juga dekat Kuala Lumpur Golf & and
Country Club-East Course dekat Bukit Kiara. Memang besar padang golf dekat
sini, rasanya kalau jalan kaki entah bila boleh habis. Nasib baiklah disediakan kereta golf atau
nama lainnya bugi golf jadi tak
perlulah aku jalan kaki dekat sini.
Dengan cuaca yang semakin panas, rasa-rasanya memang habislah kulit aku
kejap lagi. Nasiblah kalau sunburn!
Kami bertiga melangkah masuk di lobi hadapan. Aku dan abang duduk di sofa yang
sediakan. Papa pulak, aku lihat sedang
bercakap dengan salah seorang pekerja yang berada di hadapan kaunter. Mataku mula melilau melihat beberapa orang
yang keluar masuk dari sini. Rata-rata
semuanya golongan elit. Terserlah gaya
profesional mereka semua. Betul-betul
menambah keterujaan aku untuk bermain.
Sedang aku asyik melihat orang yang lalu lalang, mataku
tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang membelakangkan aku. Lelaki itu sedang berbual-bual dengan
papa. Dia hanya memakai T-shirt polo
putih berlengan pendek dan seluar slack hitam. Topi dikenakan di kepalanya.
Nampak terserlah ciri-ciri maskulin seorang lelaki. Mataku mula mengamatinya. Hmmm….siapa?
Dalam sibuk aku menilik lelaki itu, akhirnya dia berpaling ke arahku. Mr Playboy!
Aku mendengus geram.
Sia-sia saja mataku menilik tadi.
Rupa-rupanya si buaya tak guna tu.
Dahlah time kerja asyik menghadap muka dia, hari tak kerja pun asyik
muka dia je yang aku nampak.
Tension!
Apalah yang dia buat dekat sini, nak main golf jugak ke? Atau papa dah berjanji nak bermain golf dengan
dia. Eiiii!!!!!!! papa ni, kenapalah tak
cakap dari tadi. Rasa menyesal pulak aku datang dekat sini.
Arghhh! Menyesal!
Mr Playboy dan papa berjalan menuju kearah aku dan abang yang sedang duduk. Dia tersenyum manis kearah aku.
“Hey Rayyan lama tak jumpa kau.
Macam mana business, okay?” soalnya pada abang. Mereka berjabat tangan.
Aku mencebik! Huh!
ayat skema, asal jumpa je tanya benda yang sama cuba tanya benda lain. Nonsense!
“Mestilah bussiness baik, kalau tak buat apa nak main golf dekat
sini. Hah lebih baik pergi uruskan kerja
dekat sana. Cubalah tanya soalan tu biar
logik sikit. Skema betul.” Pintasku sebelum abang bercakap. Jelingan maut aku berikan pada Mr Playboy.
Abang memandang kearah aku.
Dia mengangkat kening seperti mohon satu penjelasan.
Aku memuncungkan mulut seolah-olah tak peduli apa yang aku cakap.
Aku memuncungkan mulut seolah-olah tak peduli apa yang aku cakap.
“Mia! Kenapa cakap macam tu.
Kamu ni…” tegur papa. Papa mengelengkan kepala melihat aku. Aku diam.
Alamak sarkastik pula ayat ni.
Terlupa ada papa dan abang di depan.
“Tak adalah uncle, Mia ni memang suka bergurau dengan
saya. Dekat office pun dia memang
kelakar orangnya. Ha ha ha.” Gelaknya
plastik!
Aku mencebik. Tolong
sikit, aku nak bergurau dengan kau. Selama ni ada ke aku buat kelakar dekat kau. Plastik!
“Ye ke Afriel, lega hati uncle kalau Afriel berkawan dengan
Mia. Boleh Afriel tengok-tengokkan
dia. Mia ni nakal sikit budaknya. Manja!”
Mr Playboy ketawa kuat bila mendengar kata-kata papa. Dia memandang ke arah aku. Macam menyindir saja pandangannya.
Bulat mata aku memandang Papa. Apa pulak manja-manja ni! Papa ni tu pun nak
cerita. Eiii!!! Anakmu ni tak hinggin
nak kawan dengan Mr Playboy ni.
Blacklist tau tak!
“Hah lagi satu ,Afriel kalau Mia ni degil-degil, kau rotan je dia
ni. Dia ni takut sikit dengan rotan tu
ha ha ha.” Tambah abang, seronok mengenakan aku.
Mereka semua ketawa kuat lagi.
Aku tambah geram, Isykkk…apa kena semua orang ni, asyik nak
kenakan aku dekat Mr Playboy je. Aku ni
macam dianaktiri pulak. Bencilah!
Aku memuncungkan mulut, mukaku masamkan tanda geram. “Hah
tengok tu dah muncung. Abang buat lawak
je lah, tu pun nak sentap. Jom kita
pergi main golf. Jom adik sayang.” Pujuk abang.
Aku tersenyum, nasib abang ni pandai pujuk aku kalau tak memang
aku cadang nak balik je tadi. Mood
bermain golf dah rosak saat terpandang wajah Mr Playboy. Langsung tak teruja lagi. Kami menaiki Bugi golf ke padang. Aku naik dengan papa sementara abang dengan
Mr playboy. Dua orang caddy ditugaskan mengikut kami.
Mood teruja aku datang balik saat memasuki padang golf yang hijau dan subur.
Mood teruja aku datang balik saat memasuki padang golf yang hijau dan subur.
*****************************************************
WARGGHHH!!! Kenapa dari tadi aku pukul tak lepas-lepas. Dah berkali-kali kayu golf aku hayun. Satu
bola pun tak kena. Benci! Benci! Rasanya
nak campak aje kayu golf ni. Tak suka!
“Ape ni dik, satu bola pun tak lepas. Dari tadi pukul angin je ha ha ha.” Gelak
abang.
Dari tadi abang asyik mengejek dan mentertawakan aku, bila aku masih lagi tak berjaya membuat pukulan bola.
Aku menjeling pada abang yang sedang duduk bertingung tak jauh dariku. Tak habis-habis nak ketawakan orang. Rasa-rasanya kejap lagi memang aku ketuk kepala abang dengan kayu golf ni. Arghhh!!! Tak guna punya golf!
Sekali lagi aku cuba pukul bola. Tak berjaya jugak. Bola still ada di bawah lagi. Arghh!!!
Abang masih lagi ketawa, kali ni lebih kuat dari tadi. Seronok sampai keluar air mata.
Dari tadi abang asyik mengejek dan mentertawakan aku, bila aku masih lagi tak berjaya membuat pukulan bola.
Aku menjeling pada abang yang sedang duduk bertingung tak jauh dariku. Tak habis-habis nak ketawakan orang. Rasa-rasanya kejap lagi memang aku ketuk kepala abang dengan kayu golf ni. Arghhh!!! Tak guna punya golf!
Sekali lagi aku cuba pukul bola. Tak berjaya jugak. Bola still ada di bawah lagi. Arghh!!!
Abang masih lagi ketawa, kali ni lebih kuat dari tadi. Seronok sampai keluar air mata.
“Abang boleh diam tak!! kacau tau konsentrasi. Karang abang pulak yang jadi bola golf ni!” Jeritku geram.
Abang menahan perut ketawa melihat wajahku yang marah dan kemerahan akibat cuaca panas.
Abang menahan perut ketawa melihat wajahku yang marah dan kemerahan akibat cuaca panas.
“Alah konsentrasi konon, padahal tak reti main tu cakap je
lah. Boleh jalanlah! Jom papa kita pergi main dekat sana. Biar budak ni konsentrasi dekat sini ha ha
ha.”
Abang menaiki kereta bugi
meninggalkan aku dengan Mr Playboy dekat situ.
Sampai hati papa dan abang, sanggup tinggal aku. Nak menanggis rasanya.
Aku menahan air mata, sedih.
Kenapalah aku tak pandai main golf ni.
Malunya dekat Mr Playboy yang duduk memandang aku dari tadi. Mesti dia gelak-gelakkan aku. Sedih!
“Lain kali kalau tak pandai main jangan berlagak. Kan dah kena gelak.” Ujar Mr Playboy yang tiba-tiba berada disebelah kiriku.
Aku memasamkan muka, menjeling wajahnya sekilas.
“Alah kau sukalahkan dapat gelakkan aku. Kau kan memang suka cari pasal dengan aku.”
Dia tersenyum lebar mendengar kata-kataku. “Main golf ni
kena belajar dulu. Kita tak boleh terus
main je, nanti boleh kejang otot kalau salah cara. Satu lagi emosi pun kena jaga. Jangan nak marah je.”
Aku memandang kearahnya. “Pukul bola golf pun kena belajar
juga? Ada guna emosi jugak ke?” sindirku.
Dia menarik nafas. “Jom aku tunjukkan kau dekat satu tempat
ni. Kat situ barulah kau boleh
belajar. Buat masa sekarang kau tak
boleh pergi ke padang dulu. Kau kena tahu
basic-basic pukulan golf. Shall we." pelawanya,
Aku mengikuti dia menaiki bugi golf. Kami sampai di suatu
bangunan. Kata Mr Playboy inilah driving
range. Tempat sesuai nak
belajar asas main golf. Aku mengangguk
mengiakan. Dalam kepala fikir apa ke
benda driving range! Tak pernah
dengar pun!
“Ok mula-mula kau kena tau macam mana nak Grip kayu golf. Pegang kayu golf tu betul-betul, tak kuat tak
longgar. Sederhana je pegang. Jangan sampai terhayun pulak.”
Aku mengangguk. Kayu
golf aku pegang .
“Kedua, body posture. Setup
badan betul-betul dekat belakang bola.” Aku buat jugak apa yang dia suruh. Aku cuba setup
diri di belakang bola. Payah betul nak belajar ni. Banyak pula step dia. Hisyk!
“Ketiga kau kena tengok kedudukan bola golf tu masa kau
setup badan kau, pandang bawah sikit .
Keempat kau kena tahu basic swing
plane, iaitu asas pukulan golf sama ada yang perlahan atau laju. Itu penting. Last sekali tak kurang pentingnya kau kena
tahu macam mana nak finishing selepas
bola dipukul.
Lima step ni kau kena
ingat setiap kali main. Barulah kau
boleh pukul bola golf dengan baik.” terangnya bersungguh-sungguh.
Aku mengangguk faham.
Padahal satu pun tak masuk dekat kepala otak aku ni. Apa bendalah yang dia mengarut ni. Tak faham!
“Nah, mula-mula belajar kau kena guna short iron dulu, Ni iron yang paling pendek sekali.” Ujarnya.
Aku mengangguk, ikutkan je lah. Janji aku dapat main golf. Yang lain aku tak peduli!
Aku mengangguk, ikutkan je lah. Janji aku dapat main golf. Yang lain aku tak peduli!
Aku cuba mengikuti langkah-langkah yang dia ajar tadi. Perlahan-lahan. Mula-mula memang kekok bila bermain golf ni. Mana taknya, bola langsung tak kena. Punyalah aku hayun kayu golf tu, alih-alih angin jugak yang dapat. Kali kedua aku hayunkan betul-betul, ada peningkatanlah jugak. Bola mula gerak sikit. Ketiga, aku aim bola golf tu betul-betul. Dengan sekali hayun je terus tercampak bola tu ke depan. Yes! Akhirny.a aku berjaya pukul bola golf jauh. Aku menjerit keriangan. Sangat seronok rupanya main golf ni. Rasa puas hati. Hilang tekanan dan masalah.
Aku melompat kesukaan memandang Mr Playboy.
Mr playboby cuma mengelengkan kepala melihat telatah aku. Dia tersenyum lebar. Aku betul-betul rasa berterima kasih padanya. Entah kenapa buat pertama kali aku rasa
bahagia sekali disampingnya. Perasaan
yang berbeza dari biasa. Ah! Mungkin aku
happy barangkali. Cepat-cepat aku tepis
perasaan yang bercampur baur tadi.
**********************************************************
Setelah penat bermain tadi. Aku dan Mr Playboy duduk di lobi. Mataku melilau-lilau mencari papa dan abang.
“Mana papa dan abang aku ni, tak nampak pun dari tadi?Kau nampak tak? ” soalku pada Mr Playboy yang duduk di sofa bersebelahan denganku.
“Owh tadi masa kau dekat tandas, Uncle call, dia suruh aku
hantar kau balik dulu. Uncle dengan Rayyan
ada urusan bisnes yang nak diuruskan. Diorang dah gerak dari tadi pun.”
Hah? habis tu kenapa kau tak cakap dari tadi, so apa gunanya kita duduk dekat sini?" soalku geram.
Eiii!! Teruknya papa dan abang ni. Sampai hati tinggalkan aku dekat sini. Dengan Mr Playboy pulak!
"Dah kau tak tanya, aku ingat kau nak rehat dulu. Dah lah jom aku hantar balik." ajaknya. Mr Playboy terus berdiri.
Aku memandang dia yang berdiri menghadap aku. Aku rasa serba-salah, berbelah-bagi ingin mengikut dia.
Eiii!! Teruknya papa dan abang ni. Sampai hati tinggalkan aku dekat sini. Dengan Mr Playboy pulak!
"Dah kau tak tanya, aku ingat kau nak rehat dulu. Dah lah jom aku hantar balik." ajaknya. Mr Playboy terus berdiri.
Aku memandang dia yang berdiri menghadap aku. Aku rasa serba-salah, berbelah-bagi ingin mengikut dia.
“ Err...tak payahlah kau hantar aku. Aku boleh balik sendiri. Teksi
kan ada. Kau pergilah balik dulu.”
Suruhku. Malas nak menyusahkan dia. Walaupun
tadi kami macam dah berbaik tapi hakikatnya masih belum nampak perubahan yang
ketara. Setakat baik-baik gitu aje.
Dia merenggus geram. “Boleh tak kau jangan nak
mengada-ngada. Aku malas nak layan. Cepat ikut aku balik kalau tak aku dukung kau
masuk dalam kereta nanti.” Tegas suaranya. Dia menarik tanganku untuk berdiri.
Aku rasa terkejut, terdiam seribu bahasa. Terasa macam renjatan elektrik pun ada! Segera aku menarik kembali tangan. Sungguh aku tak suka lelaki menyentuhku,
lebih-lebih lagi yang bukan mahramku sendiri.
“Isykk..jangan pegang-peganglah. Aku boleh jalan sendirilah.”
Marahku. Sakit gila dia genggam tangan aku. Aku mengusap tanganku.
“Maaf, aku tak sengaja. Mari... aku hantar kau balik.” Ujarnya serba salah.
Kami berdua berjalan menuju ke tempat meletak kereta.
Kami berdua berjalan menuju ke tempat meletak kereta.
Sebaik saja sampai di hadapan kereta, Mr Playboy terus membuka pintu
kereta sportnya. Dia mempelawa aku masuk.
Terbeliak juga mata aku sekejap tengok kereta dia. Lamborghini tu! Oren lagi! Kau ada! Mahu seminggu aku tidur dalam kereta ni kalau dapat. Memang kaya betul Mr playboy ni kereta bukan calang-calang. Lepas tu banyak pulak kereta dia. Hari tu bawa kereta lain, hari ni kereta lain pulak. Mewah betul!
Terbeliak juga mata aku sekejap tengok kereta dia. Lamborghini tu! Oren lagi! Kau ada! Mahu seminggu aku tidur dalam kereta ni kalau dapat. Memang kaya betul Mr playboy ni kereta bukan calang-calang. Lepas tu banyak pulak kereta dia. Hari tu bawa kereta lain, hari ni kereta lain pulak. Mewah betul!
Aku teragak-agak untuk masuk ke dalam kereta. Memang sport habis! Porche pun kalah! Ni kalau drifft ni memang
sedaplah. Aku berpura-pura cool je. Walhal gayat habis tengok assecories
dalamannya. Hebat!
Mr Playboy terus masuk ke tempat duduk memandu. Dia menghidupkan kereta dan mula memandu dengan
laju.
Kami berdua sama-sama mendiamkan diri. Aku memalingkan muka ke cermin menghala pandangan ke jalan raya. Ingin saja aku membuka tingkap menghirup udara segar. Tapi tak berani pulak. Aku memandang jalan raya memerhati papan tanda. Aku pelik! Eh ni bukan jalan ke Bukit Gita Bayu, mana dia nak bawa aku ni? Hatiku mula dipagut risau.
Kami berdua sama-sama mendiamkan diri. Aku memalingkan muka ke cermin menghala pandangan ke jalan raya. Ingin saja aku membuka tingkap menghirup udara segar. Tapi tak berani pulak. Aku memandang jalan raya memerhati papan tanda. Aku pelik! Eh ni bukan jalan ke Bukit Gita Bayu, mana dia nak bawa aku ni? Hatiku mula dipagut risau.
“Woit! Ni bukan jalan nak pergi rumah aku ni. Kau tahu tak
rumah aku dekat The Mines, ni nak pergi Damansara ni.” Ujarku.
“Aku tahulah. Kau diam boleh tak. Ikut je lah.”
Aku tambah geram mendengar jawapannya.
"Wei jalan mana kau bawak aku ni. Jalan apa ni?"
"Wei jalan mana kau bawak aku ni. Jalan apa ni?"
“Syurga..”
“Hah? Kau nak buat apa ni?” soalku. Aku mula risau dengan ayat dia.
Dia ketawa jahat. “Ape? Kau ingat aku ni nak buat tak senonoh
dengan kau ke? Tolong sikit aku tak berselera nak tengok kau. So
buang fikiran negatif tu. Aku bukan lelaki tipikal jenis tu. Aku gentleman
dengan semua perempuan.”
Aku menarik nafas lega mendengar jawapannya. Mulutku terus mencebik melihat dia. Gentleman konon! Menyampah. Eh! mana dia nak bawa aku ni? Eiiii!!! Mr Playboy ni!
“Woi!! mana kau nak bawak aku ni, baik kau cakap cepat. Kalau tak aku lompat
dari kereta ni.” Ugutku. Padahal tak adanya aku nak lompat. Giler ape! Habislah calar badan aku nanti kalau betul
aku nak lompat dari kereta ni. Silap
hari bulan mati terus!
Mr Playboy terus menekan brek kereta. Aku hampir saja terdorong ke depan. Nasib tangannya sempat menahan tubuhku. Aku menahan debar yang mengila. Terkejut.
Mr Playboy memusingkan badannya menghadap pada diriku.
"Kau gila ke apa berhenti macam tu. Hilang akal!!!" marahku.
"Sorry...sorry, aku terkejut tadi bila kau kata kau nak lompat. Aku takut kau betul-betul buat tadi. Sebenarnya aku nak balik rumah parents aku kejap. Nak ambil barang. Kau jangan risau, mummy aku ada dekat
rumah tu. Dah, kau duduk diam-diam, aku nak pecut ni.” Mr Playboy terus memandu dengan
laju.
Aku menarik nafas lega mendengar penjelasan dari dia. Nak pergi rumah dia rupanya. Eiiii!!!!! Mr playboy ni, cuba cakap dari tadi kan senang, tak adalah aku nak risau. Nasiblah aku tak lompat tadi Kalau tak tahulah! Tapi takkanlah aku nak lompat pulak. Gilerlah!
Aku memandang sekilas pada dia yang bersiul-siul sambil menjeling aku . Cepat-cepat aku berpaling. Huh debar pulak hati ni tengok wajah dia. Aku memegang dada. Strange!
p/s: segala maklumat tentang golf ian cari dekat cik google....tak tahulah betul tidak. kalau salah tolong bagitahu ye. Maklumlah bukan pernah pun main golf ni. hope terhibur dengan entry baru ni....
4 comments:
msti afriel pegang pipi mia kan tpi taknak ngaku haha. Best2 :)
nak lagi.
Bestnyer...:)
best gile!!
Post a Comment