topbella

Sunday 29 December 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 16

BAB 16


Hari ini adalah hari minggu, hari dimana semua orang tidak bekerja.  Termasuk aku!  Dari pagi tadi aku asyik mundar-mandir di hadapan ruang tamu. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan.   Entah kenapa hari ni aku berada dalam ‘mood bosan’.  Apa yang aku buat dari tadi semua serba tak kena saja.

Nak berbual-bual dengan papa, nampak papa macam sibuk je kat bilik bacaan dari pagi tadi. Mungkin ada kerja penting yang perlu diuruskan.  Yang si  Abang pulak asyik memerap je kat dalam bilik, entah apa dia bertapa dekat dalam tu, tak tahulah. Tak keluar-keluar dari pagi!   Langsung sikit pun dia tak peduli dekat adik dia yang bosan ni.  Sadis betul!

Aku mengeluh panjang.

Memikirkan tak ada kerja pejabat pada hari ini mengingatkanku pada Mr Playboy.  Bila mengingati dia saja,membuatkan hatiku semakin bertambah sakit. Mana tidaknya sepanjang seminggu aku bekerja, ada saja hal-hal yang menyakitkan berlaku.  Boleh dikatakan teruk-teruk juga aku dikenakan oleh dia.

Rasa menyesal pulak pergi tanya dekat dia, ada ke dia sentuh pipi aku masa kejut aku hari tu.  Bukan apa dah dekat pecah kepala fikir benda tu, yelah nak tahu realiti ke fantasi.   So esoknya aku decide lah tanya Mr Playboy kot-kot betul pulak dia kan.  Aku pun pergilah tanya.  Nak tahu dia kata apa!

“Well kau jangan nak perasan boleh tak.  Ingat aku ada selera ke nak touch pipi kau.  Buat kotor tangan aku je. Tolong jangan nak perasan sendiri boleh tak.” 

Tu ayat pertama dia, dah pun berbisa.  Hampir terpana aku sekejap.  Mahu saja aku sepak-sepak mulut dia masa tu.  Tapi aku cool je.  Tapi tak cukup itu aje, ada lagi tambahan ayatnya yang lebih menyakitkan hati.

“Hmmm….entah-entah semalam tu, kau pura-pura tidur ye.  Mesti kau cuba nak goda aku kan.  Taktik kau tu dah tak laku lah sekarang ni.  Dah biasa!  Aku tak tertarik sikit pun. Lain kali kau usaha lebih sikit, mana tahu bertuah pulak nanti.”

Hampir saja tangan aku mahu naik ke muka dia masa tu.     Eiiiii!!! Geram pulak aku dengar mulut dia yang puaka tu.  Bukan saja puaka malah perasan pulak lebih.  Ingat aku ada hati ke nak goda dia.   Tolong sikit bukan cara aku nak goda lelaki macam tu, lebih-lebih lagi si Mr Playboy.  Tak rela!

Aku terus keluar je dari bilik dia.  Tak sanggup nak dengar lagi tuduhan tak berasas dan merepek dari dia tu.  Betul-betul menyesal aku pergi tanya dia.  Akibatnya sepanjang hari aku bad mood. Sampai Reena pun kena marah dengan aku.  Benci! Benci! Kalau boleh nak je aku jerit dekat depan dia yang aku memang benci dengan dia. Eiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!

Aku menghentikan lamunan yang jauh tadi.   Aku kemudian duduk disofa memerhati sekeliling.  Hmmm…. nak buat ape ye?  

"Hah..apa kata aku tengok tv, harap-harap adalah cerita best." ujarku.    Aku segera mengambil remote control dan menekan seluruh chanel tv yang ada.    Akhirnya  satu drama melayu dari salah satu channel, menarik perhatian aku.   Mataku terus khusyuk menonton drama tersebut. 

Sedang aku asyik menonton, aku melihat Pak Mat sedang sibuk membawa sesuatu.  Aku mengamati benda yang disandang di bahu Pak Mat.  Beg golf!

“Pak Mat nak buat apa dengan beg golf tu.  Pak Mat nak main golf dekat taman depan ni ke?” usikku sambil ketawa. 

Pak Mat tersenyum “Takkan lah Pak Mat nak main golf, pegang kayu golf pun tak reti.  Ni Dato, kejap lagi nak keluar main golf dekat kelab.  Tu yang Pak Mat siap sediakan semua ni.  Senang nanti.”

“Oooo…Papa nak main golf.”  Anggukku.  Pak Mat terus keluar ke depan membawa beg golf tadi. 

Aku mula berfikir-fikir.   “Hmmm…. Apa kata kalau aku ikut papa main golf.  Aku pun tak pernah main golf.  Boleh jugak aku belajar kan.” Omelku sendiri.   Aku segera menutup suis tv dan berlari naik ke atas.

“Papa! Papa!” jeritku sebaik saja sampai di depan pintu bilik papa.  Beberapa saat kemudian pintu dibuka.

“Ada apa ni Mia?  Kenapa jerit-jerit ni?” tanya papa risau melihat aku yang termengah-mengah di depan pintu.

 Aku tersengih memandang papa. “Papa nak main golf kan nanti,  kalau Mia nak ikut boleh tak?” soalku.

Papa tersenyum lebar.  “Boleh apa salahnya, kalau macam tu Mia siaplah dulu.  Kejap lagi kita pergi sama-sama.  Papa pun nak bersiap dulu ni.” Ujar papa.

Yes! Aku segera berlari menuju ke pintu bilik tidurku.  Belumpun sempat aku masuk ke dalam bilik, terdengar suara abang menegur dari belakang.  Aku berpaling melihat abang yang entah dari mana muncul tiba-tiba je dah terjelma dekat sini. 

“Woit apesal terlompat-lompat ni, happy semacam je kau ni Dik.”

“Happylah..adik nak ikut papa pergi main golf.  Lagipun adik bosan duduk kat rumah ni.  Abang tu pulak asyik memerap je kat dalam  bilik tu langsung tak layan kita.  Baik adik ikut papa main golf, lagi best!”

“Hah main golf? Uit…sejak bila kau tukar minat ni.  Reti ke kau pegang kayu golf tu ha ha ha” gelak abang.

“Retilah, apa ingat orang tak pandai ke.  Adik ni pakar tau main golf.”

“Perasan! Setahu abanglah kan, kau kalau bab-bab pukul orang memang champion. Superb!   Tapi kalau pukul bola golf, abang rasa pukul angin je lah jawabnya nanti.  Jangan kayu golf pulak yang terlambung, lagi haru nanti ha ha ha.” Abang ketawa kuat.

Aku menjeling tajam pada abang. Menyampah betul!  Ada saja nak cari gaduh abang ni. Aku segera masuk ke dalam bilik.  Malas nak layan abang, buat sakit jiwa je tengok abang mengejek aku.  Lebih baik pilih baju apa nak pakai nanti.  Aku segera menyelongkar almari.  Beberapa helai T-shirt aku keluarkan.  Hmmm…ini ke itu ke? Aku mula berfikir-fikir baju mana yang sesuai.

Akhirnya aku mengenakan sehelai T-shrit putih berlengan panjang yang berbelang-belang biru dan pink.  Seluar slack biru gelap dan dipadankan dengan kasut sukan putih.  Selendang pula berwarna biru gelap, aku lilitkan saja sekeliling kepala.  Akhirnya siap! Aku menilik diriku di cermin.  Nampak macam pemain golf profesional tak?  he he he. 

Aku segera turun ke bawah, papa sudah siap menunggu di luar.  Abang pun sama.  Eh! abang ni ikut pulak dia.  Mesti nak gelakkan aku lah nanti tu.  Huh! Tak apa kalau dia ejek aku nanti memang aku ketuk kepala dia dengan kayu golf tu.  Biar benjol dahi ha ha ha.

Kereta mula bertolak menuju ke destinasi.  Aku betul-betul teruja untuk bermain golf.  Mesti kecoh padang golf tu dengan suara aku.   Nasiblah papa dengan abang bawa aku, mahu berbenjol kepala diorang kalau kena bola golf dari aku nanti ha ha ha. 

*****************************************************************

Akhirnya kami sampai juga dekat Kuala Lumpur Golf & and Country Club-East Course dekat Bukit Kiara. Memang besar padang golf dekat sini, rasanya kalau jalan kaki entah bila boleh habis.   Nasib baiklah disediakan kereta golf atau nama lainnya bugi golf jadi tak perlulah aku jalan kaki dekat sini.  Dengan cuaca yang semakin panas, rasa-rasanya memang habislah kulit aku kejap lagi.  Nasiblah kalau sunburn!

Kami bertiga melangkah masuk di lobi hadapan.  Aku dan abang duduk di sofa yang sediakan.  Papa pulak, aku lihat sedang bercakap dengan salah seorang pekerja yang berada di hadapan kaunter.  Mataku mula melilau melihat beberapa orang yang keluar masuk dari sini.  Rata-rata semuanya golongan elit.  Terserlah gaya profesional mereka semua.  Betul-betul menambah keterujaan aku untuk bermain.

Sedang aku asyik melihat orang yang lalu lalang, mataku tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang membelakangkan aku.  Lelaki itu sedang berbual-bual dengan papa.  Dia hanya memakai T-shirt polo putih berlengan pendek dan seluar slack hitam. Topi dikenakan di kepalanya. Nampak terserlah ciri-ciri maskulin seorang lelaki.   Mataku mula mengamatinya.  Hmmm….siapa?  Dalam sibuk aku menilik lelaki itu, akhirnya dia berpaling ke arahku.  Mr Playboy!

Aku mendengus geram.  Sia-sia saja mataku menilik tadi.  Rupa-rupanya si buaya tak guna tu.  Dahlah time kerja asyik menghadap muka dia, hari tak kerja pun asyik muka dia je yang aku nampak.  Tension! 

Apalah yang dia buat dekat sini, nak main golf jugak ke? Atau papa dah berjanji nak bermain golf dengan dia.  Eiiii!!!!!!! papa ni, kenapalah tak cakap dari  tadi.   Rasa menyesal pulak aku datang dekat sini. Arghhh! Menyesal!

Mr Playboy dan papa berjalan menuju kearah aku dan abang yang sedang duduk. Dia tersenyum manis kearah aku.  

“Hey Rayyan lama tak jumpa kau.  Macam mana business, okay?” soalnya pada abang. Mereka berjabat tangan.

Aku mencebik!  Huh! ayat skema, asal jumpa je tanya benda yang sama cuba tanya benda lain.  Nonsense!


“Mestilah bussiness baik,  kalau tak buat apa nak main golf dekat sini.  Hah lebih baik pergi uruskan kerja dekat sana.  Cubalah tanya soalan tu biar logik sikit.  Skema betul.”  Pintasku sebelum abang bercakap.  Jelingan maut aku berikan pada Mr Playboy.

Abang memandang kearah aku.  Dia mengangkat kening seperti mohon satu penjelasan. 

Aku memuncungkan mulut seolah-olah tak peduli apa yang aku cakap.

“Mia! Kenapa cakap macam tu.  Kamu ni…” tegur papa. Papa mengelengkan kepala melihat aku.  Aku diam.  Alamak sarkastik pula ayat ni.  Terlupa ada papa dan abang di depan.

“Tak adalah uncle, Mia ni memang suka bergurau dengan saya.  Dekat office pun dia memang kelakar orangnya. Ha ha ha.”  Gelaknya plastik!

Aku mencebik.  Tolong sikit, aku nak bergurau dengan kau.  Selama ni ada ke aku buat kelakar dekat kau.  Plastik!

“Ye ke Afriel, lega hati uncle kalau Afriel berkawan dengan Mia.  Boleh Afriel tengok-tengokkan dia.  Mia ni nakal sikit budaknya.  Manja!”

Mr Playboy ketawa kuat bila mendengar kata-kata papa.   Dia memandang ke arah aku.   Macam menyindir saja pandangannya.

Bulat mata aku memandang Papa.  Apa pulak manja-manja ni! Papa ni tu pun nak cerita.  Eiii!!! Anakmu ni tak hinggin nak kawan dengan Mr Playboy ni.  Blacklist tau tak!

“Hah lagi satu ,Afriel kalau Mia ni degil-degil, kau rotan je dia ni.  Dia ni takut sikit dengan rotan tu ha ha ha.” Tambah abang, seronok mengenakan aku.

Mereka semua ketawa kuat lagi.

Aku tambah geram, Isykkk…apa kena semua orang ni, asyik nak kenakan aku dekat Mr Playboy je.  Aku ni macam dianaktiri pulak.   Bencilah!

Aku memuncungkan mulut, mukaku masamkan tanda geram. “Hah tengok tu dah muncung.  Abang buat lawak je lah, tu pun nak sentap.  Jom kita pergi main golf.  Jom adik sayang.”  Pujuk abang.

Aku tersenyum, nasib abang ni pandai pujuk aku kalau tak memang aku cadang nak balik je tadi.  Mood bermain golf dah rosak saat terpandang wajah Mr Playboy.  Langsung tak teruja lagi.  Kami menaiki Bugi golf ke padang.  Aku naik dengan papa sementara abang dengan Mr playboy.  Dua orang caddy ditugaskan mengikut kami.  

Mood teruja aku datang balik saat memasuki padang golf yang hijau dan subur.

*****************************************************

WARGGHHH!!! Kenapa dari tadi aku pukul tak lepas-lepas.  Dah berkali-kali kayu golf aku hayun. Satu bola pun tak kena.  Benci! Benci! Rasanya nak campak aje kayu golf ni.  Tak suka!

“Ape ni dik, satu bola pun tak lepas.  Dari tadi pukul angin je ha ha ha.” Gelak abang.  

Dari tadi abang asyik mengejek dan mentertawakan aku, bila aku masih lagi tak berjaya membuat pukulan bola. 

Aku menjeling pada abang yang sedang duduk bertingung tak jauh dariku.  Tak habis-habis nak ketawakan orang.   Rasa-rasanya kejap lagi memang aku ketuk kepala abang dengan kayu golf ni.  Arghhh!!! Tak guna punya golf! 

Sekali lagi aku cuba pukul bola.  Tak berjaya jugak.  Bola still ada di bawah lagi.  Arghh!!!

Abang masih lagi ketawa, kali ni lebih kuat dari tadi.  Seronok sampai keluar air mata.

“Abang boleh diam tak!! kacau tau konsentrasi.  Karang abang pulak yang jadi bola golf ni!” Jeritku geram.  

Abang menahan perut ketawa melihat wajahku yang marah dan kemerahan akibat cuaca panas.

“Alah konsentrasi konon, padahal tak reti main tu cakap je lah.  Boleh jalanlah!  Jom papa kita pergi main dekat sana.  Biar budak ni konsentrasi dekat sini ha ha ha.”

Abang menaiki kereta bugi meninggalkan aku dengan Mr Playboy dekat situ.  Sampai hati papa dan abang, sanggup tinggal aku.  Nak menanggis rasanya.

Aku menahan air mata, sedih.  Kenapalah aku tak pandai main golf ni.  Malunya dekat Mr Playboy yang duduk memandang aku dari tadi.  Mesti dia gelak-gelakkan aku.  Sedih!

“Lain kali kalau tak pandai main jangan berlagak.  Kan dah kena gelak.” Ujar Mr Playboy yang tiba-tiba berada disebelah kiriku. 

Aku memasamkan muka, menjeling wajahnya sekilas.

“Alah kau sukalahkan dapat gelakkan aku.  Kau kan memang suka cari pasal dengan aku.”

Dia tersenyum lebar mendengar kata-kataku. “Main golf ni kena belajar dulu.  Kita tak boleh terus main je, nanti boleh kejang otot kalau salah cara. Satu lagi emosi pun kena jaga. Jangan nak marah je.”

Aku memandang kearahnya. “Pukul bola golf pun kena belajar juga? Ada guna emosi jugak ke?” sindirku.

Dia menarik nafas. “Jom aku tunjukkan kau dekat satu tempat ni.  Kat situ barulah kau boleh belajar.  Buat masa sekarang kau tak boleh pergi ke padang dulu.  Kau kena tahu basic-basic pukulan golf.  Shall we." pelawanya,

Aku mengikuti dia menaiki bugi golf.  Kami sampai di suatu bangunan.  Kata Mr Playboy inilah driving 
range.  Tempat sesuai nak belajar asas main golf.  Aku mengangguk mengiakan.  Dalam kepala fikir apa ke benda driving range! Tak pernah dengar pun!

“Ok mula-mula kau kena tau macam mana nak Grip kayu golf.  Pegang kayu golf tu betul-betul, tak kuat tak longgar.  Sederhana je pegang.  Jangan sampai terhayun pulak.”

Aku mengangguk.  Kayu golf aku pegang .

“Kedua, body posture.  Setup badan betul-betul dekat belakang bola.” Aku buat jugak apa yang dia suruh.  Aku cuba setup diri di belakang bola. Payah betul nak belajar ni.  Banyak pula step dia. Hisyk!

“Ketiga kau kena tengok kedudukan bola golf tu masa kau setup badan kau, pandang bawah sikit .  Keempat kau kena tahu basic swing plane, iaitu asas pukulan golf sama ada yang perlahan atau laju.   Itu penting.    Last sekali tak kurang pentingnya kau kena tahu macam mana nak finishing selepas bola dipukul. 
 Lima step ni kau kena ingat setiap kali main.  Barulah kau boleh pukul bola golf dengan baik.” terangnya bersungguh-sungguh.

Aku mengangguk faham.  Padahal satu pun tak masuk dekat kepala otak aku ni.  Apa bendalah yang dia mengarut ni. Tak faham!

“Nah, mula-mula belajar kau kena guna short iron dulu, Ni iron yang paling pendek sekali.” Ujarnya.

Aku mengangguk, ikutkan je lah.  Janji aku dapat main golf.  Yang lain aku tak peduli!

Aku cuba mengikuti langkah-langkah yang dia ajar tadi. Perlahan-lahan.    Mula-mula memang kekok bila bermain golf ni.  Mana taknya, bola langsung tak kena. Punyalah aku hayun kayu golf tu, alih-alih angin jugak yang dapat.   Kali kedua aku hayunkan betul-betul, ada peningkatanlah jugak. Bola mula gerak sikit.  Ketiga, aku aim bola golf tu betul-betul.  Dengan sekali hayun je terus tercampak bola tu ke depan.  Yes!  Akhirny.a aku berjaya pukul bola golf jauh.  Aku menjerit keriangan.  Sangat seronok rupanya main golf ni.  Rasa puas hati.  Hilang tekanan dan masalah.

Aku melompat kesukaan memandang Mr Playboy.  Mr playboby cuma mengelengkan kepala melihat telatah aku.  Dia tersenyum lebar. Aku betul-betul rasa  berterima kasih padanya.  Entah kenapa buat pertama kali aku rasa bahagia sekali disampingnya.  Perasaan yang berbeza dari biasa.  Ah! Mungkin aku happy barangkali.  Cepat-cepat aku tepis perasaan yang  bercampur baur tadi.

**********************************************************

Setelah penat bermain tadi.  Aku dan Mr Playboy duduk di lobi.  Mataku melilau-lilau mencari papa dan abang.

“Mana papa dan abang aku ni, tak nampak pun dari tadi?Kau nampak tak? ” soalku pada Mr Playboy yang duduk di sofa bersebelahan denganku.


“Owh tadi masa kau dekat tandas, Uncle call, dia suruh aku hantar kau balik dulu.  Uncle dengan Rayyan ada urusan bisnes yang nak diuruskan. Diorang dah gerak dari tadi pun.”

Hah? habis tu kenapa kau tak cakap dari tadi, so apa gunanya kita duduk dekat sini?" soalku geram.  

Eiii!! Teruknya papa dan abang ni.  Sampai hati tinggalkan aku dekat sini.  Dengan Mr Playboy pulak! 

"Dah kau tak tanya, aku ingat kau nak rehat dulu.  Dah lah jom aku hantar balik." ajaknya. Mr Playboy terus berdiri.

Aku memandang dia yang berdiri menghadap aku.  Aku rasa serba-salah, berbelah-bagi ingin mengikut dia.

“ Err...tak payahlah kau hantar aku.  Aku boleh balik sendiri.  Teksi  kan ada.  Kau pergilah balik dulu.” Suruhku. Malas nak menyusahkan dia.  Walaupun tadi kami macam dah berbaik tapi hakikatnya masih belum nampak perubahan yang ketara.  Setakat baik-baik gitu aje.

Dia merenggus geram. “Boleh tak kau jangan nak mengada-ngada.  Aku malas nak layan.  Cepat ikut aku balik kalau tak aku dukung kau masuk dalam kereta nanti.” Tegas suaranya. Dia menarik tanganku untuk berdiri.

Aku rasa terkejut, terdiam seribu bahasa.   Terasa macam renjatan elektrik pun ada!  Segera aku menarik kembali tangan.  Sungguh aku tak suka lelaki menyentuhku, lebih-lebih lagi yang bukan mahramku sendiri.

“Isykk..jangan pegang-peganglah. Aku boleh jalan sendirilah.” Marahku.  Sakit gila dia genggam tangan aku. Aku mengusap tanganku.

“Maaf, aku tak sengaja. Mari... aku hantar kau balik.” Ujarnya serba salah.

Kami berdua berjalan menuju ke tempat meletak kereta.

 Sebaik saja sampai di hadapan kereta, Mr Playboy terus membuka pintu kereta sportnya.  Dia mempelawa aku masuk. 

Terbeliak juga mata aku sekejap tengok kereta dia.  Lamborghini tu! Oren lagi! Kau ada!  Mahu seminggu aku tidur dalam kereta ni kalau dapat.  Memang kaya betul Mr playboy ni kereta bukan calang-calang.  Lepas tu banyak pulak kereta dia.  Hari tu bawa kereta lain, hari ni kereta lain pulak.  Mewah betul!

Aku teragak-agak untuk masuk ke dalam kereta.  Memang sport habis!  Porche pun kalah! Ni kalau drifft ni memang sedaplah.  Aku berpura-pura cool je.  Walhal gayat habis tengok assecories dalamannya. Hebat!

Mr Playboy terus masuk ke tempat duduk memandu.  Dia menghidupkan kereta dan mula memandu dengan laju.  

Kami berdua sama-sama mendiamkan diri.  Aku memalingkan muka ke cermin menghala pandangan ke jalan raya.  Ingin saja aku membuka tingkap menghirup udara segar.  Tapi tak berani pulak.  Aku memandang jalan raya memerhati papan tanda.  Aku pelik! Eh ni bukan jalan ke Bukit Gita Bayu, mana dia nak bawa aku ni?  Hatiku mula dipagut risau.

“Woit! Ni bukan jalan nak pergi rumah aku ni. Kau tahu tak rumah aku dekat The Mines, ni nak pergi Damansara ni.” Ujarku.

“Aku tahulah. Kau diam boleh tak. Ikut je lah.”


Aku tambah geram mendengar jawapannya.

"Wei jalan mana kau bawak aku ni.  Jalan apa ni?"

“Syurga..”

“Hah? Kau nak buat apa ni?” soalku.   Aku mula risau dengan ayat dia.

Dia ketawa jahat. “Ape? Kau ingat aku ni nak buat tak senonoh dengan kau ke? Tolong sikit aku tak berselera nak tengok kau.  So buang fikiran negatif tu.  Aku bukan lelaki tipikal jenis tu.  Aku gentleman dengan semua perempuan.”

Aku menarik nafas lega mendengar jawapannya.  Mulutku terus  mencebik melihat dia.  Gentleman konon! Menyampah.   Eh! mana dia nak bawa aku ni? Eiiii!!! Mr Playboy ni!

“Woi!! mana kau nak bawak aku ni, baik kau cakap cepat. Kalau tak aku lompat dari kereta ni.”  Ugutku. Padahal  tak adanya aku nak lompat. Giler ape!  Habislah calar badan aku nanti kalau betul aku nak lompat dari kereta ni.  Silap hari bulan mati terus!

Mr Playboy terus menekan brek kereta.  Aku hampir saja terdorong ke depan.  Nasib tangannya sempat menahan tubuhku.  Aku menahan debar yang mengila. Terkejut.

Mr Playboy memusingkan badannya menghadap pada diriku.

"Kau gila ke apa berhenti macam tu. Hilang akal!!!" marahku. 

"Sorry...sorry, aku terkejut tadi bila kau kata kau nak lompat. Aku takut kau betul-betul buat tadi.   Sebenarnya aku nak balik rumah parents aku kejap.  Nak ambil barang.  Kau jangan risau, mummy aku ada dekat rumah tu. Dah, kau duduk diam-diam, aku nak pecut ni.” Mr Playboy terus memandu dengan laju.

Aku menarik nafas lega mendengar penjelasan dari dia.  Nak pergi rumah dia rupanya.  Eiiii!!!!! Mr playboy ni, cuba cakap dari tadi kan senang, tak adalah aku nak risau.   Nasiblah aku tak lompat tadi  Kalau tak tahulah!  Tapi takkanlah aku nak lompat pulak. Gilerlah!

Aku memandang sekilas pada dia yang bersiul-siul sambil menjeling aku .  Cepat-cepat aku berpaling.  Huh debar pulak hati ni tengok wajah dia.  Aku memegang dada.  Strange!






p/s: segala maklumat tentang golf ian cari dekat cik google....tak tahulah betul tidak. kalau salah tolong bagitahu ye.  Maklumlah bukan pernah pun main golf ni. hope terhibur dengan entry baru ni....

4 comments:

Amirah Hidayah said...

msti afriel pegang pipi mia kan tpi taknak ngaku haha. Best2 :)

Unknown said...

nak lagi.

tinta merah said...

Bestnyer...:)

Unknown said...

best gile!!

Post a Comment

About Me