BAB
8
Kereta
yang dinaiki akhirnya sampai di sebuah rumah dua tingkat bercat hijau. Cantik!
Desis hatiku tak sabar nak tinggal dekat rumah ni. Hebat Fitriah ada rumah besar macam ni.
Adam
mematikan enjin kereta. Dia membuka pintu lalu turun dari kereta. Aku yang
menyedari dia sudah turun cepat-cepat membuka pintu dan keluar. Dia mengeluarkan beg dari bonet kereta dan
menutupnya kembali. Aku mahu mengambil beg itu dari tangannya tapi dia menolak.
‘Eleh tadi tak nak pulak tolong sekarang beria-ia pulak.’ Aku mencebikkan bibir
melihat dia.
Segugus kunci dikeluarkan dari dalam poketnya dan membuka pintu gate
mengunakan salah satu kunci yang tergantung. Aku membantu dengan menolak sedikit
pintu gate. Kami kemudian masuk ke halaman depan rumah. Sampai saja di depan
pintu Adam sekali lagi menggunakan satu lagi kunci yang lain pulak untuk
membuka pintu masuk rumah yang utama. Pintu ditolak perlahan.
“Kau
tunggu sini sekejap, biar aku masuk tengok dulu.” Arah Adam lalu terus melangkah masuk sambil
membawa beg tadi.
Setelah
5 minit dia kembali semula dan keluar. Aku memandang dia dengan riaksi hairan
keningku terangkat sendiri. ‘kenapa.’isyaratku.
“Dah,
kau boleh masuk. Aku Cuma nak pastikan
rumah ni selamat. Lagi satu kunci pintu bila masuk, kau jangan
bukak pintu pulak kalau tiba-tiba ada orang datang. Tengok dulu kenal ke tidak. Lagi satu tak payah nak jadi jiran mesra
rakyat pulak hari ni nak kenal-kenal, esok lusa boleh buat. Wei kau faham tak
ni? Asyik termenung je dari tadi.”
Aku
yang sedari tadi tidak memberi riaksi ketika dia bercakap tidak dapat menahan
gelak. Aku menekan perut aku.
Adam
memandang aku hairan. Belum sempat dia hendak membuka mulut aku terus memintas
dia.
“Adoi!
Kau ni serupa macam orang tua. Sebijik macam Mak dan Abah aku kat kampung.
Abang aku pun tak pernah nak membebel macam ni.” Tawaku
lagi.
“Aku
bukan membebel. Ini nasihat untuk diri kau jugak.” Balasanya dengan nada geram.
“Yelah…tapi
aku bukan budak-budak tahulah aku nak jaga diri. Kecohlah!”
“Suka
hati kau lah nanti kau jangan menyesal pula”
balasnya perlahan.
Aku
merasa serba salah pulak memandang wajah dia. Errr…..
“Ok
lah…sorry…terima kasih sebab jemput aku dan belanja makan pulak lagi.”
“Ermm
sama-sama. “ balasnya perlahan.
“Ok
kalau macam tu aku nak masuk dulu.
Terima kasih sekali lagi.” ucapku
“Aku
pun nak balik dah ni. Ingat pesan aku tadi.
Assalamualaikum.” Ucapnya sebelum beredar masuk ke dalam kereta.
“Waalaikumsalam
w.b.t.” Aku melambaikan tangan kepadanya.
Aku
terus masuk ke dalam rumah dua tingkat tersebut. Satu perasaan tenang dan kagum melihat
hiasan dalaman di dalamnya. Ternyata
Fitriah mempunyai citarasa yang hebat!
Lihatlah rumah dia, dengan konsep moden kotemporari dapat mengagak
bahawa gadis ini seorang yang berjiwa tinggi dan sofistikated.
Aku
mula menilik segala isi rumah. Kemas dan bersih. Itu pandangan pertama aku ketika mula
melangkah masuk dari pagar tadi. Fitriah memang seorang yang pembersih dan
pengemas. Dia tidak suka kekotoran dan sangat menjaga
kebersihan sejak dari zaman kami belajar lagi sehingga membuatkan aku kadang-kadang
naik angin dengan dia. Mana tidaknya
hari-hari dok berleter dengan aku suruh menyapu sana sini di bilik, walhal tak
adalah bersepah mana pun. Yang paling
teruk sekali suruh aku basuh cadar dua hari sekali. Memang time tu aku bengang giler dengan
dia. Last –last aku buat tak tahu
je. At the
end bila dia tengok aku buat tak reti dia pun ambil inisiatif sendiri untuk
basuh cadar aku. Kelakar pun ada bila
ingat balik ragam sahabat aku yang satu ni.
Aku
memerhati sekeliling, atas dan bawah. Terdapat
2 bilik di bahagian bawah dan 3 bilik di bahagian atas. Aku melangkah naik ke
tingkat atas untuk melihat bilik tidurku.
Aku berkira-kira yang mana satukah bilik aku?. Aku memusing tombol pintu
bilik sebelah kiri.
Euwww…
warna pink! Memang pitam dan pengsan
kalau Fitriah kata ini bilik aku. Terus pintu aku tutup.
Aku beralih pula ke
pintu yang tengah, perlahan-lahan tombol pintu aku pulas.
Ermm.. cantik warna hijau pucuk pisang memang
mendamaikan, ada sebuah katil bersaiz queen di tengah dan sebuah wardrobe yang
besar di bahagian tepi. Rasanya ini
bilik Fitriah sebab hijau adalah warna kegemaran dia. Aku segera keluar dari
bilik itu tak nak berlama-lama di bilik orang.
Pintu
terakhir… dengan lafaz bismillah aku memulas tombol pintu. Ya Allah ini ke bilik aku? Memang tak terkata
inilah bilik idaman aku warna hitam putih di dinding. Ada sebuah cermin besar
yang dilekatkan di dinding bagi memantulkan ruang bilik. Katil yang bersaiz kecil warna putih
dikenakan pula dengan cadar bercorak polka dot hitam putih. Begitu juga dengan almari baju dan almari
solek semuanya berwarna putih. Masyyallah…
Fitriah betul-betul melayani aku.
Aku
meninjau keadaan bilik airnya yang sederhana besar tapi sangat selesa cukuplah
bagi aku yang simple ni. Aku membuka pintu gelangsar yang mehalang balkoni
luar. Udara petang itu sungguh nyaman aku berharap agar kedatangan aku ke sini
akan beroleh nikmat dariNYA. Amin…
USAI
solat isyak aku bergegas turun ke tingkat bawah bila terdengar bunyi deruman
enjin kereta yang memasuki perkarangan rumah. Aku sempat meninjau di balkoni
atas melihat kereta Fitriah yang masuk. Aku berlari-lari anak membuka pintu
dihadapan. Gaya macam akulah tuan rumah.
He he he.
Fitriah
keluar dari pintu pemandu, dia memberi salam terlebih dahulu sebelum memeluk
aku yang berdiri di depan pintu. Aku membantu Fitriah menutup pintu pagar
sebelum kami berdua masuk ke dalam rumah.
“Rindu
giler kat kau Tizz. Macam mana rumah aku, best tak?” Soal Fitriah sebaik saja aku kembali ke ruang
tamu membawa segelas air untuknya.
“Giler
tak best…hahah. Pandai kau hias bilik
untuk aku. Memang ikut citarasa aku.”
“Hias
bilik untuk engkau? Tak da maknanya aku nak hias. Susun atur bilik kau tu Adam yang buat. Dialah yang deco hiasan dalaman rumah ni. Cantikkan?
Aku
bagi tahu je citarasa aku macam mana,selebihnya idea dia. Bilik kau tu aku bagi tahulah kau jenis yang
suka ape. So selebihnya dia yang set
kan.
Ternganga
aku mendengar. Bukan calang-calang Adam ni, serba-serbi dia tahu. Terselit rasa
kagum kepada dia.
“Wah
dasyat giler pakwe kau. Bukan saja
Doktor malah boleh jadi interior designer
jugak ye?”
“Sebab
tu lah dia jadi pakwe aku. Kalau tak, ada aku heran!”
Aku
mencebikkan mulut mendengar kata Fitriah. “Untunglah ada orang ada pakwe. Aku
ni sapelah nak”
“Ek
eleh macam aku tak tahu yang kau sekarang, dah ada ayat-ayat cinta dengan anak
Mak lang kau.Teringat aku yang kau
pernah telefon, kata sepupu kau dah tak layan kau sejak dua menjak ni. Nampak sangatlah kau dah fall in love with him.”gelak Fitriah.
Aku
mencerlungkan mata memandang Fitriah yang tergelak melihat aku. Menyesal aku
cerita kat Fitriah pasal tu. Baru aku teringat kat si Dia. Apa ye dia buat
sekarang? Dah makan ke belum?.
Isykk
memang aku dah giler tak pernah pulak aku nak teringat kat dia selama ni,
tiba-tiba hari ni aku jadi tak keruan memikirkan dia.
“Woit
dah angau pulak kau. Hah!kan dah kena panahan cinta Cikgu Matematik tu ha ha ha.
Tambah Fitriah mengusik aku.
“Dah
malas aku nak layan kau,baik aku tidur.” Aku bingkas bangun dan menjeling
sekilas pada Fitriah yang masih ketawa dari tadi. Geram aku.
2 comments:
Bestnyer dik... :)
terima kasih kak....
Post a Comment