topbella

Wednesday, 8 January 2014

MEMORI CINTA KITA 7

BAB 7



SUASANA  di Putrajaya Sentral agak lengang , mungkin kerana jam sudah menginjak ke pukul 11.   Biasanya Putrajaya Sentral hanya sibuk pada sebelah pagi.   Al-maklumlah Pusat Pentadbiran kerajaan , jadi tentulah sesak orang nak pergi kerja.

 Eh! Macam mana aku tahu? Ha ha ha mana taknya dulu aku pernah pergi temuduga kat sini kat bahagian Lembaga Peperiksaan.  Masa tu memang kelam-kabutlah aku.   Yelah tak pernah jejak kaki kat sini meroyan jugak mencari hotel bajet, nasib ada.    Kalau tak memang aku bajet nak tidur masjid je time tu.  

Tapi yang lebih hampehnya lepas temuduga tu tak ada pulak orang tu call.   Padahal time temuduga, dah beria-ia mengatakan mungkin aku dapat kerja tu.  Sabar je lah….

Aku melangkah keluar dari ERL dan terus berjalan ke tingkat atas.   Perlahan-lahan aku menarik beg baju.  Aku duduk di bangku yang disediakan.  Mataku melilau-lilau mencari Fitriah.

Hampa.

“Mana Fitt ni? Lupa ke?” luahku tiba-tiba.

Aku mengeluarkan handset Sony Ericsson dari dalam poket. Nombor telefon Fitt ditekan.  Bunyi Caller 
Ringtone sedetik lebih nyanyian Anuar Zain bergema di telinga. Suara Fitriah kedengaran jauh.

“Hello Beb! Sorry sangat aku kat Bangi.   Ada emergency lah tadi.” Pintas Fitriah sebelum sempat aku berkata. Terkejut aku, kalah ERL tadi, laju bebenor (benar)

“Hah! habis tu aku macam mana?  Kau ni janji melayu betullah!” Balas ku geram. Apehal nak salahkan melayu, ada kena mengena ke?. Hai laa…

“Hesyy kau ni jangan lah marah.   Cuba tarik nafas.   Dengar apa aku nak cakap dulu ni.” pintas Fitriah.

“Mahu tak marah!  Hari tu berjanji, beria-ia sangat tapi ape hampeh.”

“Ni yang aku nak story ni.   Aku taw aku janji nak jemput kau.  Tapi pagi tadi mummy call, dia kata aku kena attend satu majlis kat sini.  Urgent!  hal bisnes.” Terang Fitriah panjang lebar.

“Habis tu aku macam mana ni?  Kena tunggu kau ke?”

“Isykk giler nak tunggu aku.   Berkulatlah jawabnya kau kat situ.  Jangan risaulah aku bukannya kejam sangat.   Macam ni kau tunggu kat laluan kereta tu, nanti sekejap lagi Adam sampai.   Tadi aku dah call, suruh  dia jemput kau.”

“Hah!  Adam pakwe kau ke jemput aku? Aduh! Seganlah.  Ape kata kau bagi alamat rumah kau, nanti aku naik teksi je pergi.” Aku memberi idea pada Fitriah. Tak nak aku aku naik dengan pakwe dia.   Bukan kenal sangat pun.

“Dah jangan kau nak mengada-ngada.  Karang kau kena culik sape nak bertangungjawab?  Naik teksi konon, karang driver teksi tu bawak kau lari siam baru taw.” Ujar Fitriah panjang lebar.

“Kau ni Fitriah imaginasi tinggilah.   Kau ingat aku ni budak-budak ke.” Aku mencebikkan mulut geram dengan ulasan Fitriah.

“Isykk kau ni kita kena beringat sebelum kena.   Dah jangan banyak cakap, tunggu je Adam tu. Lagipun dia ada kunci pendua rumah tu, sebab hari tu dia tolong tengokkan orang yang pindahkan barang kat situ.” Ulas Fitriah panjang lebar.  Malas aku nak layan.

“Yelah…yelah.  Pukul berapa pakwe kau ni nak jemput aku.” Akhirnya aku mengalah.

“Entah aku pun tak tahu. Kau tunggu je lah, kejap lagi sampailah tu.   Okay lah aku nak masuk dewan ni nanti jangan lupa mintak kunci dekat Adam.   Jangan aku balik nanti, kau jadi guard kat depan rumah pulak.” Tawa Fitriah sebelum menamatkan panggilan.

Hampeh betul Fitriah ni ada ke digelaknya aku. Adoi! Nak tunggu mamat ni pulak. Lemah lutut aku.   Dahlah baru jumpa sekali, tak friendly pulak tu. Huh!


SUDAH 3 jam aku duduk bertapa di Putrajaya Sentral ni.   Bangun,duduk, dan berdiri dah jadi rutin aku sejak dari tadi.   Aku mengerling sekilas pada jam tangan, jarum jam telah menunjukkan sudah pukul 2 petang.   Hati aku dari tadi sudah terbakar-bakar dan macam disiat-siat je duduk dekat sini.  Nasib baiklah aku baru lepas menunaikan solat zuhur di surau berdekatan kalau tak memang aku maki-maki je ‘makhluk’ tu nanti.

“ Ya Allah sabarkanlah hati aku nanti..Amin….” Aku mangaminkan doa dengan kuatnya. Beberapa orang yang lalu lalang memandang aku dengan pelik. Mungkin mereka fikir aku gila agaknya bercakap seorang diri dari tadi.

Aku buat muka selamba je.  Biasalah aku kena cover balik perbuatan terlampau aku tadi.  Ini semua pasal kekasih Fitriah,  sampai sekarang tak nampak batang hidung.   Kata nak jemput! 

Kalau tak mengenangkan Fitriah tu sahabat aku dah lama dah aku blah dari tunggu mamat tak guna ni.  Sekali lagi aku menatap mesej yang dihantar Fitriah sejam yang lepas.

Salam Tizz…Maaf kau tunggu sekejap ye…Adam dalam perjalanan nak jemput kau, dia lambat sedikit. sabar yea..aku pun tak tahu dia ada hal tadi. Sorry tau nanti aku belanja kau…apa pun kau jangan pergi mana-mana pulak, risau aku nanti. Take care taw. C u soon. -Fitt…-.

Aku mengeluh…   Bila difikirkan balik akal kewarasan aku, mungkin saja Adam ada urusan penting. Yelah nama pun doktor kan mana tahu ada pesakit dia yang sakit ke mesti dia kena rawat dulu kan.   Lagipun aku ni cuma kawan Fitriah je, takkan dia nak berkejar jemput aku. Lainlah kalau Fitriah, mesti dia dah berlari datang ke sini.   Silap haribulan siap berkhemah pulak dekat depan ni.

Bibirku mengukir senyuman bila memikirkan semua itu.

“Ehem..”

“Apocot mak kau kahwin!” latahku terkejut. Aku mengusap dadaku berulang kali.  Siapa punya angkara ni.  Heart attack aku!  Aku mengalihkan pandangan ke belakang. 

Lahh… ‘makhluk’ ni rupanya.   Aku mendongak memandangnya yang sedang berdiri.  Dia kelihatan santai hari ni dengan T-shirt berkolar berwarna hitam dan seluar jeans berwarna biru.    Cermin mata hitam disangkutkan di kolar.  Tiba-tiba jantung aku berdebar dengan kencang sekali melihat dia.

Dia memandang aku sekejap sebelum mengalihkan pandangan ke arah begku. Aku terkebil-kebil memandang dia. ‘Eh kenapa tak keluar suara ni tadi rasa macam-macam nak maki dia’

“Jom.” Adam memulakan bicaranya.

Aku tersentak seketika, maklumlah ralit tengok dia tadi.  Adoi! Boleh mengelamun pulak aku melihat dia.  Pakwe orang tu! 

“Hah..ermm… jom.” balasku sambil mengangkat beg dan mengikut langkah dia yang berada di depan. Aku mengikuti langkahnya dari belakang.    Bukannya sebab aku segan nak jalan tepi dia, tapi terpaksa jalan dekat belakang.    Mana taknya berat giler beg aku ni! Slow-slow lah aku jalan.  Mamat ni pula langsung tak tolong aku.   Dari tadi dia buat bodoh je!   Hai laa… kenapa lah pakwe sahabat aku ni langsung tak ada timbang rasa.

Adam menghentikan langkahnya. Dia berdiri pada kereta Subaru impreza berwarna biru.   Dia menekan butang lock pada kunci kereta.  

Aku menghampirinya perlahan.   Dia memandangku, sambil tangannya memberi isyarat menunjuk pada bonet kereta.  Ceh! Dia ni macam aku ni orang bisu pulak main isyarat-isyarat.

Aku terus memasukkan beg ke dalam bonet kereta dan menutupnya. Tanpa disuruh aku terus masuk dekat tempat duduk penumpang di bahagian hadapan. Tak tahan, cuaca panas.  He he he

Adam masuk ke bahagian pemandu dan menghidupkan enjin kereta.   Matanya mengerling sekilas pada aku yang sedang mengipas-ngipaskan tangan ke muka.   Panas!  Dia menekan butang on pada air-cond. Fuhh! Dinginnya sejuk badan aku. Aku tersengih memandang dia sekejap.

Kereta terus bergerak meninggalkan Putrajaya Sentral.  Aku membuang pandangan ke luar. Melihatkan bangunan yang tinggi dan cantik membuat aku kagum dengan Negaraku sendiri.  Ternyata usaha kerajaan membangunkan Malaysia selama ini membuahkan hasil.   Kini Malaysia mampu berdiri megah seiring dengan Negara maju yang lain.

Lamunan berunsur patriotik tadi terhenti apabila kereta memasuki simpang dan berhenti di hadapan deretan kedai makan. ‘Eh dia nak belanja aku makanlah, bestnye lapar ni’ lonjakku dalam hati. 

Sejak dari tadi aku belum mengisi perut dengan makanan berat.  Itu nasib baik pagi tadi aku makan roti coklat dan air milo yang aku beli semasa di Seremban.   Ada juga buat pertahanan.  Tapi bila dah nampak  aje kedai ni tadi, mulalah perutku ni bernyanyi riang macam dah boleh buat konsert ‘worm’band dalam perut ni. Hehehe.

“Jomlah kau mesti laparkan?.” Soalnya padaku.

Eh dia guna kata nama ganti ‘kau aku’ tak sopan langsung.  Hari konvo tu macam gentleman sangat.   Poyo betul mamat ni, lakon je lebih depan Fitriah. 

“Hmmm…. aku memang lapar pun.” Balasku selamba. Orang dah tak hendak aku pun tak ingin nak sopan santun  dengan dia.

Kami keluar dari kereta dan masuk ke salah sebuah kedai makan yang berderet di situ.  Banyak juga kedai makan kat sini macam-macam jenis ada dari lauk pauk, nasi ,mee,kuih dan sebagainya. Pendek kata beraneka macamlah, tinggal tunggu nak order je.

Aku dan Adam duduk di bangku yang disediakan.   Kami duduk berhadapan.  Seorang pelayan lelaki datang dan memberikan menu kepada kami.  Aku melihat menu yang ada ditanganku. ‘Mak oii! Banyaknya…apa aku nak makan yek?’ Otakku mula ligat berfikir.

“Nak order ape Bang?” Soal pelayan lelaki tadi.

“ Ermm…Dik bagi Abang nasi goreng kampung dengan jus oren.” Adam terlebih dahulu membuat pilihan.

Isykk makan nasi tak suka aku dengar.   Aku nikan dalam proses berdiet nasi sekarang ni.  So apa saja tentang nasi aku tolak tepi dulu. Takut karang kalau order nasi mahu tak cukup sepinggan. Baik aku order something yang meringankan.

Pelayan lelaki tadi memandang aku dengan senyuman.  Mungkin dia menunggu pesanan dari aku pulak.  Aku pun mulalah tersipu-sipu. Cover cun!

“Saya pulak nak char kue tiaw dengan jus epal.”

Pelayan lelaki tadi berlalu setelah mengambil pesanan.  Sambil menunggu makanan dihantar, aku mencuri-curi pandang wajah lelaki dihadapan.  Dia menundukkan sedikit wajahnya memandang hanset di tangan kemudian tangannya menekan keypad pada hanset mungkin menghantar sms pada Fitriah.

Tiba-tiba dia mengangkat wajahnya.  Aku tersentak, anak matanya memandang terus pada mataku.  Dengan cepat aku mengalihkan pandangan. Terasa tiba-tiba jantungku berdegup kencang sama seperti pertama kali aku berjumpa dia dahulu.

Aku berlagak seperti tidak punya perasan.  Aku memandang dia semula dan tersenyum…

“Ermm pelik…Fitriah kata kau ni talkactive person… tapi aku tengok kau ni dari tadi dah macam orang gila pun ada asyik tersenyum saja.” Sinisnya.

Mati senyumanku tadi.  Perghhh! Macam bom atom aku rasa. Sesedap hati dia mengutuk aku. Aku mula mengurut-urut dadaku. ‘tenang Tizz jangan malukan diri di depan lelaki.

 Aku menarik nafas perlahan-lahan.   Aku tersenyum memandang dia.  Rileks it’s show time…

“Senyumlah…selagi kita masih bernyawa.  Senyumlah kerana ada saatnya nanti takut kita terlupa macam mana mahu tersenyum.” Aku mengatur ayat. Sopan.

“Oh ya pasal talkactive person tu.. saya rasa Fitriah lupa nak bagitahu awak yang saya ni tak suka bercakap dengan orang asing.    Dan awak tak layak pula jika nak menilai saya dengan sekali pandangan saja.”  Tambahku lagi sambil melemparkan senyuman sinis kepada dia.

“Hurmm intresting… so aku kenal kau dululah, then baru aku boleh nilai kau?”

No need.” Balasku ringkas

Why?” Dia mengerutkan dahinya, tak puas hati dengan jawapanku.

“Tak ada istilah nak kenal lebih baru boleh nilai saya.  Cukuplah setakat awak kenal saya sebagai kawan Fitriah.   Lain dari pada tu tak ada yang penting pun.”

“Betul tu.   Kau bukan orang yang penting pun .”Balasnya selamba.

Warghhh!!! geramnya aku. Dia ni memang poyo lah. Memang aku kaki je muka dia ni karang. Arghhhh!!!!
Belum sempat Adam mahu membuka mulut menambah.  Pelayan lelaki tadi datang menghantar makanan yang dipesan.

Setelah pelayan lelaki tadi berlalu.  Aku membaca doa dan terus makan. Perghh…lapar giler.  Char kue tiaw tadi aku sudukan dan masukan beberapa suapan ke dalam mulut. ‘sedapnya makan free hehehe.’ Aku kemudian baru teringat pada insan di depanku.  Adoi!  Macam mana boleh lupa ye aku bukan datang sorang tadi. Aku memandang dia sambil mengangkat sedikit sudu… ‘makan.’

Adam nampak agak sedikit tercengang melihat aku. Dia menggelengkan kepalanya kemudian bibirnya menguntumkan sedikit senyuman.   Mungkin dia geli hati melihat tingkahku yang serupa orang sepuluh tahun tak makan.   Aku mengutuk perutku yang memalukan tuannya ini.

Kami makan tanpa berkata apa-apa.  Masing-masing sibuk menjamu hidangan di depan mata. Tak sampai 15 minit aku sudah menghabiskan makanan dan minuman.  Memang muka tak malu betul.  Adam pun telah selesai makan.  Aku merenung dia yang masih minum.

Baru aku teringat aku tak sempat nak tengok dia makan macam mana. Yelah nak jugak tengok orang handsome makan macam mana.    Kot-kot ada special sikit caranya.   Maklumlah anak Dato, mesti ada class!

Tapikan dia ni tak ada lah berlagak sangat, simple jugak orangnya.   Kalau tak masakan anak orang kaya sanggup makan kat medan selera macam ni.  Selalunya anak orang kayakan suka makan kat hotel atau restoran mewah.

Fitriah pun salah seorang dari anak orang kaya yang aku sebut tadi.  Dia pun memang cerewet kalau memilih tempat makan.    Kalau tempat tu dalam bangunan mungkin dia akan cuba.   Tapi kalau tepi gerai atau kedai mamak, jangan harap dia nak masuk.   Aku pun kadang-kadang naik geram jugak dengan sikap dia.   Tapi nak buat macam mana dah sifat dia macam tu, terpaksa jugak aku bertolak ansur. Sapa tak sayang sahabat wei.

Aku bergegas bangun bila melihat Adam berdiri dan menuju ke kaunter bayaran.  Aku pantas mengikutinya.  Setelah selesai kami berjalan menuju ke kereta semula.



1 comments:

Unknown said...

BEST NAK LAGI....
.

Post a Comment

About Me