Bab 13
SUASANA di dalam kedai
agak sedikit lengang dengan pelanggan.
Aku duduk di depan kaunter memerhati beberapa pekerja melayan satu dua
pelanggan yang masuk. Fikiranku masih
melayang-layang memikirkan surat dari Abang Hafizul dan mimpi yang menakutkan
sejak dua menjak ini. Naik pening aku
memikirkan, sudah tiga hari surat Abang Hafizul dalam simpananku. Satu pun tak lagi dapat kubalas.
Dan yang lebih
menakutkan kenapa pula aku asyik bermimpikan Adam. Apa kena mengena dia dalam cerita aku dan
Abang Hafizul? Macam tak logik pulak dia
nak masuk dalam mimpi aku. Mainan mimpi
barangkali agaknya.
Satu keluhan keluar
dari bibirku.
Macam manalah aku nak
membalas surat Abang Hafizul ni, perlu ke aku buat solat sunat Istikharah? Macam mana nak buat ye? Aku tak pernah buat
sebelum ni, biasanya hanya solat sunat hajat dan solat sunat biasa saja yang
sering aku kerjakan. Nampaknya aku kena
buat jugak solat istikharah ni, kalau tak memang buntu fikiran aku nanti.
Aku berpesan kepada
Mariani untuk menjaga kedai sebelum aku keluar.
Fitriah tidak masuk kerja hari ini, dia balik ke rumahnya di Bangi. Aku dipertangunggjawabkan untuk memastikan
urusan kedai berjalan lancar, jadi aku tidak mahu sebarang masalah yang berlaku
semasa ketiadaan Fitriah. Amanah orang
mesti kita jaga dengan baik.
Selesai berpesan pada
Mariani, aku segera menuju ke kedai buku untuk mencari buku panduan solat sunat
Istikharah. Tangan dan mataku melilau
membelek setiap bahagian buku yang ada di rak.
Yes! Jumpa pun. Aku mengambil
buku tersebut dari rak dan terus membayarnya di kaunter.
Setelah keluar dari kedai buku. Aku bercadang untuk makan dulu di Food court
sebelum balik semula di kedai. Baru saja
kakiku nak melangkah menuju ke meja.
Satu suara menegurku dari belakang.
“Nak makan ke?”
Hampir nak tercabut
segala isi jantung. Adam! Apa yang dia buat dekat sini? Fitriah kan tak ada, dia tak tahu ke? Eiii….kenapalah
dia ni muncul bila aku dah lupa tentang dia.
Tak pasal-pasal teringat mimpi tu balik. Menyampah betul!
“Buat apa dekat sini? Fitriah tak ada, dia balik Bangi.” Aku
bercakap agak kuat sedikit sebab suasana agak bising dengan orang ramai yang
sedang membeli makanan.
“Tahu… saja je
datang. Nak jumpa kau.”
Bulat mataku memandang
dia. Salah dengar ke apa telinga ni? Dia
kata nak jumpa aku ke?
“Apa kau cakap tadi tak
dengar sangat?” soalku balik. Takut kalau salah dengar pulak nanti. Rasa lain
macam je ayat hujung dia tadi?
Adam mengelengkan
kepala. Mungkin geli hati dengan
riaksiku yang mendekatkan telinga kepadanya.
“Tak ada apa lah. Jom aku belanja kau makan. Kau duduk dekat situ dulu biar aku pergi beli makanan.” Arahnya sebelum
pergi.
Aku terkelip-kelip
memandang Adam yang berlalu pergi. Eh! Dia
tahu ke aku nak makan apa? Dia tak tanya pun?
Kelakar pulak aku melihat wajah Adam, macam excited je nak makan sampai
lupa nak tanya makanan aku.
Aku duduk di kerusi
menunggu Adam. Tidak lama selepas itu
Adam muncul membawa dulang berisi makanan dan air sirap. Dia nampak sediki termengah-mengah, mungkin
penat menunggu lama membeli makanan. Adam meletakkan dulang diatas meja.
Aku menelan air liur
melihat makanan yang tersedia. Nasi ayam
dan sayur kangkung. Nasi? Memang bagus! Rosak diet aku Doktor Adam. Terima kasih sangat.
“Jemput makan. Sorry terlupa nak tanya kau nak makan apa
tadi. Jadi aku order je Nasi ayam. Kau makan kan?” soalnya terus duduk
berhadapan dengan aku.
Aku mengangguk mengiakan. Takkan nak tolak, dia dah bersusah payah beli
untuk aku kan. Makan je lah…Rezeki
jangan ditolak maut jangan dicari kan…
Perlahan-lahan mulutku
mengunyah nasi. Nasib sedap… Adam memerhatikan aku, dia mengambil sedikit
sayur kangkung dan meletakkannya di pingganku.
“Terima kasih.” Ucapku. Rasa pelik pulak tengok Adam hari ini, kenapa
tiba-tiba dia baik dengan aku. Mesti ada
yang tak kena ni.
“Hmmm….tadi aku nampak
kau masuk kedai buku. Beli buku apa?” Berkerut dahiku memandangnya.
“Dah berapa lama kau
mengekori aku sebenarnya ni?” sinisku.
Dia ketawa kuat. “Lamalah jugak, sampai aku nampak kau beli buku
panduan Solat sunat Istikharah tu. Kau
dah ada calon nak kahwin ke?” soalnya. Mulutnya dijuihkan pada buku yang masih
berbalut plastik di tepi meja.
Aku menjelingnya, sibuk
je nak tahu. Buat baik, pasal nak jaga
tepi kain aku ke? Eh aku pakai seluar
hari ni. Tepi seluar aku ke? Perangai macam perempuan pulak dia ni.
“Kalau ada kenapa? Yang
kau sibuk nak tahu ni kenapa? Kau pun beli buku tu ke?” sindirku.
Dia terdiam dan
merenungku. “Saja je aku nak ambil tahu, Cuma sukar je nak percaya perempuan
garang macam kau pun ramai lelaki nak ke?
Dahlah kasar semacam. Perangai
macam jantan. Macam manalah Fitriah yang
lemah lembut tu boleh kawan dengan kau.
Langsung tak ada ciri-ciri wanita.”
Ternganga mulut
aku. Apesal mamat ni cari pasal pulak
tiba-tiba. Aku ada kacau hidup dia ke
selama ni. Besar kecil besar kecil je
aku tengok pakwe Fitriah ni. Aku meletakkan
sudu dan garfu dengan kasar di atas meja.
Mataku memandangnya tajam.
“Apa masalah kau ni
Adam! Tiba-tiba je datang nak sound
orang. Kau memang sengaja nak cari pasal
dengan aku kan?” soalku marah.
Dia ketawa sinis. “Well…nampaknya
macam tu lah. Aku teringin nak tengok
wajah marah kau macam mana. Not bad..” selamba dia.
Jengkel pulak aku
tengok muka dia. Apa maksud dia not bad?
Argh! Baik aku blah. Lagi lama aku duduk sini lagi menyakitkan hati je. Aku bingkas bangun dari kerusi meninggalkan
Adam seorang disitu. Aku tidak menoleh
langsung ke belakang. Sakit hati pula memikirkan
dia. Tiba-tiba je hari ni nak cari
pasal. Apa kena dengan dia tu? Fitriah pakwe kau ni dah gila agaknya!
***************************************************************
Hari ini aku ke pejabat
post untuk mengirimkan surat yang ada jawapanku. Aku sudah ada jawapannya. Istikharah selama beberapa hari lepas telah memberikan kekuatan
kepadaku untuk membalas suratnya.
Memang tiada mimpi atau
petunjuk buat hubunganku dengan Abang Hafizul.
Tapi menurut beberapa ustaz yang
sering aku dengar ketika ceramah dulu.
Katanya tak semua petunjuk itu datang dari mimpi. Jika ada mimpi, itu adalah limpahan ‘nur’
dari Allah S.W.T. Hanya segelintir saja yang bertuah. Jika tiada, kita boleh mengikut kata hati asalkan
ianya tidak bercanggah dari sisi agama dan undang-undang. Berdoalah terus kepada Allah agar mempermudahkan urusan kita. Sesungguhnya Allah itu Maha pemurah dan Maha
mengetahui.
Dan aku yakin dengan
keputusanku. Inilah kata hatiku buat
dia. Aku harap pilihanku ini akan
diredhai dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T
Surat yang aku tulis
kepada Abang Hafizul bukanlah surat berjiwa.
Suratku lebih ringan dan tidak meleret maksudnya. Aku bukan pandai nak bermadah, setakat faham
cukuplah. Asalkan ada isi dan maksud.
Bismillahirahmannirahim
Assalamualaikum.
Ke hadapan Saudara
Hafizul
Saya sudah memaafkan Abang
walaupun hati agak terguris dengan apa
yang terjadi. Tapi saya fikir
segalanya ada Hikmah yang tersendiri. Tak
perlulah Abang berasa bersalah lagi. Saya
tidak mahu Abang terus menghukum diri. Cuma satu pesanan buat Abang, hormatilah diri
saya sebagai seorang perempuan dan jangan pernah melakukannya lagi.
Abang Hafizul…
Sesungguhnya takdir itu
indah sekali. Allah telah membukakan
pintu hati saya untuk yakin menerima abang.
Dan saya yakin inilah
jawapan untuk setiap persoalan abang di dalam surat tempoh hari
Abang telah bertanya kepada
saya. Dan saya telah membalasnya. Setiap ayat yang abang coretkan telah saya lakarkan
kembali dan sambungannya juga saya selitkan sekali.
Abangku Hafizul.
Pertama Abang bertanya
sudikah saya menghabiskan seumur hidup bersama abang.
Ermm jawapan saya….Insyallah,
tentulah saya sudi,sebab saya mahu bersama abang bukan sahaja seumur hidup
malahan sehingga ke jannah. Dan
seterusnya saya mahu menjadi bidadari abang di syurga kelak.
Kedua soalan abang
berbunyi begini bolehkah sayang menemani abang dikala abang susah dan senang
Insyallah…. saya akan
sentiasa berdoa untuk itu. Semoga
abang akan dilimpahi nikmat dan kebahagian oleh Allah s.w.t. Dan jauhkanlah kesusahan itu dari abang.
Tapi jika itu kehendak dari NYA sudah tentu saya akan sentiasa bersama abang. Susah senang abang adalah milik saya juga.
Soalan ketiga dari
abang, Relakah dirimu disentuh dengan kasih sayang abang.
Ermm…tiada jawapan
untuk ini..kalau nak juga jawapan tanyakan pada malam pertama kita.
insyallah..pasti ada jawabnya nanti. (Jangan nak gatal-gatal senyum bila baca.)
Sendainya sayang
menerima abang hadirlah di dalam mahligaiku dengan cintamu
di situ abang akan menantimu.
Soalan ke ni? Nampak
macam soalan je. Tapi langsung tak
relevan tak faham macam mana nak balas sedangkan sepatutnya abanglah kena
bertindak barulah saya ada jawabnya. Maksud saya disini, selagi saya tidak sah
untuk abang macam mana saya ingin hadir dalam kehidupan abang. Faham tak?
Okay lah tak nak tulis
bebanyak cukuplah sampai disini.
Yang akan menunggu …
Cincin tanya
Cincin tunang
Cincin nikah dari mu.
He he he….
Tizz
Alisya Mohd Aidil
Da
sweet girl in the world…
**************************************************
SEBULAN sudah berlalu. Surat sudahku kirim namun masih tiada khabar
berita langsung di kampung. Aku mula
merasa resah dan risau. Mulalah otak aku berfikir surat tak sampai ke?,surat
kena hujan ke?,surat hilang ke? Arghhhhh tension!
Nak telefon ke kampong,
aku rasa dalam 30 hari ni dah lebih 20 kali aku call. Mak pun dah kata aku ni tak betul. Yelah telefon asyik bertanya khabar orang kampung
sampai ke ayam dan itik aku tanya. Dan
lebih parah lagi siap aku tanya khabar datuk dan nenek aku, tak ke gila tu!!! Datuk
dan nenek aku kan dah meninggal, takkan lah aku nak suruh mak tanya khabar kat
kubur kot. Hampir aku menepuk dahi bila kena marah dengan mak.
Fitriah pula boleh
gelak tergolek-golek bila aku ceritakan hal yang sebenar. Sampai dia kata aku ni dah kena tekanan jiwa
tahap kronik kena panahan cinta Abang Hafizul. Aku apalagi hangin lah tengok si Fitriah. Dia ni bukan nak menenangkan, huru-hara lagi
adalah.
S
ampai ada masanya aku
rasa menyesal pulak hantar surat tu.
Rasa macam aku pulak terhegeh-hegeh nak kat dia. Tapi nak buat macam mana kalau aku tak balas
nanti melepaslah he he he.
Ternyata tahap
kegatalan aku semakin menjadi-jadi pulak sejak jatuh cinta ni. ‘Hurmm agaknya
Abang Hafizul masih rasa bersalah kot…hisykk aku kan dah maafkan dia?’ Oh Allah… kenapa dia tak call aku!!!!...
1 comments:
X sabar tunggu sambungannya
Post a Comment