topbella

Saturday, 18 January 2014

MEMORI CINTA KITA 14, 15

BAB 14

Pagi  yang subuh ini aku bangun untuk mengerjakan solat.  Setelah sebulan kehidupanku serabut akhirnya fikiranku sudah mulai tenang kembali.  Bagiku tak perlulah nak difikirkan soal itu lagi, tawakal dan redhalah dengan takdir yang ditentukan Tuhan.

Jodoh itu ada cuma lambat atau cepat saja.  Aku mula tersedar dari segala mimpi.   Selama ini aku telah menutup ruang hati aku untuk mana-mana lelaki.  Ini kerana aku selalu melebihkan diriku dari segala aspek.   Sampaikan aku tidak sedar bahawa selama ini ada seseorang yang merindui aku dan dia selalu dekat denganku. Betulah kata orang, kadang-kadang jodoh itu ada depan mata tapi kita tak nampak.

Tapi kelakar jugak bila difikirkan aku boleh serabut memikirkan Abang Hafizul.   Mana taknya Tizz Alisya yang dulunya seorang happy go lucky, akhirnya rebah pada cinta si skema sebelah rumah.  Adoi!! punyalah aku selalu mengutuk dia.   Akhirnya orang yang aku kutuk tu lah yang aku gila setengah mati sekarang.

Dalam-dalam aku kutuk Abang Hafizul sebenarnya aku juga menyimpan perasaan kepada dia lama dulu.  Tapi aku anggap itu hanya mainan perasaan je.   Yelah budak-budak sekolah, mulalah kalau ada yang handsome sikit rasa nak sukalah kan.

Tapi betullah aku dah lama suka kat dia tapi bila ye? Cinta memang butakan agaknya sebab buta lah aku dulu tak nampak cinta aku kat Abang Hafizul he he he.

Namun bila difikirkan semula, sebagai hamba Allah aku tidak harus mengikut perasaan.  Sepatutnya Cintalah kepada Allah dan Rasul dahulu kerana cinta kepadanya adalah lebih indah berbanding cinta yang lain.
Ya Allah ampunkan aku jika sebelum ini aku sering lalai dalam mengerjakan suruhanmu. Aku insan kerdil yang hanya tahu meminta bila susah sedangkan aku tidak pandai bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan.

“Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan kecintaanMu dan kecintaan orang yang  mencintaiMU dan kecintaan amalan yang membawaku sampai kepada kecintaanMU. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yang sangat aku cintai lebih dari diriku, hartaku,keluargaku dan air yang dingin. Amin”aku mengaminkan doa. Terasa tenang.  Betullah cinta kepada Allah lebih Hakiki kerana ianya kekal dan Allah sentiasa mencintai hambanya dikala susah dan senang.

Bunyi ketukan bergema di luar pintu bilik sebelum dibuka.   Fitriah tersenyum melihat aku yang baru lepas bersolat subuh.  Hari ini aku dan Fitriah malas mahu ke butik ,cadangnya kami mahu keluar berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Kata Fitriah dah lama tak pergi ke Sogo, Chow Kit dan sekitar jalan TAR (Tunku Abdul Rahman). Jadi kami mahu melepaskan gian untuk cuci-cuci mata bagi melepaskan lelah bekerja.

“Tizz………….” panggil Fitriah manja.

Aku memandang Fitriah.    Hai laaa.. kalau dah keluar suara kucing miang tu.   Mesti ada benda yang dia nak ni.   Aku menjeling Fitriah. Menyampah!
Fitriah tergelak.

“Baik kau cakap cepat apa kau nak?” aku melipat telekung dan menyimpan ke dalam almari.

“Ermmm…kita nak keluar hari ni kan?… ermmm boleh tak..errr…”Fitriah tergagap-gagap.

“Boleh tak errr…ape?” aku mengulang semula apa yang ingin dicakap Fitriah tadi.

“Boleh tak Adam ikut..”luah Fitriah lega.   Matanya bercahaya memandang aku penuh pengharapan.

Aku buat tak heran je. Adoi buat apelah si Adam tu nak diajak jalan-jalan kat KL.    Sanggup ke dia?   Karang merungut pulak bosan.   Al- maklumlah aku dan Fitriah ni kalau jalan memang tak ingat dunia sepuluh kali tawaf tempat yang sama pun tak kisah.

Tapi aku rasa mesti  si Fitriah ni yang ajak.   Dia ni sehari kalau tak berkepit tak sah!! Geram aku rasa nak kunyah-kunyah macam chewing gum.

“Alah boleh lah Tizz.   Sekali ni aje.  Lagipun tadi aku bagi tahu dia, nak keluar dengan kau pergi KL.    Tiba-tiba je dia nak ikut.    Kau kan tau di selalu on call jarang kami dapat jumpa. Kesian kan.” luah Fitriah sengaja memancing aku dengan muka sedih dia.

“Kalau macam tu kau keluar aje dengan dia.    Buat ape nak keluar dengan aku sekali. Dating dua orang kan best?" aku mengerling Fitriah.

“Alah janganlah macam ni.   Kau kawan yang baik kan.  Kata sayang aku.” Fitriah mulalah membuat drama air mata dia memujuk aku.

Adoi! lemah jantung macam ni. Nasiblah dapat kawan manja.

“Yelah-yelah. Pukul berapa nak pergi ni.?” soalku kembali menatap wajah Fitriah yang putih mulus itu.

“Ermm…pukul 10 pagi.  Kita pergi naik kereta Adam tau.” balas Fitriah gembira.

“Ermm…tak kisah” balasku malas.  Fitriah tersenyum  girang dan terus keluar dari bilikku. Aku hanya mengelengkan kepala melihat ragamnya. Nasiblah!


**********************************************************

BAB 15

SUASANA  di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) agak lengang dengan orang ramai. Mungkin disebabkan hari ini hari selasa.   Hari bekerja katakan.   Fitriah dan aku mulalah panjang kaki berjalan sana-sini.  Gaya macam KL ni kitaorang punya.

Fitriah dah mulalah menjerit, lihat tudung-tudung yang tersangkut di sekitar kedai yang berderet dekat sini.  Aku cuma mengelengkan kepala je melihat tingkah Fitriah.    Dah macam pelancong dari luar negara aje!

Aku hanya memerhati Fitriah yang sedang sibuk membeli belah.    Mataku kemudian tertancap pada sehelai baju kebaya putih berlabuci.   Cantik itulah yang dapat aku gambarkan.   Kebaya pendek putih dipadankan dengan kain batik lepas.    Ditambahkan lagi dengan labuci berwarna biru sangat sesuai digayakan pada mana-mana majlis terutama majlis akad nikah. Bibirku mengukir senyuman melihatnya.

Sedang aku melayan perasaan melihat baju tersebut.   Kedengaran bunyi nafas seseorang di sebelahku.  Aku menoleh seketika untuk melihat.

“Isykk dia ni sibuk je nak duduk dekat sini. Pergilah ikut Fitriah.” Omelku perlahan. Adam di sebelah aku jeling.

“Kau nak beli ke baju ni?” soalnya tiba-tiba.

“Tak lah..saja je tengok.” ‘yang kau sibuk apehal?’ tambahku dalam hati.

“Baguslah. Badan kau tu tak sesuai pakai baju ni. Mesti sendat, nanti nampak lemak-lemak kau tu.”

Mencerlung mataku memandang dia. Terbayang-bayang wajah Fitriah yang meminta aku janganlah membelasah boyfriend dia ni.

Aku menarik nafas. Menjeling dia sekejap sebelum melangkah pergi ke kedai sebelah meninggalkan dia.

“Woi tunggulah ..Nanti kau sesat jalan sorang-sorang.” pintas Adam.

Aku berhenti melangkah dan memandang dia. Sedikit jelingan maut aku berikan. 

Excuse me rasanya you ni dah silap orang. I tekankan di sini yang I ni bukan makwe you.  Makwe you yang sedang beli barang sorang-sorang kat sana.” Aku menunjukkan dia Fitriah yang sedang ralit membeli baju dan tudung di sebuah kedai di hujung jalan.

 “Memanglah you bukan makwe I sape kata you ni makwe i?”

Dah ber I  You pulak. Sengajala lah tu nak ajuk.

“Dah tu yang kau sibuk nak ikut aku dan tahan aku apehal?”

“ Ikut suka hati aku lah nak halang ke ape ke. Hak aku!.” aku menahan sabar je mendengar ayat dia yang terakhir tu. Bila masa aku ni jadi Hak dia?

“Woi En Doktor mulut tu tak reti nak kumur dulu ke sebelum cakap. Jangan nanti aku naik angin pulak kat sini.” aku mulalah hot dengan dia.

Dia terus menghembus nafasnya ke muka aku. Tersentak aku.  Menyerbu darah naik ke muka. Merah muka aku.   Dia tersenyum sinis.

“Wangi tak? itu tandanya aku dah polish mulut sebelum cakap.  Mulut kau tu lainlah ada bau longkang, segala benda kau sumbat kat dalam tu.”

Aku pun ‘hot’ lah.   Kurang ajar!    Tak pernah lelaki buat aku macam ni.  Dia ni menyakitkan hati betul.  Belum sempat aku nak membidas.   Fitriah mula berlari-lari anak ke arah kami.

“Sorry Tizz,   aku kalau shopping lupa aku datang dengan siapa.    Main aci redah je sorang-sorang he he he” kata Fitriah tercungap-cungap akibat berlari tadi.

“Ermm…Jom lah balik.   Dah habis beli kan?” tanyaku.   Sebenarnya dah menyampah tengok ‘makhluk’ sebelah ni.

“Eh.. kau tak beli apa-apa pun?  Tadi kata nak cari baju?” Fitriah memandang aku hairan barangkali bila melihat  tangan aku masih kosong.

“Tak jadi..Panaslah.” aku menjeling Adam di sebelah.
Fitriah mengipas-ngipas mukanya mungkin dia pun merasa panas sebab berjalan tadi.

Kami berjalan masuk ke dalam kereta. Aku terus menghenyakkan punggung ke sofa kereta  di belakang.   Nasib empuk kalau tak mahu kematu aku kat dalam ni. Kereta mula bergerak di jalan raya menuju ke destinasi kami yang seterusnya.  Balik rumah!             

Niat membeli- belah sebenarnya sudah terbantut sejak pagi tadi.    Semasa Adam mahu menjemput kami di rumah pada mulanya.    Mana taknya dia janji nak jemput pukul 10 alih-alih pukul 12 baru sampai. 

Aku mulalah panas hati.  Aku menoleh pada Fitriah yang  sedang duduk di ruang tamu nampak dia juga gelisah.

“Fitt mana boyfriend kau ni? Dah pukul berapa ni.? soalku geram.
Fitriah hanya tersenyum.   Muka dia seperti serba salah.   Nak tak nak je jawab.

“Sabarlah. Kejap lagi Adam sampai.” pujuk Fitriah.

“Itulah… aku kata tak payah ajak dia. Kau degil. Tengok sekarang pukul berapa?   Cuba kalau aku drive tadi, bukan dah setakat sampai KL.   Genting Highland pun dah lepas.” Aku menjeling Fitriah.

PON…PON..PON

Bunyi Hon kereta dari luar.  Siapa lagi… Makhluk tu lah datang.  Aku dan Fitriah segera bangun dan keluar.  Fitriah mulalah tersenyum melihat Adam.

Aku tak payah ceritalah, muka aku boleh terbakar je tengok muka dia yang macam kambing kat kandang tu.   Langsung tak rasa bersalah. Hampeh!!

Fitriah mengambil tempat duduk di bahagian hadapan.    Aku di belakang.  Aku sempat menjeling tajam pada Adam melalui cermin sisi sebelum masuk. 

Kereta mula bergerak. Suasana terasa tegang.  Tak ada apa yang aku nak cakap mood dah lari. Rasa nak balik je. Sumpah!!!

“Fitriah bau minyak wangi ape ni? Kuat giler. You tukar minyak wangi ke? Busuklah.” Kata Adam tiba-tiba.   Matanya mengerling aku di belakang.

Aku bukannya tak dengar apa dia cakap. Tu nak mengata bau minyak wangi akulah tu.   Dia ni tak tahu ke, ni minyak wangi jenama Issey miyake.  Dekat 200 lebih harga!  Dia boleh kata busuk.  Memang nak makan selipar saiz 5, makhluk ni.

“Tak adalah I tak tukar pun. Macam biasa je. Hidung you kot yang sensitif.” bidas Fitriah.   Dia mulalah buat perangai lurus bendul, mencium sana sini.

Aku mengeluh melihat gelagat Fitriah. Tak sedar ke yang kawan kau ni diperkotak- katik kan oleh si buah hati.  Boleh pakai ke ayat ni tak boleh pun aku guna jugak. warghhhh!!!

“Tizz” panggil Fitriah perlahan. Aku tersentak dari ingatan yang jauh tadi.

“Ape?”

“Kita pergi minum dulu nak.” ajak Fitriah.

Aku menjeling melihat Si Adam di depan. Tak kuasa aku nak lama-lama.   Lagi baik aku balik rumah.   Tengok one piece kartun favourite aku lagi bagus!

“Tak payahlah dah nak sampai pun. Nanti balik aku buat air. Membazir je minum kedai.” aku menjeling 
Adam lagi. Ingat aku hadap sangat nak minum dengan kau.

“Ermm…okay” balas Fitriah hampa.

Akhirnya kami sampai jugak di rumah. Aku segera keluar tak mahu berlama-lama lagi dalam kereta. Tanpa ucapan terima kasih aku menonong masuk dan membuka pintu rumah.   Aku terus masuk ke dalam dan menghilangkan diri. Sebal!!!



3 comments:

Post a Comment

About Me