BAB 21
Azan yang sayup-sayup
kedengaran jauh, mengejutkan aku dari tidur yang lena. Terpisat-pisat mataku memandang jam di tepi katil, tepat jam 6.00
pagi. Aku cuba mengagahkan diri untuk
bangun. Badanku masih terasa penat dan
letih. Demam dan sakit kepalaku sudah semakin
berkurangan sedikit. Tanganku segera
mencapai tuala di tepi pintu dan terus ke bilik mandi.
Selesai mandi dan
bersolat, aku bercadang ingin menikmati udara di tepi balkoni. Aku harap udara pagi akan membuatkan tubuhku
segar sedikit. Aku segera menarik pintu gelangsar kaca yang
tertutup. Sebaik saja pintu terbuka luas, angin pagi yang
sepoi berhembus perlahan lalu di telingaku. Tubuhku terasa kedinginan tapi segar dek
hembusan angin ini.
Aku memejamkan
mata. Suasana pagi yang segar dan nyaman
membuat diriku seperti berada diawangan.
Ringan dan lembut. Aku membuka mata dan mula menghirup udara ini
kemudian kuhembuskan semula. Hilang
beban yang dialami sedikit demi sedikit.
Aku lega.
Sedang asyik menikmati
pemandangan dan udara yang dihela.
Mataku tertacap pula pada susuk badan seorang lelaki tua yang sedang
menyiram pokok dan bunga di taman.
Aku membongkok sedikit
cuba untuk melihat dengan lebih jelas dari atas.
Pak Mat nampak sangat
cekap melakukan kerjanya. Dia tidak kekok langsung. Jadi tak hairanlah semakin hari bunga di
tamanku semakin kembang dan berbunga lebat.
Rupa-rupanya penjaganya betul-betul merawat dan melayaninya.
Bibirku mula mengukir senyuman.
Selalunya jika Pak Mat
tidak sempat merawat bunga-bunga di taman, Mak Jah lah yang akan mengambil
alih. Terserlah kepuasan hati di wajah
mereka berdua, bila melihat bunga-bunga semakin mekar dan kembang di
taman. Bahagia pasangan ini. Walaupun mereka berdua tidak mempunyai anak,
namun rumah tangga mereka aman dan tenteram.
Dan lebih bertuah lagi kasih-sayang mereka telah tumpah pada aku dengan
abang. Sejak kematian mama, aku dan
abang betul-betul dilayani dan disayangi oleh Pak Mat dan Mak Jah. Oleh itu aku tidak pernah menganggap mereka
seperti seorang pekerja, sebaliknya mereka umpama saudaraku sendiri. Dan aku betul-betul menyayangi mereka.
“Apa
yang kau tengok Dik?” soal abang di sebelah tiba-tiba.
Pertanyaan abang
membuatkan aku terkejut. Aku menoleh
pada abang yang sudah siap berpakaian untuk ke ofis. Entah bila lah abang ni boleh lepas masuk
bilik aku. Tak dengar bunyi pintu pun!
“Isykk…abang ni,
terkejut orang. Masuk bilik tak reti
ketuk dulu ke?” Marahku. Pantang betul
orang masuk main redah ni. Buatnya aku
tak berbaju tadi kan naya je.
Eiiiiii….abang ni.
Abang hanya tersengih
tanpa rasa bersalah.
“Sorry…tadi Mak Jah
bagitahu abang yang semalam kau demam.
Tu yang abang datang jenguk tu. Ingatkan
kau tidur lagi. Rupanya dah bangun
pulak. Betul ke demam ni? Macam tak
sakit je muka?” Abang meletakkan tapak tangannya di dahiku.
Berdesir mulutku. Terus aku tepis tangan abang. “Betul lah, Ingat orang main-main ke? Tak percaya tengok ubat kat tepi meja tu.
Adik makan tau.” Geramku. Muka aku dah
pucat semacam dia boleh kata aku ni tipu pulak.
Ternganga mulut abang
memandangku. Wajah tak percaya,
maklumlah aku memang allergic dengan
ubat-ubat ni semua.
“Really….maknanya kau betul-betul
demam lah ni.” soal abang berkali-kali.
Sabar je lah hati tengok muka dia.
“Aaah…siap pergi klinik
lagi semalam. Entah apalah nasib boleh
demam ni” keluhku.
“What? Kau pergi klinik sendiri? Abang ni mimpi ke ni? Wah! Doktor handsome
mana kau redah ni dik? Selalunya kau kan
takut nak mampus pergi klinik tu.”
Abang ni kalau bercakap,
bahasa main redah je. Boleh gila cikgu
Bahasa Melayu dia kalau dengar dia cakap macam ni. SPM Bahasa Melayu dia ni
dapat berapa lah yek?
Aku menjeling sekilas
“Hmm…tak ada maknanya doktor tu handsome.
Doktor perempuan lah.”
“Hah? Habis tu macam
mana kau boleh terjebak nak pergi klinik ni? Musykil betul!” Abang mengusap
dagunya. Wajah curiga ditunjukkan.
Aku mengeluh. Sakit
hati bila ingatkan balik.
“Itu semua pasal Mr
Playboy lah. Dia punya kerja lah ni. Sengaja bawak orang pergi klinik. Adik tumpang
dia pasal nak suruh hantar balik, tapi alih-alih dia angkut pula kita ke klinik.
Nasib tak kena cucuk semalam, kalau tak memang kena maki lah Mr Playboy
tu.” Geramku.
Abang ketawa berdekah-dekah
mendengarnya. Rasa menyampah pulak aku
tengok abang ni. Boleh diketawakan aku.
“Hebat…hebat. Tak sangka yang Afriel mampu bawa kau ke
klinik. Tabik spring dengan dialah ha ha
ha. Padan muka kau, pergi jumpa
doctor pun nak takut. Nampaknya lepas ni
kalau kau degil nak jumpa doctor lagi, bolehlah abang guna pakai khidmat Afriel
tu. Biar kau rasa.”
“Pleaselah….. takkan
terjadi lagi. In your dream. Lagi satu tak payah nak puji dia sangat. Adik
pergi pasal adik tak nak tunjuk sangat yang adik takut nak pergi klinik tu. Kantoi lah nanti. Boleh jatuhkan maruah
tau. And
you, zip your mouth. Kalau dia tahu
pasal ni ,siap abang adik kerjakan.” Gertakku.
Abang mencebikkan
bibirnya. Kononlah tak takut. Dia ketawa lebih kuat.
“Yelah, Macam
budak-budaklah kau ni dik. Dah jom kita turun breakfast, lapar dah ni. Papa
mesti dah tunggu dekat bawah. Cepatlah.”
“Malaslah, abang
pergilah turun dulu. Adik tak ada selera
nak makan. Abang cakap dekat papa yek.” tolakku. Tekakku masih terasa perit.
“Argh…ni yang malas
ni. Dah jangan mengada-ngada, karang
sakit perut pulak. Cepat turun.” Paksa
Abang.
Aku memuncungkan mulut.
“Tekak sakit lah. Tak selera tau nak makan.” jawabku sebak.
“Alah, minum pun
bolehkan. Jomlah temankan abang, adikkan cuti hari ni.” Abang buat muka seposen
depan aku. Nyampah tau saja aku ni boleh kalah dengan rayuan domba dia. Abang siapalah ni kan…
Dengan rasa malas
bercampur segala rasa hati, akhirnya aku mengikuti langkah abang turun ke
tingkat bawah. Kami berdua beriringan
jalan menuju ke meja makan di ruang tengah.
Papa yang sudah berada di meja makan, tersenyum melihat kami berdua
“Selamat pagi anak-anak
papa.” Sapa papa riang.
“Pagi papa..” balas aku
dan abang serentak.
“ Mia macam mana hari
ni? Masih ada rasa demam lagi?” soal papa.
Papa bangun mendekati
aku. Tapak tangannya diletakkan diatas dahi untuk merasakan kepanasan di
badan. Aku cukup terharu dengan
keprihatinan yang ditunjukkan oleh papa. Papa memang mengambil berat tentang
anak-anaknya. Kalau dengan abang pun dia
akan buat macam ni jugak. Fair and
square tak ada pilih kasih pun.
“Dah kurang sikit. Insyallah kejap lagi baiklah ni.”
Ucapku. Aku tidak suka merisaukan papa.
Setakat demam biasa apalah sangat yang nak dikecohkan. Lainlah kalau kena Demam Denggi ke Malaria
ke, apa ke, haruslah diambil serius! Uisykkk…minta dijauhkan! Mulut….
Papa mengangguk, dan
terus menarik kerusi untuk aku duduk.
Air milo didalam teko dituangkan untukku. Aku betul-betul dilayan seperti tuan puteri.
Kalau macam ni hari-hari demam pun tak kisah he he he.
Aku menjeling sekilas pada
abang yang tak habis-habis membuat aksi menyampah dan mencebik memandang
aku. Jealouslah tu! Papa sayang aku
lebih tau he he he.
“Mia ni dah pergi ke
klinik belum? Kalau belum mari papa
hantarkan, nanti melarat pula.” Risau papa.
Belumpun sempat aku
membuka mulut, abang terlebih dahulu menyampuk.
“Dia dah pergi pun Pa. Dengan Afriel lagi. Hebat si Afriel, dapat paksa Mia ke
klinik. Kalau dengan kita, jangan harap lah anak gadis papa tu nak jejak
kaki dekat klinik. Dia ni kan penakut!” kutuk abang.
“Betul ke Mia?” soal
papa macam tak percaya.
Aku hanya tersenyum dan
mengangguk. Sempat aku jeling pada
abang. Siap kau nanti abang! Yang kau pergi sebut nama Mr Playboy depan papa
buat apa! Kau tak tahu ke papa ni dah
join kelab peminat tegar si Mr Playboy .
Hancurlah mesti kejap lagi papa mula nak memuji Mr Playboy. Menyesal turun sarapan tadi!
“Baguslah Mia, dah
pergi. Nasib baik Afriel hantar Mia ke klinik, lega hati papa dengar. Maknanya semalam Afriel hantar Mia balik
rumah jugaklah ye? Patutlah kereta Mia
tak ada. Baik betul budak tu kan, abang. Ambil berat sungguh dia pasal adik kamu ni.”
Puji papa.
Hah kan betul aku
cakap, see papa dah bukak forum mari
sama-sama memuji Mr Playboy. Nanah
telinga ni wei!
“Aah…papa. Entah-entah mereka berdua ni ada hubungan
istimewa kot? Nak rahsia dari kita lah tu.” sakat abang sengaja. Dia senyum
sinis pada aku.
Bulat mata aku
memandang abang. Amboi abang! Makin
kelas mulut kau sekarang. Dah lama hidup
ke apa! Rasa nak kunyah-kunyah je muka
abang ni.
“Betul ke ni Mia? Mia dan Afriel tu ada hubungan istimewa ke?”
Argh papa dah mula buat
spekulasi pulak dah. Habis! Aku pura-pura ketawa kuat. Hubungan istimewa? Apalah papa merepek ni. Ni abang punya kerjalah ni. Tak pasal-pasal tercetus gossip murahan di
dalam rumah. Nanti kau abang!
“Bukanlah papa. Pandai je abang ni buat cerita. Mia dan
Tengku Afriel kawan sekerja je. Tak
lebih pun.” jawabku lembut. Sempat kakiku menyepak kaki abang di bawah
meja. Siap kau!
Abang mengaduh
perlahan. Aku menjelir lidah padanya.
Padan muka! Suka buat cerita sangatkan…
“Hmmm…kalau betul pun tak salahkan. Papa berkenan dengan dia. Mia cubalah berkawan dulu. Kalau Afriel orangnya, papa suka sangat. ” tiba-tiba
papa bersuara balik. Riang je bunyi nada
suara papa.
Gulp! Aku terkedu
dengan permintaan papa. Oh no! janganlah papa ada niat nak
jodohkan aku dengan Mr Playboy. Aku tak
mahu kahwin paksa! Dah lah Mr Playboy tu buaya darat. Silap hari bulan habis dingap aku. Tak boleh difikirkan kalau duduk serumah
dengan dia. Harus aku terjun kolam
nanti. Mengarut!
Aku memandang abang
yang tersengih kesukaaan. Rasanya kejap
lagi memang ada yang makan cili dekat dapur karang. Dia punya pasal lah ni! Tak pasal –pasal papa
dah fikir lain pulak.
“Mia dengar tak, apa
papa cakap tadi?” soal papa sekali lagi.
“Aaahh…” balasku
ringkas. Aku cuma tersenyum kelat. Tangan mula mencapai sekeping roti dan memakannya. Tekak perit pun jadi tak perit
bila dengar forum papa tadi. Cepatlah papa ni pergi kerja, lagi lama boleh
sakit jiwa rasanya pulak. Aku terus laju
mengunyah roti. Wargh!!
**********************************************************************
Sesudahya papa dan
abang ke pejabat, aku segera masuk ke dalam bilik. Aku berbaring di atas katil. Rasa-rasanya kejap lagi, cadang nak tidur
balik je. Dari tak buat apa-apa dekat
rumah baik tidur. Sekurang kurangnya
dapat mengurangkan sedikit keletihan pada tubuhku. Ek eleh…konon letih padahal
memang kau selalu tidur apa.
Sedang sedap-sedap
berbaring sambil memandang siling, aku mula teringat pada pejabatku. Rasa-rasanya baik aku telefon Reena. Pasti setiausahaku itu belum mengetahui
ketidakhadiranku pada hari ini. Tak
tahulah kot-kot Mr Playboy tu dah inform kat dia pulak. Tapi ada ke? Hmm…telefon je lah.
Aku bingkas bangun dari
katil untuk mengambil telefon. Tanganku
segera mencapai telefon bimbit yang tersadai di atas meja solek. Aku mencari-cari nombor telefon pejabat. Setelah jumpa aku segera menekan butang hijau.
“Selamat Pagi…. Boleh saya bantu.” Sapa suara di talian. Aku tersenyum mendengar suara Reena. Reena memang ceria setiap hari.
“Pagi Reena. Ni I Mia, bos you”
“Lah Mia rupanya, macam mana dengan demam you? Dah kurang sikit?” soal Reena. Memang ada
gaya setiausaha yang ambil berat pada bos.
“Hmm…adalah kurang
sikit. Ni I call you nak beritahu yang I
cuti hari ni. Nanti you tolong coverkan
semua kerja-kerja I. Lagi satu pastikan
office dalam keadaan baik dan jangan ada masalah pun untuk hari ni.”
Arahku tegas.
Walhal aku tau selama ni memang Reena yang selalu coverkan untuk aku. Sajalah
nak tunjuk kuasa veto kan….
“Tak jadi masalah pun. I akan pastikan semua kerja dan arahan you
diikuti dengan baik. You rehat je
elok-elok dekat rumah. Hal office
jangan risau. I kan ada untuk cover you.”
Ceria Reena. Lega aku mendengarnya. Lepas ni tak perlu risau lagi, so bolehlah
aku tidur lena-lena kejap lagi. Untung
dapat setiausaha yang serba boleh ni.
Semua dia boleh handle!
Setelah selesai berbual
sebentar dengan Reena, aku berbaring semula diatas katil. Kesan ubat-ubat yang dimakan tadi sudah mula
aktif. Mataku sudah mulai rasa
mengantuk. Aku cuba melelapkan mata.
****************************************************
Bunyi ketukan di luar
pintu membuat tidurku yang lena terganggu.
Siapa pula yang mengetuk pintu ni? Aku bingkas bangun dan membuka pintu
untuk melihat. Mak Jah yang berdiri di
luar pintu tersenyum padaku.
“Ada apa Mak
Jah?”soalku sebaik saja pintu dibuka luas.
“Maaflah Mia, tak
pasal-pasal kena kejut Mia pulak. ” Ucap Mak Jah serba-salah.
“Tak adalah…kenapa Mak
Jah kejut Mia?” soalku sekali lagi.
“Sebenarnya Tengku Afriel datang, dia ada dekat bawah sekarang. Katanya nak melawat
Mia. Jadi Mak Jah suruh dia duduk dekat
ruang tamu dulu.” Terkejut aku dengar penjelasan Mak Jah. Mr Playboy? Apa dia buat datang dekat sini?
Rasa pelik je dia nak melawat aku sakit?
“Tak apalah Mak Jah
kejap lagi Mia turun.”
“Yelah, Mak Jah pergi
buat air dulu.” Pamit Mak Jah.
Aku segera mencapai
tudung sarung yang tersedia di tepi pintu.
Nasib pakaianku labuh dan menutup aurat kalau tak satu kerja pulak nak
menukar. Hmm…pukul berapa dah ni ye? Tak
kerja ke Mr Playboy tu? Aku melihat jam di
tepi katil. Pukul 2.00 tepat. Giler lama aku tidur.
Aku bergegas turun ke
tingkat bawah. Mr Playboy sedang duduk
di sofa membelakangiku. Rajin pulak dia nak melawat aku. Tak ada kerja dekat office ke dia ni? Aku mengomel di dalam hati. Mr Playboy kelihatan santai dengan baju
T-shirt berkolar dan berseluar jeans.
“Assalamulaikum…”sapaku
. Tetamu kena lah layan elok-elokkan.
“Waalaikumusalam..” Mr
Playboy bingkas bangun sebaik saja aku berdiri didepannya.
“Eh duduklah..” ucapku.
Kekok pulak tengok dia formal semacam. Gaya
macam kami ni tak pernah jumpa dan bergaduh langsung.
Aku terus duduk di sofa
berhadapan dengannya. Aneh rasanya,
terkelu lidah ni nak bercakap. Rasa betul-betul formal pulak hari ni.
“Ermmm, kau nampak
macam dah sihat?” soal Mr Playboy memulakan bicara. Mungkin dia rasa canggung sekejap tadi.
“Aaahh.. nampaknya
macam tu lah. Kau cuti ke hari ni? MC
jugak ke?” perliku sengaja menghiburkan suasana.
Dia ketawa perlahan dan
sopan. “Tak lah, aku masuk office sekejap je tadi. Saja ambil half day hari ni. Dah lama
tak berehat, so sengajalah lawat kau
sekali.”
“Owh… untung jadi bos
macam kau ni ye, bila-bila pun boleh cuti.”
Mr Playboy ketawa
sinis. “Kalau tak jadi bos pun untung apa? Ada juga bos datang melawat pekerja
kan.” Sindirnya.
Aku mencebik. Tak payah nak over sangatlah, tau lah kau tu
datang nak lawat aku. Kecoh!
Mak Jah kemudian datang
membawa dulang berisi teko dan cawan lalu diletakkan diatas meja. Aku tambah pelik melihat semangkuk sup dibawa
sama. Aku memandang Mak Jah. Takkanlah Mak Jah nak bagi makan sup kot
petang-petang ni. Biskut dah habis ke?
“Jemput Minum Tengku…Mia.”
Pelawa Mak Jah. Kemudian mangkuk sup tersebut diambil dan
diberikan padaku. Aku memandang wajah
Mak Jah. Tertanya-tanya.
“Sup ni Tengku Afriel
yang bawa untuk Mia tadi. Mak Jah
hidangkan je.” Ucap Mak Jah. Tersenyum-senyum wanita tua ini.
Aku memandang kepada Mr
Playboy yang tersenyum di depanku. Dia mengangguk mengiakan.
Aku teragak-agak. Perlahan-lahan
tanganku mengambil mangkuk sup dari tangan Mak Jah. Mak Jah kemudian pamit ke dapur.
Aku merenung ke dalam
sup. Erk! Kenapa Mr Playboy ni tiba-tiba
bawak sup pulak? Rasa pelik je.
Selalunya kalau melawat orang sakit biasanya bawak buah atau kuih. Dia bawak sup? Ermm sup apa ni, jernih
semacam je rupa?
“Makanlah sup tu. Ianya sesuai untuk orang sakit.” Senyum Mr
Playboy
Aku mengangkat kepala
memandang Mr Playboy dengan penuh tanda tanya. Rasa ragu-ragu pula nak makan. Entah-entah dia bubuh minyak pengasih kot
dalam ni? Lelaki zaman sekarang bukan
boleh percaya sangat. Takutlah!
“Makan je lah… tak
payah risau. Aku tak bubuh minyak
pengasih pun.” Tambahnya lagi. Terangkat keningku. Tau pulak Mr Playboy ni apa
yang aku fikirkan. Faham pulak dia.
Aku mengangkat sudu
didalam mangkuk. Ermm orang tua-tua kata
kalau nak tau makanan tu disantau atau tidak kita kena check bawahnya panas
atau tidak. Jika bawah sejuk atas panas
maknanya makanan tu tak elok. Ada benda
dalam tu.
Ermmm…baik aku check
dulu. Uisyk panas bawah dia ni. Maknanya selamat dan boleh dimakan. Bismillahirahmanirahim…..
Aku menyudukan sup dan
mula menghirupnya sedikit. Ermmm sedapnya sup ni. Tak macam sup biasalah, rasa halianya kuat
sikit tapi sedap. Patutlah jernih
semacam tak berminyak rupanya. Siapalah
yang masak ni sedap betul. Kena dengan
tekak aku. Terus aku sudukan lagi ke dalam mulut.
“Sedap kan?”
“Aaah sedap. Siapa masak ni?”
“Mummy yang masak, dia kata sup ni baik untuk orang demam.”
Terharunya….baik betul
mummy Mr Playboy ni. Sempat dia nak
masak untuk aku. Bertuahnya bila sakit ada ibu kat sisi kita. Tak baik betul
aku fikir buruk-buruk tadi…
“Thanks…sampaikan ucap
terima kasih aku dekat mummy kau. Buat
susah je.” Aku meletakkan kembali mangkuk diatas meja.
“Insyallah. Hmm…dekat mummy je ke? Dekat anak yang tukang
bawak ni tak nak ucap apa-apa?”
Bulat mataku memandang
Mr Playboy. Amboi demand! Mengada-ngada, setakat jadi tukang bawak pun
nak over. Hmm…nasib sup ni sedap, so memang dia patut dapat terima kasih
dari aku kan.
“Thanks to you too…”
ucapku ikhlas.
“Hai…cakap terima kasih
je? Lain tak ada?” Mr Playboy kalau tak
over dan mengada-ngada memang bukan dia kan.
Geram je aku.
“Kau nak apa? Aku
tengah sakit ni jangan nak demand apa-apa
boleh. Karang aku tarik balik ucapan tu
baru tau.” Ucapku geram. Ni lah manusia bagi betis nak peha. Melampau!
Eiiii….pehal citer peha dan betis ni, lain macam je bunyi. Choi!
“Okay….okay…aku gurau
je. Kau ni emosi betul.”
“Mestilah…” Aku senyum.
Aku mengambil secawan air kopi dan menghulurkannya
pada Mr Playboy. Dia agak tersentak
dengan layanan aku.
“Thanks…mesti sedap
kopi ni.” Senyumnya.
“Of course lah… kopi rumah aku ni datang dari luar negara tau. Rasalah, confirm kau mesti nak lagi.” Jawabku
berlagak. Padahal beli kat Mydin
je. Memang kelas kau menipu kan!
Mr Playboy meminumnya
sedikit. “Ermm…memang sedap. Hitam dan
pekat. Bertambah sedap bila tengok muka
orang sakit yang hulurkan kopi ni. Rasa
kopi yang pahit ni pun tak terasa dekat lidah.
Tapi aku lebih suka letak gula.
Dua sudu gula boleh.” Ujarnya sambil menghulurkan kembali cawan kopi
tadi.
Aku mengigit
bibir. Alamak lupa nak letak gula
pula. Apesal lah Mak Jah pergi asingkan
gula ni. Biasa bukan Mak Jah bancuh
semua sekali ke? Memalukan betul lah aku
hari ni. Nasib Mr Playboy tu tak tersembur minum!
“Sorry tak perasan gula
diasingkan. Dua sudu kan. Nah…” Dia tergelak.
“Thanks…Ermm…sedap.” Aku tersenyum memandang Mr Playboy yang
menghabiskan minumannya.
“Rasa-rasanya dah lama aku
dekat sini. So aku nak gerak balik dulu
lah.” Ucap Mr Playboy memohon diri. Aku bingkas bangun untuk menemani dia
sehingga ke luar pintu rumah.
“Oh ye, besok kau still cuti lagi ke?”
“Hmmm…insyallah
tidak. Rasanya besok aku dah boleh pergi
kerja. Kenapa kau tanya?” Jangan kata
dia dah mula caring dekat aku. Mahu aku terjun jambatan kejap ni karang.
“Tak…kereta kau kan
dekat office lagi. So kalau kau nak
pergi kerja besok, aku boleh tumpangkan kau ke office.”
Tumpangkan ke office? Sound so good but… apa kejadahnya dia
nak tumpangkan aku. Rumah aku dengan dia
mana sehaluan. Dia ni waras ke tidak?
Lagi satu macamlah aku ni tak boleh pergi sendiri pulak kan sampai kena tumpang
dia. Rasa-rasanya besok Pak Mat dan
abang pun boleh je hantar aku. Bukan
susah pun. Musykil sungguh tengok gerak
geri Mr Playboy ni? Baik semacam je
sejak berbaik dengan aku semalam? Hmm…
“Eh tak apalah, aku
boleh pergi sendiri. Pemandu kan ada,
boleh je hantarkan. Tak perlu kot nak
susahkan kau.” Tolakku baik. Kena
jaga-jaga dengan lelaki Playboy. Diorang ni semua bukan boleh pakai! Ayat
manis!
“Tak susah pun, lagipun
apa salahnya aku tumpangkan kau. So
besok aku jemput kau dekat depan ni, Okay.” Senyumnya. Dia memandang aku seperti betul-betul
berharap.
Aku serba-salah. Aku
mengangguk perlahan padanya. Lantak kau
lah. Malas aku nak menolak lagi. Yang pastinya besok sebelum kau sempat sampai
depan rumah aku, aku dah terlebih dahulu pergi kerja. Tak ada maknanya aku nak naik kereta dengan
kau. Hmm… tak apa besok pagi-pagi aku
dera abang untuk hantar aku. Selamat
sikit.
Mr Playboy masuk ke
dalam keretanya. Dia menurunkan sedikit cermin tingkap kereta. Dia tersenyum nipis padaku.
Aku turut tersenyum dan melambai tangan padanya.
Sebaik saja keretanya hilang dari pandanganku. Hatiku mula terdetik. Hmmm... rasa lain macam je tengok kebaikan Mr Playboy ni? Rasa something lah tengok dia.
Pelik pun ada tengok dia mula ambil berat dekat aku kan? Dia macam ada agenda sesuatu je? Hmmm… apa agaknya ya? Tak apa, aku akan lebih hati-hati dengan dia nanti. Kita tengok je apa yang akan jadi lepas ni. Bibirku perlahan-lahan mengorak senyuman.
Aku turut tersenyum dan melambai tangan padanya.
Sebaik saja keretanya hilang dari pandanganku. Hatiku mula terdetik. Hmmm... rasa lain macam je tengok kebaikan Mr Playboy ni? Rasa something lah tengok dia.
Pelik pun ada tengok dia mula ambil berat dekat aku kan? Dia macam ada agenda sesuatu je? Hmmm… apa agaknya ya? Tak apa, aku akan lebih hati-hati dengan dia nanti. Kita tengok je apa yang akan jadi lepas ni. Bibirku perlahan-lahan mengorak senyuman.
4 comments:
Best.
bestttt. afriel ni mcm dah start suka mia lahh haha
besttt .. lagi2
Casino Games: Slots, Poker, Roulette - MJ Hub
Casino Games: 광주 출장안마 Slots, Poker, Roulette. 여수 출장안마 Game Overview. The most 창원 출장마사지 popular casino games, 시흥 출장마사지 also known 당진 출장안마 as table games, are video poker, roulette, video poker
Post a Comment