topbella

Thursday, 27 February 2014

MEMORI CINTA KITA 23

A ssalamualaikum....hai semua, hari ni baru ian dapt update n3 ni. Thanks atas semua comment yang ian dapat sblum ni.  Sayang korang.... just nak bagitahu yang lepas ni n3 'Abg Hafizul akan masuk...korang tunggu lah eak..hehehhe... bye....

****************************************

BAB 23

Aku meneruskan pemanduan menuju masuk ke dalam  Bandaraya Kuala Lumpur.  Aku tidak tahu kemana arah tujuanku, tiba-tiba saja otakku menjadi beku.  Aku tidak bisa berfikir dengan lebih jelas.  Apa yang pasti aku tidak akan pulang ke kampong.   Kalau aku pulang ke kampong dalam keadaan begini, mesti abah dan mak  akan tertanya-tanya sebabnya.   Aku tidak mahu menambahkan kerisauan kepada orang tuaku, mesti mereka akan bersedih nanti.

Aku mula memperlahankan kereta sebaik saja memasuki lorong ke Taman Tasik Titiwangsa, rasa-rasanya aku boleh menenangkan diri di sini terlebih dahulu. Mungkin hatiku akan sedikit lapang.
Sebaik saja enjin kereta dimatikan, aku membuka pintu dan segera turun dari kereta.  Aku mula berjalan menyelusuri kawasan di sekitar tasik ini.  Tidak ramai orang disitu, mungkin disebabkan hujan yang lebat sebentar tadi.  Aku duduk di salah sebuah bangku yang disediakan.  Pandangan aku halakan menghadap tasik. 

Satu keluhan kecil terluah dari mulutku.  Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya tumpah buat sekian kalinya.  Perasaanku tidak dapat ditahan lagi.  Ingatanku  kuat terhadap Fitriah.  Rasa bersalah mula menguasai diri. 

Aku tidak menyangka begini kesudahan akhirnya persahabatan diantara aku dan Fitriah.  Siapa boleh percaya kami berdua dipisahkan sebab cinta kepada seorang lelaki yang sama.  Aku seperti bermimpi di siang hari mengingatinya.  Ya Allah…aku tak kuat.

Aku menangis teresak-esak.  Air mata tidak habis-habis menitis. 

“Maafkan aku Fitt, aku tak ada niat nak khianati kau pun…”luahanku.  Hatiku rasa pedih bila mengenangkan apa yang terjadi.  Tak dapat aku luahkan rasanya, kehilangan ini begitu membebankan perasaanku.  Sahabat yang paling aku sayang telah membenci aku, atas kesilapan diriku sendiri.  Aku hilang rakan atas sebab yang paling aku takuti iaitu cinta.

Rasa cinta itu telah memusnahkan perasaanku dan Fitriah.  Keindahan cinta sudah tidak bersinar lagi di hati kami.  Sekarang Fitriah Cuma ada rasa marah dan benci kepada aku.  Kasih-sayang  yang wujud diantara kami sudah hilang ditelan api kebencian.  Kepercayaan dia kepadaku juga sudah musnah.  Tiada apa lagi yang tertinggal. Ya Allah….sungguh berat ujian yang kau berikan kepada kami.  Aku rasa takut melihat wajah marah Fitriah tadi.  Aku dapat rasakan betapa bencinya dia terhadapku.

Aku memejamkan mata.  Kepedihan hati betul-betul memeritkan.  Yang lebih perit adalah kenyataan dalam diriku yang tidak mampu menghalang semua ini.  Kalaulah masa boleh diputarkan semula, pasti aku akan menjauhi Adam.  Dan Adam mungkin tidak akan jatuh cinta pada aku.  Dia pasti akan cintakan Fitriah.  Ya Allah…mungkinkah semua itu akan terjadi kalau aku tidak wujud diantara mereka?  Kenapalah mesti ada aku dalam semua ini.  Kenapa?

Makin perit kesakitan ini.  Kepedihan yang teramat-amat sakit bagiku.  Kenyataan ternyata begitu menyakitkan.

Fitriah betul, aku tidak dapat kembalikan semuanya kepada asal.  Inilah realiti yang kena kami harungi.  Aku tidak dapat menyekat rasa cinta Adam padaku.  Sejauh mana aku menolak sekalipun, Adam tetap dengan pendirian dia.

Aku betul-betul rasa bersalah sangat kepada Fitriah.  Disebabkan oleh aku Fitriah kehilangan Adam. Dia hilang orang yang dicintainya dan lebih memeritkan kehilangannya disebabkan oleh seorang sahabat.  Hati Fitriah lebih sakit dari aku. 

Aku memang patut dibenci.  Aku tidak layak untuk bersedih.  Aku betul-betul teruk! Sememangnya aku bukan seorang sahabat yang baik untuk Fitriah.  Aku telah khianati persahabatan kami. 

“Ya Allah..kenapa aku boleh jadi seteruk itu?  Apa yang harus aku buat untuk membetulkannya semula.  Bantulah hambamu ini, berikanlah peluang untuk aku berbuat sesuatu.”aku berdoa dan meminta di dalam hati.  Hanya pada Allah lah aku boleh mengadu, Allah s.w.t  saja yang dapat membantuku sekarang.
Bunyi deringan nada dering telefonku menjerit-jerit minta diangkat.  Aku membuka beg tangan dan mengeluarkan handset.

Adam.

Apa yang dia mahukan dariku lagi tidak cukup kah dengan semua yang berlaku ni?  Belum puaskah dia lagi? Aku membiarkan saja handset berbunyi, malas aku ingin mengangkatnya. 
Mendengarkan suara Adam  pasti akan membuatkan aku tambah terseksa.  Aku harus melupakan dia.  Aku tidak mahu menambahkan lagi luka dalam hati Fitriah .  Cukuplah dengan apa yang terjadi. Aku tidak mahu mengulanginya lagi.

Demi Fitriah aku sanggup buat apa saja asalkan dia bahagia.  Walaupun Fitriah membenci tapi aku tidak peduli, aku bahagia seandainya dia gembira.  Biarpun aku Cuma mampu melihat Fitriah dari jauh saat nanti.
Semakin kuat handsetku menjerit, dan berkali-kali pula dia berbunyi.  Aku mendengus geram.  Beberapa pengunjung yang berjogging disini mula memandang kea rah aku. Mungkin kurang senang mendengar jeritan nada deringku yang begitu kuat.

Cepat-cepat aku mengangkat telefon.  Aku kena hentikan Adam.

“Kau nak apa call aku? Apa lagi kau nak cakap!!”marahku.  Lantaklah aku dah tak peduli perasaan lelaki ni, apa yang telah berlaku betul-betul membuatkan aku terlalu beremosi.

“Adik, kenapa marah-marah ni?  Ni Angah lah.  Kau kenapa ni?” Aku menjarakkan sedikit telefon.  Angah rupa-rupanya, aku fikirkan Adam tadi. 

Aku mula mengesat air mata.

“Hello! Hello! Adik kau okay tak? kenapa senyap je ni? Adik!!!”jerit Angah dari dalam talian.  Aku mendekatkan semula handset ke telinga.

“Angah,  adik……” aku menangis teresak-esak pada telefon.  Buat pertama kalinya aku rasa bersyukur sangat punya seorang abang. 

******************************************

“Apa yang terjadi sebenarnya ni?” soal angah berulang kali sejak dari aku sampai di Kondominium dia tadi.
Sebaik saja selesai bercakap dengan Anhgah di telefon tadi, aku terus gerak ke rumah dia dekat area Sentul . Nasib baik aku ada Angah dekat sini kalau tak, entah kemanalah aku nak pergi.

Sejak sampai lagi aku terus mendiamkan diri.  Hanya air mata yang mengalir keluar.  Suaraku seakan-akan tersekat di kerongkong.  Aku lemah untuk berkata-kata.

“Kenapa adik menangis ni? apa yang terjadi?  Cuba adik cakap dengan Angah?”risau Angah.  Angah bingkas bangun dan duduk di sebelahku.

Mendengar pertanyaan angah, semakin kuat aku melalak.  

“Ya Allah…kenapa ni? janganlah macam ni, cuba cerita dengan Angah apa yang jadi.  Kalau adik terus nangis macam ni, angah telefon mak lah.  Biar mak datang sini.” Angah bingkas bangun mengambil telefonnya.

Mendengarkan nama mak disebut aku memberhentikan tangis.  Aku tidak mahu mak mengetahui keadaan aku yang sebegini.  Mesti mak dan abah tambah risau nanti.

“Jangan telefon mak, adik nak ceritalah ni.”

“Ceritalah, jangan nangis saja.  Angah sudi dengar.”

Aku pandang wajah Angah, “Kalau adik cerita, angah janji kena simpan rahsia ni.  Tak ada siapa pun boleh tahu.  Janji dulu”

“Mak dan Abah pun tak boleh?”tanya Angah bersungguh-sungguh

Aku geleng,“Tak….diorang pun tak boleh tahu.”

“Along?”

Geleng lagi, “Tak boleh…”

Terangkat kening Angah.  Dia mengusap dagunya, “Okay, macam kes berat je ni.  Kalau macam tu Mak lang dan pak lang pun tak boleh tahu jugak lah kan?”

Berdesir mulutku,“Lagilah tak boleh! Malas lah nak cerita macam ni!  Angah ni main-main pulak.” geramku.  Teresak-esak aku aku menangis  Tambah sakit hati pulak bercakap dengan Angah, orang lagi sedih dia boleh buat raja lawak pulak kat sini. 

Angah tersengih, “Sorry, sorry …serius sangat muka adik tu. Takut Angah\  Baiklah Angah janji yang Angah takkan bagitahu sesiapa pun pasal perkara ni.  Adik jangan risau.  Ceritalah Angah sudi dengar masalah adik.” Ucap Angah dengan sungguh prihatin.

Aku pandang wajah angah.  Tak tahu nak mulakan dari mana.

“Ada seorang lelaki suka dekat adik. Dia luahkan rasa cinta dekat adik.”aku cuba memberi gambaran pertama terlebih dahulu.

Angah mengangguk faham, “Who?”

“Adam.”

“So…. apa masalahnya?  Budak lelaki tu kerja apa?”

“Doktor.”

“Wow! Bakal adik ipar doctor.  Bunyi macam menarik.  Tapi kenapa adik macam sedih pulak ni.  lelaki tu ada buat something dekat adik ke?  Adik cakap dengan Angah biar angah ajar budak tu.”

Aku pandang Angah. “Bukanlah, dia lelaki yang baik.  Cuma …..”kelu lidahku untuk bercakap.

“Cuma apa?”soal Angah tak sabar.

Aku mengeluh.  “Dia boyfriend Fitriah.”

“What!”jerit Angah.  Terkejut barangkali.  “You mean…boyfriend  Fitriah suka dekat adik?  Maksudnya…isykk payah angah nak cakap ni.” 

“Entahlah….adik pun masih tak dapat nak faham semuanya.  Ianya berlaku terlalu cepat.” Jelasku.  Aku sendiri pun masih lagi dalam keliru.

So…adik kata apa, bila dengar Adam luahkan cinta dia dekat adik?  Adik terima ke?”

“Tak, adik tolak cinta dia.  Adik bukan perampas kekasih orang lebih-lebih lagi kekasih kawan baik sendiri.  Adik bukan jenis kawan makan kawan.”

Angah mengangguk.  “Tapi adik suka dekat lelaki tu kan?”

Aku tersentak, wajah Angah aku pandang.  Aku tunduk.  Air mata keluar lagi.

Angah mengeluh melihat keadaanku.

“Adam tahu yang adik pun cintakan dia?”

Aku geleng. “Mungkin…tapi adik tak luahkan apa-apa pun.  Tak tahulah. Apa yang pasti adik dah tolak cinta dia.”

“So…apa kata Adam bila adik tolak cinta dia?”

“Dia tak boleh terima, Adam kata dia akan tunggu adik sampai adik cintakan dia.”

“Uisykkk…dasyat budak tu.  Betul-betul sangup dia!  Habis tu Fitriah tahu tak pasal benda ni?”
Aku angguk.  Bulat mata angah.

“Macam mana dia boleh tahu?  Apa reaksi dia?” takut-takut angah tanyakan pada aku.

“Adam lah yang bagi tahu .   Adam dah batalkan majlis pertunangan diorang.  Fitriah pun  mengamuk sakan lah dekat adik bila dapat tahu semua tu.    Dia terus halau adik keluar dari rumah dan pecat adik dari tempat kerja.”

“Lah…sampai macam tu sekali.  Macam dalam filem pulak kisah korang ni.  Habis tu dia marah betul lah dengan adik ni?”

Aku diam. 

“Bukan saja marah, malah dia kata kami bukan sahabat lagi.  Dia anggap adik ni musuh dia.  Dia betul-betul benci dekat adik sekarang ni.”

“But why? Adik kan tak terima cinta boyfriend dia tu?  Maknanya bukan adik seorang je yang salah,  Adam tu pun salah jugak sebab suka dekat adik.   Lagipun Adam sendiri yang batalkan pertunangan diorang.  Bukan adik yang paksa kan.  So….Fitriah tak boleh salahkan adik 100%.  Itu tak adil.” Angah mula memberi hujah sebagai seorang peguam.

“Entahlah, tak tahu nak kata siapa yang salah. Tapi apa yang pasti adik tetap salah dekat mata Fitriah.  Adik ni macam perampas kebahagian dia.” Sedihku. Aku pandang wajah Angah.  Mengalir air mata.  Angah tarik badan aku dan peluk.  Teresak-esak aku menangis.

“Syy…..dah, dah jangan nangis.  Angah faham apa yang adik rasa.”

“Tak Angah tak faham, adik rasa bersalah sangat pada Fitriah sangat. Pasal adik dia tak jadi tunang dengan Adam.  Kerana adik juga, Fitriah jadi menderita.  Semuanya sebab adik.  Adik ni memang kawan yang tak guna kan?”  nangisku.

“Hey, janganlah cakap macam tu.  Adik ni sebenarnya kawan yang baik. Kalau adik ni jenis yang tak sayang kawan, mesti adik dah terima cinta Adam tu.  Adik mesti tak ambil peduli perasaan orang lain.  Tapi adik tak buat semua tu, malahan adik sangup tolak cinta Adam demi kebahagian Fitriah.   Itu tandanya adik sanggup berkorban.   Semuanya sebab adik tak nak Fitriah terluka kan?  Betul tak?”

Aku mengangguk.

“Tapi Fitriah tak tahu semua tu.  Dia tetap fikir yang adik ni punca segalanya.” Keluar lagi air mata.  Hati tambah sayu dengar apa yang Angah cakap.
Angah mengusap-usap bahuku.  Meminta aku bertenang.

“Sabarlah Dik, kalau adik nangis seteruk manapun, benda tu dah jadi.  Adik kena kuat semangat jangan lemah macam ni.”

“Tapi….Fitriah dah benci adik.  Adik dah tak ada semangat lagi.”

“Adik masih ada Angah kan? Angah akan sentiasa menyokong apa yang adik buat.  Adik kena faham kenapa Fitriah marah.  Dia mesti rasa dikhianati oleh sahabat dia, mesti dia rasa tertipu.  Hati manusia ni sensitive, susah kita nak jangka perasaan orang. Lain orang lain ragam tau.  Adik kena faham perasaan kawan adik tu.  Mesti dia pun rasa tertekan juga.  Adik bawakkan berdoa agar kawan adik tu dapat maafkan adik yea.” Pujuk Angah.

Aku berhenti dari tangis.  Betul cakap Angah, Fitriah lebih rasa sakit dari aku. Malahan hati dia mesti lebih terhiris.  Ya Allah…. kesiannya kawan aku.  Maafkan aku Fitt..

Angah meleraikan pelukannya.  Aku pandang wajah Angah.

“Tapi Angah, adik rasa bersalah sangat pada Fitriah. Hati adik rasa tak tenang.  Adik ni jahat kan?  Kenapalah Adik boleh buat macam ni dekat dia.”sayuku. 

“Adik janganlah rasa macam tu lagipun benda dah jadi, kita nak buat macam mana.  Perasaan hati ni bukan boleh ditahan-tahan.   Cinta ni tak kira masa pun, bila ia datang sesiapa pun tak dapat nak elak.  Adik masih remaja lagi, masih banyak yang adik belum faham.”Angah mengusap rambutku.  Dia memandangku dengan sungguh prihatin.

Aku mengangguk tanda faham.  Betul kata Angah, aku masih remaja lagi banyak benda yang aku kena belajar.  Setiap dugaan mesti ada sebab kenapa Allah berikan kepada kita.   Mungkin Allah nak kita belajar sesuatu dari perkara tersebut.   Mungkin juga Allah nak berikan sesuatu yang baik kepada kita, siapa tahu ada hikmah disebaliknya.  Aku kena tabah dan dan sabar untuk semua ini.  Aku kena yakin akan Qada dan Qadar yang telah ditentukan.

Thanks Angah sebab sudi dengar masalah adik.  Tanpa Angah adik tak tahu nak buat apa.”Aku peluk Angah.

“Sama-sama, Angah kan abang jadi memang tangunggjawab Angah untuk nasihat dan jaga Adik.  Dah jangan nangis lagi, lepas ni pergi mandi.  Lepas isyak nanti kita keluar makan yea.”

“Okay….sayang Angah.” Lagi tambah erat aku peluk Angah.  Rasa tenang sikit dapat luahkan perasaan.  Terasa lapang sikit dada ni.  Aku yakin lepas ni semuanya akan jadi lebih baik.  Harap-harap begitulah.

*************************************************************

Sejak dari subuh lagi handsetku tidak habis-habis menjerit.  Aku tidak kuasa mahu mengangkatnya.  Lebih-lebih lagi nama Adam sebagai pemanggil.  Sungguh menyakitkan hati.  Aku biarkan saja panggilan itu bordering.  Bila dah letih dia mendail, tahulah si Adam tu berhenti.  Tak ada masa nak melayan karenah dia.  
Buang masa!

Bunyi bip mesej sudah mula kedengaran untuk yang keberapa kali.  Itu pun aku tak balas dan tengok. Lantak kau lah kalau nak hantar seribu mesej sekali pun, tak terkesan dekat hati aku.  Aku dah tak nak terlibat apa-apa lagi.  Lebih baik aku mendiamkan diri macam ni. Sekurang-kurangnya dengan macam ni aku dah cuba untuk tidak menyakiti hati Fitriah dengan lebih teruk lagi.

Aku mengeluh perlahan.  Suasana dari atas ke tingkat bawah membuatkan aku gayat.  Seram pulak aku berdiri lama-lama dekat balkoni ni.  Tinggi bebenor.  Aku masuk semula ke dalam ruang tamu. 
Aku duduk di sofa.  Berfikir apa yang harus dibuat  hari ni?  Perutku tiba-tiba berbunyi.  Aku mendapat idea untuk memasak.


Aku fikir lebih baik kiranya aku masak lauk untuk tengahari ni.  Boleh juga hilangkan kebosanan.   Aku pun memulakan operasi  masuk ke dapur.  Nasi aku masak terlebih dahulu.  Lepas tu baru aku mula mencari-cari bahan masakan.  

Bulat mata aku tengok bermacam-macam jenis lauk yang ada dekat rumah Angah. Ikan, Ayam dan daging.  Banyak tu…. Nampak sedap kan bila dengar?  Tapi… yang tak best dan sedapnya, semua lauk tu dalam tin! 

Mengucap panjang bila tengok satu almari penuh dengan makanan dalam tin.  Aji gila… nak makan semua tu!  Aku pun terus buka peti ais.  Kosong.   Satu lauk pun tak ada.  Yang ada Cuma air tin je.  Tin lagi!  Sabar jelah dengan orang bujang yang sorang ni. Pemalas! Mesti makan dekat luar je kerja dia tu. 

Hisyk….Kalau mak dapat tahu ni, habislah Angah kena syarah dengan mak.  Seminggulah Angah tadah telinga tahan bebel mak.  Mak tu bukan suka tengok anak dia makan benda macam ni.  Angah…angah.
Haih…nak masak apa ni semua makanan tin.   Hmmm…. Dalam tin pun dalam tin lah asalkan ada lauk.  

Aku mula mengeluarkan tin kari ayam.  Nampak macam sedap tapi tak tahulah…  Aku panaskan lauk ayam tadi dalam kuali.  Sekejap je dah masak.  Aku angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.  Semerbak harum bau kari ayam. Sungguh menyelerakan kalau perut dah lapar.  Nasi pun nampak macam dah masak.    Nasib nasi ni tak dalam tin kalau tak memang aku ketuk je kepala Angah kalau malas macam tu.  Bila dah siap semua, aku hidangkan atas meja panjang. 

Hmmm…rasa macam tak cukup lengkap je.  Takkan nak makan kari ayam tin je.  Goreng telur dadar lah.  Tanganku laju capai kuali leper.  Telur dari peti ais aku ambil dan basuh, kemudian aku masukkan dalam mangkuk dan ketuk sampai kembang.  Garam aku bubuh sikit.  Akhirnya aku curahkan dekat kuali leper yang dah panas.  Balik-balikkan sampai masak.  Dah siap. 

Bila semua hidangan dah siap dihidangkan.  Aku pun bancuh air ribena. Banyak pulak stok air ribena Angah ni.   Macam kanak-kanak ribena pulak aku rasa.  Hmmm….patutlah perangai angah ni macam budak-budak, peminat air ribena rupanya hu huh u.  Balik kampong nanti mesti story dengan Along ni, biar hot!

“Fuyoo………..sedapnya.  Adik masak eak?”tegur Angah . Entah bila dia masuk dapur aku pun tak perasan.  Tahu-tahu dah tercongok je kat sebelah.

“Aaahh… masak dalam tin je.  Banyak giler barang dapur Angah kan?”sindirku.
Angah tersengih.  Kepalanya digaru-garukan. “Alah sorry…angah jarang masak kat rumah ni.  Benda dalam tin tu je yang senang.  Kalau lapar sangat bolehlah telah sekali-sekala.”

Aku mencebik.  “Cakap jelah pemalas, lagi senang nak sebut.”

“Eh mana ada, angah rajin tau.  Angah lagi terror masak ni.”

“Fine, kalau macam tu apa kata besok Angah masak pulak.  Boleh?”dugaku sengaja.

“Yelah Angah malas.” Angah mengalah.  Tahu takut, dengan aku jangan nak tipu sangatlah  Macam aku tak tahu kreadibiliti setiap abang-abang aku. Semuanya dalam poket aku ni je, ha ha ha.
“ Dah boleh makan ke? Angah dah lapar giler ni, dari pagi tadi kita makan roti je.”angah mengosok-gosok perut. 

“Padanlah muka, harap rumah je nama kondominium tapi barang-barang rumah zero.  Kedekut Angah ni.”

“Bukan kedekut lah, jimat.  Kita kena berjimat bila duduk KL ni.  Barang mahal wei!  Jomlah makan, lapar ni.”gesa Angah.  Kami berdua terus duduk.

“Hah!  Cepatlah baca doa tadi kata lapar.” Gesaku. Angah tersengih, mulutnya terkumat kamit membaca doa.  Aku menadah kedua-dua belah tangan.  Amin.

“Jemput makan!”jerit Angah.  Aku mengelengkan kepala. Sejibik macam budak-budak.

Baru saja tanganku hendak menyuapkan nasi ke dalam mulut, bunyi handset kembali nyaring.  Sakit jiwa pulak aku dengarnya.  Ape lagi lah si Adam ni nak.  Tension!  Aku buat tak peduli.  Laju saja tanganku menyuap nasi.  Pekak kan telinga je…

“Angkat jelah telefon tu, mungkin dia ada hal penting ke nak cakap.” Suruh Angah.
Aku buat tak layan.

“Tak baik buat orang macam tu, dari subuh tadi dia try call.  Kalau tak nak angkat tutup je telefon.  Tak pun pergi humban dekat bawah.  Lagi senang terus diam.   Tak tenteram Angah ni nak makan tau.”
Jelingan tajam aku berikan dekat Angah.  Lekas-lekas aku ambil handset.  Terus aku off… Aman dan nyaman.

“Dah puas hati.  Makan lah, dah senyap pun.”jerkahku.  Angah buat tak layan.  Kami berdua terus kembali makan dengan senyap tanpa gangguan telefon.

******************************************************

“Hello mak, ada apa telefon ni?” aku memasang telinga curi-curi dengar perbualan Angah dan mak.  Eleh curi dengar konon padahal Angah kat depan aku ni je.
Aku mula perhatikan Angah yang sedang bercakap.   Kenapa mak telefon?  Janganlah Angah terlepas cakap dekat mak yang aku ada dekat sini.  Mati aku!

“Okay, okay nanti Angah try call adik.  Dia busy lah tu.  Baiklah minggu ni angah balik nanti angah tumpangkan adik sekali.  Mak jangan risau tak ada apalah.  Jangan lupa kirim salam dekat abah tau.  Assalamualaikum.”

Aku pandang wajah Angah, “Mak nak apa Angah?”

“Tak ada apa, mak suruh kita balik minggu ni.  Katanya ada benda penting nak cakap.  Tapi yang peliknya suara mak riang pulak, macam hal tak penting je.  Tak tahulah mak tu, kambing beranak pun dikatakan penting. Mak! Macamlah kau tak tahu.”

Aku ketawa perlahan dengar omelan Angah. “Macam-macam lah Angah ni.  Tak baik kutuk mak tau. 
 Ermmm… mak ada tanya adik tak?”

“Tak ada.”

“Tipulah tadi adik dengar ada sebut nama adik.  Mak ada tanya kan?”jari telunjuk aku goyangkan tepat ke muka Angah.

Angah mencebik, “Adalah sikit mak tanya.  Mak cakap dia call adik tadi tapi tak dapat.   So… mak suruh 

Angah pesan dekat adik supaya balik kampong hujung minggu ni.   Angah cakap yang nanti kita balik sekali.”

Aku angguk.  Tajam mata aku pandang Angah. “Agak-agak Angah benda penting apa mak nak cakap dekat kita eak?”

Angah mengusap-usap dagu gaya berfikir detektif Conan.  “Jangan-jangan  mak nak bagitahu yang abah nak kahwin lagi kot?”senyum Angah.  Kedua-dua keningnya diangkat


“ Choi! Merepeklah Angah ni, orang tanya betul-betul dia main-main pulak. Eiiiiiii!!!!”geramku. Laju tanganku membaling kusyen dekat muka Angah.  Sakit hati pulak dengar lawak dia tu.  Buatnya betul-betul abah kahwin, baru dia tahu.  Huisykkkk  mulut….tak terfikir nak ada mak tiri baru.  Eiii….seram!

3 comments:

Nur Fazliana Nazri said...

huhu x sbar nk tggu abg hafizul muncul..dah lma sgt menyepi..btw bravo!

Ian asynata said...

hahaha....tq. tak sangka ramai minat hafizul dari Adam.

sim said...

best

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile