Assalamualaikum.....MCK 22 telah pun dipost. Agak sedih sikit entry kali ini sampai ian pun terbawak-bawak emosi ketika menaipnya. ian harap semua orang dapat rasa apa yang ian cuba sampaikan. Okaylah..sampai sini dulu nanti ian borak dengan korang lagi. IHYMP kena hold dulu he he he.
Pssst......jgn lupa comment tau..
######################################################
BAB 22
Aku duduk di balkoni
termenung memerhati hujan yang turun lebat di luar. Hujan yang sudah tiga hari turun tanpa henti
seolah-olah sedang mengikut rentak hatiku yang bersedih saat ini. Hembusan angin bayu yang menyapa pipi,
membuatkan diriku pilu dan sayu. Aku hilang
arah dan tujuan. Keyakinan diri dan
semangatku seakan goyah. Seperti
sebahagian dari diriku ini sudah hilang dan dibawa pergi bersama angin.
Aku memejamkan mata,
ingin menikmati hembusan angin yang semakin kencang.
“Aku takkan tinggalkan
kau. Tak kan pernah dan takkan terjadi….”
Aku membuka mata semula. Kata-kata Adam
ketika kami di Ladang strawberry terngiang-ngiang di telingaku. Aku menahan rasa pedih. Dulu aku tidak memahami maksudnya tapi
sekarang aku rasa sakit mengenangnya kembali.
Rupa-rupanya bukan
mudah untuk menghadapi semua ini. Rasa
kehilangan dalam cinta sangat menyakitkan.
Aku rasa terseksa bila teringat kembali wajah Adam dan kata-katanya
tempoh hari. Sungguh aku tidak mahu dia
pergi tapi aku terpaksa melepaskan dia.
Demi kebahagian dia dan Fitriah aku harus berkorban.
“Ya Allah…berikanlah
kekuatan kepadaku untuk menghadapi hari-hari Mu. Sesungguhnya aku hambamu yang lemah dan tidak
kuat. Amin.” Aku berdoa di dalam hati.
“Angin bawalah rasa
cinta ini pergi, agar ku bisa bertahan demi kebahagian dia.” Deruan angin yang semakin kuat seperti faham
maksud hatiku. Aku menangis dalam pilu.
“Bummmmmm!!!!!”
Bunyi dentuman pintu
utama dari bawah memeranjatkan aku.
Fitriah sudah balik rumah ke?
Cepat-cepat aku menyeka air mata.
Aku tidak mahu Fitriah melihat aku dalam keaadan begini. Mesti dia akan tertanya-tanya nanti bila
melihat air mataku. Aku takut aku tidak
kuat untuk menyembunyikan semuanya nanti di hadapan dia.
Pintu tombol bilik aku
pulas. Kakiku laju melangkah turun ke
tingkat bawah. Fitriah sedang duduk di
sofa hadapan. Wajahnya nampak muram.
“Fitt, kau kenapa
ni?”soalku risau.
Fitriah mendiamkan
diri,dia langsung sedikit pun tidak bersuara.
Pelik aku melihat kelakuan dia.
Tak pernah-pernah dia macam ni sebelum ni. Dia tak sihat ke?
“Kau sihat tak? kenapa kau diam ni beb? Cakaplah sesuatu,
risau aku tengok kau kau muram macam ni?” Lembutku menyoal. Tanganku menyentuh
bahu Fitriah.
Fitriah menepis, “Jangan
sentuh aku! Pergi dari sini! Aku benci tengok muka kau! Hipokrit!!!” Aku
tergamam melihat Fitriah yang tiba-tiba menjerit kepadaku. Dia berdiri dan memandang aku dengan wajah
yang amat berang.
“Fitt, kenapa ni?
kenapa kau marah-marah macam ni? Aku tak
faham?” Tak pernah aku lihat Fitrah
beriaksi sebegitu. Sungguh aku takut memandang
wajah dia sekarang.
Fitriah mencebik. “Huh!
Tak payahlah kau nak berpura-pura baik dekat depan aku. Aku dah tahu kau ni sebenarnya siapa. Perampas! Orang macam kau ni memang tak tahu malu. Hati kau tu busuk sangat!!” jerit Fitriah.
Aku berisgtifar panjang
mendengarnya. Aku yakin mesti Adam
sudah memberitahu Fitriah sesuatu. Kalau
tak masakan Fitriah boleh mengamuk semacam ini.
Ya Allah dugaan apa pula kali ni kau berikan padaku. Aku kena sabar lawan semua ni. Aku tak boleh ikutkan rasa menghadapi Fitriah
sekarang. Emosi dia tengah tidak stabil.
“Fitriah apa yang kau
merepek ni cuba bawak bersabar. Benda
macam ni kita boleh bawa berbincang. Aku
dengan Adam tu tak ada apa-apa, kami Cuma kawan je. Percayalah….”pujukku.
“Ahhh!! Kau ingat aku
bodoh ke? Kalau kau dengan dia berkawan kenapa Adam
tiba-tiba batalkan majlis pertunangan kami.
Dia sendiri yang kata yang dia tak nak tunang dengan aku kerana dia
cintakan kau!! Kawan ke kalau macam tu
? Sebenarnya kau tu memang tak guna! Sanggup kau rampas kekasih kawan sendiri. Aku betul-betul benci kau sangat.”Fitriah
menangis.
Astafiruallahalazim………
Adam batalkan pertunangan dia dengan Fitriah?
Ya Allah kenapa Adam sanggup buat macam tu? Kenapa dia tegar melukakan hati Fitriah.
“Fitriah…antara aku
dengan Adam memang betul tak ada apa-apa.
Aku mengaku yang Adam memang ada
cakap dia sukakan aku. Tapi aku tak
terima semua tu. Percayalah… aku
sayangkan kau Fitt. Aku takkan sesekali
khianati persahabatan kita. Kau
percayakan aku kan? Kita dah lama
berkawan.”
“Argh! Aku tak percaya. Kalau pun kau tolak cinta Adam sekalipun dia
tu tetap cintakan kau! Aku? Dia Cuma anggap aku macam adik je. Dia tak nak kahwin dengan aku. Dia nak kahwin dengan kau!!! tahu tak betapa
sakitnya aku dengar semua tu. Orang yang
aku cintai boleh jatuh cinta dengan sahabat aku. Aku tak boleh terima semua tu!!!” Fitriah
seperti hilang akal dengan menjerit.
Habis semua barang diatas meja dihempaskan.
“Fitt..bawak mengucap. Sabar
Fitt.. Janganlah macam ni. Aku tak boleh
tengok kau sedih macam ni. Maafkan
aku Fitriah, aku betul-betul tak sangka
benda macam ni akan berlaku.” Air mataku mengalir. Mulutku tidak henti-henti memujuk Fitriah. Aku cuba mendekati dia perlahan-lahan.
“Kau ingat dengan
ucapan maaf kau semuanya akan kembali normal.
Tak Tizz, tidak…Adam tetap takkan kembali pada aku. Dia akan pergi jauh. Kau tahu tak? dia akan tinggalkan Malaysia!!! Dia tak nak duduk sini lagi!! Semuanya sebab kau!! Pasal kau lah Adam akan
tinggal kan aku!!”tunjuk Fitriah. Dia
menangis.
Aku teresak-esak
melihat dia. Adam nak pergi jauh sebab
aku. Dia akan tinggalkan Malaysia. Ya Allah
apa yang telah aku buat? Kenapa macam ni sekali aku diduga. Aku terduduk di hadapan Fitriah. Lemah longlai badanku saat ini.
“Sudahlah, tak payah
kau nak menangis depan aku. Aku benci
kau, tau tak! Mulai sekarang aku tak nak
tengok muka kau lagi. Aku nak kau kemas
semua barang kau dan keluar dari rumah aku hari ni jugak. Dan kau, aku pecat serta-merta dari
sekarang. Berambus!!!!!”jerit Fitriah.
Pedih aku mendengar
kata-kata Fitriah. Aku tak sangka yang
dia akan jadi marah sebegini. Dia
betul-betul membenci aku. Aku meraut
muka. Wajah Fitriah yang sedang berdiri kupandang.
“Fitt…maafkan lah
aku. Demi Allah aku tak pernah terniat
sekalipun nak rampas Adam dari kau. Aku
sayangkan kau Fitt, bagi aku kaulah kawan aku dunia dan akhirat. Maafkan aku Fitt andai aku yang bersalah
sebab semua ni.”
“Sudahlah Tizz, aku tak
mahu dengar apa-apa lagi. Cukuplah dengan
apa yang kau dah buat sekarang. Aku
benci!” pedih hatiku mendengarnya. Fitriah mengambil kunci
keretanya dan bergegas untuk keluar. Dia
berpaling semula melihatku.
“Tizz Alisya… mulai
hari ini hubungan aku dengan kau putus!
Kita bukan sahabat lagi. Anggap
saja yang
kita berdua ni musuh yang paling ketat!!”sinis Fitriah. Fitriah bergegas keluar tanpa berlengah
lagi. Dia terus menaiki kereta dan
pergi dari rumah.
Mendengarkan bunyi
kereta Fitriah yang semakin hilang membuatkan aku pilu. Air mataku mengalir dengan lebih lebat. Kata-kata Fitriah sebentar tadi ibarat
sembilu yang menghiris dada. Persahabatan kami yang erat akhirnya berakhir
kerana cinta terhadap seorang lelaki.
Kerana lelaki…
“Maafkan aku Fitriah
kerana tak nak dapat menganggap kau sebagai musuh. Dan walaupun kau benci pada aku, tapi bagi
aku kau tetap kawan dunia dan akhirat. Aku
akan tetap mengingati kau sahabatku. Aku
harap satu saat kau akan dapat memaafkan aku…..”bisik hati kecilku.
Semakin lebat hujan di luar, makin banyak air
mata yang mengalir ke pipi. Aku kalah
dengan perasaan sendiri. Permainan
takdir betul-betul membuat aku sengsara.
Rasa kehilangan sahabat lebih
menyakitkan dari cinta. Aku betul-betul
terseksa. Jiwaku hancur dalam sekelip
mata.
“Ya Allah Kau kuatkan
keimanan dalam diriku agar aku tidak terikut dengan bisikan syaitan ini. Tabahkan aku dengan setiap dugaan Mu .”aku
mengaminkan doa.
Aku bingkas bangun dan
pergi ke bilik. Aku harus mengemas
barang-barangku secepat yang mungkin. Aku
tidak mahu berlama-lama lagi. Aku takut
Fitriah akan tambah membenci aku nanti. Secepat
kilat aku mengisi segala baju-baju ke dalam beg. Beberapa barang-barang lain aku masukkan ke
dalam kotak.
Aku tidak membawa
banyak barang penting di sini kerana Fitriah telah menyediakan semuanya di
dalam rumah. Pilu hatiku mengingatkan
Fitriah. Sememangnya aku tidak layak
untuk berkawan dengan dia. Dia terlalu
baik sangat pada aku..
Setelah selesai
mengemaskan barang dan memasukkan ke dalam kereta, aku mengambil keputusan
untuk menulis satu nota ringkas buat Fitriah.
Dalam hati aku mengharap yang satu saat Fitriah akan dapat melupakan
segala-galanya dan kami akan kembali berkawan semula. Aku akan berdoa untuk itu. Aku percaya doa yang tulus dan ikhlas akan
dimakbulkan Allah s.w.t.
Setelah selesai menulis
nota dan meletakkannya diatas meja. Aku
bergegas keluar dan mengunci pintu rumah.
Kunci rumah aku letakkan di bawah pasu.
Biar Fitriah mudah mencarinya nanti.
Sebak hatiku meninggalkan rumah. Kenangan
yang terlalu indah untuk aku tinggalkan .
Segala memori aku dan Fitriah banyak tersimpan disini. Aku tidak mungkin dapat melupakan. Takkan pernah….
Hujan yang lebat
diluar, mendinginkan tubuhku. Aku masih
belum dapat berfikir kemana aku harus pergi selepas ini. Perlahan-lahan kakiku melangkah kea rah kereta.
Aku masuk ke dalam
kereta. Enjin kereta dihidupkan, aku
mengundurkan kereta keluar dari perkarangan rumah perlahan-lahan. Mataku tertancap sesuatu di taman kecil. Aku terus menekan brek secara mengejut.
Cepat-cepat aku keluar
dari kereta. Segaris senyuman yang hambar terletus di
bibirku. Lapan pasu pokok bunga ros
pemberian Adam sedang mekar indah di taman kecil ini. Aku menangis lagi mengingatkannya.
Teresak-esak suaraku. Air mata tidak
henti-henti mengalir.
Perlahan-lahan tanganku
mengambil pasu bunga tersebut dan
memasukkan ke dalam bonet kereta.
Biarlah aku menyimpan sesuatu yang indah dari dia. Sekurang-kurangnya ini akan mengingatkan aku
terhadap satu cinta yang tak kesampaian.
Setelah itu aku kembali masuk ke dalam kereta. Akhirnya dengan perlahan keretaku
meninggalkan rumah Fitriah meredah hujan yang lebat tanpa satu arah tujuan.
10 comments:
Huhuhu....sedih nyer...tapi napa pendek jer entry kali ni...;(
Sedihnya tapi pendek pula n3 Kali ni.
pendek ke? sorry...insyallah ian akan cuba pnjangkan lg utk next n3...by t way tq sudi comment dan baca..
N3 21 n N3 22 mcm ada yg xjelas la y tbe2 je gaduh..??
abby sha: dlm n3 21 adam luahkan perasaan dia dkt tizz tp x bleh trma sbb dia sygkan kawan dia.
n3 22 pula fitriah dpat tahu hal yg sbenar dari adam. jd dia rasa tertipu dgn kawan baik dia sndri. itu yg jd pgduhan. tp bukan gduh lah lebih kepada luahan perasaan marah dan skit hati....
itulah tizz pun satu dah tau adam bakal tunang kawan baik nak wat pe layan sangat kerenah adam tu. itu semua punca juga untuk meretakkan hubungan. ingatlah sikit tizz kan dah ada hafizul wat pe nak taruh perasaan kat adam yg memang sah-sah dah fitrah nak bertunang dgn dia. kalau sy jadi fitrah pun akan terasa hati wlwpun tizz ckp x de apa-apa. itu nama nye tiada kesetian&kejujuran buat adam dan tizz. hemm...x syok lah tizz ni tinggalkan hafizul lak yg setia tu.
Tamak nk n3 lg tupun jika cik writer ada masa free
walaupun tak follow cite ni dari mula, dapat rasa feel yang cuba disampaikan oleh writer. good job;-) keep it up okay Ian!Dah lama tak jengah ke sini. blog pun dah berubah wajah dah, cantik!!!Purple gitu...dah ada pic hero2 n heroin, like!!!
thanks haida....hahahah amik fell dari blog awak lah...blog awk lagi cantik...
Jalan cerita menarik, x sabar nk tggu n3 seterusnya :)
Post a Comment