topbella

Sunday, 16 February 2014

MEMORI CINTA KITA 19

BAB 19

Suasana hujung minggu di Alamanda Putrajaya agak sibuk dengan orang ramai yang berpusu-pusu masuk untuk membeli belah di sini.  Kedai Fitriah juga tak kurang hebatnya.  Dari pagi keadaan didalam kedai agak kelam kabut sedikit disebabkan ramai pelanggan yang masuk  untuk singgah membeli belah disini.  Pekerja kedai yang ada, sampai jadi tidak menang tangan melayan pelanggan.   Aku juga turut sama membantu mereka.  Dari pagi tadi belum sempat sekali pun aku dapat berehat.  Alhamdulillah bisnes semakin maju dan berkembang.  Fitriah mesti gembira melihat semua ni.

“Adoi, penatnya hari ni kak Tizz.  Hari minggu je mesti ramai orang kan?  Lebih-lebih lagi time gaji tengah masuk sekarang, lagilah ramai.  Untung kita kalau hari-hari ramai macam ni kan. Kaya kita jadinya.   Gaji pun mesti up jugak nanti  he he he?” sengih Mariani.  Kami sama-sama duduk di depan kaunter melepaskan penat.  Beberapa pekerja kedai yang lain masih sibuk melayan pelangan yang masuk.

Aku mengelengkan kepala pada dia. “Amboi kalau bab gaji nak naik, laju je mulut tu bercakap.  Kalau bab kerja, bersuruh pun belum tentu nak buat.” Sengaja aku membidas begitu walhal aku tau yang si Mariani ni memang pekerja yang rajin.

“Tolong sikit ye kak, saya seorang pekerja yang berdedikasi dan berwawasan.  Bos belum suruh buat pun saya dah buat dulu tau.”

Aku mencebik.  Banyak punya loyar buruk budak ni.


“Yelah tu, untunglah…  Nanti kak Tizz tolong puji kamu depan bos, tengok dia kata apa pasal kamu.  Mana tahu dapat naik gaji nanti.”

“Uisykk…kalau cakap dekat bos, alamat memang gugur rambut sayalah.  Bos tu mesti akan tanya soalan-soalan yang pelik-pelik.  Tak nak lah saya, dah pernah terkena masa nak mohon cuti dulu.  Pening kepala saya nak menjawabnya, kak.   Tak naik gaji pun tak apa. Takut.”  Aku menahan perut ketawa.   Adoi! tau sangat yang Mariani takut dekat Fitriah.  Maklumlah Fitriahkan cerewet terlampau orangnya.

“Amboi takut betul kamu dengan bos yek?  Alah biasanya kalau yang namanya bos ni tentulah cerewet.  Tapi kalau kita buat kerja dengan baik, insyallah semuanya akan sempurna.  Jangan takut sangatlah.Fitriah tu baik orangnya, Cuma over je bila berfikir.”gelakku.  kelakar pulak bila dengar cerita Mariani tadi.  Macam-macam  si Fitriah ni ada je benda pelik di buatnya.

“Bila bos balik kak?”

“Entahlah, katanya hari ni.  Masuk kerja tak tahu lah bila.  Oh yea baru teringat nak tanya,  Ani tahu tak mana fail yang ada senarai stok baru tu? dari tadi akak cari tapi tak jumpa lah.  Akak nak check sekali lagi.  Dekat mana ye?” 

“Rasa-rasanya ada dalam laci ni tak silap.  Kejap Ani ambilkan.” Mariani bingkas bangun dan segera mengambil fail di dalam laci.  Dia menghulurkan kepadaku.

“Terima kasih.  Akak nak ke belakang dulu lah nak semak stok dalam kotak tu.  Nanti bila dah siap semak baru kita display semua baju yang baru sampai.  Kalau boleh akak nak Ani bagi tahu dekat semua pekerja lain, supaya buat satu ruang khas untuk New Arrival.  Stok lama tu letak dekat bahagian tepi sebelah kanan.  Nanti bila bos dah balik baru kita buat promosi untuk clearance stok pulak.” Terangku.

“Okay kak,  Ani buat sekarang.”

Mariani mengangguk faham dengan peneranganku. Dia segera ke depan memulakan kerja.  Aku bingkas bangun dan segera ke belakang memeriksa stok-stok yang masih di dalam kotak.  Nampaknya hari ni akan jadi hari yang paling sibuk  dalam hidupku yang muda ni he he he. Kerja! Kerja!Kerja!
******************************************************************

“Assalamualaikum Tizz,  kau dekat mana.  Aku dah balik ni”jerit Fitriah sebaik saja masuk ke dalam kedai. 

“Aku dekat belakang sini mak cik.”jeritku kembali.  Aku sedang duduk di lantai dekat bilik stor.  Baju-baju di dalam kotak baru saja selesai aku punggah.    Fitriah  masuk ke dalam, dia tersenyum manis padaku.

“Kau buat apa dekat belakang ni?” Aku mendongak ke atas memandang dia yang berdiri.

“Tengah check stok baru ni,besok nak display untuk New arrival punye.  Kau bila balik? Tak sound-sound pun, tiba-tiba je dah terjelma hari ni?”

“Flight sampai pagi tadi.  Malas nak bagitahu kau, sebab nak buat surprise he he he.”

“Banyak kau punya surprise la.  Ni apasal muka kau nampak berseri-seri sangat bila balik ni?  Ada story apa-apa ke?  Cuba kongsi sikit.”

“Hello! Muka aku setiap hari berseri-seri tau.  Alah tak ada story menarik pun dekat Dubai tu.  Bosan lagi adalah dekat situ.  Hmmm…  Aku ada beli ole-ole untuk kau tau.  Tapi aku tinggalkan dekat rumah, nanti balik kau tengoklah.”senyum Fitriah.

Bulat mataku mendengar. Teruja dengar perkataan hadiah.

“Alah buat susah-susah je beli untuk aku.  Ni yang buat aku sayang kau sangat-sangat.  Terima kasih Fit.. 
Kau beli apa untuk aku?  Jangan kata keychain je kau beli untuk aku?  Memang aku merajuk nanti dengan kau.”

“Berlagak! Keychain tak nak.  Untunglah kalau ada orang nak belikan tau.    Alah balik nanti kau tengok lah aku beli apa.   Lagipun aku aku nak kotakan janji aku kat kau.”

“Janji? Janji apa? Bila pulak kau dan aku ada buat ikrar janji ni? Huisyk!”aku mengaru-garukan kepala memikirkan janji yang disebut Fitriah.

“Alah kau ni pelupa betul lah.    Tak ingat ke yang haritu kan kau dah tolong gantikan aku temankan Adam.  So…. sebagai balasannya, aku dah janji untuk beli ole-ole untuk kau.  Ingat tak?”
Aku tersenyum.  Teringat semula bagaimana Fitriah memujuk aku untuk menemani Adam pada malam itu. 

“Aku tolong ikhlas lah Fit.  Kau ni macam tak biasa pulak.”

“Aku tau, kau lah kawan terbaik aku.  Sayang kau.  Macam mana malam tu?  Seronok tak majlis makan malam tu?”

“Ermmm…bolehlah bagi seorang doctor .  Kalau orang sihat macam kita ni pergi, boleh jadi sakitlah jawabnya.

“Hah kenapa pulak?”terkejut muka Fitriah mendengar ceritaku.

Aku senyum memandang Fitriah.

“Mana taknya sepanjang malam asyik cerita pasal sakit itu, sakit ini.  Boleh bernanah telinga aku dengar.  Taubat nak pergi majlis macam tu.  Tak kena dengan jiwa langsung.  Macamlah kau boleh masuk dengan orang macam Adam tu? Tak sesuwei (sesuai)”
Fitriah menahan gelak.  Namun terburai juga tawanya.

“Sengal lah kau Tizz, mengutuk tak ingat.  Alah biasalah Dinner dengan para doctor , tentulah cerita pasal kerja diorang.  Takkan diorang nak bukak cerita pasal masak-memasak pulak.  Kau ni buat lawak lah Tizz.”

“Layan………..”ringkasku  Malas nak bercakap lagi.  Tentulah si Fitriah ni puji kerja boyfriend dia takkan nak kutuk pulak.  Diskriminasi kawan betul dia ni. Huh!

“Ermmm  aku nak telefon Adam lah, cakap aku dah balik.  Mesti dia suka kan?” Ucap Fitriah senang. Fitriah mengeluarkan handset  dan terus mendail nombor Adam.

“Hai Adam, you tengah kerja ke?” soal Fitriah ceria.  Aku memandang Fitriah yang sedang bergayut.  Malas rasa hati untuk mendengar perbualan yang selanjutnya, aku bingkas bangun dan keluar dari bilik stor.  Entah kenapa hatiku terasa jauh pula tiba-tiba.  Aku menarik nafas menghilangkan rasa yang kunjung tiba itu.

“Kak Tizz, bos mana?” soal Mariani yang tiba-tiba muncul di belakangku.

“Ada dekat belakang tu, tengah gayut dengan pakwe dia.  Ada apa cari bos?”

“Tak ada apa, saja je tanya he he he.  Kita pergi buat kerja dulu lah.” Aku memandang Mariani yang berlalu pergi.   Macam-macam budak ni.  Buat lawak ke apa?  Fitriah keluar dari bilik belakang.  Dia menghampiriku.

“Tizz, aku nak keluar dulu.   Nak pergi jumpa Adam.  Kau uruskan kedai yek.”

“Okay.”balasku ringkas.  Dah tahu sangat si Fitriah ni.  Gedik dia dah datang lah tu.  Yelah nak lepaskan rindu masing-masing.  Dah beberapa hari tak jumpa kan.   Fitriah bergegas keluar  dari kedai.  Aku hanya memerhatikan dari jauh.   Budak ni, langsung tak tak pedulikan kedai dia.  Asyik nak jumpa Adam je kerja dia.  Aku yang kat depan ni langsung dia buat tak heran.  Memang lupa kawan betul!

“Isykkk….apesal aku rasa jealous pulak Fitriah nak jumpa Adam?  Isykkk giler lah.” omelku perlahan.  Aku menarik nafas panjang dan berisgtifar. Tak pasal-pasal nak cemburu tiba-tiba.  Memang pelik kan.

*****************************************************

“Kak Tizz, handphone akak ada mesej masuk tu.” Jerit Aida salah seorang pekerja disini.  Mendengarkan jeritan Aida, aku segera meluru masuk ke dalam bilik stor mengambil handsetku yang diletakkan di dalam laci. 

Peti inbox aku buka, tertera nama Fitriah sebagai pengirim.

Tizz, malam ni aku tak balik rumah, aku tidur dekat rumah family aku.  Take care gurlz…. Assalamualaikum..

Perlahan-lahan mulutku membaca mesej yang tertera di skrin.  Aku tersenyum.   Tanganku laju membalasnya semula.  Telefon ditangan aku genggam dan masukkan ke dalam poket.   Fikiranku teringat semula pada mesej Fitriah tadi. 

“Alah si Fitriah nak tidur rumah family konon, padahal nak keluar denganAdam.  Malulah tu nak cakap dekat aku.   Untunglah ada pakwe nak bawak jalan-jalan kan.  Bestnya kalau Abang Hafizul ada dekat sini boleh aku ajak dia keluar jalan-jalan.”  Aku mula terfikirkan Abang Hafizul.  Rasa rindu pula pada dia tiba-tiba hari ni.  Apa agaknya yang dibuat dia sekarang? Tak rindu ke Abang Hafizul dekat aku?  Hmmm…kenapa dia tak telefon aku lagi ni?  Macam aku je yang terlebih excited dengan dia. Dia tak kata apa pun. 
 Hwaraghhhh!!!

“Ape yang kau bebel sorang-sorang tu?  Dah giler ke?”sergah satu suara dari belakang.  Aku melatah terkejut dengan sergahan itu.  Aku segera menoleh untuk melihat orang yang tak ada sivik nak bagi salam ni.

“Adam?” soalku.  Terpejam celik mataku meneliti wajah dia.  Isykkk…kenapa Adam ni selalu muncul time aku mula teringatkan Abang Hafizul.  Kacau daun betul lah dia ni.

“Hello! Kau okey tak ni? muka macam nampak hantu je? Okey tak ni?” Adam melayang-layangkan tapak tangannya ke mukaku.  Aku tersentak.

“Aku okey lah.”balasku ringkas.  Aku memandang muka dia dengan geram.

“Kau tak reti bagi salam dulu ke? Nasib baik aku tak mati terkejut tadi. Kalau tak aku cekik kau bagi mampus.” Geramku.

“Sorry…mana aku tahu kau nak terkejut. Kelakarlah kau ni.”

“Ha ha ha memang kelakar sampai nak gelak guling-guling rasanya. Suka hati kau je kan.  Lagi satu macam mana kau boleh masuk dekat dalam bilik stor ni?  Tak nampak ke papan tanda dilarang masuk dekat luar tu?” Marahku. Mentang-mentanglah dia pakwe Fitriah jadi dia nak tunjuk lagaklah macam bos dekat sini.  Amboi!  

Adam tersengih.  Matanya tepat memandang mataku.  Dia mengurut-ngurut dagunya.

“Ada ke? Tak perasan pulak.  Lain kali kunci pintu bilik ni, so orang tak bolehlah masuk. Ini kau biarkan bukak dah tentulah orang masuk, betul tak.  Jadi bukan salah aku, salah kau lah.”
Berdesir mulutku. Dia ni sarkastik betul bila bercakap.  Lagi aku layan lagi pedas mulut dia membalas. Baik tak payah nak bahas lagi.  Menyampah!

 “Kau nak apa  datang sini? Bukan kau sepatutnya keluar dengan Fitriah ke sekarang?” soalku pelik.  Tadikan Fitriah bergegas keluar pasal nak jumpa Adam kan? Tapi kenapa Adam boleh ada dekat sini pulak?

“Bila pulak aku keluar dengan Fitriah ni?  Aku baru je habis kerja.  Kau mimpi ke?”

Aku betul-betul confuse sekejap.  Kalau tak keluar dengan Adam, kemana pulak Fitriah ni pergi? Hisykk budak Fitriah ni, mati-mati aku ingat dia date dengan Adam tadi, rupanya tidak.  Buat habis masa je mulut aku ngomel-ngomel, cemburu pasal dia keluar dengan boyfriend tadi.  Tak pasal-pasal aku dah teringat Abang Hafizul pulak.  Hisykkk…..

“Habis tu si Fitriah ni pergi mana pulak, kalau tak keluar dengan kau?”

“Manalah aku tahu.   Kau tanyalah dia sendiri. Kau ingat aku ni 24 jam berkepit dengan dia je ke?” Selamba Adam. 

Aku menjeling tajam padanya.  Pakwe apa ni?  tak ambil berat langsung pasal makwe dia.  Teruk betul laki ni?  Fitriah kenapalah kau choose dia jadi pakwe kau?  Menjengkelkan betul.

Aku tidak mempedulikan Adam di depan.  Aku kembali menyambung kerja.  Fikiranku masih memikirkan Fitriah yang menghilang entah kemana tadi.  Aneh  Fitriah ni?  Tak pernah-pernah dia rahsiakan sesuatu dari aku.  Ada yang tak kena je ni?  Otakku mula memikirkan sesuatu yang diluar kotak fikiran.

“Wei jom kita keluar.”tiba-tiba Adam bersuara semula.  Aku menoleh pada dia. Uisykk mamat ni, tak balik lagi rupanya.   Ingatkan dah berambus. 

“Kau cakap apa tadi? Aku kurang dengar lah.” Soalku semula.   Maklumlah otak tengah berfikir tadi, mana nak masuk benda lain.

“Jom kita keluar.  Aku belanja makan, nak tak? Lepas tu kita lepak lah  dekat mana- mana.”ajak Adam.  
Dia tersenyum.

Bulat mataku memandang dia.  Keluar?  Suka hati perut dia je nak keluar.  Dia tak tahu ke yang aku ni bagai nak pecah kepala fikir Fitriah dekat mana.  Dia pulak boleh nak pergi keluar makan segala.  Memang tak ada perasaan betul dia ni.  Hati kering!  Ni yang aku malas kalau dah mula berkawan dengan lelaki ni, asyik nak melepak je kerja dia.    Hisykk…. ikutkan hati, memang ada yang kena sepak ni karang.    Panas je hati aku tengok brother ni.

“Sorry…aku sibuk.” Elakku.  

“Sibuk? Tak ada pelanggan pun?  Alah jom lah kita keluar bukan selalu pun.  Jom.” Pujuk Adam lembut.  Cair jugak aku dengar suara dia yang macho dan serak-serak tu.  Tapi bila ingatkan yang dia tu pakwe orang, baik jangan nak ambil risiko.  Mati aku kalau Fitriah tau yang aku keluar dengan Adam.

“Malas.  Tak ada mood. Ajak orang lain tak pun ajak je Fitriah, dia kan makwe kau.  Habis cerita.”

“Aku ajak kau, bukannya Fitriah.  Lagipun Fitriah ada hal jumpa kawan dia.”

“Kawan dia yang mana? Setahu aku dia tu tak ramai kawan sangat.  Kau pasti ke?” soalku.  Pelik fikir yang  Fitriah keluar jumpa kawan? Tapi tadi dia kata nak keluar jumpa Adam?  Makin peliklah statement yang dikeluarkan budak berdua ni.  Fitriah kata dia nak keluar dengan Adam dan Adam pula kata yang Fitriah jumpa kawan.  Makin pening aku fikirkan.

“Pastilah, tadi dia baru je mesej aku.  Dia juga yang suruh aku ajak kau pergi makan ganti dia.  Dia kata kau ada dekat kedai hari ni.”

Terangkat keningku mendengarnya,  Fitriah suruh aku keluar makan dengan pakwe dia ni?  Biar betul  minah tu! Huiskk…takkanlah kot.

“Kau jangan nak menipu, tak ada pun Fitriah cakap dekat aku suruh keluar makan dengan kau? Setahu aku dia yang nak keluar dengan kau hari ni.  Kau buat cerita tipu yeak?” jari telunjuk aku angkat tepat ke muka Adam.

“Betul lah, takkan aku nak tipu pulak.  Fitriah yang suruh aku ajak kau.   Jom lah kita keluar cepat.  Nanti tempat makan tu tutup pulak.  Cepatlah.”  Adam menarik tanganku mengikut langkah dia. Terbeliak mataku.

“Eiiii!!! Ape ni lepaslah.  Tak malu ke tarik tangan anak dara orang,”marahku. Sakit tanganku diperlakukan sedemikian.  Memang aku tampar jugak muka pakwe Fitriah ni karang.  Suka hati nenek usus dan pankreas dia je pegang-pegang tangan aku.

“Selagi kau tak setuju nak ikut secara rela.  Aku akan tarik tangan kau macam ni.  Biar semua pekerja kedai tengok.”

Aku mengetapkan gigi, geram mendengar apa yang dicakapkan.  Aku berusaha menarik tanganku.

“Baik kau lepaskan aku, kalau tak aku jerit nanti.”

“Jeritlah, ada aku takut.”

“Tolong!!!!!!!!!”jeritku kuat.  Adam segera menekup mulutku dengan tapak tangannya.  Aku meronta-ronta meminta dilepaskan.  Mulutku masih lagi cuba mengeluarkan jeritan.

“Diam lah… Kalau kau jerit lagi aku cium kau dekat sini.  Baik kau diam.”gertak Adam.  Takut dengan gertakannya, aku terus diam.  Bukan boleh percaya Adam ni, buatnya betul-betul dia cium, mahu aku pengsan dekat sini.

“Lepaslah…”mintaku perlahan.  Adam perlahan-lahan menjatuhkan tangannya.

“Dah cepat ikut aku, kalau kau cuba buat yang bukan-bukan nanti tahulah kau aku ajar.”

“Kau nak buat apa?” geramku.  Suka hati je nak paksa orang.  Ingat aku takut dekat dia ke. Aku ni pakar judo tau. Wachaaa………

“Adalah kau mesti sukakannya.” Adam senyum sinis padaku.  Perlahan-lahan kakinya melangkah dekat padaku.  Badannya semakin rapat ke badanku.  Badanku terus tertolak ke belakang dinding.   Aku panik.  Terkelip-kelip mata memandang dia.  Bunyi hembusan nafas Adam kuat di mukaku.  Aku menutup mata.   Dia nak buat apa pulak ni?  Kenapa dia tiba-tiba rapat dengan aku? Jangan-jangan….

Okey..okey aku pergi.  Tunggu dekat luar.”jeritku.  Adam ketawa kuat melihat aku yang mengalah.  Dia bersorak diatas kemenangan dia.

“Tahu takut.  Jangan lambat dan jangan nak buat helah pulak.  Kalau tak aku akan buat sesuatu yang tak pernah kau fikirkan.  Ingat tu.” pesan Adam.  Dia terus keluar dari bilik stor.

Aku menarik nafas.  Ya Allah….dia tu betul-betul menakutkan akulah.  Apa masalah dia sampai nak gertak-gertak aku pulak?  Aku teringatkan Fitriah.  Baik aku segera telefon dia tanyakan tentang hal ni.  Aku mendail nombor Fitriah.

“Nombor yang anda dail tidak dihubungi.  Sila cuba sebentar lagi.”bunyi suara operator telefon.  Aku mengeluh. Fitriah ni off handset pulak.  Habislah aku macam ni? Nampaknya aku kena keluar dengan Adam jugaklah.  Adoi!!!!!!!

“Wei! apesal kau lambat sangat tu? Kau nak aku masuk tarik kau lagi ke? Cepatlah sikit lembap.” Jerit Adam dari luar.

Berdesir mulutku dengar suara dia. “Sabarlah, kau tunggu kejap tak boleh ke!”geramku  Eiiiii!!! Kenapalah aku boleh jumpa orang yang macam tu dekat dunia ni.   Fitriah mana kau pergi?  Help me!  Pakwe kau tu menakutkan lah…. Hwarghhhh….






4 comments:

sim said...

menunggu bab seterusnya

Amirah Hidayah said...

Best. Ke mana hafizul menghilang? Dilemma la, whether to choose adam or fizul. Huhu but lebih suka adam actually ehehe :D

Ian asynata said...

coming soon....hehe

Ian asynata said...

amvoi!!!!!!! dilemma. heehhe... ian pun suka Adam tapi lebih suka hafizul sikit. heheh

Post a Comment

About Me

Ian asynata
"Ceriakanlah hari ini dengan tawa dan riang, siapa tahu yang esok kita akan bersedih...life is complicated..."
View my complete profile