BAB 29
Assalamualaikum bagi semua pembaca IHYMP, sorry sesangat atas kelewatan bab ni. Ada beberapa hal yang ian kena uruskan jadi memang tak ada masa untuk menulis. bagi yang email ian untuk bertanya bab ni terima kasih dan maaf ian ucapkan atas kelewatan ian. ian memang tak sempat nak balas semuanya. ian harap bab ni akan dapat mengubat rasa rindu kalian semua. thanks sebab sudi membaca cerita ian yang tak seberapa ni......
“TAK ada pun bulan, kau
tipu aku eak?”soalku tak puas hati pada Mr Playboy. Sakit kepalaku terdongak ke atas memandang
langit yang gelap. Tercari-cari dimana
bulan, namun satu pun tak ada. Oh bulan…
“Hurmm…entah. Tak ada kot malam ni, sepatutnya ada. Entah-entah pasal kau ada ,bulan tu tak nak
keluar agaknya.”balasnya selamba.
Aku menjeling tajam
melihat wajah Mr Playboy yang beriak
selamba berdiri di sebelahku.
Mr Playboy tergelak
besar melihat mukaku yang merah padam menahan marah. Dia menatap wajahku. Dahinya berkerut memandang wajahku.
“Mia pernah tak orang
bagitahu kau yang wajah kau macam bulan?”
Aku tersenyum bangga
mendengar pujian yang tiba-tiba dari mulut Mr Playboy. “Hurmm…kau baru tau ke
yang aku ni cantik macam bulan. Well
kecantikan aku memang tiada kalah pun dengan segala-galanya.” Mulalah aku nak
masuk lif tekan sendiri he he he.
“Jangan perasan boleh
tak. Kalau kau nak tau bulan tu bulat
dan permukaannya berkawah. Ada banyak lubang-lubang. Sebab tu lah aku tanya kot kot ada yang
pernah cakap muka kau sejibik macam bulan.”
Mr Playboy tergelak besar melihat wajah aku yan g terus mencuka.
Aku mengetap gigi,“Gelak-gelak,
macam lah kelakar sangat.” Jelingku menyampah pulak tengok dia buat lawak bodoh
tu. Macamlah lawak! Eiiii…beraninya dia
samakan aku dengan kawah lubang-lubang tu, suka hati perut dia je.
Suasana kembali senyap
diantara kami berdua. Aku dan Mr Playboy
duduk bersila diatas pasir menghadap laut.
Aku terpesona dengan bunyi indah dari desiran angin dan ombak yang
memukul pantai. Terasa aku seperti
berada dalam dunia sendiri ketika ini.
“Kau suka tengok laut
ya?”
“Yup…bukan je suka
malah tersangat suka sebab aku suka dengar bunyi ombak. Dapat merasa angin yang sejuk pada pipi dan
aku suka bau pantai ni ianya buatkan aku rasa tenang dan damai.”
Mr Playboy mengangguk
perlahan. Dia senyum mendengar
kata-kataku tadi.
“Aku pun sama macam kau
suka semua tu, bila dah duduk dekat sini rasa macam tak nak balik je. Segala masalah yang ada dalam kepala ni semua
hilang. Rasa fikiran tu kosong tapi lega.”
Aku senyum
mendengarnya. Tak sangka aku boleh ada
minat yang sama dengan dia.
“Dari apa yang aku lihat
Ilham Holding telah memperuntukkan banyak modal untuk projek pembangunan resort
ni. Kiranya ini adalah salah satu projek
yang paling besar syarikat kita pernah handle.”
“Bagus pemerhantian
kau, tak sia-sia belajar kat luar negara.
Tapi nak kata projek besar tu tak adalah besar sangat, Cuma kali ni kita handle semua sekali bukan
saja dari pelan dan pembinaan tapi design dalaman dan landskap pun kita take
over. Boleh dikatakan 90% adalah dari
syarikat kita.”
Aku mengangguk kagum
dengan pengurusan yang dijalankan Mr Playboy.
Lelaki ni betul-betul fokus pada kerjanya. Sebab itu ramai yang ingin bekerjasama dengan
dia.
Aku kembali merenung
laut di depan, melihat laut aku jadi rindu pada sahabatku yang satu tu. Apalah cerita dia eak, dah enam bulan dia
tidak menghubungi aku. Sibuk barangkali.
Aku mengeluh perlahan.
“Kenapa?” soal Mr
Playboy mungkin terdengar keluhanku tadi.
“Tak ada apalah.”
Jawabku, malas nak bercerita pada dia.
Aku mula terfikirkan sesuatu.
“Afriel, apa kata kalau
kita semua pergi scuba nak esok. Aku dengar orang cerita pulau perhentian ni
memang tempat kegilaan untuk menyelam. Macam- macam hidupan yang kita boleh
tengok dalam laut nanti. Tak pun kita
boleh naik jet ski, lepas tu boleh round-round satu pulau. Mesti hebat kan, jom
lah.” Aku rasa teruja dengan idea yang baru muncul tiba-tiba ni.
“Jangan kau nak
mengada-ngada, kita datang sini bukan untuk bercuti tapi untuk bekerja. Jangan lupa tujuan asal datang sini.”tegas Mr
Playboy.
Aku mencebikkan bibir,
menyampah mendengarnya. Aku pandang Mr
Playboy buat muka comel . “Alah…bukannya selalu kita datang sini, takkan sekejap
pun tak boleh. Lagipun alang-alang dah
ada dekat sini mestilah kena cuba semua.
Rugilah nanti. Bolehlah Afriel….”pujukku.
“Tak boleh! Jawapan aku
tetap tidak.”
“Alah boleh lah,
please…”
Mr Playboy mengeluh perlahan.
“Mia tolong jangan jadi budak-budak boleh, lagipun esok banyak lagi urusan yang
kita kena buat, kena pergi tapak site lagi, lepastu kita ada perbincangan
dengan pihak Ilham Holding sekali lagi,
banyak kerja kita kena handle dekat sini. Kau pun tau kan waktu kita terhad. So…jangan buang masa. Setakat nak scuba diving tu lain kali pun
boleh kan. Lagi satu kau kena
ingat yang projek ni sangat penting
untuk syarikat kita, so… aku tak nak ada
sebarang masalah pun dalam projek ni.
Faham.”tegas Mr Playboy.
Aku menguap dengar
ceramah free Mr Playboy, memang membosankan.
“Mia kau dengar tak apa
aku cakap tadi?”Mr Playboy menoleh.
“Hmmm…dengar. Bosan!”geramku.
“Bosan ke seronok ke,
kerja tetap kerja. Itu tugas kita, kau
kena ingat dan amalkan tu. Nak jadi ahli
perniagaan ni kenalah kental dan pandai buat duit. Kalau tak sampai bila pun
bisnes tak maju. Kalau salah cara boleh lingkup bisnes tu. Faham.”
“Faham….”jawabku
malas. Serupa macam papa, ada je nak
diceramahkan orang. Menyampah.
Mr Playboy menoleh
padaku , aku mengelak dari dipandang dia.
Dia mengeluh. “Dah, jom kita balik bilik. Esok nak bangun pagi kan.” Kami berdua
bingkas bangun. Aku mengibas-ngibaskan
pasir yang terlekat pada seluar dan baju.
Aku mendongakkan kepala ke atas. Bulat mataku, macam tak percaya.
“Afriel! Tengok
tu…”tunjukku. Mr Playboy yang berada di
depan menoleh dan mendongakkan kepala melihat langit mengikut arah yang
ditunjuk. Dia tersenyum dan ketawa
perlahan.
“Cantiknya bulan tu
kan….”pujiku, syukur pada Allah yang mencipta apa yang ada di langit dan bumi.
“ Aaaah cantik, serupa macam kau.”balas Mr Playboy sambil
tergelak besar. \
Aku menjeling
tajam. Itu nak mengata muka akulah tu. Nanti kau.
Aku memandang kiri dan kanan, laju otakku berfikir. Aku tersenyum sinis segera menunduk dan
mengengam pasir. Aku mendekati Mr
Playboy yang masih ralit melihat bulan.
“Afriel.”panggilku. Dia menoleh. Segera aku baling pasir tadi.
“Hey!” Mr Playboy
menjerit kuat, terkejut macam tak percaya.
Aku tergelak besar melihat
rambutnya yang habis berlumuran pasir.
Hilang terus muka gatal dia. Dah
berdebu.
Mr Playboy mengetapkan
giginya sambil memandangku. Oh no!
Danger! Macam ada yang tak kena dengan pandangannya.
“Lari!!!!!!!”jeritku
kuat. Mr Playboy laju mengejarku dari
belakang. Habislah! Ungka dan mengamuk.
14 comments:
hehehe.. tq dear
lama tgu n3
wah rndunye
Nak lagi
IHYMP kena hold dulu skrg ni...bnyak lagi yang kena dibaiki...hope korang sabar eak...sorry syang smua...
Nak lagi :) bile Asfan nak muncul balik ? tak sabar nak bace next entry !
bestnye..tp smpai bab 29 je ke????
nk lagi, cepat2 update yea..
xsbar nk bce..
Bila nak masuk entry baru ni dah rindu sesangat dgn Mr Playboy plz plz plz plz plz
Mn n3 lg..ble nk upload...best ni...xsbr nk tau kesudahn vite ni
Hehe.. nk tnya nie novel or cerpen.. best lahh.. kalau cerpen please update cepat2.. rindu dgn mia n afriel.. waktu bca tu terkejut jgk sbb nma playboy tu seakan nma sya sbb sya afrina.. haha..
Best..update entry cepat2 ye..minat sngat dengan cerita ni, good luck
setakat ni. Jalan cerita bagus Dan memuaskan. Tapi sya tak nmpak lh dari bab1 hingga bab29..takde bab yg romantik lh.=)
Cite ni xde smbungan ke...
Cite ni xde smbungan ke...
Cite ni sampai sini je ke?
Post a Comment