topbella

Tuesday, 19 November 2013

MEMORI CINTA KITA 1


BAB 1
Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson yang ke 21 buat Jabatan Perdagangan telah sampai kemuncaknya dan berakhir dengan gamatnya. Ya Allah akhirnya aku telah tamat belajar.  Selama 3 tahun aku berhempas pulas hari ini aku terasa manisnya. Syukur yang tak terhingga  aku rasai. Aku keluar dari dewan mencari  emak dan abahku.

“Emak …Abah… adik ni.” Kelihatan bayangan kedua ibu bapaku yang sedang duduk di tepi dewan tersenyum membawa sejambang bunga untuk aku.  Wah! dasyat gila mak bagi bunga wei.  Aku melambaikan tangan dan terus merapati mereka kemudian menyalami mereka berdua.

“Tizz.”  satu suara yang sangat aku kenali singgah lembut di cuping telingaku, membuatkan  aku berpaling hurmm…  Fitriah rupanya ayu dia bertudung labuh warna biru, kulitnya putih kemerahan. Siapa yang terpandang pasti terpikat.  Dia terus  menyalami ibu bapa aku dengan sopan dan tertib gitu. Aduh! bakal menantu sapalah sahabat aku ni sopan betul hehe...

“Wei.. jom ambil gambar kata nak buat kenangan.”  Aku terus menarik Fitriah ke tengah dewan selepas mendapat keizinan mak dan abah untuk mengambil gambar kenangan kami berdua.

“Jomlah nanti kau rindu kat aku, boleh gak layan blues tengok gambar kita.” Gelak Fitriah sopan.
Membulat mata aku memandang Fit ada ke tengok gambar boleh layan blues. Hahah aji gila namenya tu.

“Tak de maknenya nak layan blues, poyo betul kau ni Fit.”

Aku dan Fitriah menyuruh seseorang mengambil gambar kami, banyak juga kami pose hehhe sekali sekala bukan selalu dapat pakai jubah ni ape salahnya kan lagipun mahal jugak sewa jubah ni, sebab tu kena pose sampai lembam baru puas hahaha. Sabar jelah.. anak sape ni.

“Assalamualaikum…” Tiba- tiba ada satu suara halus menyapa, lembut aje di cuping telinga aku.  Apalagi berpaling lipat mautlah aku ialah mana taknya terkejut sapa bagi salam ni, dekat betul seriau aku.

“Waalaikumsalam..” jawab satu suara lembut lagi. Hah ni pun aku berpaling lipat semula apehal pulak suara Fitriah ni macam nak tak nak pulak keluar, dah macam kucing tercekik tulang ayam.

Aku merenung seorang lelaki yang bergerak dan berdepan dengan kami. Adoi manisnya senyuman, kalah kalau peminat  hero Boys Over Flower  tengok . Mana taknya sweet giler.  Kulit putih, hidung  mancung, tinggi,  badan tough. Ermmm… confirm pergi gym mamat ni.

Lelaki tadi merenung aku dengan pandangan yang tajam, macam nak tertembus aku rasa.  Apehal mamat ni aku ada buat silap ke pada kelahiran lepas, aji gila tenung macam nak telan je, tadi tersenyum tak hegat, aku  pernah ke jumpa dia ke sebelum ni, jap aku digest tak hadam lagi ni.


“Tizz ni lah orangnya..err..  yang aku cakap dalam telefon hari tu.”bisik Fitt perlahan aje.

“Orang mana pulak ni? bila kau pernah cakap.” Bisik aku pada Fitt semula baru je nak start digest tak sempat lagi ni.  Pelik aku dengan Fitt ni entah bila kurun dia cakap entah, mana aku nak ingat sape mamat ni.

Maka mamat  yang melihat aku dengan Fitt yang sedang berbisik gaya dia macam tak ada kat situ pun memulakan bicara. Aigoo.

“Hai saya… Adam Aizril Dato Azmi nice to meet you.”dia menundukkan badan sambil tapak tangan kanan melekap di dadanya. Wah so gentleman…, ye lah mana muhrimkan nak main salam-salam. Hai bertuahnya kalau jadi boipren ni he.he he.

Ehh… kejap did he mention  Adam Aizril Dato Azmi? wait!  macam pernah dengar nama ni tapi di mana ye?. Otak aku terus memproses.  Ting!.   Aku terus memandang Fitriah yang tersenyum nampak macam terharu dengan perlakuan mamat ni.  Ha dah sah! Ini dia lelaki yang sekarang telah menghuni hati Fitriah, sahabat baik aku dunia dan akhirat ni.  

Ekor mataku  memerhati dirinya.   Hermm… Ok not bad desis hati kecilku. Mana taknya  Doktor pakar katanya  wei.. Specialist tu!.. dekat hospital Kuala Lumpur tak silap.  Patutlah hati kawan aku ni lembut sekarang, rupanya dah dioperation oleh kekasih hati hahaha.

Suasana yang terasa macam senyap seketika tapi akhirnya macam bising kembali. Eh Malaikat lalu ke tadi!.   Aku menghentikan pandangan aku dari terus menilik mamat ni. Yelah dah boypren kawan baik, takkan  nak cantas pulak aselehe betul he he he. Aku mengelengkan kepala dan memperkenalkan diri.

“ Hi I’m  Tizza Alisya, you can call me  Tizz simple and sweet.”jawab aku sambil ketawa perlahan.
Dia terus tersenyum manis menghadap aku. Pandangan matanya ke dalam mata aku betul-betul tembus ke otak. Adoi sakitnya!… Mata dia warna hazel lah. Aku menunduk tak sanggup nak berbalas pandangan.

“Tizz aku …errr…. Balik dengan Adam nanti.” Fitriah memulakan bicaranya dengan tiba-tiba. Fuhh selamat.

“ Hah ape?.. ok.. ye lah baliklah, aku pun kejap lagi nak gerak jugak.” Tergagap aku seketika. Kenapa ni wei.

“Ok lah aku gerak dulu dengan Adam nak jumpa parents aku kejap. Nanti kita jumpa lagi, jangan lupa contact taw  hanset tu jangan off memanjang pulak.” Omel Fitriah lagi.

“Ye lah….”acuh tak acuh aje aku jawab.   Adoi malas betul aku dengan Fitriah ni macam tak taw aku ni silent girl mana layan teknologi malas nak angkat telefon hatta telefon sendiri hahahha pelik kan.

Aku terus memeluk Fitriah sob sob mengalir air mata. Aku menunduk dan  tersenyum manis kepada lelaki itu, dia hanya memandang sahaja tanpa riak.  Aikk tetiba je sombong boypren Fitt  ni. Omelku dalam hati.  

 Aku kemudian melangkah meninggalkan dua merpati sejoli tadi.  Nak bagi can kat Fitriah sahabat baik aku tu, al- maklumlah dah ada buah hati pengarang jantung mana nak kawan dengan hempedu macam aku ni ha.ha.ha. Bunyi macam jealous sahaja di situ.

Aku terus menghampiri mak dan abah.  Setelah selesai urusan pemulangan jubah dan pengambilan sijil-sijil,  kami terus pulang ke rumah.  Adoi penat tak hengat.  Alhamdulillah termakbul harapan aku mendapat segulung diploma Sains Kesetiausahaan.  Cukuplah tapi kalau ada rezeki insyallah boleh sambung degree pulak heheh… PTPTN no comment.


Ok Adios Politeknik Port Dickson, terima kasih sebab sudi terima aku  sebagai pelajar dan terima kasih kerana di sini juga aku mengenal Fitriah sahabat dunia dah akhirat aku. Sayonara.

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.OY 4

BAB 4

Sekejap ke kanan sekejap ke kiri aku berpusing.  Sungguh perubahan tempat tidur menyebabkan aku susah melelapkan mata.  Mungkin disebabkan cuaca yang panas membuat badanku tidak selesa.  Maklumlah..dulu duduk tempat sejuk tiba-tiba dah jadi panas pulak tentu saja badan aku masih belum dapat menerima sepenuhnya perubahan.

Jam yang berdeting kuat di luar membuatkan aku lebih resah.  Hisykk kuat betul bunyi dentingannya menakutkan je bila dengar.  Tak ape lepas ni aku nak letak jam tu jauh sikit.  Barulah aman hehehe.   Aku memasang telinga mendengar dentingan jam.  Tepat jam 5.00 pagi.  Mataku sudah bulat memandang siling. Segar.

Aku segera bangun dari katil.  Tekak tiba-tiba terasa haus.  Aku menuruni anak tangga menuju ke bawah.  Lampu suis dapur aku buka.  Mata melilau-lilau mencari peti ais.  Maklumlah orang baru datang he he he.   Segera  pintu peti ais dibuka.  Jus oren di dalam kotak aku capai dan tuangkan ke dalam cawan.  Hmm…lega.

Aku keluar dari dapur dan terus  ke anak tangga.  Belum pun sempat aku mendaki anak tangga, papa pula ku lihat turun ke bawah.

“Eh awal puteri kesayangan papa ni bangun.” Tegur papa.  Aku tersengih memerhati papa yang lengkap berpakai baju melayu dan berkain pelekat.

“Tak adalah.  Terjaga tadi tak dapat tidur sangat. Panas.” Rungutku.  Papa tersenyum mendengar omelanku.

“Kenalah biasakan diri dari sekarang.  Mula-mula memanglah macam tu.  Nanti lama-lama dah tak rasa dah panas.  Dah terbiasa.” Nasihat papa lembut. Ni yang buat aku sayang papa lebih ni he he he.

Aku mengangguk lemah.

“Dah mari kita solat berjemaah.  Ni pergi kejut abang kamu tu.  Dia tu kalau tak dikejut memang takkan sedar.” Bebel papa sebelum turun ke bawah.

 Aku ketawa jahat.  Peluang baik ni. Teringat aku masa zaman sekolah dulu-dulu.   Setiap pagi mesti kena kejut abang kadang-kadang sampai naik bosan rasa.  Yelah kalau dikejut tu terus bangun boleh lah lagi. Ini tak dia siap boleh landing baik lagi tidur kat katil.  Sampai satu tahap tu aku dah tak tahan terus aku simbahkan air kat muka dia.  Hah kau! seminggu dia bangun tidur sendiri takut dengan aku.  Tapi lepas seminggu mulalah dia buat perangai balik.  Sabar je lah.

Aku segera berlari naik ke atas.   Pintu bilik abang aku buka perlahan.  “Assalamualaikum…my big brother.  Hello wake up…. Abang…” kejutku perlahan.  Badannya aku gerakkan perlahan. 

“Isykk!! Jangan kacaulah.  Orang nak tidur ni!!”Abang menarik selimut dan meniarapkan mukanya ke bantal. 

 Aku menggelengkan kepala. Tengok perangai tak berubah!  Aku  memandang ke arah pintu bilik mandi sambil tersenyum lebar.   Segera langkah ku atur masuk ke bilik mandi.  Aku keluar semula dan perlahan-lahan  mendekati abang yang masih tidur lagi.   Jeng …jeng… burrrr!!!!!!!!!

“Tolong!!!tolong!!! lemas.” Jerit abang kuat.  Terus terjatuh ke bawah katil.
Aku menahan perut ketawa melihat gelagat abang.  Memang sama macam dulu.  Tak berubah perangai ha ha ha.

Terpisat-pisat mata abang memandang ke arahku yang sakan ketawa.

“Sejuk bang… sedap tidur.”perliku.  Aku ketawa dengan lebih kuat lagi.  Tak sangka sampai terjatuh  katil abang kena simbah air. Dasyat!!

Muka abang masam memandang aku.  Aku berjaga-jaga.  Kena hati-hati ni..

Abang bingkas bangun dan mula mengejar aku.  Sepantas kilat aku berlari keluar dari bilik.  Selamatkan diri Hulk dah mengamuk!!

“Siap kau Dik memang nak kena ni!!” jerit abang sambil terus mengejar aku

Aku segera berlari-lari turun ke anak tangga. Abang laju mengejar dari belakang.   Kami berlari berpusing-pusing di sekeliling sofa.

“Subhanallah… apa kecoh-kecoh ni.” Aku dan abang berpusing ke belakang mendengar suara papa yang tiba-tiba muncul.

“Dia ni!!” jerit kami sama-sama.  Aku dan abang berpandangan kembali.  Meletus terus ketawa kami berdua.   Papa mengelengkan kepala melihat tingkah kami.  Bibir papa merekah dengan senyuman.

*************************************************
“Ada plan apa kamu berdua pagi ni?” tanya papa.

“Tak ada apa duduk rumah je.” Jawabku sambil menguap.

“Hisy adalah..tengahari ni abang nak bawak adik round satu KL, nanti senang bila dah tahu
jalan.”sampuk abang.

 Bulat mata aku mendengar.  Teruja terus.

“Ermm..baguslah nanti senang nak pergi kerja.  Remember your promise girl.”  Ingat papa.

Aku mengangguk lemah.   Mahu tak ingat!  Aku kan dah janji akan kerja dengan papa asalkan papa bagi aku belajar dekat overseas dulu.  Disebabkan janjilah aku pulang semula ke Malaysia kalau tak mesti aku dah cuba nasib bekerja dengan orang lain terlebih dahulu.  Kumpul pengalaman.  Tak apelah kerja dekat Syarikat sendiri pun boleh dapat pengalaman jugak kan!

**********************************************************
(Didalam kereta)

“BERBEZA betul KL sekarang ye.  Makin sesak!” tawaku. 

“Ni tak adalah sesak sangat.  Cuba masa pergi kerja atau balik, lagi sesak sampai tak bergerak langsung.  Sekarang ni semua orang mampu beli kereta.  Dah murah!  Tu yang jadi banyak tu.”

Aku mengangguk mengiakan.  Kagum dengan perkembangan Malaysia sekarang.  Makin hari makin maju.  Siapa tahu lepas ni kereta pun boleh terbang. Jadi tak adalah sesak lagi kan he he he.

“Abang kita nak pergi mana ni?” tanyaku mataku melilau-lilau melihat arah papan tanda di tepi jalan.  Jalan ape ni? Macam pernah lalu tapi tak ingat.

“KLCC.” 

“Good.”

Teruja terus.  Bangunan berkembar Petronas tu memang tempat lepak-lepak masa zaman giler-giler dulu.  Shopping time!

************************************

“Adik, tunggu sini kejap.   Abang nak pergi Isetan jap tengok minyak wangi.  Nak apa-apa tak?”

“Gucci Flora sebotol.” Selambaku.  Terbeliak mata abang dengar.

“Jangan harap.” Abang terus melangkah pergi.  Aku ketawa perlahan.  Ingatkan tanya tadi bolehlah ngepau duit si abang tersayang.   Rupanya hampeh je!

Hmm…takkan nak tunggu kat sini je.  Giler apa! Dah macam patung cendana je!  Argghh pergi Kinokuniya lah.

Aku mengatur langkah menuju masuk ke dalam Kinokuniya.  Lebih baik tunggu abang kat dalam tak adalah canggung sangat duduk kat luar.  Lagipun boleh juga cari satu dua buku bagi menghilangkan rasa bosan dekat rumah.

Aku menghantar mesej kepada abang terlebih dahulu.  Nanti tak adalah dia tercari-cari kan.

Aku mula melangkah dari satu rak ke satu rak.  Beberapa buku motivasi aku capai.  Hmm… bagus beli buku ni boleh menguatkan lagi semangat dalaman dalam diri ni fikirku.    Aku segera menuju ke kaunter pembayaran.     

Entah apa yang silap aku hampir terlanggar seorang lelaki yang berada dekat dengan kaunter.  Aku segera berpaling untuk melihat lelaki tersebut.  Terkedu terus aku.  Tak mungkin!!!

Dia memakai kemeja berwarna hitam dan berseluar jeans.  Ditangannya terdapat beberapa buah buku yang agak tebal.    Bibirnya yang tersenyum nipis menambahkan lagi kekacakkannya sebagai seorang lelaki. Arghhh!!! Apa aku merepek ni!  


Aku cuba berlagak tenang menahan gelodak jiwa yang bergelora ketika ini.  Air liur aku telan.  Hisykk kenapa mesti dia yang aku jumpa.  Malaysia ni dah tak ada orang lain ke?  Arghhh!!! Benci betul tengok muka MR. Playboy ni.!!!!

Monday, 18 November 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 3

BAB 3

Setelah berbelas jam berada di dalam Kapal Terbang  Mas A308, akhirnya aku sampai juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.  Hatiku melonjak gembira.  Setelah empat tahun di perantauan akhirnya aku kembali semula di negara asalku.

Aku bergegas ke tempat imigresen untuk melakukan pemeriksaan rutin bagi setiap penumpang yang baru keluar dari pesawat.  Kemudian aku berjalan pula ke Balai Ketibaan untuk mengambil beg-beg pakaian  dan barang-barang lain di tempat bagasi.   Akhir sekali barulah aku ke tempat pemeriksaan kastam pula

Memang memenatkan tapi  demi keselamatan semuanya harus diikuti.    Setelah selesai semua urusan, barulah aku menuju keluar ke pintu utama sambil membawa troli yang sarat.   Mataku mula melilau-lilau mencari seseorang.
Aku tersenyum sebaik saja keluar dari pintu utama.   Papa dan Abang betul-betul sedang menunggu aku diluar pintu.  Aku melambaikan tangan dan segera menolak troli mendekati mereka.

“Rindunya!!!!” jeritku, aku terus memeluk papa.   Air mataku mengalir keluar tanda kegembiraan.

“Tolonglah Dik!  kau jangan nak over boleh tak.  Baru bulan lepas papa dengan aku pergi konvocation kau dekat London.  Nampak sangat poyo lakonan kau tu.” Sampuk abang.   Dia menjuihkan mulut melihat aku yang menangis teresak-esak di pelukan papa.

Aku meleraikan pelukan, bibirku mencebik melihat abang.    Choi punya abang tak boleh aku nak feel sikit.   Sibuk cantas perasaan aku.

“Biarlah…alah tahu sangat, ni mesti abang jeles kan tengok adik dah balik.  Lepas ni tak bolehlah abang nak bermanja dengan papa lagi kan.”

“Tak kuasa aku.  Ingat abang ni budak-budak lagi ke.  Tak heran lah.  Adik tu yang manja dekat papa nak cakap abang pula.”

Aku mencebik.  Biasalah aku dengan abang kalau jumpa tak gaduh memang tak sah!

“Sudah-sudah, kamu berdua ni bila jauh tak berjumpa sibuk bertanya khabar.   Bila dah dekat macam ni asyik bergaduh je.   Tak faham papa tengok kamu adik beradik ni.”  Sampuk papa.  Hah tengok papa pun faham perangai kami, he he he.

Aku dan abang berpandangan.   Akhirnya kami tertawa .   Kami sama-sama memeluk papa.   Hubungan aku dan abang memang sangat rapat.   Maklumlah kami cuma dua beradik saja.  Hanya dialah tempat aku berkongsi segalanya selepas papa.   Walaupun kami sering tak sependapat tapi abang seorang yang sangat memahami ,dia juga selalu melindungi aku dari segala macam masalah.   Cuma itulah ada masanya kami selalu juga bertegang urat.   Yelah lautan mana yang tak bergelora kan.  Hubungan aku dengan abang ni boleh dikategori macam gaduh-gaduh manja gitulah.  Kelas kan!

“Dah tak payah kamu berdua nak buat drama pulak kat KLIA ni.  Buat malu je muka.  Jom kita balik.  Pak Mat dah lama tunggu dekat kereta tu.” Ajak Papa.

“Lah… Pak Mat dan Mak Jah masih kerja dengan papa lagi?” tanyaku riang.   Pak Mat dan Mak Jah merupakan pekerja papa yang paling lama bekerja sejak aku kecil lagi.  Aku sudah menganggap mereka berdua seperti ibubapa aku sendiri.

“Yelah…lagipun papa lebih senang dengan mereka.  Mereka tu dah macam ahli keluarga kita jugak kan.”

“Aah Mia pun tak sabar nak jumpa mereka.  Lebih-lebih lagi Mak Jah.  Tak sabar nak makan masakan dia. Rindu giler.” Aku memejamkan mata membayangkan keenakan masakan yang dimasak Mak Jah.

“Alah Dik, kau nak taw gara-gara kau balik ni Mak Jah awal-awal pagi lagi dah siap berdetung-dentang memasak kat dapur tadi.  Katanya nak masak rendang ayam kegemaran kau.  Sampai aku dengan papa makan roti je sarapan tadi taw.” Sampuk abang.

Aku ketawa.  Tak sangka Mak Jah masih ingat segalanya tentang aku.  Terharunya.

“ Dah tu cepat gerak abang, kesian adik kamu ni dah penat nampaknya.  Mari Mia” ajak Papa.
Aku mengangguk riang.  Tak sabar nak balik rumah. Home sweet home

“Eh kejap!”  Aku berhenti tiba-tiba.

“Kenapa Dik, kau ada tertinggal barang ke?” Tanya Abang risau.  Papa turut sama memandang aku.
Aku memandang kiri dan kanan kemudian tersengih. Jari kelinking aku angkat.

“Nak pergi ladies jap he he he.”

Papa mengelengkan kepala. “Pergi cepat ingatkan apa lah tadi.  Perangai tak berubah suka buat orang terkejut.”

Aku tersengih.

Aku  berlari  perlahan menuju ke ladies yang tak jauh dari sana.  Setelah selesai  aku keluar semula mencari papa dan abang.  Fuhh! Jauh betul duduk menunggu aku.   Susana yang agak sesak dengan orang  membuatkan aku berasa rimas.  Rasa pening menaiki kapal terbang masih belum hilang.   Cepat-cepat aku berjalan ke arah papa dan abang. 

“Ouch!”  bunyi suara garau dari hadapan.  Alamak! Aku terlanggar orang ni!
Aku mendongakkan kepala untuk melihat orang yang aku langgar.  Berderau darah aku melihat wajah dihadapanku. 

Dia juga tergamam memandang aku.   Suasana bagaikan senyap seketika.  Masing-masing tidak tahu hendak mengucapkan apa.  Alamak! Dalam banyak-banyak manusia kat Airport ni kenapalah lelaki ni yang aku harus langgar.  Hisykk spoil mood betul lah!

Aku menelan air liur. “Maaf tak sengaja.” Ucapku perlahan.  Aku menundukkan muka sekejap.
Dia diam memandangku.   Matanya bulat seolah-olah terkejut melihat aku yang berada di hadapannya.   Aku jadi kurang selesa melihat dia yang masih berdiam diri.

Aku mula bersuara.

“Mmmmm… Hai awak. … Bye awak.” Aku segera berpaling meninggalkan dia.  Entah apa yang aku mengarut nak cakap.  Lebih baik aku pergi, karang jadi ke lain pulak. Langkah aku atur laju.  Langsung   tidak menoleh ke belakang.  Lantaklah lagipun aku tak kuasa nak berlama-lama menghadap Si Mr Playboy tu.   Menyampah aku rasa, walaupun dah empat tahun berlalu tapi entah kenapa aku masih belum melupakan peristiwa yang terjadi.  Yang lebih menakutkan kenapa hati aku masih berdebar-debar melihat dia sedangkan hampir empat tahun aku tak pernah berjumpa dia.

Aku memegang dada menahan gelonjak perasaan di hati.

 “Dah sudah?” tegur abang sebaik saja melihat aku berdiri tegak dihadapannya.

Aku  segera mengangguk.

 “Jom….. Mia dah tak sabar nak balik.” Ajakku cepat.  Risau kalau lelaki tadi tiba-tiba muncul di depan keluargaku.

Aku berjalan perlahan sambil memeluk erat lengan papa.  Sempat juga mataku melilau mencari kelibat lelaki tadi.   Tiada.

Aku menarik nafas lega.

Kami berdiri di luar Pintu Balai Ketibaan , sebuah kereta Mercedes  Benz C-Class berwarna putih berhenti dihadapan kami. 

Pak Mat pemandu kami keluar dari kereta.   Mulutku laju saja bertanya khabar kepadanya.   Tanda menghormati dia yang lebih tua.   Abang pula sibuk memasukkan beg-beg dan barang-barang aku di bonet belakang.  Mulutnya tak habis-habis bertanya jika aku ada membelikan oleh-oleh untuk dia.    

Setelah selesai kami  menaiki kereta dan mula bergerak meninggalkan KLIA menuju ke rumah.  Sepanjang perjalanan mulutku tak berhenti berceloteh bertanyakan itu dan ini kepada papa dan abang.  Rasa gembira mula merajai hatiku.  Now I’m back!


***************************************************
Sampai saja di rumah aku disambut dengan penuh meriah oleh Mak Jah.  Aku segera memeluk Mak Jah erat.  Mak Jah sibuk melayan aku di meja makan.  Segala makanan dimasaknya hari ni.  Aku apalagi bedal lah bukan senang nak rasa semua ni masa belajar dulu. Maklumlah duduk negara orang, ni selera pun terpaksalah tukar ikut menu yang ada. Nasib!

“Ni Mia tambah nasi ni lagi.  Rendang dengan ikan tu ambil lah lagi.” Mak Jah menghulurkan nasi dan lauk pauk kepadaku bila melihat aku yang sudah tersandar kekenyangan.

“Dah-dah cukup.  Kenyang dah ni.  Nanti pecah pulak perut ni.” Tawaku. Tangan laju mengusap perut.  
Alhamdulillah….

“Alah pecah perut konon.  Dah masuk empat kali tambah baru terfikir nak pecah perut” sindir abang.
Mak Jah, Pak Mat dan Papa ketawa.  Melihat wajahku yang kekenyangan.

“Eeeeiii abang ni! Sibuk je!” aku menjeling sekilas pada abang yang tak habis hendak menyakat aku.  Abang ni kalau dilayan bercakap tak kan habis ada saja yang dia nak kenakan aku.

Setelah selesai makan aku  terus meluru naik masuk ke bilik yang telah lama kutinggalkan sekian lama.  Sebaik saja kaki melangkah masuk aroma wangian lavender menerjah masuk ke hidungku.  Aku menghidu kesegarannya.

Tak banyak perubahan dalam bilikku.  Semuanya tetap sama.  Aku menarik pintu gelangsar dan keluar ke balkoni.   Pemandangan indah bukit di Gita bayu mendamaikan bagi sesiapa yang memandangnya.   Mataku memandang ke bawah memerhati setiap inci taman di tingkap bawah.  Semuanya baru dan cantik.  Mesti 

Pak Mat dan Mak Jah yang menjaga dan merawat pokok-pokok di taman.  Tak sabar rasa nak melepak dekat gazebo yang berdekatan dengan air terjun buatan tu.  Nampak menarik kalau lepak-lepak kat situ.  Tentu lena tidur kat situ.  Aku tersengih.

Lamunanku terhenti tatkala bunyi ketukan kuat dari luar pintu.  Aku bergegas masuk ke bilik dan membuka pintu.

“Hah baru nak bukak pintu, dari tadi abang ketuk.  Tidur ke ape?” soal abang sebaik saja aku membuka pintu. 

“Alah orang kat balkoni tadi tak dengar sangat.  Kenapa ?” soalku hairan melihat abang yang nampak lelah saja.

“Ni barang-barang kau ni.  Tak reti nak bawak masuk bilik.  Penat taw abang angkat tadi.”

Hampir saja aku menepuk dahi.  Boleh lupa pula nak angkat beg tadi naik atas.  Nasiblah abang kesayangan aku ni tolong. Kalau tak mahu pengsan aku ulang-alik angkat.

Aku tersengih.
“Dah tak payah nak buat muka kerang busuk tu, tak wangi taw.  Ni apa yang  adik isi dalam beg ni berat betul. Patah pinggang abang.” Soal abang sambil merenggangkan urat-urat pinggannya.  Dramatik betul lagaknya!

Aku segera menarik beg-beg tadi masuk ke dalam bilik. Aku membuka sebuah beg yang agak besar sedikit dari yang lain.

“Nah untuk abang.” Aku menghulur sebuah botol minyak wangi Cool Water Summer Davidof limited edition kepada dia.

Bulat mata abang melihatnya.

“Gempaklah! tahu aje adik yang abang ni memang suka kumpul minyak wangi .”  Teriak abang sambil memeluk kotak minyak wangi.

Aku mengelengkan kepala melihat abang yang serupa kanak-kanak mendapat gula-gula. Tahu sangat dengan perangai abang yang memang suka mengumpul minyak wangi limited edition.  Bukan calang-calang harga tu! Lebih beribu pun dia sangup.  Asalkan Limited edition.  Kalah perempuan taw!

“Bukalah cuba bau.  Kita test, spray sikit” Ujarku nak jugak bau macam mana minyak wangi ni.  Maklumlah masa beli dengan Charles hari tu aku main aci rembat je.  Janji LIMITED EDITION!

"Tak payahlah....sayang nak membazir. Malas!"  Abang memeluk erat-erat kotak minyak wangi itu.

Aku mencebik memandang gaya dramatik abang , kedekut betul.

Laju saja tangan  aku merampas kembali kotak tadi dan membuka terus penutup botol minyak wangi aka edisi terhad ni.   Berebut-rebut aku dengan abang.  Aku menepis tangan abang dan ketawa.

Cepat -cepat aku tekan punatnya.    Zass…laju haruman minyak wangi Cool Water Summer Davidof  ini memenuhi ruangan bilik.  Aku cuba menghidunya.

“Yuckss! Kuatnya bau. Hisyk pening kepala.” ujarku segera menutup hidung.  Minyak cap kapak di sisi meja katil laju aku capai.   Hmmm…. lega.

Abang ketawa melihat aku menutup hidung. "Padan muka,balasan merampas orang punya.  Dah bagi main rampas-rampas pulak."

Aku menjelirkan lidah pada abang.   Menyampah!

“Hmmm...Ok je Dik…. Ermmm….standardlah bau minyak wangi lelaki macam ni.   Ini barulah lelaki sejati.  Masculin gitu he he he.” Ujar abang bangga sambil menghidu bau minyak wangi tadi.

Terus berdiri aku sambil bercekak pinggang memandang abang.

“Masculin konon…kiranya dah hebat sangatlah tu.  Kalau betullah abang tu power ,awat sampai sekarang sorang awek pun tak lepas.” Sindir aku.  Pelik aku dengan abang yang sampai sekarang masih tak punya girlfriend.  Abang dahlah putih, tinggi pulak tu!  Cukup pakej sebagai lelaki.  Ermmm….nak kata pernah putus cinta tak pulak.  Takkanlah? Isykkk simpang!!

Aku mengangkat kening sambil memandang wajah abang atas bawah.

“Choi! Jangan nak fikir ke lain pulak.  Abang straight okay.”  Potong abang cepat, tanda faham maksud aku.

Aku menghela nafas lega.   Nasib baik…..  Terus aku duduk diatas katil menghadapnya.

“Dah tu kenapa tak ada girlfriend lagi.  Abang cerewet sangat ke?” soalku lagi. Yelah kalau nak diikutkan perangai abang aku ni adalah sedikit fussy.  Semua nak perfect.  Complete perfect!  Pening jugak kalau dilayan.

“Entah.  Bagi abang jodoh tu Allah yang tentukan.  KUN FAYA KUN, maka Dia berkehendakkan maka jadilah Ia.   Jadi abang berserah je.  Manalah tahu bila sampai masanya nanti tiba-tiba je abang jumpa gadis yang tepat, terus je abang ajak kahwin tak payah tunang-tunang ni.  Senang.” Ujar abang panjang lebar.

Aku mengangguk mengiakan.  Agaknya abang macam papa jugak nak setia pada yang satu. Bertuahnya gadis yang akan menjadi milik abangku nanti.  Cemburunya aku.

“Adik tu bila lagi nak kahwin.  Charles tu tak nak masuk meminang ke? ” Bulat mata aku mendengar soalan abang.  Apa kes masuk Charles ni?

“Hisyk merepek je abang ni.  Adik dengan Charles tu BFF taw Best Friend Forever.  Mana ada heart feeling taw.” Balasku.  Aku segera menuju ke Almari konon-konon mengemas baju mengelak dari soalan maut abang.

“Yelah tu…BFF.  Hari tu jumpa masa convocation, melekat je korang berdua.  Charles tu nampak macam suka je kat adik.   Papa pun macam bagi green light je abang tengok.”

Terdiam aku. “Kitaorang kawan jelah abang ni.  Lagi satu Charles tu bukan satu agama dengan kita.  Tak naklah nanti masuk islam semata-mata nak kahwin.  Tak berkat.” Jelasku.  Perbezaan agama itu yang membuatkan aku tidak menaruh harapan tinggi terhadap Charles.  Bagiku berkawan lebih menyenangkan. 

Abang mengganguk faham.

“ Ermmm…dahlah abang nak keluar ni.  Nak solat Asar.   Hah Dik jangan lupa solat pulak.  Doa banyak-banyak agar Allah berikan jalan yang terbaik untuk kita semua.”  Pesan  Abang.  Dia segera bangun dari katil dan keluar.

Aku menarik nafas lega.  Pertanyaan abang tentang Charles menambahkan rasa rindu aku kepada sahabat baik yang satu itu.   Pasti Charles pun sudah sampai ke Vietnam sekarang.

Aku segera mengambil Blackberry di dalam tas.  Facebook terus aku online.  Page Charles aku buka untuk mengintai statusnya.  Tiada apa yang baru diupdate.  Kosong!

Aku mengeluh…Hampa.

Tanganku terus laju menekan butang offline.  BB aku letak tepi.  Kenangan di airport mula diimbas.  Masih terbayang-bayang wajah sayu kami berdua tatkala berpisah di Lapangan Terbang.   Semoga satu hari nanti kami akan bertemu lagi.  Insyallah….





Sunday, 17 November 2013

I Hate You MR P.L.A.Y.B.O.Y 2

BAB 2

Empat Tahun selepas itu…..

Suasana Kampus Universiti Warwick London agak lengang pagi ini.  Tidak ramai pelajar yang mengulang kaji di perpustakaan hari ni. Mungkin kerana belum lagi musim peperiksaan.  Aku melangkah keluar dari perpustakaan setelah memulangkan beberapa buah buku yang dipinjam.
Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di university ini.  Selepas ini aku akan pulang semula ke Tanah air yang tercinta, Malaysia.  Akhirnya setelah empat tahun aku berjaya membawa pulang segulung ijazah dalam bidang ekonomi.   Seperti tak percaya, rasanya macam semalam baru aku menerima surat tawaran belajar tahu-tahu saja hari ini sudah habis.  Benarlah kata seniman P.Ramlee pejam celik-pejam celik dah empat tahun berlalu.  Masa terlalu pantas bergerak tanpa kita sedar. Dua puluh empat jam terlalu singkat dalam kehidupan kita seandainya kita tidak bijak menghargainya.

Seperti kata papa aku Dato Khusyairi . “ Masa akan sentiasa berputar sama ada kita bergerak atau tidak, ia tak pernah menunggu kita.  Begitu juga dengan peluang yang cuma  datang sekali saja dalam hidup ini, jadi terpulanglah kepada kita sama ada nak merebutnya atau tidak.”

Aku tersenyum bila mengingati kembali kata-kata papa.  Papa banyak mendorong aku untuk terus tabah menghadapi kehidupan.  Kematian mama  disebabkan Kanser Payu Dara, membuatkan aku hilang kasih sayang dari seorang ibu.  Arwah mama seorang wanita yang sangat penyayang dan lemah lembut dalam mendidik anak-anak.  Ketegasan mama sentiasa kena pada tempatnya.  Aku rindukan mama!

Mama meninggalkan aku dan abang ketika aku baru saja selesai menduduki  Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).   Abang aku Rayyan, berumur 14 tahun ketika itu.  Mama menghembuskan nafasnya terakhir setelah penyakit kansernya mula merebak ke seluruh badan.  Doktor mengatakan badan mama terlalu lemah untuk menjalani rawatan lagi.

Aku melihat papa tabah menghadapi hidup setelah kehilangan mama.  Papa tidak pernah berkahwin lagi walaupun ahli keluarga lain pernah memujuknya.  Kata papa dia mahu membesarkan anak-anaknya dengan kenangan bersama arwah mama.   Papa mahu kami sentiasa mengingati mama.  Buktinya aku dan abang tidak pernah rasa kurang kasih sayang dari papa.  Berkat tunjuk ajar dan kasih sayang papa, aku dan abang Berjaya dalam hidup ini. Terima kasih papa.  Kepada arwah mama aku doakan semoga mama ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman…..Amin.


***********************************************************************

Aku melangkah masuk ke dalam sebuah kafe yang terletak tidak jauh dari kawasan universiti.  Mataku melilau-lilau mencari seseorang aku kenal.   Sebaik saja terpandang akannya bibirku mula mengukir senyuman.  Segera aku mendekatinya.

 “Sorry Charles, I’m late…  dah lama tunggu?.” sapaku sebaik saja melabuhkan punggung ke kerusi.

“Hurmm…. adalah dalam dua jam.   Baru lagi…” Sindirnya.   Aku tersengih memandang wajah lelaki yang putih bersih dihadapanku ini.

Charles atau nama sebenarnya Nguyen Ban Hung berasal dari Vietnam tapi fasih berbahasa melayu disebabkan papanya pernah menjadi duta Vietnam di Malaysia.  Dia juga sempat bersekolah di Malaysia dari darjah satu sehingga darjah enam.   Kemudian mereka sekeluarga kembali pulang ke Vietnam selepas papanya mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memulakan perniagaan sendiri di negara asal.

Kali pertama aku berjumpa dengannya dulu memang memeranjatkan yang dia boleh berbahasa melayu.  Fasih lagi! Siapa sangka pertemuan aku ketika mendaftar  di universiti ini menemukan aku dengan seorang kawan yang sangat memahami.  Berlainan agama dan bangsa tidak menghalang kami untuk berkawan, malahan membuatkan aku belajar sesuatu yang baru dalam diri setiap manusia itu.

“Well sampai bila you nak tenung wajah I ni? I tahulah I ni handsome kan.” tegur Charles mematikan lamunan ku tadi.
Termalu aku sekejap. “Hurmm mana ada I tenung you.  Jangan nak perasan okay.  Dahlah jom temankan I shopping.” Ajakku menutup malu.

“Lah tak habis-habis lagi shopping?   Hisyk...tak faham I dengan you ni, ada saja yang nak dibeli.    I rasalah you kena bawak balik shopping complex tu baru puas hati agaknya.   Lepas tu bolehlah you terus tidur je kat dalam tu kan.” Charles tertawa.  Aku mencebik.  Mamat Vietnam ni perli-perli orang pulak.

“You ni tak baik taw. Dah lah malas nak layan. Tak nak teman sudah!” aku bingkas bangun dari kerusi belum sempat aku nak bergerak tanganku ditarik semula oleh dia. Aku terduduk semula.
Muncung bibirku.

“Cakap sikit dah merajuk princess ni.  Ini yang buat I susah hati ni.”

“Kenapa you susah hati pulak.  Selama ni I selalu susahkan you yek.?” Aku memuncungkan mulut.  Tanda protes.

Dia tersenyum nipis melihat gelagat keanak-anakan aku.  Biasalah aku kan comel+ cantik he he he.

“Tak adalah.  Kenapa you fikir macam tu pulak.  Ni yang buat I tak suka dengar taw. Copy that!” tegasnya.  Bunyi macam satu arahan rasanya.

“Yes Sir.” Aku menabik padanya tanda faham.   Dia tersenyum nipis dan membalas semula tabik.  Aku dan Charles ketawa dengan aksi dan gelagat kami berdua.

*********************************************************

“Pagi besok tunggu I kita gerak sama-sama ke airport.” Arah Charles padaku ketika baru turun dari bas yang berhenti di depan kawasan perumahan kami.  Aku memandangnya dan mengangguk.

Kami berdua berjalan melintasi sebuah taman permainan yang berada di kawasan apartment yang kami duduki.   Disitu terdapat kolam buatan manusia di tengah-tengahnya.   Biasanya kalau ada kelapangan kami berdua  selalu berjogging disini.   

Aku dan Charles berkongsi apartment di dalam bangunan yang sama.  Dia di tingkat 3 manakala aku di tingkat  4.   Walaupun kami tinggal berdekatan aku sentiasa menitik beratkan adab dan pergaulan kami.  

Charles sangat menghormati prinsipku dan menjaga maruah diriku.  Sejak kami mula berkawan Charles jarang keluar atau pergi ke club.  Masanya banyak dihabiskan bersamaku melakukan aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar minda kami berdua.  Pernah juga beberapa rakan sekelas kami mengatakan kami ni hot couple.   Yelah asyik melekat je bila berdua.  Tapi aku dan Charles tak pernah ambil pusing pun sebab kami tahu batas pergaulan kami.

“Charles!  Look at that, sunset lah!” jeritku sebaik saja terlihat matahari yang mula nak terbenam.

“I lebih suka tengok sunrise dari sunset.   Lebih segar I rasa. You suka yang mana?” ujar Charles.  Kami berhenti seketika menikmati pemandangan indah matahari terbenam di hadapan kami.

Aku menutup mata sambil tersenyum.   Kedua-dua tangan aku depangkan menikmati bunyi angin yang berhembus.  Segar dan nyaman, selepas ini  entah bila aku akan menikmatinya lagi.

“I love both.  Keindahan yang diciptakan Allah ini memang mengasyikkan sampai I rasa waktu macam terhenti seketika.”

“Subhanallah…” lembut bunyinya,  aku terkejut.  Wajah Charles ditepi aku pandang. Matanya masih terpegun  memandang matahari.

“Errr…you ada cakap something ke tadi?” soalku ragu-ragu.  Charles menoleh padaku.

“Cakap apa? You ada dengar apa-apa ke?” soalnya pula. 
Aku terdiam.  Betul ke apa yang aku dengar tadi. Takkanlah Charles yang menyebutnya tadi. Mungkin perasaan aku je agaknya.   Hisykk balik nanti kena korek telinga lah jawabnya ni.

“Are you okay Mia?” soal Charles sambil memetik jari tangannya di depan mukaku.  Aku tersentak.

“I’m okay… ” Jawabku perlahan.   Dia tersenyum nipis.  Kami berjalan pulang ke apartment setelah hari mulai gelap.   

Horayyy!!! Besok aku akan pulang ke tanah air. Tak sabar rasanya.  Aku memandang beg-beg yang  sudah siap disusun di ruang tamu.  Entah kenapa di sebalik kegembiraan ini terselit satu rasa yang sukar untuk dimengerti.  Rasa kehilangan seseorang yang sentiasa bersama aku selama ini.  Kehilangan Charles kawan yang aku sayangi selama empat tahun disini.  

Besok Charles juga akan pulang ke negara asalnya sama seperti aku.  Dia akan meneruskan perniagaan ayahnya di Vietnam  sama seperti aku yang akan bekerja di syarikat papa.  Entah bila kami akan bertemu kembali.  Tapi yang pasti aku akan merinduinya.  Teman yang aku sayangi…







I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 1



 BAB 1….

Tepat  jam pukul 12 tengahari , aku sampai ke rumah kawan sekolahku yang akan berkahwin hari ni. Perjalanan hanya memakan masa 30 minit dari rumahku ke rumahnya.  Ikutkan hati memang rasa malas nak keluar pada hari ahad ni.  Mana taknya,  masa macam ni baik tidur sambil baring-baring kat depan tv kan.   Tapi bila mengenangkan kawan lama yang sanggup datang sendiri menjemput, siap bawak kad ke rumah.   Membuatkan aku tak sampai pulak hati ni.  Redha je.  Nasib makan free hari ni. Jimat duit! He he he.

Aku berjalan masuk ke perkarangan rumah. Memang sesak. Maklumlah kawan aku ni anak Dato. Tentulah ramai tetamu VIP yang datang. Tapi peliklah kenapa nak buat kat rumah, cuba buat  dekat dewan atau hotel kan senang. Tak payah nak bersesak.  Selesa, sejuk sebab ada air cond.  Ni tak sesak je.  Panas pulak tu.  Hisyk  rimas aku kalau ramai-ramai macam ni.

Khemah makan yang berada diluar penuh dengan orang yang sedang makan.   Sempat juga aku bersalaman dengan kedua orang tua kawanku tadi di pintu masuk.  Aku cuma sekadar melemparkan senyuman kepada rakanku yang sedang duduk di kerusi pelamin.  Wajahnya kelihatan berseri-seri ditambah pulak dengan baju songket biru yang dikenakan memang sesuai dengan kulitnya.

Aku tidak mahu berlama lagi. Aku segera menuju ke khemah makan yang disediakan.  Lebih baik makan, cepat sikit aku balik nanti.  Segera aku mengambil pinggan di tepi meja.  Aku mencedok sedikit nasi minyak, ayam sambal dan rendang daging.   Penuh satu pinggan he he he…    Setelah selesai mengambil lauk, aku segera mencari lokasi untuk duduk.

Aku duduk di sebelah seorang lelaki yang sedang makan di situ. Sempat aku melemparkan sedikit senyuman kepadanya.   Ceh! Dia tak senyum balik pun.   Sombong betul mamat ni.  Sabar je lah!  Aku terus mengunyah makanan tanpa mempedulikan sesiapa pun.  Fuhhh! Sedapnya lauk hari ni. Kenyang  betul perut!

“Wei  Afriel kat sini kau rupanya.  Tadi kata malas nak pergi?” sapa seorang lelaki yang tiba-tiba muncul kepada mamat sebelahku tadi. Sempat dia senyum padaku sebelum duduk menghadap lelaki tadi.

“Tiba-tiba rasa lapar pulak. Tu yang aku singgah tu.” Balas mamat disebelahku.  Aku tidak mempedulikan perbualan dua lelaki ini. Mulutku terus laju mengunyah makanan.

“Sayang!!! Kenapa datang sini tak ajak!” jerit seorang gadis cantik persis model berambut perang.  Hampir tercampak peha ayam yang baru nak digigit. Terkejut aku dengan suara nyaring perempuan tu tadi. Tak ada sivik langsung, tak tahu majlis rumah orang ke!

Aku tidak mempedulikan mereka.   Lagi laju aku menyudahkan makanan yang berbaki.   Telinga ku sempat mendengar perbualan mereka.  Yelah duduk sebelah je!  Volume tu bukan perlahan mana pun.

“Buat apa nak ajak you. Buat semak mata I je. Lagipun i datang dengan girlfriend I.” Jawab lelaki tadi.
Fuhh! Ambil kau perempuan pedas ayat dia.  Nampak sangat yang kau saja terhegeh-hegeh kat dia. Kesian!
Eh siapalah girlfriend mamat sebelah aku ni. Mesti  lebih cantik dari perempuan rambut perang ni.  Entah-entah macam model  jugak kot!  Mamat sebelah aku ni boleh tahan jugak handsome orangnya. Pendek kata macam muka  Aaron Aziz pelakon filem terkenal tu.  Hisy apesal aku puji dia pulak ni..


Aku  tersenyum nipis sambil menuang air dari kendi yang disediakan untuk mencuci tangan.   Aku mengangkat sedikit muka memandang mereka.  Eh wait! Kenapa semua pandang aku ni? Why? Ada cili ke kat muka aku?  Selendang aku kotor ke? Hisyk kenapa ni. Aku memandang pelik.
Lelaki sebelahku tadi sibuk mengunyah makanannya, langsung tidak menoleh padaku. 

“Jadi you lah rupa-rupanya girlfriend Afriel selama ni?” tunjuk perempuan rambut perang tadi. Mukanya merah menahan marah.

Ternganga mulut aku.

Aku memusingkan kepala ke belakang kot-kotlah dia bercakap dengan orang belakang ke apa.   Eh tak ada! Dia tuju kat aku ke?

Aku terpinga-pinga.

“Maya behave yourself.  Sini majlis orang.  Tak malu ke jerit macam tu.” Marah lelaki sebelah aku tadi. Dia mengambil kendi air dihadapanku dan mencuci tangannya pulak.

Perempuan rambut perang yang dipanggil Maya itu memasamkan muka.  Dia merenung tajam wajahku. Rasa macam nak kena telan singa betina pun ada.  

Aku menelan air liur memandang wajahnya.   Tapi ni apa cerita ni kenapa si perempuan rambut perang aka Maya ni tiba-tiba nak serang aku ni.  Merepek je siap mention aku ni girlfriend mamat sebelah ni. Giler ape!

“Sayang sampai hati you.   Apa kurangnya I ni.   Perempuan macam ni you boleh jadikan girlfriend? You dah hilang akal ke!” jerit Maya perlahan. 

Lah dah kenapa pulak mereka berdua ni.  Sinetron apa!

“You tak ada hak nak sibuk urusan hidup I.  Lagipun suka hati I lah nak pilih siapa jadi girlfriend i. Dan I cintakan perempuan ni.   Puas hati.”  Jawab lelaki tadi.  Dia menoleh padaku.  Matanya redup merenung mata ku.

Aku terkedu dengan jawapannya. Aku kaku.

“No, tak mungkin you cintakan dia. Dia bukan taste you. You tipu kan?” soal Maya. Dia masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

“Dahlah, I malas nak layan you. Terpulanglah you nak percaya ke tidak.  Jom sayang kita pergi.” Lelaki tadi  segera menarik tangan aku.  Dia mengenggam dengan kemas. Aku mengikutnya seperti anak kecil. Sempat aku  memandang  kebelakang sekejap melihat wajah Maya yang membahang kemerahan memerhati aku yang laju mengikut langkah lelaki itu.

Aku terpinga-pinga sebentar. Isykk drama apa pulak ni. Tak boleh jadi ni!

“Eh apa hal ni… sakitlah.  Kau ni kenapa tarik aku ni, gila ke ape?” Marah aku. Segera aku menarik kembali tanganku tadi. Dahlah bukan mahram suka hati je nak pegang.

 Lelaki tadi merenungku. Dia tersenyum nipis sambil membetulkan rambutnya yang berjurai di dahi. Konon bajet handsome lah  tu.

“Aku selamatkan kau tadi.  Sepatutnya kau berterima kasih kat aku.” Jawab lelaki tu selamba. Langsung tak rasa bersalah.  Dia ingat aku ni layang-layang apa, main tarik-tarik. Eh kenapa dia kata dia selamatkan aku?

“Wait! Kenapa kau perlu selamatkan aku pulak? Rasanya tak ada apa pun yang bahaya tadi?” soal ku pelik. Dahlah tak kenal tiba-tiba dia kata dia selamatkan aku pulak. Musykil ni!

“Kau tak nampak perempuan gila tu tadi?” tunjuk lelaki itu pada perempuan berambut perang aka Maya tadi  yang masih memandang kami berdua dari jauh.  Perghh! Tajam betul mata dia siot!

“Hah kenapa dengan dia?” tanyaku  lagi.
“Dia tu psycho..Karang kalau aku tak bawa kau lari dari situ alamat kau mandi air siraplah kejap lagi.”

“Kenapa pula dia nak marah aku.   Aku kenal dia pun tidak.” Jawabku lurus. Memang psycho betul perempuan tu kalau dia tiba-tiba siram aku dengan air sirap. Haisy!

“Lah memanglah kau tak kenal.   Tapi sekarang dia dah kenal kau sebagai girlfriend aku so habislah kau nanti.”  Ujar lelaki itu.

Terkejut aku. Terkebil-kebil sekejap. Aku memandang lelaki dihadapan ku ini kembali.

“Yang kau pandai-pandai kata aku ni girlfriend kau ape hal! Tak pasal-pasal aku dapat musuh hari ni!” geram aku.  Hampeh punya mamat suka hati perut dia je mengaku aku ni awek dia.  Nasib perempuan tadi tak belasah aku. Bala!

“Suka hati mulut akulah nak  cakap apa. Yang pasti apa yang aku cakap tadi semuanya betul. Lagipun aku rasa mesti kau bangga kan dapat jadi girlfriend aku.” Ujarnya selamba.

“Apa kata hari ni aku bagi  kau peluang jadi girlfriend aku sehari.  Kita boleh keluar jalan-jalan. Ok tak?” tambahnya lagi.

Terngaga aku mendengar statement maut mamat tu.

Panas telinga aku. Pantang betul aku kalau ada yang buat onar dengan aku.  Terutama lelaki yang bermuka playboy macam dia ni. Siap kau mamat playboy kau belum kenal siapa Mia Qaisara.

Aku terus mencapai segelas air di meja yang berhampiran dan terus menyimbah kemukanya.  Rasakan! Bukan aku yang kena simbah air sirap tapi kau yang kena simbah jawabnya.
Tergamam dia.  Semua orang yang berada di khemah memandang ke arah kami. Aku meletakkan gelas kembali diatas meja.

Aku berjalan dekat ke arahnya sambil tersenyum sinis.   Aku menarik kolar bajunya rapat ke mukaku dan berbisik di telinganya
“Well Mr Playboy macam mana rasa air tu? Manis?” soalku sinis padanya

“Kau….kau memang cari nahas kan.” Dia memandang tajam sambil jari telujuknya lurus kearah ku.

Aku segera memotong cakapnya.

“Yes  I am.  Kenapa terkejut.  Hello! Kau ingat aku ni apa suka hati kau je nak cakap sesuka hati. Memang patut pun kau kena macam ni.  Kurang ajar!” Aku melepaskan kolar bajunya.

Aku segera meninggalkan mamat tadi.  Suasana yang sepatutnya bising dengan kemeriahan majlis Perkahwinan bertukar menjadi senyap.   Rata-rata semua tetamu masih tergamam dengan kejadian yang mengejutkan tadi.  Gaya macam aku sedang buat lakonan dekat situ.  

Cepat-cepat aku meninggalkan majlis itu.   Lantaklah apa orang nak kata.  Yang penting aku kena pertahan kan maruah seorang perempuan. 

Malam tu aku terus menelefon kawanku tadi meminta maaf akan kelakuan kurang sopanku di majlisnya.   Sempat juga aku ceritakan perkara sebenar.  Nasiblah kawan aku faham. Siap dia kata hebatlah aku dapat tundukkan playboy tegar tu.

Perghhh! Kawan aku kenal ke mamat tu.   Siap kata dia playboy tegar lagi.   Nasiblah! siapa suruh cari pasal dengan aku.   Tak pasal-pasal kau dapat malu hari ni.    Tapi yang pasti aku takkan jumpa dia lagi. Akan aku blacklist wajah dia dari senarai kehidupan aku.   Geram!  I hate you  MR P.L.A.Y.B.O.Y!!!!

About Me