Cinta semanis gula-gula
kapas……
“Alisya!! Oi Alisya!! Bangun dah pukul berapa ni? Ya Allah….budak
ni… kamu tak nak pergi sekolah ke? Bangun!!” jerit Puan Rosnah mengejutkan anak
perempuannya yang masih tidur diatas katil. Mengucap panjang dia melihat
anaknya yang masih tidak mahu sedar.
Dia segera masuk ke dalam bilik mandi mengambil segayung air dan terus menyiram ke muka anak gadisnya itu.
Dia segera masuk ke dalam bilik mandi mengambil segayung air dan terus menyiram ke muka anak gadisnya itu.
“Mak!!! Hujan. Rumah kita banjir mak!” Alisya terus menjerit sebaik saja air mengenai tubuhnya. Matanya terkebil-kebil memandang Puan Rosnah.
“Hah! Padan Muka kamu. Susah sangat nak kejut! Seronok mandi atas katil” sinis Puan Rosnah. Alisya mengigil kesejukan. Mana taknya bukan air dari hot shower mak dia ambil. Air dalam tong yang ditadah tu! Mahu tak gigil.
“Ape mak ni! Tengok dah basah tilam.”Alisya memuncungkan mulutnya. Menjeling Puan Rosnah melihat gelagat satu-satu anak gadisnya.
“Sudah jangan nak banyak cakap. Tengok jam tu dah pukul berapa? Tak tahu nak bangun pergi sekolah ke!” Marah Puah Rosnah. Alisya segera menjeling jam di tepi katil. ‘Alah baru pukul 7.00 pagi awal lagi tu.’ Ujar Alisya lemah. Dia memejamkan mata.
“Hah! 7.00 pagi? Alamak dah lambat! Mak!!” Alisya menjerit. Dia segera mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi. Puan Rosnah menggelengkan kepala. Beginilah selalunya kalau mengejutkan Alisya. Entah kenapa anak dara dia yang seorang ni liat sangat nak bangun pagi. Abang dia yang lagi dua tu senang aje nak uruskan. Pusing kepala dia memikirkan!!
Puan Rosnah segera turun ke tingkat bawah. Dia tersenyum kepada suaminya yang duduk membaca akhbar di ruang makan.
“Hah maknya, dah bangun si Alisya tu? Macam petir saya dengar suara awak menjerit tadi.” Tanya Tuan Aidil kepada isterinya.
Puan Rosnah mengeluh. “Dah bangun dah, tengah mandi kat atas tu. Geram saya dengan dia, hari-hari nak berkejut. Tak tahulah saya nak cakap lagi abang. Umar dan Haikal pun tak susah macam ni.”
Tuan Aidil ketawa. “Umar dengan Haikal tu dulu duduk asrama. Mereka dah terbiasa dari kecil. Alisya tu mana pernah berengang dengan kita. Manjalah budak tu.” Teringat Tuan Aidil pada anak lelaki kembarnya yang menyambung pelajaran di Australia. Apelah cerita anak kembarnya itu.
“Hah Alisya tak duduk makan dulu?” tanya Puan Rosnah bila melihat anak perempuannya berlari turun. Hai Alisya ni mandi kerbau ke? Sekejap je.
“Tak naklah dah lambat ni… Mak, Ayah Alisya pergi dulu ye.” Alisya segera menyalami kedua ibu bapannya. Bagus betul Alisya ni sejuk sikit hati Puan Rosnah! Eleh sebenarnya si Alisya ni nak mintak duit belanja lebih lah tu maklumlah petang ni dia dah janji nak pergi main bowling dengan kawan dia. Hampeh!
“Eh Alisya apa kata kamu tumpang Ayah je. Ayah pun nak pergi sekali ni. Memang Ayah tunggu kamu tadi.” Kata Tuan Aidil. Tumpang ayah? Eiii habislah plan petang ni. Kalau dah tumpang Ayah mestilah nanti balik dengan ayah. Tak Nak!
“Eh tak pe lah ayah. Susah kan ayah je. Alisya boleh pergi sendiri. Lagipun ayah nak pergi kerja kan?” Tolak Alisya konon tak nak susahkan ayah. Bak kata orang berdikari bukan beli kari. Hehehh.
“Eh apa yang susahnya. Kan ke kita sehaluan. Kamu lupa ke siapa pengetua sekolah kamu?” soal Tuan Aidil mengeleng dia melihat Alisya. Tahu sangat anak gadisnya tak suka menumpang dia. Tak nak dikatakan anak pengetua yang manja. Malu konon!
“Dah cepat jangan nak mengada-ngada! Dah lambat ni!” arah Tuan Aidil. Puan Rosnah tersenyum dia menyalami suaminya. Anak nya yang muram dipandang sekilas.
Alisya muncung punah harapan dia hari ni. Macam mana boleh lupa yang ayah dia ni Pengetua tempat dia
sekolah. Alisya tersengih sambil mengangguk, nampaknya terpaksa dia mengalah. Hari ni dalam sejarah dia naik kereta ayah ke sekolah. Selalunya dia rela membawa motor. Hari hujan sekalipun dia tak peduli.
Dia sebenarnya tak suka dikatakan anak manja. Geli! Walaupun satu sekolah dah tahu yang dia anak gadis Tuan Pengetua tapi si Alisya ni tak heran. Dia rasa dia sama je macam pelajar lain. Tak ada istimewa pun. Malahan si Alisya ni lebih dasyat dari pelajar lain. Perangai dia huh! boleh buat Tuan Aidil pening kepala dekat sekolah.
*********************************************************************
Hari ni merupakan hari pertama bagi Hafizul memulakan tugas
sebagai seorang guru. Dia menggengam
tangannya menahan gugup. Walaupun pernah
menjalani latihan praktikal sebagai guru sebelum ini. Tapi rasa takut tu tetap timbul dalam dirinya.
Nervous bak kata orang putih!
Hafizul melangkah masuk ke Pejabat Tuan Pengetua Sekolah Murni Bistari. Dia harus melaporkan diri terlebih dahulu. Sekilas Hafizul memandang Tag nama pada pintu pejabat. TUAN AIDIL IDHAM PENGETUA SEKOLAH MURNI BISTARI. Hafizul mengetuk pintu terlebih dahulu.
“Masuk.” Kedengaran suara dari dalam memberi arahan. Hafizul menarik nafas. Tombol dipulas. Dia melangkah masuk dan memberi salam.
“Assalamualaikum Tuan Pengetua.” Tuan Aidil yang sedang menulis mengangkat muka. Dia tersenyum memandang wajah anak muda dihadapannya.
“Waalaikumsalam. Silakan duduk cikgu.” Jemput Tuan Aidil. Hafizul menarik kerusi dan duduk. Melihatkan senyuman pada wajah Tuan Aidil membuatkan Hafizul sedikit lega.
“ Cikgu Hafizul Haji Idris” tegas bunyi sebutan Tuan Aidil. Hafizul menelan air liur memandang wajah tegas lelaki di hadapannya.
“Ya Tuan.” Jawab Hafizul. Tuan Aidil tersenyum. Hafizul…Hafizul takut betul kamu ye.
“Baiklah Cikgu Hafizul, Sebagai seorang guru saya harap awak dapat memikul amanah yang telah diberikan. Jangan pernah lemah dan kalah dalam mendidik anak-anak bangsa kita. Walau macam mana rintangan dan dugaan sekalipun semangat dan keazaman tu harus kukuh dalam diri kita sebagai seorang pendidik. Yelah nak mendidik manusia ni bukan mudah tapi juga bukan mustahil kan. Awak fahamkan Cikgu. Saya rasa awak pun ada diajar mengenai perkara ni di Universiti."
Hafizul menganggukkan kepala. Di dalam hatinya terselit rasa
kagum dengan percakapan Tuan Aidil. Lancar dan bersahaja. Kata-katanya penuh
berisi dan padat inti patinya. Nampak penuh kewibawaan sebagai Seorang
Pengetua. Kerana lelaki inilah dia bersemangat ingin menjadi guru. Lelaki
inilah idolanya dulu dan sekarang.
“Saya faham Tuan Pengetua. Insyallah saya akan laksanakan amanah mendidik anak bangsa kita ini dengan sebaiknya.” Jawab Hafizul yakin.
“Bagus. Senang Hati saya mendengarnya. Saya harap awak dapat jalankan tugas dengan sebaiknya disini. Selamat datang ke Sekolah Murni Bistari. Dan selamat bertugas.” Ucap Tuan Aidil dia berjabat salam dengan Hafizul.
“Terima kasih Tuan Pengetua.” Hafizul membalas.
“Mari Pak ngah perkenalkan dengan Staf dan cikgu di sini.” Hafizul terkejut. Dia tergelak. Eh kejap! Tuan Aidil ni Pak Ngah dia ke? Kalau nak tahu Tuan Aidil ni memang pak ngah dia adik kepada mak si Hafizul ni.
Yang tadi tu perbualan formal je. Biasalah hal peribadi dengan kerja mana boleh campur. Profesional sungguh mereka ni. Tertipu kita tadi kan. Patutlah idola, rupanya pak cik dia. Huh!
“Pak ngah ni. Hebatlah! Cuak Fizul tadi.” Tuan Aidil ketawa. “Biasalah Tuan Pengetua mestilah kena
nampak tegas barulah semua takut.” Mereka ketawa.
Tuan Aidil membawa Hafizul berkenalan dengan staf di pejabat dan membawanya sendiri ke ruangan bilik guru. Hafizul diperkenalkan sebagai guru baru disekolah ini.
Hafizul duduk di tempat yang disediakan. Dia tidak sabar ingin memulakan tugas. Jadual yang diberi tadi dipandang semula. Guru Matematik itulah tugasnya. Hafizul mula membayangkan wajah anak muridnya nanti. Tak sabar hatinya.
***********************************************************************
“Hwarghhh!” nguap Alisya. Sudah beberapa kali dia menguap.
Matanya menahan kantuk. Sekilas dia memandang rakannya Najwa di sebelah. Najwa tekun mendengar Cikgu Alias yang
mengajar Subjek Sejarah di hadapan. Alisya terkulat-kulat mendengarnya. Dia
melihat jam di tangan. Matanya masih kuyu.
“Baiklah kelas, saya harap nota yang saya beri ni dapat membantu awak dalam ujian akan datang. Ingat semua jangan ada yang gagal sejarah pulak tahun ni.” Tegas cakap Cikgu Alias.
Semua murid berdiri mengucapkan terima kasih. Cikgu Alias melangkah keluar dari kelas. Alisya duduk semula di kerusi. Dia terus merebahkan kepalanya.
“Wei Sya apehal aku tak nampak motor kau hari ni? Kau naik ape tadi?” Soal Razif kawan baik Alisya yang duduk di belakang. Tegak kepala Alisya, dia berpusing memandang Razif.
“Aku tumpang ayah aku. Lambat bangun! Hah kau jangan nak cakap aku anak manja pulak. Pantang
telinga aku dengar!” Cepat Alisya memintas. Tahu sangat si Razif tu mesti nak kutuk dia.
Razif ketawa. Memang dia tahu yang Alisya ni manja dengan ibu-bapanya. “Kau ni Sya aku tak cakap ape pun. Rileklah der!” Alisya menjeling.
“Eh Sya plan kita nak main bowling balik sekolah ni jadi tak?” Alisya mengeluh.
“Tak jadi lah jawabnya. Hancur!” Razif ketawa. Tahu sangat
hancur kenapa. Yelah takkan Tuan Aidil benarkan kalau dia tahu. Selalunya bila
naik motor senanglah si Alisya ni melencong sebelum balik. Ni dah sah-sah balik
dengan Tuan Pengetua. Dia nak lencong
tang mana. Alisya…Alisya tak ada tokoh
anak Pengetua langsung.
Alisya memandang Najwa yang berlari-lari masuk ke dalam kelas. Eh! Minah ni bila pula keluarnya tadi kan ada kat sebelah? Alisya memandang wajah Najwa yang tercungap-cungap di depan papan hitam hadapan.
“Wei ada cikgu matematik baru! Handsome taw!” Jerit Najwa. Semua budak kelas memandangnya.
Belum sempat Alisya membuka mulut. Masuk seorang cikgu
lelaki. Alisya terkedu.
Semua murid bangun memberi salam dan membaca doa. Alisya memerhatikan wajah cikgu matematik barunya dari jauh. ‘Eiiii!!! Kenapa dia ajar kat sini. Tempat lain tak boleh ke? Lepas tu kelas aku pulak tu! Isykk mak dengan ayah tak cakap pun kat aku.’ Bebel Alisya dalam hati. Dia memandang semula wajah Abang sepupunya. Hafizul Haji Idris. Lelaki ini pasti akan menyusahkan dia nanti. Pasti!
Hafizul tersenyum memandang pelajar di dalam kelasnya. Ini merupakan kelas terakhirnya selepas tiga kelas sebelumnya. Kelas 5 Sains Cemerlang. Kelas yang dikatakan hebat oleh semua cikgu. Tak tahu hebat dari pelajaran atau dari segi perangai. Hafizul tak pasti.
“Baiklah kelas, hari ni merupakan hari pertama saya mengajar. Saya cikgu Hafizul Haji Idris. Saya adalah guru matematik baru kamu semua. Sebelum ni saya seorang pelajar di University Perguruan Sultan Idris. So saya harap kita sama-sama bantu membantu bagi memudahkan pelajaran kita nanti. Boleh kan semua? Skema sungguh ayat Hafizul.
“Boleh Cikgu!!!” jerit semua pelajar. Hafizul senang mendengarnya.
“Baiklah, saya nak kamu semua perkenalkan diri masing-masing. Mula dari kamu.” Tunjuk Hafizul pada seorang pelajar lelaki di hadapan.
Alisya mengeluh. Malas betul nak kenal bagai. Lebih malas
nak kenalkan diri pada mamat yang tak sedar diri tu. Sakit jiwa dia rasa.
“Kamu..giliran kamu untuk perkenalkan diri pulak.” Hafizul menunjuk pada Alisya. Dia menahan senyum. Suka hati dia bila masuk tadi melihat wajah Alisya di dalam kelasnya. nSepupu perempuannya itu memang sangat disukainya. Wajah sepupunya itu boleh buat tidur malamnya tak lena.
Alisya lambat-lambat bangun. “Nama saya Alisya binti Aidil. Saya tinggal dekat kampong Bahagia.” Sinis Alisya bercakap.
Hafizul mengangguk perlahan. nHatinya rasa nak ketawa melihat wajah Alisya yang tidak puas hati memandangnya. Dia menahan senyum.
Kelas dimulakan.n Semua pelajar tekun mendengar pengajaran dari Hafizul. nPelajar perempuan tersenyum-senyum memandang cikgu baru mereka. nCikgu handsomelah katakana! Alisya hanya mendengar dengan rasa malas. nTerbang mood nak belajar hari ni. nWajah sepupunyayang mengajar di depan dipandang dengan rasa tidak puas hati. Cepatlah waktu berlalu!!
**************************************************************
Kenangan masa
kecil-kecil dulu (Alisya dan Hafizul)
“Wei Irfan turun sekarang. Siapa suruh kau main kahwin-kahwin dengan Alisya ni! Alisya ni isteri aku tahu!!” Marah Hafizul dia memarahi Irfan adik sepupunya yang sedang duduk sebelah Alisya. Terkebil-kebil Alisya dan Irfan memandang Hafizul yang tiba-tiba mengamuk.
“Ape Abang Fizul ni. Orang tengah mainlah. Janganlah kacau!” Marah Alisya semula.
“Eh biarlah suka hati abanglah nak kacau ke tidak. Alisya tu abang yang punya taw! Budak kecik ni jangan mimpilah nak dekat Alisya. Dah Irfan sebelum aku cubit kau, baik kau balik rumah sekarang!. Pergi!!” Jerit Hafizul. Irfan yang takut segera berlari balik ke rumahnya. Hafizul mencebik ‘huh ada hati nak kahwin dengan kekasih aku. Dia tak tahu aku dah cop Alisya ni sejak lahir lagi. Baru tujuh tahun sibuk nak main kahwin-kahwin.’
Alisya memandang Hafizul geram. Dia segera menyepak kaki abang sepupunya itu.
“Adoi sakitlah!!!”
“Padan muka! Alisya nak cakap dekat Mak Long abang buli Irfan.” Jawab Alisya geram.
“Alah janganlah. Kesian kat abang nanti. Jangan ye Alisya. Nanti abang bagi gula-gula kapas yang Alisya suka tu. Ada dekat dapur. Nak tak?” umpan Hafizul. Tahu sangat dia yang adik sepupunya ini suka sangat dengan gula-gula kapas.
Alisya mula berfikir. Dia tersenyum dan menganggukkan kepala. “Nak Alisya suka gula-gula kapas.
"Horeey!” Jawabnya petah. Maklumlah baru berumur tujuh tahun. Si Hafizul ni dua belas tahun.
"Horeey!” Jawabnya petah. Maklumlah baru berumur tujuh tahun. Si Hafizul ni dua belas tahun.
“Baguslah macam tu lah budak pandai.” Hafizul mendukung Alisya turun dari tingkat atas rumahnya. Dia membawa Alisya ke dapur. Gula-gula kapas dibuka lalu diberi kepada adik sepupunya yang comel itu.
“Abang nanti beli banyak-banyak taw gula ni.” Pinta Alisya. Hafizul tersenyum.
“Boleh. Tapi janji dengan abang bila dah besar nanti Alisya kena kahwin dengan abang. Janji?” Hafizul mengangkat jari kelingkingnya.
“Janji..nanti Alisya kahwin dengan abang bila Alisya dah besar nanti.” Alisya mengaitkan jari kelingking mereka berdua. Hafizul tersenyum senang memandang Alisya yang enak menghisap gula-gula kapasnya.
*********************************************************
Hafizul termenung di depan pangkin rumahnya. Kenangan masa
kecil membuat dia tersenyum. Alisya adik sepupunya yang sangat comel ketika
kecil. Dan masih comel sehingga
sekarang. Entah kenapa dulu mulutnya
lancar sekali ingin berkahwin dengan Alisya.
Dan sampai sekarang rasa itu
masih ada. Hafizul sangat menyayangi
Alisya sayangnya itu lebih dari seorang abang sepupu kepada adik sepupu. Dia
jatuh cinta dengan adik sepupunya itu. Dari
kecil sampailah sekarang.
Hafizul menghala pandangnya ke rumah Alisya yang bersebelahan dengan rumahnya. Hafizul tersenyum memandang tingkap bilik Alisya yang terang. Pasti si gadis pujaannya sedang sibuk membuat kerja sekolah yang diberi tadi. Hafizul sengaja memberikan kerja sekolah yang banyak. Dia ingin mengenakan adik sepupunya. Dia tahu yang sepupunya itu tidak puas hati terhadapnya. Masih jelas di ingatan jelingan maut Alisya ketika dia melangkah keluar dari kelas. Nampak sangat gadis itu marah dengannya. Hafizul ketawa perlahan.
***********************************************
“Arghhhh!!!!!!” jerit Alisya. Dia meletupkan jari jemarinya. Lenguh
tangannya menyiapkan tugasan matematik yang diberi oleh Cikgu barunya itu.
Sakit hati dan jiwanya!
“Ape yang kamu jerit tu?” Tanya Puan Rosnah. Dari tadi anaknya asyik membebel membuat kerja sekolah.
“Tak ada ape Mak. Stres dengan matematik ni! Banyak sangat!”
Tuan Aidil yang menonton tv tergelak mendengar omelan anaknya. “Tu kerja sekolah dari cikgu baru kamu tu ke? Baguslah pandai cikgu tu mengajar kan?” puji Tuan Aidil. Sengaja dia nak menyakat anak gadisnya itu. Tahu sangat yang anak gadisnya selalu berperang dingin dengan Abang sepupunya yang satu itu.
“Huh! pandailah sangat.”cebik Alisya. Dia segera menutup bukunya tadi. Malas nak dengar pujian ayahnya tentang si Abang sepupu yang sengal tu. Lebih baik dia naik atas tidur. Lagi bagus!
Puan Rosnah pelik melihat suami dan anaknya. Jarang suaminya
nak bertanya tentang cikgu Alisya.
“Cikgu baru? Siapa?” Tanya Puan Rosnah sebaik Alisya naik ke tingkat atas.
“Siapa lagi. Si Hafizul lah anak sedara kita. Kan hari ni hari pertama dia mengajar kat sekolah tu.”
Puan Rosnah menepuk dahinya. “Ya Allah.. lupa saya bang. Eh
dia mengajar Alisya ke?”
Tuan Aidil mengangguk. “Lepas ni tak tahu perang apa yang terjadi pulak.”
Puan Rosnah ketawa mendengarnya. “Perang sabir kot? Budak berdua tu kan ada krisis. Abang lupa raya tahun lepas apa yang jadi. Mengamuk betul Alisya dekat si Hafizul tu. Sejak tu Alisya dah tak bercakap dengan Hafizul lagi.”
Tuan Aidil ketawa bila teringat kejadian yang membuatkan Alisya sangat –sangat mengamuk dengan Hafizul. Dia memandang isterinya semula. Ada senyuman yang terukir.
********************************************************
Setahun yang lalu….
Alisya sedang rancak berbual-bual dengan Irfan sepupu lelaki yang sebaya dengan dia. Alisya ketawa mendengar cerita dan lawak-lawak Irfan mengenai kisah kehidupan di Asrama. Cemburu Alisya dengan Irfan yang dapat masuk asrama penuh dekat MRSM Kedah. Alisya ada juga dapat tawaran dulu, tapi dia terpaksa menolak sebab tak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya. Dia lebih suka belajar di sekolah harian biasa.
“Sya! Pergi ambil air kat dapur untuk abang.”Suruh Hafizul. Alisya hanya menjeling. Sakit hati mendengar suara abang sepupunya. Dari tadi asyik suruh dia buat itu dan ini. Sampai dia nak berbual-bual dengan Irfan pun tergendala.
“Abang Fizul… ni kat atas meja ni kan ada air. Minumlah!” Tunjuk Alisya. Hafizul hanya menjeling jag air sirap di atas meja.
“Ni air sirap..abang nak oren sunquik. Sya pergi buat satu untuk abang. Pergilah!” Arah Hafizul. Alisya mengetapkan bibir. Irfan hanya tersenyum. Dia tak berani nak masuk campur. Sejak kecil dia memang takut dengan Hafizul ni!
“Yelah..yelah. Mengada- ngadalah abang ni. Eiiii!!!” Alisya membentakkan kaki geram. Dia segera pergi ke dapur meninggalkan Irfan dan Hafizul berdua.
Hafizul menjeling Irfan yang tersenyum memandang Alisya turun. ‘Mamat ni tak serik-serik dari kecil agaknya. Masih ada hati nak ngurat awek aku. Ada yang makan buku lima kejap lagi.’omel Hafizul. Ketara betul cemburunya disitu.
Alisya kembali membawa segelas oren sunquik dia turut membawa sepiring brownies. Brownies tu dibuat sendiri olehnya semalam.
“Nah… ni air abang.” Alisya meletakkan gelas berisi air tadi di hadapan Hafizul. Dia kembali duduk tersenyum memandang Irfan. Piring Brownies diletakkan di atas meja.
“Awak… rasalah Brownies ni, saya yang buat. Makanlah.” Pelawa Alisya lembut. Irfan mengangguk. Tapi belum sempat tangan Irfan mencapainya, Hafizul terlebih dulu merentap piring tadi. Dia terus makan kesemua Brownies yang ada.
Ternganga mulut Alisya dan Irfan, tersentap dengan tindakan Hafizul tadi. Mendidih darah Alisya. Abang sepupu dia memang sengaja mencari pasal hari ni!
“Abang!!! Ape ni!!!” Marah Alisya. Tercabut anak tekaknya menjerit. Semua orang dalam rumah memandang ke rah mereka bertiga. Irfan hanya mampu berdiam diri. Takut! Hafizul langsung tak heran dengan jeritan Alisya. Muka selamba ditayangkan. Brownies terakhir ditangannya disuap masuk ke dalam mulut. Terbakar Alisya melihatnya. Dia berdiri.
“Alisya kenapa jerit-jerit ni sayang?” tegur Puan Rosnah lembut. Terkejut dia melihat wajah anaknya yang membahang ketika itu. Hafizul dan Irfan dipandang sekilas.
“Mak tengok abang Fizul ni! Suka buli Alisya! Dari tadi lagi asyik suruh Alisya buat itu buat ini. Sampai Alisya nak berbual dengan Irfan pun tak senang. Lepas tu dia boleh selamba je makan Brownies yang Alisya nak bagi kat Irfan. Padahal tadi dia dah makan banyak kat dapur tu!” Adu Alisya. Geram!
Puan Rosnah menggelengkan kepala. Faham sangat dia dengan kerenah anak saudaranya yang suka menyakat Alisya “ Sya dahlah. Malulah takkan pasal Abang Fizul makan brownies je Sya nak marah macam tu sekali. Dah ye sayang. “ Pujuk Puan Rosnah. Anak gadisnya ini memang pantang diusik. Mulalah berangin!
Hafizul hanya tersenyum sinis memandang Alisya. Langsung tak ada rasa bersalah. Alisya geram dia terus mencapai gelas air sunquik tadi dan menyimbahnya ke muka Hafizul. Semua tergamam.
Hafizul terkedu. Dia mengelap
mukanya. Dia bangun dan memandang tajam wajah Alisya. Alisya turut sama memandangnya. Situasi tegang
berlaku ketika itu. Kedua-duanya tidak
mahu beralah.
“Ya Allah!! Hafizul Alisya sudah!! Nak jadi ape kamu berdua ni?” Tegur Hajjah Limah, ibu Hafizul. Menggeleng dia melihat mereka berdua.
Alisya diam dia menjeling Hafizul. Kalau tak difikirkan ahli
keluarga yang ada, memang dekat situ
jugak dia gunakan kepakaran tae kwn do
yang dia belajar selama ni. Biar bersepai tulang si Fizul ni.
“Sudah masing-masing semua salah. Alisya mintak maaf dengan Abang Hafizul! Hafizul kamu pun sama minta maaf dengan Alisya! Sekarang!!” Arah Tuan Aidil. Terkejut dia melihat kejadian yang berlaku. Kalau dibiarkan makin menjadi-jadi budak berdua ni. Alisya teragak-agak. Sebal hati dia! Bukan salah dia! Mamat sengal ni yang salah! Aku takkan maafkan! Takkan!!
“Cepat apa kamu tunggu lagi Hafizul!!” Marah Haji Idris. Hafizul menghulur tangan kanannya. Dia mengalah. Alisya gadis yang diminatinya bukan dibenci. Hafizul tersenyum nipis.
“Maaf…abang minta maaf.” Alisya segera menepis tangan Hafizul. Dia berlari naik ke tingkat atas. Pintu bilik dihempas. Puan Rosnah menggeleng melihat kelakuan anak gadisnya. Dia pasti anak gadisnya itu marah sangat.
Semua terdiam. Masing-masing tidak mampu berkata apa-apa. Hafizul merasa bersalah. Dia hanya memandang pintu bilik yang tertutup rapat. Dia pasti Alisya sangat membenci dia sekarang. Pasti!
************************************************************************
Termengah-mengah Alisya berlari –lari ke perhentian bas.
Hampir nak tercabut kaki rasanya. Dahlah
dia lambat tidur semalam gara-gara buat latihan matematik si mamat sengal
tu. Pagi ni boleh pulak motornya buat hal tak mahu start. Nak tumpang
si Tuan Pengetua, boleh pulak maknya cakap yang ayahnya tidak masuk
sekolah hari ni. Pagi-pagi sudah berangkat ke Jabatan Pendidikan. Terpaksalah dia naik bas ke sekolah pagi ni.
Nak call Razif jalan pula tak sehala. Nasib!!!
Alisya berdiri menunggu bas menuju ke pekan. Dia harus cepat! Sekejap lagi pasti loceng sekolah berbunyi. Dia tidak mahu nama dicatit oleh pengawas. Buruk reputasinya nanti! Alisya ni kalau bab belajar memang punctual! Tip top! Cuma nakalnya itu yang buat Tuan Aidil kita pening kepala. Budak pandai IQnya selalu luar alam kan. Ceh!
Sebuah kereta Proton Saga berhenti di hadapannya. Alisya memusingkan muka. Eh biasanya si Alisya ni tersenyum je kalau ada orang nak buat baik dengan dia. Ni tidak! Bukan ape yang dalam kereta tu rupanya cikgu matematiknya yang baru. Siapa lagi si Hafizul lah! Tu yang si Alisya buat tak heran tu!
“Sya jom naik dengan abang pergi sekolah. Dah lambat ni.”ajak Hafizul.
Alisya diam tidak menjawab sedikit pun. Huh! nak buat baik konon. Jangan harap!
Alisya buat tidak tahu seolah-olah dia tidak heran.
Hafizul tersenyum. Wajah adik sepupunya yang masam itu ditatap dengan kasih. ‘Alisya pakai baju sekolah pun nampak cantik’ puji Hafizul. Eleh Hafizul ni kalau Si Alisya ni pakai kain batik pun dikatakan ayu. Orang dah sayang semua cantik katanya.
“Jomlah Sya lewat dah ni. Karang tak pasal-pasal kena denda pulak.” Gertak Hafizul sengaja.
Alisya berfikir panjang. Dia tidak mahu didenda. Malulah kalau anak pengetua kena denda lewat ke sekolah. Tak gempak! Nak denda pun biarlah pasal perkara lain. Barulah macho! Boleh pulak Si Alisya ni merencanakan rancangan dia. Tahu kat Tuan Aidil mahu disatenya Alisya. Nakal!
Alisya segera masuk ke tempat duduk penumpang. Di sebelah ke? Jangan mimpilah si Alisya nak duduk sebelah Hafizul. Takkan mahu dia! Baik dia duduk kat belakang baru power! Driver jalan. Ceh!
Hafizul memandu dengan tenang. Wajah Alisya di cermin belakang dipandang sekilas lalu. Suka hati dia tadi bila Alisya akhirnya setuju nak menumpang kereta dia. Dia sampai keluar bukak kan pintu kereta. Tapi si
Alisya ni boleh buat ek je pergi duduk belakang. Terkulat-kulat dia rasa sebentar tadi. Sabarlah hatiku!
Alisya memandang sekilas ke cermin pandang belakang. Sempat juga dia menjeling wajah Hafizul yang curi-curi memandangnya. Huh! kalau diikutkan hati memang tak ingin dia nak naik kereta musuh tradisi dia ni. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa! Alisya memandang lagi ke cermin. Dia mencebik pada Hafizul dan terus memusing kan muka. Tak hingin!
Akhirnya mereka sampai juga ke sekolah. Hafizul memarkingkan kereta di petak parking yang disediakan untuk para guru. Sebaik sahaja kereta diberhentikan Alisya segera turun dari kereta. Dia langsung tidak menoleh sedikit pun pada Hafizul. Alisya berlari-lari anak menuju ke kelas.
Hafizul hanya mampu memandang bayangan Alisya yang menjauh. Tak sempat dia nak mengucapkan apa-apa. Hafizul mengeluh. Dia segera turun dari kereta. Pintu belakang dibuka. Buku-buku dan Fail yang diletakkan di tempat duduk belakang diambil.
Hafizul pelik melihat sehelai kertas yang terlipat di atas fail. Setahunya tadi tak ada. Berkerut dahinya memikirkan. Dia mengambil kertas tersebut dan membukanya. Isinya ringkas. Tapi mampu membuatkan matanya bulat. Bibirnya mengukir senyuman.
*************************************************************************
“Arghhhh!! Malang betul nasib hari ni. Dahlah motor rosak. Duit pulak tertinggal kat rumah! Macam mana
nak makan? Perut dah lapar ni, menyesal
tak sarapan tadi.” Keluh Alisya. Dia mengusap perutnya yang berbunyi.
Alisya memandang ke arah kantin sekolah. Bau makanan menusuk hidungnya. Alisya diam. Kalaulah Razif dan Najwa ada sudah tentu dia dapat makan free hari ni. Alisya terlupa yang hari ni Razif dan Najwa tidak hadir ke sekolah. Mereka terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan Pidato peringkat negeri. Alisya segan ingin meminjam dari rakan yang lain. Bukan ape tercalarlah imej nakal dia nanti! Ceh! Ingatkan segan sebab kot malu ke ape? Rupanya pasal yang satu tu. Alisya…Alisya..
“Pergi library lah. Baca buku lagi bagus!” Alisya berjalan perlahan menuju ke bangunan perpustakaan. Matanya sempat menjeling ke arah kantin. Dia mengusap perutnya dan melangkah pergi. Sayu.
*******************************************************
Hafizul hanya memerhatikan langkah Alisya. Dia pelik melihat kelakuan Alisya dari jauh
yang sayu memandang kantin sekolah. Mulanya
dia ingat Alisya memandang dia. Penat
jugaklah dia tersenyum konon kot Alisya pandang walaupun selalunya jelingan
maut yang akan diberi. Hafizul tak kisah dia lagi suka! Tapi
jangan kan pandang jelingan maut macam selalu pun tak ada. Yang
dia perasan Alisya nampak sayu je siap usap-usap perut lagi. Hai takkanlah! Isykkk aku tak sentuh dia pun
tadi! Hafizul dah fikir ke lain pulak.
Tahu dekat Alisya memang makan penampar mamat ni!
Hafizul menepuk dahi. Baru dia perasan! Dia yakin Alisya mesti tak bawa wang ke sekolah tadi. Yelah pagi tadi masa Alisya keluar rumah nampak sangat tergesa-gesa. Satu lagi sejak dari kecil Alisya tu kalau lapar memang muka dia sayu. Bukan saja usap perut, golek-golek depan rumah pun selalu dibuatnya. Hafizul menggelengkan kepala teringat cerita lama.
*************************************************************************************
Alisya masuk ke dalam kelas. Tadi cadangnya ingin ke
perpustakaan. Tapi baru saja nak
melangkah masuk matanya bulat melihat budak-budak nerd je yang penuh dekat
dalam tu. Huh Alisya ni bukan ape
allergic sikit kalau duduk dengan budak nerd ni. Nanti habislah jatuh imej dia!
Dia kan budak tae kwan do so dia tak mainlah kawan dengan ulat buku. Dia ni memanglah boleh dikategorikan budak
pandai tapi tak lah over sangat macam sesetengah budak nerd. Tahap belajar
diorang ni mengalahkan macam belajar kat Harvard! Padahal kat sekolah je kot!
Huh seram Alisya!
Alisya duduk di mejanya. Buku dikeluarkan dari beg. Tangannya kemudian meraba ke dalam laci meja mencari bekas pensel. Terhenti gerakannya sekejap. Alisya merasakan sesuatu yang sejuk di bawah meja. Segera dia meninjau ke dalam laci. Bulat mata Alisya melihat sekotak air milo berserta dengan sepotong roti jagung. Alisya segera mengeluarkannya. Dia pelik.
“Siapa yang letak kat meja ni? Hisykk salah tempat ke?” Alisya teragak-agak. Ada satu nota bertulis dilekatkan pada roti. Matanya melihat isi nota tersebut.
To: Alisya…enjoy you
breakfast… Ucapan terima kasih anda saya terima…
From: Mamat sengal!
Alisya tersenyum lebar. Hafizul! Dia yakin mesti mamat tu dah baca nota terima kasih yang diletakkan diatas fail tadi. Sebenarnya masa depan kantin tadi, bukannya Alisya tak perasan Hafizul yang tersengih lebar memandang dia . Saja dia buat tak nampak! Buang karan je kalau dia nak jeling si Hafizul tadi lagipun rasa laparnya lebih penting dari mencari pasal dengan Hafizul. Sebab tu lah dia blah. Takut karang si Hafizul pulak dia makan!
Alisya ketawa. Dia mengambil nota tadi dan menyimpan dalam dompet. Alisya segera makan. Matanya terpejam tanda nikmat dengan makanan yang ada.
Dari jauh Hafizul hanya memandang Alisya yang sedang enak
makan. Senang hati dia melihat wajah Alisya yang kembali ceria. Hafizul melangkah
pergi. Dia tersenyum bahagia.
**********************************************************************
Berseri-seri wajah Alisya anak Tuan Pengetua hari ni. Hai
dah baik dengan Cikgu Hafizul ke? Baguslah kalau dah berbaik lagipun dah 4
bulan Hafizul mengajar kat situ. Takkanlah tak ada perubahan kan? Hello… tolong
sikit tak ada maknanya si Alisya ni nak berbaik-baik dengan si mamat sengal tu.
Apa kes! Perang tetap perang. Noktah.
Lagipun dia berseri-seri ni pasal hari ni dia dah beranji nak keluar bersama
Razif dan Najwa menonton wayang. Minggu cuti sekolahlah katakan! Huh tak padan
nak SPM ada hati nak enjoy lagi. Alisya..Alisya.
Puan Rosnah pelik melihat kelakuan anaknya dari tadi yang asyik tersenyum sahaja. Dia mendekati anaknya yang sedang duduk mengikat tali kasut diluar. Alisya tidak perasan akan kehadiran maknya. Dia bernyanyi kecil dan mengambil kain mengelap motornya.
Puan Rosnah berdehem.
Tercampak kain Alisya. Fuhh mak! Bikin anakmu terkejut saja. Alisya mengurut-urut dadanya berulang kali.
“Sya kamu ni nak pergi tengok wayang dengan Razif dan Najwa ke atau nak pergi tengok wayang dengan boyfriend ni? Baik Sya cakap kalau Mak tahu Sya buat benda lain siap Sya!” soal Puan Rosnah.
“Hisyk mak ni..Sya nak keluar dengan Najwa dan Raziflah. Sya mana ada boyfriend! Mak suka je wat spekulasi. Tercemar status anakmu ni taw.” Muncung Alisya. Boleh pulak masuk boyfriend mak ni. Apa kes!
“Tak adalah dari tadi mak tengok kamu asyik tersenyum manjang je. Tak pernah-pernah kamu buat tentulah mak pelik. Hisyk risau pulak mak.
Alisya ketawa, mak nya ini suka sangat over taw! “Mak ni tak ada apelah. Alisya saja je nak menghiburkan hati. Yelah sebelum ni kan sibuk asyik belajar je. Jadi masa macam nilah kena manfaatkan lagipun tak lama lagi kan dah nak SPM.” Jawab Alisya. Lega hati Puan Rosnah. Dia yakin yang anaknya ni pandai jaga tingkah laku dan menjaga maruah diri.
“Dahlah Mak..Sya jalan dulu yea. Ada lalat lah tinjau-tinjau kat sini.” Juih mulut Alisya pada jiran sebelah.
Puan Rosnah ketawa, matanya memerhati Hafizul yang dari tadi
terjenguk-jenguk dari pagar. Nampak sangat si teruna tu menghendap anak
gadisnya.
Alisya menjulingkan matanya. Dia menyalami maknya. Alisya menolak motornya ke tepi pagar yang memisahkan rumah mereka. Sengaja dia mendekati Hafizul yang konon berpura-pura melihat pokok. Nampak sangat over! Pokok kaktus apa kejadahnya nak cium-cium! Alisya menongkat motornya sekejap.
“Eh tak keluar ke hari ni?” tegur Alisya lembut. Sempat dia tersenyum manja. Hafizul tercengang biar betul! Dia tak mimpi ke? Alisya menegur dia dengan sopan!
“Errr….tak. Sya nak pergi mana cantik-cantik ni.” Soal Hafizul tergagap. Memang cantik Alisya hari ni siap pakai cekak dekat rambut. Comel!
Alisya tersenyum sinis. Sabar sat aku nak bidas hang! “Cantik ke? Eh terima kasih. Maklumlah kita nak tengok wayang dengan boyfriend. Cerita hantu…. Kita suka taw! Oppss lupa pulak abang kan penakut nak tengok cerita hantu. Lagipun abang tu mana ada girlfriend kan. Sedihnya! Ok..lah Alisya pergi dulu ye. Jangan lupa tolong Mak long kat dapur taw. Bye.” Alisya menaiki motor dan terus memecut laju.
Alisya menahan ketawa. “Hahahha mesti terbakar punya mamat tu. Dia kan cemburu kalau aku ada lelaki lain. Padan muka dia! Rasakan!”
Hafizul bengang, dia taw Alisya sengaja nak berlagak depan dia. Hafizul resah bila memikirkan jika betul Alisya keluar menonton wayang dengan boyfriendnya. Hancurlah hati nya nanti. Isykk takkan dibiarkan! Alisya hak dia! Hak dia!
Hafizul mendapat idea. Dia segera mencapai kunci kereta.
Alisya harus diekori. Harus!
********************************************************************************
Suasana di pusat membeli belah Aeon Jusco sangat sesak. Cuti
sekolah macam ni ramailah anak muda yang keluar melepak dan tengok wayang. Rimas Alisya menengok pemandangan yang tidak
sihat disekelilingnya. Dunia remaja begitu menakutkan jika tak pandai diurus.
Sakit mata Alisya melihat anak-anak gadis yang berkepit dengan lelaki. Sungguh
memalukan dan mencemarkan maruah diri. Rimas!
Mata Alisya bergerak ke kiri dan ke kanan memandang manusia
yang lalu-lalang di hadapannya.
“Sya kau pandang ape tu?” soal Najwa yang duduk dihadapan Alisya. Mereka duduk di restoran makanan segera ketika itu.
“Tak ada apa lah” balas Alisya malas. Buang air liur je karang kalau bukak cerita remaja ni.
“Wei Sya best betul cerita hantu tu kan. Seram! Rasa macam nak tengok je lagi. Rugilah si Razif tak ikut hari ni. Sibuk sangat dengan Futsal dia tu sampai dah janji dengan kita pun dia boleh lupa.” Ujar Najwa geram.
Alisya tersenyum dia tahu kenapa Razif tak jadi ikut. Yelah dua hari lagi hari jadi Najwa buah hati si Razif ni. Razif dah plan lah nak celebrate special untuk Najwa. Dia sibuklah uruskan, sebab itu dia tak datang.
“Aah lah wei best kan. Tak sia-sia kita tengok. Wa lepas ni kita pergi popular sebelum balik nak? Aku nak beli beberapa buku aktiviti lah. Latihan yang ada pun dah nak habis aku buat. Boleh ye?” soal Alisya.
Najwa mengangguk.
Tiba-tiba dia terasa macam terpandang sesuatu. Najwa membesarkan matanya
melihat dengan jelas. Tak ada!
“Sya..kau rasa tak macam ada seseorang yang ikut kita? Dari tadi lagi aku macam nampak seseoranglah. Sejak kita keluar wayang lagi.” Alisya mengangkat kening. Tawanya terburai melihat wajah cuak Najwa.
“Hahahah… kau ni merepeklah. Kau ingat hantu dalam wayang tadi keluar ikut kau! Pleaselah beb jangan buat cerita seram kelakar depan aku. Terkucil nanti!” Alisya menahan ketawa. Najwa menc ebik. Dia yakin memang ada seseorang yang mengikut mereka. Rasa macam kenal saja!
************************************************************
Hafizul menarik nafas.
Fuhh selamat si Najwa tak nampak mukanya tadi. Kalau tak tentu kantoi! Dari tadi lagi Hafizul mengekori Alisya,
sampai ke dalam panggung wayang pun Hafizul ikut. Hilang rasa takutnya pada cerita hantu tadi,
semata-mata nak ekori Alisya. Hafizul tak peduli! Dia ingin melihat sendiri betul ke Alisya
keluar dengan boyfriend atau hanya gurauan Alisya kepadanya.
Hafizul lega, sejak dari tadi tiada tanda-tanda yang Alisya keluar bersama lelaki. Hanya Najwa sahaja disisi Alisya. Hafizul tersenyum ternyata tiada apa yang perlu dirisaukan. Alisya pasti akan menjadi miliknya nanti.
Cuma sekarang dia kena berusaha untuk menambat hati Alisya supaya lebih dekat dengan dia. Hafizul yakin Alisya pasti akan menjadi suri hatinya. Dia yakin!
*********************************************************************
Alisya dan Najwa sibuk meneliti beberapa buah buku aktiviti SPM untuk latih tubi dan rujukan
buat mereka. Alisya leka mengambil
beberapa buah buku. Entah macam mana
kakinya tersalah langkah dan melanggar lelaki yang berada di hadapannya. Buku-buku di tanganya jatuh ke lantai.
“Maaf…maaf tak sengaja.” Jawab Alisya tanpa memandang wajah. Dia tunduk untuk mengambil buku di lantai.
“Alisya! Eh Alisya kan?” soal lelaki itu. Alisya mengangkat muka memandang lelaki itu. Dia tersenyum. Kecil betul dunia ni. Sungguh tak sangka!
“Irfan!! Cuti ke? Lama tak nampak.. bila balik?” Soal Alisya teruja.
“Wait! Wait! Satu-satulah tanya. Ni main terjah je. Bukan nak tanya khabar.” Jawab Irfan. Alisya tersenyum malu.
“Sorry…teruja jumpa Irfan. Irfan sihat? Bila balik sini?” tanya Alisya.
“Sihat…Irfan baru balik semalam. Saja keluar hari ni jalan-jalan. Tak sangka jumpa Alisya. Alisya sihat? Pak Ngah, Mak Ngah, Mak long dan Pak Long semua sihat?”
“Alhamdulillah semua sihat. Alisya lagi sihat heheheh.” Irfan ketawa. Sepupunya yang satu ni memang comel.
“Owh ye…Abang Hafizul macam mana?” soal Irfan. Dia tahu Alisya dan Hafizul masih berperang sejak kejadian yang lepas.
Alisya mencebik. Sikit-sikit Hafizul. Sikit Hafizul. Macam tak ada nama lain si Irfan ni nak sebut.
“Isyk Irfan ni nak tahu pasal dia pergilah tanya dia. Tanya kat Alisya buat ape!”
Irfan tergelak “Ni mesti tak berbaik lagi ni. Alisya tak maafkan dia lagi ye?”
Alisya menjulingkan mata. “Hisyk malaslah nak cerita pasal ni!. Oklah Alisya gerak dululah kawan Alisya dah tunggu dekat kaunter tu.” Juih bibir Alisya. “Nanti senang-senang datang rumah taw Irfan. Nanti boleh borak lama sikit.”tambah Alisya.
“Insyallah..nanti sampaikan salam pada keluarga semua.” Alisya mengangguk dia berjalan ke kaunter. Sempat dia berpaling ke belakang malambai tangan pada Irfan. Irfan tersenyum dan membalas lambaiannya.
********************************************************************
Hafizul berbaring diatas katil. Dia kepenatan.
Sehari suntuk hari ni dia mengekori Alisya. Masih terbayang-bayang wajah seram Alisya
menonton wayang terasa macam dia ingin saja berlari memeluk Alisya. Dia ingin melindungi Alisya.
Hafizul mengeluh hampa, dia tahu mana mungkin akan tercapai. Gadis itu langsung tidak pernah memandang dirinya. Sebaliknya bila bertemu, Alisya pasti akan memandangnya dengan tajam. Langsung tidak memberikan senyuman. Jelingan mata sahaja yang akan diterima. Hafizul sayu.
Masih terbayang-bayang wajah gembira Alisya bila bertemu dengan sepupunya Irfan. Alisya nampak teruja bila bersama Irfan . Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Hafizul cemburu melihat Alisya yang selalu melayan Irfan dengan baik. Sebab itu Hafizul selalu menghalang Alisya mendekati Irfan. Dia ingin Alisya tahu perasaan dia. Dia selalu mendekati Alisya untuk berbaik-baik. Tapi sebaliknya Alisya langsung tidak memahami malah menganggapnya sebagai musuh yang harus dijauhi.
Hafizul hampa. Dia berfikir Adakah Alisya menyukai Irfan atau mungkin Irfan dan Alisya memang saling menyukai antara satu sama lain? Mereka berdua selalu bersama ketika kecil. Tak mustahil!
Gambar Alisya diambil dari laci. Hafizul menatapnya. Gambar yang diambil ketika Alisya sedang makan gula-gula kapas dua tahun yang lalu. Gadis itu tampak ceria ketika Hafizul membelikan gula tersebut untuknya. Hafizul jadi rindu dengan kenangan itu.
“Kan bagus jika cintaku semanis gula-gula kapas ini. Alisya, abang rindu sangat!” Hafizul memeluk gambar tadi. Dia melelapkan mata. Dan terbang ke alam mimpi.
*****************************************************************
Alisya duduk di kerusinya. Sebentar
lagi merupakan kelas Matematik yang diajar Hafizul. Minggu ini merupakan minggu terakhir
pembelajaran. Minggu depan akan bermulalah Peperiksaan
SPM. Alisya sayu. Sekejap lagi Hafizul akan masuk ke dalam
kelas dan akan berakhirlah kelasnya dengan Hafizul.
Alisya muram. Sejak akhir-akhir ni Hafizul macam menjauhkan diri darinya. Hafizul tidak lagi menyakitkan hatinya. Hafizul tidak lagi menghendapnya di luar rumah. Hafizul tidak lagi menegurnya. Alisya jadi hairan sepatutnya dia berasa gembira kerana tidak perlu bergaduh dengan Hafizul. Tapi entah kenapa dia rindu untuk bercakap dengan Hafizul. Walaupun hanya bertengkar bila berdekat, Alisya jadi rindukan semua tu.
Hafizul masuk ke dalam kelas. Semua pelajar berdiri dan memberi salam seperti biasa. Alisya mencuri-
curi pandang kea rah Hafizul yang berdiri dihadapan. Wajah Hafizul tampak letih dan sayu.
Pengajaran dimulakan, Hafizul memberi nota ringkas dan beberapa formula penting untuk matematik. Hafizul berharap pelajarnya akan gunakan formula yang diberi dengan sebaiknya. Sebagai seorang guru dia sangat berharap setiap pelajarnya akan berjaya dengan cemerlang. Itulah keinginannya.
Hafizul berdiri di hadapan. Dia ingin mengucapkan sesuatu sebelum kelas tamat. Semua pelajar diam dan memandangnya. Alisya juga turut sama.
“Baiklah semua, sekejap lagi masa kelas kita dah nak habis. Jadi sebelum tu saya nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam kelas ni. Saya harap kamu semua akan dapat menjawab semua soalan masa SPM nanti dengan baik. Bukan kertas matematik sahaja tapi semua kertas. Saya doakan kamu. Akhir sekali saya nak mintak maaf jika saya ada buat apa-apa kesilapan selama saya mengajar kamu. Terkasar bahasa atau ada menguris mana-mana hati. Kita tahu kan setiap manusia tak dapat lari dari kesilapan. Saya pun tak terkecuali. Saya tahu bukan senang nak minta maaf dan bukan mudah nak memaafkan. Jadi saya harap sangat anda memaafkan saya dengan ikhlas. Kerana keikhlasan adalah penawar kepada hati. Boleh kan kelas?” Hafizul tersenyum memandang pelajarnya.
Semua pelajar sedih dengan ucapan Hafizul. Ada yang menangis. Loceng berbunyi menandakan kelas tamat. Semua pelajar mengucapkan terima kasih kepada Hafizul sebelum keluar. Hafizul melangkah keluar dari kelas. Wajah Alisya yang mengemas beg sempat dipandang sekilas lalu. Dia sangat berharap Alisya faham akan maksudnya tadi dan akan memaafkannya.
***********************************************************
Alisya sedang mundar-mandir di halaman depan. Kata-kata Hafizul semalam membuat tidurnya
tidak lena. Dia tahu kebanyakkan
kata-kata Hafizul banyak ditujukan kepadanya.
Dia faham maksudnya. Alisya tahu Hafizul rasa bersalah pada dia. Alisya pun sama. Dia tahu selama ni Hafizul banyak beralah dan
melayan kerenahnya. Malah dari kecil
lagi Hafizul memang akrab dengan dia. Alisya juga tahu yang Hafizul sebenarnya memang ada perasaan padanya. Malah Dia juga turut rasa benda yang sama.
Dari kecil lagi.
Cuma yang membuatkan dia geram adalah sikap Hafizul yang terlalu kuat cemburu dengan Irfan. Padahal dia dengan Irfan Cuma berkawan sahaja. Tak pernah lebih!
Cuma yang membuatkan dia geram adalah sikap Hafizul yang terlalu kuat cemburu dengan Irfan. Padahal dia dengan Irfan Cuma berkawan sahaja. Tak pernah lebih!
Alisya buntu. Dia
harus meminta maaf dari Hafizul. Tapi
macam mana? Takkanlah dia nak cakap depan-depan. Tak boleh! Jatuhlah imej! Malulah! Isykk susahlah macam ni! Alisya
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Sya kamu ni dah kenapa? Buang tebiat apa duk garu-garu kepala sampai macam tu? Ada kutu?” soal Puan Rosnah, pelik dia melihat wajah anaknya dari tadi asyik mengomel sorang diri.
“Eh ibu ni. Mana ada! Rambut Alisya ni bersih dari kuman taw!”Alisya memuncungkan bibir. Matanya memandang bekas yang dipegang di tangan ibunya.
“Ibu nak pergi mana bawak bekas ni?”soal Alisya.
Puan Rosnah tersenyum “Owh ibu nak pergi sebelah. Nak bagi pudding ni dekat Mak Long. Abang Hafizul kamu suka makan ni.”
Alisya mengangguk dia kemudian tersengih. Cantik! “Eh ibu tak payah susah-susah, biar Alisya yang hantarkan. Ibukan penat masak tadi.”
Puan Rosnah hairan memandang Alisya. “Hah dah kenapa ni? Selalunya bila ibu suruh hantar rumah mak long, kamu selalu mengelak. Tiba-tiba hari ni rajin pulak. Kamu nak cari pasal dengan Abang sepupu kamu tu lagi ye?” Tebak Puan Rosnah.
“Isykk ibu ni tak adalah. Abang Hafizul tu kan cikgu Alisya. Takkanlah Alisya nak cari pasal nanti tak berkat ilmu nak jawab SPM nanti.” Ujar Alisya. Dia tak mahu ibunya syak sesuatu.
“Yelah…yelah. Ni bagi dekat mak long. Lepas tu terus balik. Jangan nak cari pasal pulak!” Alisya mengambil bekas pudding tadi. Dia segera kerumah sebelah.
“Assalamualaikum! Mak long!”jerit Alisya.
Hajjah Limah keluar ke pintu depan. “Waalaikumsalam. Lah Alisya rupanya. Masuk sayang.” Ujar Hajah Limah lembut.
Alisya masuk ke dalam. “Mak long ni mak suruh bagi pudding.” Hulur Alisya.
“Lah buat susah je. Hah Alisya duduk kat depan ni kejap ye. Tadi Mak Long ada masak rendang daging kejap Mak long ambilkan.” Alisya mengangguk. Dia duduk di sofa depan.
Mata Alisya melilau-lilau mencari kelibat Hafizul. Hampa langsung tiada bayang. Alisya fikir mungkin Hafizul sedang duduk didalam biliknya. Hurmm takkanlah nak terjah bilik anak teruna orang. Tak senonoh betul!
Sedang Alisya bermonolog sendiri. Matanya tertacap pada beberapa buku latihan yang disusun diatas meja depan. Alisya fikir pastinya Hafizul baru lepas memeriksa buku latihan pelajar. Tangan Alisya mengapai sebuah buku log hitam yang berkulit tebal. Buku ini menarik minatnya.
‘Macam Diari je ni. Hisyk tak baik baca diari orang.’ Alisya meletakkan semula diari tersebut. Entah macam mana tangannya terlepas. Habis segala isi yang terdapat didalamnya terkeluar.
‘Hisyk jatuh pulak. Habislah!’ Alisya lekas mengutip buku dan beberapa kertas yang jatuh. Tangannya memasukkan kertas tadi ke dalam diari kembali. Dia terhenti. Bulat mata Alisya melihat ada terselit sekeping foto yang mirip dia. Eh bukan memang dia!
Alisya cam foto tersebut. Gambar ketika dia berusia 15 tahun ketika itu. Masa tu dia dan Hafizul sedang duduk di depan pangkin rumah sambil memakan gula-gula kapas. Sejak kecil dia sangat mengemari gula-gula kapas dan Hafizul selalu membelikan untuknya. Alisya tersenyum mengingatinya.
“Cintaku semanis gula-gula kapas.”Alisya membaca tulisan di belakang foto. Menarik! Alisya meletakkan kembali gambar tadi ke dalam diari. Akalnya mula merencanakan sesuatu.
************************************************************************
Hafizul duduk dimeja nya, dia memandang kiri dan kanan. Hafizul jadi
pelik sejak dua minggu ni dia asyik menerima seplastik kecil gula-gula kapas
yang berwarna-warni. Kadang-kadang di waktu pagi atau di tengahari
pasti akan ada satu plastic kecil gula-gula kapas. Nak katakan ada peminat macam tak ada pulak
tanda-tanda yang ada guru-guru perempuan yang meminatinya. Yelah dia kan cinta mati sama Alisya dia mana
layan perempuan lain. Takkan ada anak
murid yang minat dekat dia kot? Hisykk sape?
“Hai cikgu dapat lagi gula-gula kapas dari peminat?” tanya Cikgu Yazid guru pendidikan Jasmani.
“Aaah..nampaknya macam tulah. Siapa entah yang bagi? Isykkk takut pulak saya.” Jawab Hafizul. Plastik gula-gula kapas dibuka dan dimakannya. Sayang nak bazir.
“Apa nak takutkan. Makan je orang dah bagi. Benda free.” Hafizul tergelak. Dia menghisap gula-gula kapas tadi. Ingatannya teringat pada Alisya. Alisya sangat suka pada gula-gula kapas. Jangan-jangan
Alisya kot yang bagi pada dia? Kalau betul memang sweet lah. Tapi mustahil pulak! Alisya tengah sibuk dengan peperiksaan bila pulak dia ada masa nak buat semua ni. Hisyk sape yang punya kerja ni? Hafizul mengaru-garu kepalanya memikirkan.
**********************************************************************************
Alisya melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Tadi dia baru selesai menjawab kertas soalan
terakhir SPM. Alisya lega hari ni dia bebas.
Tidak perlu mengulang kaji lagi. Dia berdoa agar memperoleh hasil dengan
baik nanti.
Alisya berjalan menuju ke tempat dia meletakkan motorsikal. Dia sempat menjeling kereta Hafizul yang berdekatan. Alisya tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg sandang. Plastik gula-gula kapas terakhir dikeluarkan. Selama ini Alisya buat kerja gila meletakkan gula-gula kapas di meja Hafizul. Alisya memastikan tiada siapa yang akan perasan perbuatannya. Sebulan juga dia buat semua tu. Nasiblah gula-gula kapas tu murah. Buatnya mahal memang kopaklah duit belanja sekolahnya.
Alisya menilik plastik gula-gula kapas tadi. Sengaja dia tidak memberikan plastik terakhir ni kepada Hafizul hari ni. Dia yakin pasti Hafizul akan tertanya-tanya nanti. Alisya mahu Hafizul resah sedikit hari ni.
Lagipun malam ni dia sudah ada rancangan untuk berjumpa Hafizul. Rancangan yang akan mengubah segalanya. Alisya ingin memohon maaf pada Hafizul. Dan dia ingin memberitahu perasaan sebenarnya terhadap Hafizul.
Alisya tak sabar menunggu. Gula-gula kapas disimpan semula. Alisya terus menghidupkan enjin motor sebelum memecut pulang ke rumah.
******************************************************************
“Hai cikgu Fizul cari apa tu? Dari tadi saya tengok lagi.”
Tanya Cikgu Yazid.
“Tak ada. Cuma pelik je selalunya dekat meja ni dah ada gula-gula kapas. Ni dah dekat pukul lima bayang pun tak ada.” Hafizul tercari-cari kiri dan kanan sampai bawah meja pun dia tengok.
“Tak adalah tu. Lagipun dah nak balik dah ni. Cikgu tunggu lah mana tahu kejap lagi ada yang hantar. Saya balik dululah cikgu.” Cikgu Yazid ketawa. Dia segera keluar dari bilik guru.
Wajah Hafizul muram. Dia hampa. Dah berminggu-minggu dia makan gula kapas tu. Ketagih dia!
“Hai si Peminat kenapalah kau seksa jiwa aku ni. Takkanlah SPM habis kau pun habis bagi gula-gula kapas kat aku.” Hafizul bercakap sendiri. Parah!
********************************************************************************
Alisya terintai-intai melihat Hafizul yang duduk di
pangkin. Dia tahu setiap malam selepas
pulang dari surau pasti Hafizul akan mengambil angin di luar sebelum masuk ke
dalam rumah.
Alisya sudah bersedia dengan gitarnya. Ha jangan tak tahu Alisya ni terror main gitar. Adik beradik dia memang dilatih bermain alat muzik. Si Tuan Pengetua tu kan nak anaknya semua boleh! Jadi setakat gitar ni kacang goreng je bagi Alisya.
Alisya perlahan-lahan keluar dari rumah. Ibu dan ayahnya tak perasan. Hehheheh ikut pintu dapur sape nampak kan! Alisya mendekati Hafizul yang sedang duduk memandang langit. Ceh jiwang karat rupanya Fizul ni! Perlahan-lahan Alisya mendekati pagar yang memisahkan rumah mereka.
Dia memetik gitar.
Hafizul terkejut mendengar bunyi gitar yang tiba-tiba. Hafizul menoleh ke arah pagar sebelah. Dia
tercengang melihat Alisya. Alisya
menyanyi!!!
Sayup
lagumu iring hatiku
waktu berjalan hanya diriku
lirik bisikanmu
lembut pelukanmu
Hanya tinggal kenangan bagiku
sepi menari menemaniku
air mata tak henti rinduku
Hanya ada aku
ku tanpa dirimu
kan ku simpan cintaku untukmu
Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
waktu berjalan hanya diriku
lirik bisikanmu
lembut pelukanmu
Hanya tinggal kenangan bagiku
sepi menari menemaniku
air mata tak henti rinduku
Hanya ada aku
ku tanpa dirimu
kan ku simpan cintaku untukmu
Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
Alisya memperlahankan tiun. Dia memetik gitar perlahan. Dia memandang wajah Hafizul sekejap. Alisya
memetik gitarnya lagi dan meneruskan nyanyian.
Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
Alisya mengangkat mukanya sekali lagi memandang wajah
Hafizul. Dia masih tetap meneruskan
nyanyian.
Kaulah cinta dan airmataku
hanyalah dirimu
aku cinta kepada dirimu
aku cintamu
Biarkanlah aku jalani hidup
tanpa ada cinta
kerana cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
aku cintamu
Alisya menghentikan petikan gitarnya. Dia senyap. Alisya perlahan-lahan mengangkat muka memandang Hafizul. Gitar dipetik lagi. Nyanyian diteruskan.
Aku
jatuh cinta padamu
kaulah cinta terakhirku
kaulah cinta terakhirku
Alisya memetik gitar
sehingga ke akhir lagu. Mata masih tetap
tidak lepas memandang wajah Hafizul. Alisya meletakkan gitar di bawah kakinya. Dia tersenyum kaku. Perlahan-lahan dia mengeluarkan plastik gula-gula kapas tadi. Dia menghulurkan pada Hafizul yang berada
dipagar sebelah.
Hafizul tergamam. Tangannya perlahan-lahan mengambil gula-gula kapas dari Alisya. Hafizul terdiam. Tiada suatu suara yang dapat keluar dari keronkongnya sekarang. Mukanya kaku melihat Alisya.
Alisya menarik nafas. Dia bersedia untuk bercakap. “Alisya nak minta maaf. Alisya tahu yang selama ni Alisya selalu buat abang kesal. Alisya pun dah lama maafkan abang. Boleh kita berbaik-baik semula?” Soal Alisya.
Hafizul menelan air liur. Pengsan! “OK abang terima maaf Alisya….. Terima kasih untuk gula ni…. Abang masuk dulu lah ye.” Hafizul segera berpusing melangkah masuk ke dalam rumah.
Alisya pelik.
“Abang!!” jerit Alisya. Hafizul berpaling sekejap ke belakang. Wajah Alisya direnungnya.
Alisya tersenyum. “I LOVE
YOU!” jerit Alisya. Hafizul pucat. Dia segera berpusing masuk ke dalam rumah.
Alisha tercengang “Eh dia tak nak balas apa-apa ke?” Alisya mengaru-garukan kepalanya. Belum sempat Alisya nak berpusing masuk, bunyi jeritan Hafizul bergema di dalam rumah. Jelas kuat di telinga Alisya. Alisya ketawa. Hafizul nampak je ganas rupanya dalam hati ada taman macam dia jugak.
Alisya mengelengkan kepala. Gitar diangkat. Dia memusingkan badan. Pucat wajah Alisya. Hampir jatuh gitarnya. Dia menelan air liur. Tersengih Alisya memandang Ayah dan Ibunya yang bercekak pinggang melihatnya. Nampak garang! Pasti ayah dan ibu melihat adegan dia dan Hafizul tadi. Pasti!
“Habislah.” Perlahan-lahan Alisya menginjakkan kakinya. ‘satu, dua.’ Alisya tersengih lagi. “Tiga! Lari!!!!!” Alisya terus melarikan diri ke pintu dapur.
Tuan Aidil dan Puan Rosnah
hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat anak gadisnya tadi. Pecah
ketawa mereka. Dapat menantu sebelah
rumahlah jawabnya nanti!
****************************************************************************
Empat tahun selepas itu…..
Alisya sedang mencari-cari sesuatu di dapur. Perut boyotnya diusap berkali-kali.
“Sayang cari ape ni?” Tegur Hafizul. Dari tadi isterinya asyik menyelongkar almari dapur. Lagak macam mencari benda yang hilang.
“Abang ada nampak gula-gula kapas yang Sya beli semalam tak?” soal Alisya. Hairan semalam masa balik dari pasar raya dia letak kat sini gula-gula kapas itu. Hai takkan tikus bawak lari kot!
“Ada…sengaja abang simpan. Sya kan tahu yang doctor tak bagi makan manis-manis masa mengandung ni. Lagipun kandungan gula dalam badan Sya tu tinggi. Kena kencing manis nanti!” Alisya mencebik. Bosan dengar bebelan suaminya.
“Alah bang..sikit je..anak abang ni teringin sangat nak makan. Kempunan nanti dia bang.” Pujuk Alisya. tahu sangat Hafizul pasti lemah kalau melibatkan anaknya. Alisya mengusap-usap perutnya yang memboyot. Taktik!
Hafizul tak sampai hati, dia mengambil gula-gula kapas yang diletakkan di Almari dapur yang paling atas.
“Sikit je taw. Jangan nak lebih-lebih.” Alisya mengangguk. Dia memang ingin sangat menikmati gula-gula kapas. Alisya mencarik sedikit dan memasukkan ke dalam mulut.
“syyyyyy…” Nikmat sungguh.
“Manis?” soal Hafizul.
“Manis..” jawab Alisya. Dia memeluk lengan suaminya. “Semanis cinta kita.”
Hafizul tersenyum. Dahi isterinya dicium. Dia mengusap perut isterinya. Tanda cinta mereka yang akan lahir dua bulan lagi. Inilah tanda cinta mereka. Cinta semanis gula-gula kapas……
5 september 2013 4.13 am….
Penulis tengah golek-golek
atas katil sambil fikir mana nak cari gula-gula kapas ni. Dah terliur
rasanya…..
p/s Enjoy my cerpen yang
ala-ala segan ni…….
3 comments:
NICE ^_^
Sweet 😍
Ahhhhh sweet giler!
Post a Comment