Status cinta makcik dan anak buah II
Hari ini merupakan hari yang ditunggu setiap tahun bagi
setiap umat islam di dunia. Bulan yang
penuh barokah dan keberkatan. Pada bulan
ini barangsiapa yang memohon ampun serta berdoa dalam keadaan berpuasa, berbuka
dan bersahur nescaya Allah s.w.t akan
mengampunkannya.
Do'a orang puasa adalah mustajab (dikabulkan),
baik ketika dalam keadaan puasa ataupun ketika berbuka Allah memerintahkan agar
kita berdo'a dan Dia menjamin mengabulkannya.
Allah berfirman :"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya Aku mengabulkannya untukmu . "(Ghaafir: 60)
Dan dalam sebuah hadith disebutkan: "Ada tiga macam orang yang tidak ditolak do'anya. Di antaranya disebutkan,"orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahih mereka masing-masing, dan At-Tirmidzi mengatakannya hadith sahih hasan.)
Karena itu, hendaknya setiap muslim memperbanyak, dzikir, do'a dan istighfar di setiap waktu, terutama pada bulan Ramadhan, ketika sedang berpuasa, berbuka dan ketika sahur.
Allah berfirman :"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya Aku mengabulkannya untukmu . "(Ghaafir: 60)
Dan dalam sebuah hadith disebutkan: "Ada tiga macam orang yang tidak ditolak do'anya. Di antaranya disebutkan,"orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahih mereka masing-masing, dan At-Tirmidzi mengatakannya hadith sahih hasan.)
Karena itu, hendaknya setiap muslim memperbanyak, dzikir, do'a dan istighfar di setiap waktu, terutama pada bulan Ramadhan, ketika sedang berpuasa, berbuka dan ketika sahur.
***************************************************************
Sarah Aira
“ Sarah kau mesej siapa pagi-pagi buta ni?” Tanya Misha semasa
mereka makan. Pelik dia melihat Sarah yang sedari tadi ralit menaip mesej.
“Hmm… aku mesej Aisy ni. Dah bangun ke belum budak tu? Dia tu
kalau tidur bukan ingat dunia.” Aku terus menekan butang sent di skrin
telefonnya.
“Eh..kau ni pandailah si Aisy tu bangun. Dia kan ada housemate tahulah kawan dia
kejutkan. Sebelum ni pun tak pernah kau
sibuk nak kejut dia.” Perli Misha.
“Sebelum ni kitaorang tak
ada hubungan apa-apa so tak payahlah aku nak heran dia dah bangun sahur ke
belum. Tapi sekarang ni kami ni dah ada
hubungan cinta so faham-faham sendirilah bila hati dah ada taman. Eleh macamlah kau dulu tak macam tu dengan
Farish. Time university dulu kemain berdua sampai aku naik gila menengoknya.”
Aku membidas kembali kata-kata Misha.
“Yelah tu..kau je lah yang menang.” Rajuk Misha. Aku tersengih. Cepat-cepat aku menyudahkan makanan yang
masih berbaki di pinggan.
“Sarah family korang dah tahu ke status cinta korang berdua ni?”
Soal Misha. Aku menggangkat kepala memandangnya.
“Belumlah Misha. Tak
beranilah nak cakap. Ermm…entahlah aku
harap Aisy dapat selesaikan semua ni nanti.
Takut aku memikirkan reaksi family kitaorang nanti.”
“Kau sabar yek. Bulan puasa ni banyakkan doa insyallah kalau kita
berdoa dengan ikhlas Allah pasti akan mengabulkannya.” Misha memberikan
semangat kepadaku. Aku tersenyum hambar.
***************************************************************
Firham Aisy…
Bip! Bip! Bip!
“Warghhh!! sape pulak yang mesej pagi-pagi buta ni. Tak tahu dah pukul berapa sekarang ni!”
Firham segera mencapai telefon bimbitnya di sebelah. Dia segera menekan butang telefon. Firham menekan icon inbox pada telefon. Dia
membaca mesej yang tertera.
Salam Aisy…maaf
menganggu Cuma nak kejut sahur. Tak
sabar nak berbuka sama-sama nanti. See you. -Love Aira-
“Lah Mak cik ni rupanya ingatkan siapalah memekak tadi. Apelah dia ni pagi-pagi lagi dah mesej tak
sabar nak buka puasa sama-sama. Lambat lagi ni… sahur pun belum lagi. Bakal
isteri sapelah ni?” Firham menggelengkan kepalanya dia kemudian berbaring
semula. Matanya dipejam sekejap.
“Ya Allah..bakal isteri akulah. Laa..Aira tu kan awek aku.”
Firham menepuk dahinya. Dia kemudian bingkas bangun. Apelah Firham ni baru tiga
bulan bercinta dah lupa awek dia siapa.
Jangan dah kahwin besok lupa isteri sudah. Tahu dekat si Aira mahu
disate nya Firham.
Firham melangkah ke dapur.
Dia tersenyum lebar memandang Najmi yang leka mencuci cawan di dapur.
Mata Najmi terpejam dan tercelik. Firham
segera menyergahnya.
“Api mie! Api!!” jerit Firham.
“Mana? Mana api?”
Najmi yang terkejut dengan jeritan Firham terus menyimbah air ke muka
Firham. Firham tergamam memandang Najmi yang terkebil-kebil sambil memegang
cawan berisi air tadi.
“Ape ni Mie basah muka aku.” Firham mengelap mukanya yang
basah disimbah Najmi. Itulah Firham main-main lagi kan. Tak tahu ke ini bulan
Ramadhan hah tengok Allah bayar cash.
Najmi mengurut dadanya berulang kali. Sungguh dia terkejut
ingatkan betul-betullah api. Najmi segera mengetuk kepala Firham.
“Kau ni dah tak ada kerja lain ke asyik nak main je. Buatnya
betul api tadi tak ke naya!” Sakit betul hati Najmi melihat Firham. Benda macam
ni pun dibuat main. Pantang betul Najmi.
Firham tersengih. “Alah aku gurau je janganlah marah. Hari
ni kan first day ramadhan kita kenalah sabar dan tawaduk hehe.”
“Banyak lah kau punya sabar dan tawaduk. Eiiiiii!!! sakit
betul hati aku. Agaknya kalau aku kena
lemah jantung tadi mahunya kau sahur dan buka puasa kat hospital hari ni.”
Marah Najmi.
“Alah dahlah janganlah marah Mie. Ok… aku tak janji tak buat
lagi heheh. Meh sini Mie aku bancuh kau
air milo ‘superb’ dari air tangan aku.
Confirm kau kenyang sampai ke sahur besok pagi heheh.” Najmi mencebik.
Firham ketawa. Dia
segera mencapai dua cawan mug. Dia membacuh air milo dan meletakkan diatas
meja.
Lauk pauk yang baru dipanaskan oleh Najmi tadi diletakkan
diatas meja. Firham segera mencedok
nasi. Firham menghulurkan nasi pada
Najmi. Najmi segera mengambil. Sejuk
sikit jiwa kawan tu. Nasiblah Najmi dapat kawan macam Firham ni ada saja ragam
dia. Mereka berdua makan dalam senyap.
“Fir buka puasa nanti kau buka kat rumah ke tidak?” soal
Najmi tiba-tiba. Firham menghentikan
suapannya.
“Tak kot. Aku dah
janji dengan Aira nak buka puasa sama-sama dengan dialah hari ni. Tahun ni kan tahun pertama kitaorang buka
puasa sama-sama.”
“Alah dari kecil sampai besar macamlah korang tak pernah
buka puasa sama-sama. Rumah pun sebelah menyebelah. Tahun pertama konon.” Najmi
menjeling. Firham ketawa mendengar ayat Najmi.
“Memanglah dari kecil kitaorang selalu buka puasa sama-sama
setiap tahun. Tapi tahun ni berbeza
tahun ni aku dengan Aira buka puasa dengan status sebagai pasangan kekasih
bukan sebagai status Mak Cik dan Anak buah! Ada faham Encik Najmi oi.” Firham segera
meneguk airnya.
“Ye lah untunglah buka puasa dengan kekasih hati. Bertuah
Aira dapat buka puasa dengan kau. Hai
laa.. nasib lah aku buka puasa sorang-sorang hari ni.” Najmi menguis-guis
nasinya.
Hai laa. Najmi dah gaya perempuan merajok je. Ape kes!
Terjenggil mata Firham melihat gelagat Najmi. ‘Uisykkk
takkanlah si Najmi ni cemburu kot.
Cemburu pasal aku ada awek ke atau dia cemburu dekat awek aku?” Firham
menggelengkan kepalanya berulang kali. Terkelip-kelip matanya memandang Najmi.
Najmi yang terpandang riaksi Firham memandangnya segera
mengangkat kening. ‘Apehal Firham ni pandang aku pelik.’ Najmi seperti dapat
menggagak maksud Firham.
“Woi kau jangan nak fikir ke lain pula. Aku tak maksud ape-ape. Aku Cuma rasa bosan
je nanti buka puasa sorang-sorang.” Firham menarik lafas lega. Cuak sungguh dia
tadi.
“Adoi kau ni Mie tu lah aku dah suruh cari calon isteri kau
tak nak. Asyik je dengan kerja kau. Hah sekarang tahu pulak bosan.” Firham
lantas bangun dan mencuci pinggan.
Najmi menggeluh. “Fir kalaulah cari calon isteri tu macam
beli ikan kat pasar senanglah. Ini tidak kau kena pilih betul-betul nanti
tersalah pilih nak sesal pun tak boleh.
Lainlah macam kau calon isteri sebelah rumah. Lebih dasyat sampai Makcik
sendiri pun kau sauk.” Perli Najmi.
“Kau ni mulut tu agak-agak sikit. Mak cik ape aku sauk! Dia
bukan mak cik aku. Lagi satu kitaorang boleh kahwin. Yang menjadi masalahnya
family je. Kalau tak de hal dah lama aku kahwin dah.” Tegas Firham.
“Eh sorry Fir aku tak niat pun nak cakap macam tu.” Takut
Najmi melihat muka tegang Firham. Mahu saja ditampar mulutnya tadi. Celopar
sangat!!!
“Dahlah malas aku nak cakap lagi. Kau kemaslah ni aku nak
naik atas. Tak ada mood dah nak kemas.” Firham segera naik meninggalkkan Najmi
di dapur .
Najmi menggeluh. Terpaksalah dia memikirkan idea memujuk
Firham pulak nanti. Adoi! buat kerja betul Najmi ni. Kan dah kena sound!
*********************************************
Sarah Aira.
“Misha dah pukul
berapa sekarang! “ jeritku dari luar.
Tanganku sibuk menyiram pokok
bunga. Sayang giler aku dengan semua
bunga ni. Mana taknya semua bunga ni dibeli oleh Aisy masa Aisy pergi
outstation dekat Cameron Highland bulan lepas. Mahu tak sayang!
“Pukul 2 petang Cik Sarah Aira.” Balas Misha sinis. Aku tersengih sebaik saja melihat Misha yang
berada di depan pintu rumah.
“Ermm…lambat lagi nak buka puasa.” Keluhku. Tak sabar nak
berbuka dengan Aisy. Aisy nak bawa dia
berbuka puasa di tempat istimewa hari ni.
Misha terus mengetuk
dahi Sarah.
“Ouch… sakitlah!!”Jerit Sarah sempat dia membalas kembali
pukulan Misha tadi.
“Tahu pun sakit. Aku ni lagi sakit hati menengok kau dari
tadi sibuk nak tanya jam dah pukul berapa. Tak sabar-sabar.” Geram Misha.
“Alah tanya pun tak boleh. Bukan ape pun.”balas Sarah
keanak-anakkan.
Berdesir mulut Misha mendengarnya. “Sarah kalau sekali dua
kau tanya, aku bolehlah terima lagi. Ini tidak setiap setengah jam je, kau
tanya pukul berapa. Sampai aku kat dalam
tandas tadi pun kau sibuk tanya jam dah pukul berapa. Sakit hati aku ni! Tahulah hari ni 1st
ramadhan takkan sebab tak makan hari ni
otak kau dah ‘shot’ pulak!”
“Hisyk kau ni cakap aku shot pulak.” Muncung Sarah
mendengarnya. “Aku bukan ape Misha, hari
ni kan hari pertama aku nak buka puasa dengan Firham. Jadi tu yang aku tak sabar tu.” Sengih Sarah.
Misha menggelengkan kepala melihat Aira yang serupa ulat
bulu gatal. Semenjak bercinta dengan
Firham berubah 360 darjah perangai si Sarah ni mana taknya dari seganas-ganas
perangai brutal tiba-tiba boleh jadi
girlish pulak. Uwekk!. Sekarang ni boleh
dikatakan every weekend je mesti keluar berkepit dengan Firham. Sekejap keluar makan, sekejap ke taman,
sekejap tengok wayang. Sampaikan mata si Misha ni dah naik berbulu menengok
pasangan sejoli tu. Over sangat!.
“Aku ni pun bercinta jugak Sarah tapi tak lah over macam
kau. Tengok rileks je aku hari ni. Tu tandanya bulan puasa ni aku menjaga Adab.
Kau patut contohi aku ni.” Nasihat Misha.
Mencebik aku mendengarnya. Jaga Adab konon. “ Sudahlah Misha
janganlah kau nak buat cerita kedai kopi depan aku ni. Macamlah aku tak tahu si
Farish tu outstation kalau tak jangan harap kau nak duduk rumah. Kau pun sama berkepit je dengan si Farish
tu.” Tersengih Misha. Kan dah kantoi!
“Alah kau ni aku nak jadi solehah hari ni pun tak boleh ada
je kau nak bidas.” Muncung Misha.
Aku menilik bunga mawar yang hampir layu lalu memotongnya
sedikit. “Misha aku harap janganlah hubungan aku dengan Aisy jadi seperti bunga
mawar ni yang berputik,berkembang dengan
indah tapi pengakhirannya gugur ke tanah. Aku takutlah kalau itu terjadi.” Aku
meluahkan ape yang terpendam di hati.
Misha mendakap aku. Dia mengusap-usap bahuku. “Sabarlah
Aira. Insyallah orang yang Sabar akan dugaanNya adalah orang yang Paling Allah
sayang. Kau kena ingat tu.” Aku terus
memeluk Misha.
“Terima kasih Misha kau sentiasa ada untuk aku.” Senyumku
sambil mengesat air mata.
“Kita kan buddies takkan terpisah” jawab Misha. Dia
memplagiat trademark iklan Digi. Kami berdua ketawa bersama.
*************************************************************
Pin! Pin! Pin!
Aku segera berlari-lari anak turun ke bawah. Aku meninjau
sejenak pada pintu gelangsar. Cepat-cepat aku mencapai tas tangan dan kasut di
atas almari.
“Misha aku pergi dulu.
Aisy dah sampai ni!” Laungku pada Misha. Aku menutup pintu utama dan
menguncinya.
Aku menghampiri Aisy yang duduk di atas motorsikal. Aku
muncung memandangnya.
“Aisy kenapa bawak motor? Kereta Aisy mana?”soalku
padanya. Aisy tersengih. Dia tahu sangat
Aira bukan suka naik motor dengan dia. Sengaja dia tak nak bawak kereta hari
ni. Suka dia melihat wajah cemberut Aira. Kerana Aira jugaklah dia membeli
sebuah kereta. Demi kekasih tercinta. Ewah!
“Alah… Aira kan dah lama tak naik motor Aisy, sengaja je
hari ni Aisy bawak motor ni khas untuk Aira.” Gelak Aisy. Aira mencebik. ‘Eiii!! Geramnya aku. Tahu tadi tak nak aku
pergi sengaja je dia.’
Aku segera mencubit lengan Aisy. Geram! “Ouch! Sayang
sakitlah. Sepatutnya sayang bagi ciuman kasih sayang ini tidak bagi ‘love bite’
berbisa pulak.”Aisy mengurut-urut lengan yang dicubit tadi. Bisa woi!
“Eiii…. dia ni!!” Aku cuba mencubit dia lagi.
“Ok…ok Aisy mengalah.” Aisy mengangkat tangan tanda
menyerah. Aku segera berpaling. Merajok 2 saat dengan dia.
“Alah sayang janganlah marah-marah. Aisy minta maaf ok. Sekali ni aje kita naik
motor ni lain kali kita naik kereta pulak yek. Naiklah sayang..Manja Aisy
ni...”Pujuk Aisy. Cair hati Aku
mendengarnya. Aku berpaling memandang
Aisy. Aku memuncungkan mulut.
“Hah buat muncung itik… Tengok tu boleh sangkut hanger kat
situ.” Aku mulalah nak berpusing semula. Aisy pantas menarik tanganku dia
segera memakaikan helmet dikepalaku.
“Sayang saya nampak cantik hari ni dan akan sentiasa cantik
di mata saya. Lebih-lebih lagi bila dia merajuk macam ni. Nampak sangat yang
jiwanya lembut dan sopan.” Aku tersipu-sipu mendengarnya. Aisy memang handal
kalau bab-bab ayat jiwang ni. Hati yang keras pun boleh jadi luluh mendengar
suaranya yang ala-ala macho tu.
Aku segera naik ke atas motor. Berhati-hati aku menaikinya.
Yelah tak biasa naik motor sangat. Lebih-lebih lagi dengan lelaki. Aku segera
memegang bahu Aisy. Perlahan-lahan aku duduk di atas motor. Nasib tadi aku
pakai seluar jeans dan blouse buatnya pakai skirt inallillah…tak dapat
dibayangkan macamanalah rupa aku.
“Cepatlah peluk Aisy. Orang nak pecut ni.”tersentak aku
mendengarnya. Hello! Peluk dia…eiii tolonglah tahu mak kat kampong mati aku
diparangnya. Anak dara buat perangai tak
semengah. Belum pernah terfirkir lagi nak menyimpang jauh. Pegangan tu masih
utuh lagi. Tapi nak diikutkan dalam
hati ni sebenarnya ada juga niat nak peluk dia hehehh. Astafiruallahalazim
Sarah bulan puasa ni. Istighfar Sarah…. Ingat dosa tu!
“Tak naklah…agak-agaklah bulan puasa ni.”marahku. Firham ketawa.
“Aira ni suka fikir bukan-bukan. Ok lah tak nak peluk tak
pe. Tapi pegang hujung baju Aisy ni nanti terpecut terpelanting pulak Aira.
Kesian Aisy duda sebelum berkahwin.” Firham
tertawa kuat. Aku segera menampar bahunya. Geram!
“Dah cepatlah jalan, orang pegang besi belakang ni je.
Takkan jatuhlah.” Jawabku berlagak. Memang tak lah aku nak pegang dia. Firham
mencebik. ‘Owh ek ye. Sabar sat kita tengok sapa yang kena’ Firham ketawa dalam
hati.
Dia segera memecut . Pada mulanya agak perlahan. Tapi bila
tiba di suatu selekoh sengaja Firham memecut dengan laju.
“Aisy bahayalah!” jerit Aku segera aku memejamkan mata, tanganku terus spontan memegang erat hujung
baju di pinggang bajunya.
Firham ketawa perlahan. Tu lah suruh peluk tak nak! Adoi
bahagianya kalau dipeluk Aira. Dadanya bergetar. Firham memegang tangan Aira di
pinggangnya sekejap sebelum meneruskan aksi mengilanya…
******************************
Kami sampai di sebuah Restaurant Arab. Terpana aku melihat susun atur didalam restaurant.
MasyaAllah…. cantiknya! Masuk- masuk
saja kami dah dihidangkan dengan alunan-alunan zikir yang gemersik dan
mendayu. Kami duduk bersila di satu
tempat yang telah ditempah khas oleh Firham.
“Aisy cantiknya!” jeritku keriangan. Firham tersenyum
memandangku terserlah kekacakkannya dengan lesung pipit di pipi. Nanar aku sebentar heheh.
“Suka tak? “ soal Firham.
“Mestilah suka. Tempat ala-ala Arabian ni siapa yang tak
nak. Pandai Aisy pilih tempat. Terima kasih.”
Firham tersenyum. “ Sekejap lagi berbuka kita rasa makanan
dia pulak. Mesti Aira suka punya.”
Azan berkumandang menandakan waktu berbuka puasa sudah
masuk. Firham membaca doa berbuka puasa.
Kami dihidangkan dengan Nasi Arab dan beberapa jenis lauk. Kekenyangan aku menghabiskan semuanya. Itulah
salah sendiri order banyak sangat. Hah nasib lah kena habiskan karang pahala
puasa tak dapat catit, dapat pula dosa membazir. Tapi dari tadi aku makan macam tak habis-habis
ni! Aihh ajaib ke Nasi Arab ni macam bertambah banyak je. Warghhh!!!
“Kenyang dah? Ke nak order apa-apa lagi?” Perli Firham sebaik
sahaja aku selesai makan. Aku mengusap-usap perut aku. Kenyang mak!
“Eiiiii… yelah-yelah lain kali orang tak order banyak-banyak
lagi.” Cebik aku. Huh! Sape suruh bawak tempat yang aku tak pernah pergi, hah
mestilah aku terasa nak order semua. Dah semua nampak sedap aku pun rambang
matalah tadi, mana tahu boleh kenyang sampai macam ni.
“Tengok tegur sikit dah nak merajuk. Lain kali makan
sikit-sikit dulu kalau rasa nak tambah order je lagi. Sekarang tengok
kekenyangan kena habiskan semua ni. Hah
ni ada sikit lagi sape nak habiskan.” Tunjuk Firham pada lauk pauk yang masih
berbaki. Aku tersengih memandangnya. Mulalah nak buat muka kasihan.
“Alah tak larat dah ni. Dah nak meletup” aku membuat suara
ala-ala upin dan ipin. Gedik kau!
“Mengada-ngada. Tak
apelah kita minta diorang bungkus aje , Aisy pun dah tak larat nak makan ni.” Firham
memanggil pelayan untuk membungkus lauk-lauk tadi. Aku menarik nafas lega.
Nasiblah Firham suruh bungkus buatnya dipaksa aku habiskan tadi memang aku
muntah je kat sini. Hhehhe.
Kami beriringan keluar dari restaurant. Sempat juga solat
maghrib dekat surau yang ada disitu. Bagus betul restaurant tu lengkap dengan
segalanya. Lepas ni ke Masjid Wilayah
pula hendak menunaikan Solat terawih
berjemaah dekat situ. Seronok je perjalanan malam ni terasa macam nak hentikan
je waktu, biar static je macam ni sampai bila-bila. Oh indahnya!
“Terima kasih Aisy. Sayang Aisy.” Ujarku ketika Firham
menghantar aku pulang ke rumah. Aku memandang wajahnya. Penuh kasih.
“Sama-sama. Aisy pun sayang Aira jugak.” Aku tersenyum
mendengar balasan dari mulutnya.
Firham menunggu di luar sehingga aku masuk kedalam
rumah. Risau dia kalau aku duduk dekat
luar ni seorang diri. Sebaik saja pintu ditutup motornya terus
memecut laju. Aku tertawa. Hmmm…teringat zaman masa dia hantar aku balik
naik motor dulu buat pertama kali. Sebaik
saja aku turun dari motor terus dia pecut langsung tak peduli. Toleh belakang pun tidak. Sekarang ni semua dia jaga. Bila ditanya kenapa sekarang ni semua nak
ambil berat dulu buat tak layan je. Dia dengan senang hati jawab dulu status
kita mak cik dengan anak buah sudah tentulah dia tak heran. Yelah buat ape anak
buah nak sibuk hal mak cik. Nama pun mak
cik mestilah pandai jaga diri sendiri. Takkan
anak buah nak tunjuk terlebih perihatin pulak. Lagipun mak cik mestilah lebih dulu makan
garam. Huh kureng je aku dengar ayat dia! Sabar lah!
********************************************
Aku sedang sibuk menyiapkan minit mesyuarat bagi projek
pembinaan hotel di Pulau Pinang. Aku harus memastikan tiada kesilapan yang
berlaku baik dari segi susunan mahupun ejaan. Semuanya harus perfect! Mengikut
kehendak Dato Hamdan bos aku. Bos yang
paling best hehhe. Mana taknya setiap kali outstation mesti ada ole-ole untuk
setiausaha kesayangannya ni. Katanya aku
ni macam anak perempuan dia juga.
Wah! Mungkin aku akan
jadi menantu Dato nanti sape tahu kan heheh. Ni kalau dengar kat Aisy mahu dia
karate aku.
“Sarah… sibuk ke?” Tanya Dato Hamdan tiba-tiba di depan
meja. Aku menggangkat kepala. Eh bila pulak orang tua ni ada kat depan aku?
“Eh Dato, kata tak masuk hari ni?”tanyaku pelik. Eh tak
silap aku Dato kata dia cuti hari ni nak temankan isterinya shopping raya.
“Owh saya sekejap je ni. Nak ambil beberapa fail kejap. Hah
awak ni tak siap nak balik ke? Dah nak habis waktu ni.” Tegur Dato Hamdan.
Nampak sangat dia perasan aku sibuk menaip tadi. Sampai waktu kerja dah nak habis pun aku tak
perasan.
“Aaah…tak perasan.” Aku tergelak. “Dato nak saya ambilkan
fail tu ke?” tanyaku lagi.
“Eh tak ape saya boleh ambil sendiri. Awak berhentilah sambung esok je kerja
tu. Tak pun bawak je balik rumah. Nanti
boleh sambung. Saya bukan nak cepat pun minit tu.”
“Yelah Dato. Terima kasih sebab memahami.” Aku segera
mengemas barang. Beg dicapai. Aku menunggu
Dato pulang dahulu. Yelah tak manis kalau aku yang keluar dari pejabat dahulu.
Setelah semuanya sempurna barulah aku gerak meninggalkan pejabat.
****************************************
Hari ni genap 25 hari kita menyambut bulan ramadhan. Bermakna lagi 5 hari akan masuklah bulan
Syawal tanda kemenangan umat islam sesudah 30 hari berpuasa. Dan bermulanya aktiviti aku untuk memeriahkan
bulan syawal yang akan menjelma ini. Hah
nak tahu ape? Ape lagi aktiviti membeli dan memboronglah di
Jalan Tunku Abdul RAhman (Jalan TAR) hehheh.
Kebetulan aku pun dah
mula start bercuti raya. Tahun ni buat pertama kalinya aku ambil cuti
sampai dua minggu. Sebabnya aku dengan Aisy dah cadang untuk beritahu keluarga
kitaorang tentang hubungan cinta kitaorang. Jadi sementara tu kenalah cari idea
bernas lagi hebat dulu. Takkan nak main
terjah, karang ada pulak yang kena lemah jantung.
Part paling best ialah tengok muka terkejut Dato Hamdan
ketika aku memohon cuti hari tu. Mana
taknya setiausaha kesayangan yang tak pernah bercuti tiba-tiba ambil cuti
panjang. Selalunya tak pernah. Paling lama pun tiga hari je. Bila ditanya aku
hanya mampu tersengih dengan barisan gigi yang cantik. Yelah takkan nak cakap ‘sebenarnya saya nak
cari ilham nak bagitahu family saya yang saya nak kahwin dengan anak buah
saya.’ Mahu Dato Hamdan ni fikir aku ni dah gila. Karang dikatakan aku ni
sumbang mahram pulak. Seriau aku dengar!
“Aisy betul ke apa yang kita nak buat ni. Takutlah nanti
diorang tak boleh terima. Kita tangguh dulu lah ye, boleh tak?” Tanyaku ketika
kami baru saja selesai membeli belah.
Kami berbuka di Food court Sogo di tingkat atas.
“Aira sayang, sekaranglah masa yang paling sesuai. Masa time
bermaafan ni lah kita kena luahkan semua.
Mana tahu time macam ni mereka semua faham dan boleh terima kita.
Insyallahkan tiada yang mustahil dalam segalanya. Allah tak pernah sia-siakan
hambanya. Sebab itulah kita kena berusaha.” Pujuk Firham.
Aku mengeluh. “Aira harap semuannya akan berjalan lancar. Kalau tak habislah
kita.” Firham mengangguk.
“Hmmm…Aira andai kata masalah kita ni macam tak boleh settle
Aira nak tak..emm…”Tergagap-gagap Firham bercakap. Shoot it Firham meleret je!
“Nak ape?” soalku.
Firham memandangku serba salah. “Kahwin lari?” bulat mataku
mendengarnya. Huisykk tak pernah terlintas di fikiran. Janganlah berlaku, tak
sanggup nak memalukan keluarga.
“Firham Aisy!! Awak dah kenapa? Dah tak rasional ke fikiran
tu sampai nak kahwin lari.! Dah lupa maruah family kita!” Jeritku geram. Sakit
je hati mendengar. Tadi beria-ia pujuk supaya sabar dan tawakal. Sekarang ape
cerita!
“Aisy cuma tanya je. Aisy pun tak nak macam tu, kalau boleh secara
baik lagi bagus. Aisy minta maaf kalau
Aisy salah, sampai fikir macam tu sekali.” Luah Firham kesal. Tak tahu kenapa dia dah terbabas fikir macam
tu sekali. Kalau betul dia kahwin lari mahu malu keluarga mereka. Silap-silap
kena parang pulak kepala dia dengan nenek kat kampong. Huh takot!
Aku mengangguk faham. Bukan salah Aish kalau dia dah
terfikir sampai situ. Dia sendiri pun pernah rasa. Nasib baik ilmu agama masih
ada kalau tak mungkin dia pun dah setuju aje dengan cakap Aish tadi. Aku merenung semula wajah Aish yang resah.
Besok kami akan pulang ke kampong. Bermulalah cerita kami sama ada kesudahannya
baik atau tidak. Semoga esok akan ada sinar baru buat kami.
*************************************************
“Aira! Oi Aira!” jerit Puan Adibah dari dapur. Aku segera
berlari turun. Maklumlah rumah papan. Rumah kampong atas papan bawah batu.
“Ada apa mak?” tanyaku sebaik saja kaki mencecah lantai. Aku
memandang emak yang duduk menyiang ayam dan daging. Maklumlah nak buat rendang.
Besok kan raya.
“Hah kau buat ape kat atas tu. Dari tadi aku panggil kau tak
dengar ape? Ni ambil daging ni pergi jerang kat tungku api kat belakang tu.
Rendang ni kena masak dapur kayu baru sedap. Hah tunggu ape lagi cepatlah!”
bebel Puan Adibah. Aku berjalan perlahan
mengambil kuali yang sudah penuh dengan daging lada dan sebagainya.
Aku mengacau-gacau rendang. Api ku jaga agar jangan terlalu
marak. Sempat juga mataku melirik pada rumah sebelah. Mana anak teruna orang
sebelah ni tak nampak-nampak dari tadi? Rindu pulak hati.
Aku tersenyum sendiri. Teringat aku wajah cemberut Aisy
semalam ketika aku menolak nak balik dengannya dalam satu kereta. Lepas tu boleh dia buat aksi gila menekan hon
didepan rumah sampai semua jiran kat taman tu keluar tengok drama KL Drift dia
tu. Angin betul aku! Malu!
Akhirnya dengan
terpaksa aku mengalah dan pulang dengan dia.
Apalagi tersenyum sampai ke telingalah mamat tu. Jenuh jugaklah aku menjawab dekat semua orang
yang kereta aku rosak dan bla bla bla sebagainya. Percaya jugaklah Mak dan Ayah. Sakit hati aku
dengan Aisy tak pasal-pasal kena menipu pulak. Arghhhh!!!
“Ermm…baru nak masak rendang ke?” sapa satu suara dari
belakang. Aku terus memusingkan muka memandangnya. Lah… Razif aka sepupu terchenta! Eh! tahun ni balik raya sini ke? Aku memandang kiri kanan mencari Mak usu dan
Pak usu adik bongsu Mak aku. Tapi tak ada pun!
“Ummi dan Walid pergi
Umrah. Tahun ni mereka raya kat sana sampai raya ke 3. Sebab
tu Mak long suruh balik sini, raya sama-sama dekat kampong.” Aku mengangguk.
Tak sempat nak tanya, si Razif ni macam faham pulak soalan ape yang aku nak
soal. Sixth sense ape!
“Ermm berapa lama cuti?” Tanyaku pada Razif yang duduk
berhadapan dengan aku.
“Ermm dua minggu je.
Itupun kena buat sekolah ganti habis cuti nanti. Maklumlah tak lama lagi
murid-murid nak exam pulak.” Aku mengangguk. Yelah cikgu sekolah macam dia memang senang lah nak cuti
lama-lama. Kerajaan kan sporting hheheh.
“Aira pun sama jugak. Wah! Nanti bolehlah kita round satu
kampong ni macam masa kita kecik-kecik dulu.” Jeritku gembira. Terbayang kisah
dulu-dulu zaman panjat rambutan, mandi
sungai, dan main-main kat sawah. Razif ni lah yang selalu ikut jadi
peneman. Yelah Aish dulu mana nak kawan
dengan dia. Sombong bukan main mamat tu! Kawan dia semua budak high je. Dia mana layan
budak kampong. Padan muka akhirnya dapat makwe orang kampong. Akulah tu!
Warghhh!!
Razif ketawa. “Aira ingat lagi. Zif ingat dah lupa dah.
Maklumlah dah besar mesti dah tak layan semua tu. Tak sangka Aira masih macam
dulu.”
“Alah Zif ni mana boleh lupa semua tu kenangan taw. Lagipun
masa macam ni lah kita ada masa nak spend time sama-sama. Besok kalau dah kerja
mesti tak ada masa lagi. Sibuk 24 jam boleh katakan.” Ujarku.
“Hah kau berdua ni sibuklah, 24 jamlah, itulah, inilah. Rendang aku tu jangan hangus pulak. Karang
sibuk bergelak ketawa rendang tu rentung pulak dikerjakan.” Bebel mak menjengah
kami yang bergelak sakan di belakang.
Aku dan Razif menahan ketawa. Kelakar pulak bila kena marah
ni. “Tulah Zif kan dah kena.” Kataku padanya. Aku membaling pasir ke kaki Razif. Razif
mengelak sebelum membaling batu kecil ke arahku.
“Aira lah ni nak salahkan Zif pulak. Tulah
tak cover-cover gelak tadi, Hah kan dah kena sound dengan Mak long. Nasib tak kena cubit ketam macam dulu kalau
tak merahlah lengan kita raya besok.”balas Razif. Meletus ketawa kami bila
teringat kisah kenakalan kami masa kecil-kecil dulu. Boleh katakan teruk
jugaklah. Aira! Aira! Nakal jugak kau ye dulo-dulo. Disebalik kegembiraan tadi
ada pandangan tajam dari jauh yang memerhati. Panahan tajam yang sangat
menakutkan.
*************************************************
Firham menggengam penumbuknya. Ikutkan rasa hati nak aje disedekahkan
sedas dua pada Razif si Bapak saudara yang tua satu tahun dari dia dengan Aira.
Razif tu lahir lambat sebab Tok usu kahwin masa umur dia dah cecah 40 sebab tu
usia si Razif muda lagi. Hisykk risau Firham, buatnya si Razif tu suka dekat
Aira mahu melepas dia. Dah tentu nenek setuju sepupu sama sepupu kahwin ape ada
hal. Lainlah kalau macam hal dia dengan Aira tentulah ada hal. Silap hari bulan
boleh kena parang dengan nenek!
“Aku kena buat sesuatu ni.” Omel Firham. Akalnya mula
memikirkan rancangan.
“Abang termenung ni kenapa? Pandang apa kat belakang rumah
nenek tu?” Tegur Wani satu-satunya adik perempuan Firham. Yelah mereka dua
beradik je. Wani memanjangkan leher untuk melihat.
“Tak ada apelah. Tadi ada lalat dua ekor tengah gelak-gelak
kat tepi tu.”dongkol Firham geram! Dia segera masuk ke dalam rumah.
Wani pelik. ‘Lalat
boleh gelak? Eh macam mana abang aku boleh nampak ni ada kuasa serangga ke
abang ni, ke kena gigit dengan lalat. Kot-kot jadi LalatMan. Hebatlah kampong ni nanti!’ Omel Wani sempat
pulak dia fikir semua tu.
********************************************************
“Mak kalau kahwin saudara-mara ni boleh ke mak?” soalku
memulakan bicara pada Mak ketika kami memasang langsir di ruang tamu.
Puan Adibah memandang anak gadisnya dia tesenyum. “Hah
kenapa? Razif tu nak pinang kau ke?” terbatuk aku mendengarnya. Isykk apa kes masuk Razif pulak ni?
Menyimpang jauh tu!
“Hisykk mak ni merepek je.
Orang tanya je, ada kawan orang ni dia nak kahwin dengan saudara
dia. Saudara angkat dia tak silap Aira.”
Aku berkias. Aku memandang Mak menanti
jawapan.
“Hmmm kalau dah suka kahwinlah. Nak tunggu ape! Besok lain
pulak yang jadi budak zaman sekarang bukan boleh ditegah. Esok-esok taw-taw dah
terberanak je!” Becok Puan Adibah. Lega
aku mendengarnya so kalau aku cerita nak kahwin dengan Firham nanti ada
kemungkinan mak akan bersetuju. Itu
petanda baik tu! Yes!
“Tapi kan..Aira.” Aku mengangkat muka memandang mak. Tapi
apa Mak? Soalku dalam hati baru nak bersuka-ria.
“Aku ni kalau boleh kalau nak bermenantu biarlah jauh sikit
orangnya. Bukan apa, bila jauh ni
kot-kot ada apa-apa tak adalah bermasam muka. Lagi satu kahwin saudara ni
susahlah kalau tak betul-betul nanti boleh bergaduh.”
“Maksud mak?”soalku
“Tak adalah, manalah tahu buatnya bercerai pulak. Dah ada
yang bermasam muka. Itu yang tak sedap tu.” Ujar Puan Adibah.
“Jadi kalau Aira nak kahwin dengan saudara mara tak bolehlah
ye mak?” berhati-hati aku bercakap.
“Tengoklah macam mana..” Puan Adibah meneruskan
kerjanya. Aku terdiam memikirkan.
Tengoklah? Ada peluang ke tidak tu. Hisykk mak ni suka taw buat suspen. Macam
mana ni? Boleh ke aku dengan Firham kahwin ni. Macam tak da harapan je.
Warghhhh!! Rasa macam nak nyanyi lagu Hyper Act yang harapan tu je!
********************************************************
Suasana pagi raya yang sangat ceria. Segenap rumah dihias cantik. Biskut-biskut diletakkan di dalam balang yang
berwarna-warni diceriakan lagi dengan lagu-lagu raya yang memenuhi segenap
ruang rumah. Sesudah selesai solat
Aidilfitri pagi tadi, aku terus berlari ke bilik menukar pakaian. Sengaja aku tidak memakai baju baju baru
tadi. Segan pulak aku nak ke masjid
dengan baju yang berkelip-kelip penuh labuci di badan. Karang dikatakan
menunjuk pulak!
“Hmmm… nasib cantik!” desis hatiku. Baju kebaya labuh warna
hijau pucuk pisang ini dibeli oleh Aisy ketika mereka shopping di Jalan TAR
tempoh hari. Pada mulanya Aku memang tak
setujulah nak pakai baju warna ni. Bukan
taste aku hijau ni! Aku tetap protes
raya tahun ni nak pakai warna merah! Titik!
Tapi last-last kena jugak ambil baju ni sebabnya warna merah
yang aku nak tu tak ada saiz! Warghhh nak nangis! Lebih geram si Aisy boleh
buat muka ek bila beli baju tu! Huh! Sakit hati rasa nak cat je baju ni!
Warghhhh!!!
“Aira !!cepat keluar ni.
Semua dah ada kat luar ni. Kau buat ape kat dalam tu! Cepat!!”Hampir nak
gugur jantung dengar suara mak yang nyaring tu. Aku segera keluar dari bilik.
Betullah kata mak semuanya sudah berkumpul dekat depan.
Biasalah sesi bersalaman dan tangkap gambar sekejap lagi. Selalunya macam tulah kalau dah berkumpul
ramai-ramai ni. Masa ni lah boleh berbual panjang. Aku mengukir senyuman kepada semua yang
berada di depan. Mataku tertacap pada Firham yang duduk bersila di sebelah
Razif. Matanya tidak berkelip memandang aku. Adoi Aisy malu saya taw awak
pandang saya macam tu! Mulalah tu gedik aku datang! Menyampah!
Aku jalan sambil tunduk sebelum duduk di sebelah anak-anak
buahku. Sempat juga aku memandang Razif
yang tersenyum ke arahku. Aku membalas kembali.
Tapi tak lama mana pun sebab Si Firham dah cantas dengan renungan tajam
dia. Aku memusingkan muka. Huh tak boleh nak ber eye mo sikit ada aje yang
dengki. Huh! jealouslah tu ada yang minat dekat aku hahhahha. Lepas ni aku nak
tangkap gambar sebelah Raziflah biar rentung si Firham ni tengok muehhehehhe.
“Wah! Cantiknya Usu baju ni. Sesuai dengan Usulah” tegur
Fatihah anak Abang Nazmi, Abang aku yang ke dua. Senyum ke telingalah aku.
Orang puji takkan nak mengeji kan heheheh.
“Aahlah Tihah. Cantik baju ni tapi kan… macam berjanji pulak
dengan Ucu Razif samalah warna dia. Usu dengan Ucu beli tempat yang sama ke?”
soal Wani. Aku terdiam. Cepat-cepat aku memandang baju Razif. Betulah sama color ni! Aisey man! Macam mana
boleh sama ni? Kenapa aku tak perasan tadi? Isykkk patutlah Firham macam tak
puas hati je bila tengok aku senyum kat Razif tadi. Warghhhh bukan salah aku
kan!
“Eh tak lah. Tak tahu
macam mana boleh sama. Kebetulan je ni…. kan Zif?” cepat-cepat aku memandang
Razif minta pengesahan.
“Aaah…tapi Aira memang nampak cantik sungguh dengan baju
ni. Pandai Aira pilih.” Puji Razif. Malu
aku mendengar pujiannya. Bangga gitu!
Kan En Aisy? Aku memandang wajah Firham. Ya Allah merahnya muka dia, macam marah je.
Habislah Aisy dah berasap! Aku tersengih.
Isykk sibuk dok puji diri sampai terlupa nak puji pakwe
sendiri. Wah! Handsomenya Firham pagi ni. Baju melayu dia pun sama warna dengan
aku cuma warnanya kurang menyerlah dari warna baju kebaya aku ni. So no
wonderlah tak ada pulak yang nak padankan aku dengan Firham, walhal aku rasa aku dengan Firham memang
serasi kalau dipadankan heheheh.
“Abang Aisy kenapa dari tadi asyik pandang Usu je? Abang
Aisy pun rasa Usu cantik ye hari ni?” Soal Wani lurus. Ternanti-nanti aku nak dengar jawapannya. Ok Sarah besarkan telinga menanti pujian.
Ceh!
“Tak ada maknanya cantik.
Tak sesuai langsung, nampak sangat kekampungan. Sesuailah dengan dia.” Jawab Firham selamba. Berdesir mulut aku mendengarnya. Excuse me
awak yang beli baju ni untuk saya. So awaklah kekampungan. Aku membesarkan mata
memandang Aisy. Siap dia nanti!
“Ok semua budak-budak, cepat ambil gambar satu keluarga.”
Abang izzat memberi arahan. Aku segera bangun dan berdiri. Hmm nak berdiri
sebelah siapa ye? Mak dan Abah? Dah penuh dengan cucu-cucu dia. Yang lain dah ada pasangan pulak. Firham? Tak
payah tadi dia dah kutuk aku. Hah Razif
kosong! Huh! jeling aku pada Firham. Aku segera berjalan menuju ke arah Razif.
Belum sempat aku nak pergi tanganku di tarik oleh Firham supaya berdiri di
sebelahnya.
“Berdiri dekat sini jangan nak gatal-gatal dengan orang
lain.” Bisik Firham tegas. Menjeling aku memandangnya. Aku gatal! Sorry sikit
bukan cara aku tu. Huh jealous!
“Ok semua senyum….” Aku dan Firham tersenyum. Sempat juga mata kami bertaut. Al maklumlah
jeling menjeling. Wah sweetnya tak sabar nak tengok hasilnya. Gatal!
Sesi bergambar berjalan dengan lancar. Banyak foto yang dirakamkan. Tapi yang tak boleh tahan muka sakit hati
Aisy bila aku disuruh bergambar berdua dengan Razif. Apalagi sakitlah hati mamat tu. Tambah
bengkak bila Along ibu si Aisy puji aku dengan Razif secocok. Boleh semua bayang tak macam mana merahnya
muka Aisy mendengarnya. Aku nak tergelak
pun ada tapi kena tahanlah takut dengan Singa jantan ni. Garang + cemburu wei heheh.
*************************************************
“Aisy dah seminggu kita kat kampong. Bila Aisy nak bagitahu family kita?” Soalku
ketika kami berada di sawah.
“Sabar ye Aira. Aisy tengah cari masa ni.” Aku
mengeluh. Bilakah masa itu?
“Aisy jangan lambat-lambat. Nanti Mak kahwinkan Aira dengan
Razif baru tahu.” Sengaja aku membakar Firham. Dia kan pantang kalau dengar
nama Razif.
Firham mencebik “ Dah lah tak payah nak buat cerita,
macamlah Aisy tak tahu yang Aira dengan Razif tu kawan baik sejak dari kecil.
Razif tu pun dah ada kekasih hati. Cikgu lagi! Janganlah Aira mimpi nak kahwin
dengan dia. Tak ada lelaki yang boleh tahan dengan perangai manja Aira tu
selain Aisy. Hanya Aisy je yang boleh duduk di hati Aira.” Firham ketawa
megah. Huh! perasan. Aku mencebik. Tapi memang pun. Warghhhh!!! Sadis betul!
Aku memalingkan tubuh. Menyampah! Aku berjalan
perlahan-perlahan menyelusuri tepi sawah.
Cantik suasana petang macam ni. Kampung
memang mendamaikan, lihatlah pemandangannya saja sudah mampu mententeramkan
jiwa setiap insan. Macam tengok muka Firham jugaklah muehehhe! Rahsia taw,
nanti dia ek pulak. Hehehehe.
Wah! rasa bangganya ada kampong sendiri. Mulalah aku nak nyanyi lagu anak kampong
nyanyian One Nation Emces. ‘Aku anak kampong tiada pelajaran memang tidak
padan. Yo!
“Arghhh ape ni!!” terhenti nyanyian aku. Lumpur di muka aku sapu. Gerangan siapakah yang telah
melemparnya. Aku memandang tajam wajah
di depanku.
Firham tersengih sambil mengangkat tangan tak sengaja.
Arghhh!! Aku tak kira mesti kena balas. Okey here we go..Aku segera mengaut lumpur. Firham melompat dan terus berlari ke tengah
sawah. Aku mengejar Firham. Tengelam kaki kami di dalam lumpur. Argh aku tak peduli! Fire! Aku segera membaling lumpur. Berdas-das lumpur
aku baling, Firham pun tak mengalah dia membalas serangan aku. Habis muka dan baju kami. Kami ketawa dan
meneruskan aksi mengila di tengah sawah padi. Terasa bahagia saat itu hilang
segala kerusingan kami sebentar tadi.
Aku dan Firham lelah. Kami berhenti berehat di tepi tali air
membersihkan lumpur di baju dan muka.
Aku memandang kearah matahari yang hampir nak tenggelam. Indahnya ciptaan Allah semuanya mendamaikan.
Tenang.
“Subhanallah… cantiknya.” Bisik Firham. Aku mengangguk dan
memusingkan muka memandang Firham.
Firham sedang memandang wajahku, mata kami saling
bertatapan. Aku memandang mata Firham.
Cantiknya! Ada sesuatu di matanya. Aku lihat wajahku di matanya. Aku kaku.
Firham memandang aku dia juga terdiam sepertinya dia menghayati dan
menghargai saat-saat begini. Benarlah
cinta kadang-kadang tidak perlu dilafaz tapi cukuplah dapat dirasakan dalam
hati. Inilah perasaan kami saat ini.
************************************************************
“Aisy..termenung jauh nampak. Ingatkan siapa? Anak dara sebelah ke?” tegur
Puan Najimah. Firham pelik memandang ibunya.
Dalam pertanyaan itu. Adakah ibu
dah tahu sesuatu? Fikir Firham.
“Ermm.. ape yang ibu cakap ni. Mana ada ingat sape-sape.” Sembunyinya. Puan
Najimah tersenyum tahu sangat dia yang anak lelakinya ini berbohong. Macamlah dia tidak perasan selama ini yang si
Aisy ni selalu mencuri pandang pada adik angkatnya Aira. Mata tuanya dapat saja membaca riaksi badan
mereka berdua.
Mulanya dia ingatkan Aira dengan Aisy tu cuma berkawan rapat
saja. Biasalah anak buah rapat dengan
Makcik. Lebih-lebih lagi umur mereka yang sebaya, mudahlah serasi. Tapi
rupa-rupanya ada maksud tersirat dalam keakraban mereka. Nak terjojol jugaklah mata dia tadi melihat
budak berdua tu bergurau senda dekat bendang.
Siap buat drama Hindustan lagi kat tengah bendang. Sabar je lah!
Nasib Maknya Puan Adibah tak nampak, kalau tak tahulah nak
cakap. Takut nak fikir kalau tahu kat
emaknya yang cucunya main cinta dengan anak angkat dia. Mahu sakit jantung
orang tua tu!
“Aisy jangan nak tipu ibu. Berdosa tahu.” Saja Puan Najimah menguji anaknya. Firham serba salah. Dia yakin ibunya sudah mengetahui sesuatu.
“Ibu…emm…Aisy…Aisy…err…”
“Errr..ape!!” sergah Puan Najimah. “Suka Aira!”jerit Firham
terkejut dengan sergahan ibunya.
Puan Najimah menggelengkan kepalanya. Nak marah tak sampai hati. Nak buat macam
mana kalau si anak dah berkenan dengan anak dara sebelah rumah. Tak jadi
masalah kalau Aira jadi menantu dia. Cuma itulah Emaknya Puan Adibah mahu ke
menerima Aisy jadi menantu. Eh bukan,
Cucu menantu! Tak dapat nak dibayangkan reaksi emaknya nanti. Mahu ada yang
mati!
“Kamu berdua dah betul-betul suka ke?” tanya Puan Najimah. Firham
mengangguk.
“Aisy dah jatuh sayang dengan Aira ibu. Aisy nak kahwin dengan dia. Ibu…. tolong pinangkan Aira untuk Aisy.” Firham mengeluarkan sebuah kotak cincin di
dalam poketnya. Cincin ini dibelinya ketika outstation bulan lepas. Disimpan
dahulu untuk saat-saat yang sesuai. Aira pun tak tahu.
Bulat mata Puan Najimah
memandang Firham. Anak terunanya
ini sungguh-sungguh hendak berkahwin rupanya.
“Aisy tahukan nenek macam mana?”soal Puan Najimah. Risau dia. Firham mengangguk lemah.
“Ibu pujuklah nenek tu. Tolong ye ibu?” Puan Adibah mengusap
rambut anak lelakinya. Tak sampai hati menolak. Lebih-lebih lagi bila si Firham
dah lentok dekat riba dia. Pandai Firham provoke ibu dia. Yelah ibu mana yang
tak sayang anak kan.
“Baiklah bagi ibu cincin tu.
Besok ibu pergi pinang Aira untuk kamu.”Firham memandang mata ibunya
mencari kepastian apa yang didengar tadi.
“Betul ibu..sungguh ni. Alhamdulillah. Sayang ibu.” Firham
segera memeluk. Tersengih Firham.
“Eh nanti-nanti. Ibu
pergi pinang aje. Terima tak terima kita
tak tentu lagi. Sekarang ni Aisy pergi masuk
buat solat, doa banyak-banyak biar lembut hati nenek besok.” Firham mengangguk
dia segera masuk ke dalam rumah. Tak sabar nak beritahu berita gembira pada
Aira. Walaupun besok masih tak diketahui tapi dia yakin mesti ada sinar untuk
ceritanya nanti.
Puan Najimah menggelengkan kepala melihat gelagat anak
terunanya. Sah! Si Anak buah ni dah tangkap cinta dengan makcik sendiri. Nasib
Mak cik angkat kalau betul mahu gila dibuatnya. Cincin di tangan dipegang. Dia segera masuk. Suaminya harus dikhabarkan
terlebih dahulu.
*****************************************************************
“Ape Long? Kau dah gila ape!!” Suara nyaring Puan Adibah
bergema segenap rumah. Hampir terpelanting sudu yang aku nak guna untuk
mengacau air.
“Betul Mak. Aisy
sendiri yang bagitahu saya. Dia sungguh-sungguh Mak.”Beritahu Puan Najimah.
Puan Adibah mengurut-urut dadanya. Terkejut dia dengan berita yang
diterimanya. Nasib dia tak ada sakit
darah tinggi kalau tak mahu pitam dekat sini.
“Aira! Aira! Keluar sini! Ape cerita semua ni!!” Jerit Puan
Adibah. Aku perlahan-lahan keluar dari dapur aku menundukkan muka. Takut
melihat Mak yang dah menyinga”
“Cuba kau bagi tahu kat aku Aira. Betul kau dengan Aisy bercinta? Cakap Aira!!”
Soal Puan Adibah. Aku cuba menyusun kata. Errrr ape…aku nak cakap. Tak ape
alang-alang dah tahu baik cerita semua.
“Betul nenek, Aisy
dengan Aira memang bercinta. Kami baru
sedar yang kami memang suka satu sama lain nenek. Tolonglah nenek restukan
kami. Lagipun Aisy boleh berkahwin
dengan Aira. Kami bukan Mahram.” Terkejut aku mendengar suara Firham yang
tiba-tiba muncul. Puan Adibah mengurut-urut dadanya lagi. Tajam dia memandang
Aku dan Firham. Mahu ditelannya kami berdua.
“Betul kau suka dengan Aisy ni Aira? Betul kau nak kahwin
dengan dia?” bertubi-tubi soalan ditanyakan. Aku tergagap-gagap. Lemah lutut
aku. Aku mengangkat muka memandang Emak, Along dan Firham.
“Betul Mak. Kami dah
janji nak kahwin Mak. Aira minta maaf kalau Aira salah sebab tak bagitahu
cerita sebenar dekat Mak sebelum ni.” Aku menanggis. Selebihnya rasa takut
menguasai diri.
Puan Adibah merenggus marah “Aku ingatkan si Razif tu yang
kau suka! Rupa-rupanya si Aisy cucu aku ni yang kau berkenan. Patutlah kelmarin
sibuk mulut kau tanya nak kahwin saudara. Mati-mati aku ingat si Razif tak
terfikir pulak aku si Aisy ni! Hah patutlah hari tu balik berdua kononnya
kereta tu rosak. Sebenarnya tidak. Betul tak?” soal Puan Adibah lantang.
Aku dan Firham mengangguk perlahan.
“ Ya Allah…Aira dah tak ada lelaki lain ke kau nak jadikan
laki! Budak Aisy ni je yang kau nampak!”
Puan Adibah menggelengkan
kepalanya. “Kau pun sama Aisy! Dah tak ada orang lain kau boleh suka? Aira
ni jugak yang kau berkenan.” Firham dan aku menundukkan muka. Pedih betul
kata-kata yang dilemparkan emak. Kami diam.
“Awak ni Dibah, kita nak buat macam mana kalau budak berdua
ni dah suka sama suka. Lagi pula tak salah kalau mereka berdua ni nak kahwin.
Tak dosa pun!” Sampuk Pak Mat yang baru masuk. Nampaknya ayah pun dah tahu
perkara ini. Rileks je Ayah siap boleh
duduk lagi.
Mencerlung Puan Adibah memandang suaminya. Dia kembali
memandang kami berdua.
“Saya bukan ape bang.
Nanti apa kata orang kalau budak berdua ni berkahwin. Lagi satu esok kot dia dua ni dapat anak, apa
nak dipanggilnya kita nanti?” Isykk mak ni kesitu pulak. Aku pun tak fikir
lagi!
“Alah benda tu toksah nak difikir
lah, panggil apa pun tak kisah janji baik-baik panggilannya. Depa dua ni bukan nak buat tak baik, nak
nikah! Lagipun mulut orang bukannya boleh kita tutup. Kalau dah nak mengata,
mengata jugak! Yang penting kita tahu
apa yang salah dan betul. Jodoh ajal
dan maut semua Allah S.W.T yang tentukan. Dah begini takdir dia berdua. Kita sebagai orang tua kenalah redha. Awak
dah lupa janji kita dekat arwah Fatimah dan Shamsul dulu. kita kan dah janji nak jaga Aira dengan
baik. Awak sanggup ke tengok Aira tak bahagia, kot kita suruh kahwin dengan
orang lain!” Aku menanggis mendengar Ayah yang membela kami. Sungguh aku terhutang budi pada Ayah
sekeluarga.
Puan Adibah merenggus. “Kau macam
mana Long setuju nak kahwinkan budak dua ni.?” Tanya Puan Adibah pada Puan
Najimah. Aku dan Firham berpandangan.
“Saya tak kisah Mak, saya suka
Aira kalau jadi menantu saya. Bahagia
mereka bahagia juga saya.” Puan Najimah
tersenyum memandang aku dan Firham.
Puan Adibah merenggus.
“Baik kalau semua dah sepakat. Mak setuju kalau betul kau berdua nak
bernikah. Lagi cepat lagi bagus.” Aku
dan Firham berpandangan. Betul ke aku tak salah dengar ke tadi? Aku memandang Mak semula.
“Ape tak percaya aku setuju. Karang aku tarik balik baru
tahu!.”gertak Puan Adibah. Menjeling memandang kami.
“Eh percaya-percaya.”serentak aku dengan Firham mengiakan.
Sumpah! Sejak bila mak dah pandai main gertak-gertak ni. Confius aku.
Firham memandang nenek dan datuknya “Jadinya bulan depan
bolehlah Aisy dan Aira nikah ye Mak, Ayah?” soal Firham Aisy tersengih dia
memandang nenek dengan panggilan barunya. Bulat mata Puan Adibah dan Pak Mat
memandang. Segera aku mencubit Firham.
Gatal!
“************************************************************************
Aku duduk di birai katil. Bau haruman bunga-bunga memenuhi
segenap ruang bilik. Katil yang berhias indah dengan taburan kelopak bunga
mawar merah menambahkan lagi seri di bilik pengantin. Aku tersenyum bahagia sambil merenung cincin
di jariku. Alhamdulillah semuanya sudah
selamat diantara aku dan Firham. Tak
dapat aku gambarkan bagaimana perasaanku ketika ini.
Firham membuka pintu bilik, kelihatan tercungap-cungap nafasnya.
“Apesal ni?”soalku pelik. Firham segera masuk dan duduk
sebelahku. Dia memandang aku sambil
bersandar di birai katil.
“Aisy lari tadi.
Sengaja je saudara-mara kita
semua pedajalkan Aisy. Dengkilah tu!” Aku tertawa. Tahu sangat kalau kenduri kahwin kat kampong
ni selagi pengantin lelaki tak cuci periuk belanga selagi tu lah tak boleh
lepas. Lebih-lebih lagi pengantin lelaki tu Aisy saudara mara sendiri, lagilah
teruk diorang kenakan!
“Sampai hati sayang ketawakan.” Aisy muncung memandangku.
Alah merajuk laki aku! Sape nak pujuk ni? Akulah!
“Alah Aisy ni baru cuci sikit dah nak bising. Lagipun
adatlah tu.” Aku berbaring di riba Firham.
Sengaja nak bermanja. Bahagianya!
Firham memandang aku dengan mata yang mengoda. Dia tersengih
melihat aku yang berbaring di ribanya. Firham menundukkan mukanya padaku.
Sebelum bibirnya hinggap di pipiku.
Cepat-cepat aku mengelak ke tepi katil menjauhkan diri. “Isykk Aisy ni gatallah..”Aku jadi malu
sekejap.
“Alah tu mukadimah baru. Warming
up.” Firham tergelak. Firham
mendekatkan lagi dirinya padaku. Aku memusingkan badan. Aku menutup mata menanti debar . Sesaat, dua saat tiada apa-apa. Aku membuka kembali mata . Bunyi dengkuran halus kedengaran di
sebelahku. Aku memusingkan badan. Ceh! Penat aje aku feeling dia boleh tidur!
Alahai kesiannya suamiku, wajah penatnya aku usap. Aku
memeluk tubuhnya. Akhirnya berakhirlah
konflik status kami ni. Selepas ini tak
bolehlah aku nak update Status Cinta Makcik dan Anak Buah kat Facebook lagi. Kami pun dah selamat berkahwin. Hehhe lepas ni nak update kisah suami
tersayang pulak. Barulah ada kelassss!!
Aku memejamkan mata. Aku
berdoa semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya. Semoga Allah
S.W.T melindungi perhubungan kami ini. Ya Allah…terima kasih atas nikmatMU ini.
Sesungguhnya JanjiMu itu pasti untuk setiap hambanya…Alhamdulillah…
2 comments:
Best..
Post a Comment