topbella

Sunday, 8 December 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 9


BAB 9

TOK! TOK! TOK!

“Masuk.” Arahku bila mendengar ketukan pintu dari luar.  Mataku masih tunduk membaca dan meneliti fail-fail yang bertimbun di atas meja.   Bagiku hari pertama di syarikat bukanlah masa untuk aku bazirkan.  Aku harus mengambil tahu segala-galanya mengenai syarikat ini.  Aku kena mengisi mindaku dengan segala maklumat yang ada.  Aku tidak mahu dipandang rendah oleh sesiapa pun.  Aku mahu semua orang kagum dengan kebolehanku.  Dan yang penting aku tidak mahu kecewakan papa yang sudah bersusah payah membesar dan mendidiku. 

“Maaf  menganggu ,Cik Mia. Ini fail yang Cik Mia minta tadi.” kata Reena, setiausahaku. Dia tersenyum nipis kepadaku.

Aku mengambil fail yang diberikan Reena kepadaku.  Aku membalas senyumannya kembali.  Gadis hadapanku ini kelihatan lebih muda dari aku.     Raut wajahnya seperti gadis belasan tahun .  Namun dari pemakaiannya,  dia  sangat bergaya dan elegan.  Lihatlah hari ini, dia kelihatan bergaya sekali mengenakan skirt labuh paras lutut berwarna kelabu, dan dipadankan dengan dress hijau.  Memang cantik dan sesuai dengan imejnya sebagai setiausaha syarikat korporat.

“Reena..duduk dulu, saya ada sesuatu nak bincang dengan awak.” Tegasku. Reena kelihatan serba salah.  Dia perlahan-lahan duduk di kerusi yang bertentangan denganku.

“Soal apa ye Cik Mia?  Ada yang tak kena ke?” Tanya Reena. Mukanya semacam pucat sedikit.  Aku menahan senyum.  Seronok jugak menyakat setiausaha baruku ini. Habislah hidupnya lepas ni.  Teruklah dia dibuli aku nanti he he he.

“Sebenarnya…awak ada buat satu kesilapan besar.  Berat jugak.” Riak wajahku serius menuturkan.  Wajah Reena aku lihat agak terkejut sedikit. 

Aku berdeham kuat.

“Kesilapan apa?  Saya minta maaf kalau-kalau saya ada buat silap.  Cik Mia jangan pecat saya ye.”  Pinta Reena. Dia kelihatan takut-takut memandang aku.

Hampir saja aku nak menghamburkan ketawa.  Adoi! Reena ni.  Gaya dah elegan habis tapi lurus bendul pulak ada.  Nasiblah kau Reena dapat bos macam aku.

“Saya bukan nak pecat awaklah.  Saya cuma nak awak panggil saya Mia. Bukan Cik Mia.” Terangku. 

“Hah! Mana boleh macam tu…”

“Boleh… panggil aje Mia.  Mudah kan tak susah pun. Boleh ye, please…” aku membulatkan mata. Gaya-gaya gadis korea sekarang.

Aku lihat Reena kelihatan serba salah.  Perlahan-lahan dia tersenyum dan mengangguk padaku.

“Great, macam ni lah yang I nak.  Sebenarnya Reena, I tak suka you anggap I macam bos.  Anggap saja I ni macam staff yang lain.  Tak ada beza pun I dengan korang semua.  I pun makan gaji jugak kat sini. Lagipun ini akan merapatkan hubungan kita berdua kan. Friends..”ujarku

“Tapi macam mana kalau orang lain tahu.  Mesti tak bagus untuk imej syarikat.” Ujar Reena.   Adoi si Reena ni memang tahap lurus pembaris.  Lurus bebenor. (benar)

“Reena..kalau depan orang, you panggilah I Cik Mia. Itupun I nak bagitahu. Cuba alert sikit.”

“Okey…kalau macam tu yang Mia nak.  I ikut aje. Kita berkawanlah.”

“Good…” aku tersenyum gembira.  Hooray dah dapat kawan dekat syarikat ni.  Yes! Ada backup untuk cover aku dari Mr Playboy tu.  Aja-aja fighting Mia…

“Disebabkan you dah buat I happy hari ini.  Jom kita pergi lunch.  Hari ni I yang belanja.”

“Betul?” tanya Reena.  Aku mengangguk.  Reena terlompat girang.  Terkejut aku.  Sungguh aku tertipu dengan gaya elegannya.  Rupa-rupanya kanak-kanak ribena jugak.  Nasiblah……


**************************************************************************

 Aku dan Reena sama-sama melangkah masuk ke dalam kafeteria di tingkat bawah pejabat.  Memang ramai  pekerja yang menjamu selera disini.     Kami berdua beratur mengambil makanan kemudian membayarnya di kaunter hadapan.  Kami kemudian berjalan menuju ke arah meja-meja yang disediakan.  

Nampaknya semua meja sudah penuh diduduki orang.

“Alah…penuhlah Reena.  Nak duduk mana ni?” soalku.  Mataku melilau mencari tempat kosong.
 Aku melihat seorang lelaki melambai-lambaikan tangan kearah kami berdua.  Dia mengamit aku dan Reena untuk datang ke mejanya. Ada beberapa kerusi kosong disitu

Aku dan Reena berpandangan.  Kami akhirnya bergerak ke tempat lelaki tersebut. Aku tersenyum dan terus menyapanya.

“Thanks sebab sudi kongsi meja.  Anyway I’m Mia Qaisara. Yang sebelah I ni Reena” Ujarku terus duduk.  Memang tak lah aku nak shake hand kan.  Haram! 

“ I’m Maliqi, but you can call me Iqi. Selamat berkenalan Mia.” Senyum Iqi.  Aku mengangguk.  Okay take note nama dia Iqi.

“So you kerja kat bahagian mana?” soalku berbasa-basi.  Well nak tunggu si Reena ni buka mulut memang tak lah.  Senyap yang amat dari tadi.  Gaya wanita solehah pun ada.  Terkuis-kuis makan nasi. Langsung tak memandang wajah lelaki dihadapannya. Pelik aku!

“I bahagian finance, pejabat I dekat tingkat 5. Macam mana office you, okay?” soalnya. Aku agak sedikit terkejut dengan pertanyaannya.  Dia nampaknya seperti sudah tahu siapa diri aku.

“Jadi you tahulah I ni siapa.  Patutlah you ajak I duduk sini.” Sindirku. 
Iqi cuma tersenyum mendengar sindiranku. “You jangan nak salah faham pulak. I ajak you duduk dekat sini pasal I kesian tengok you all berdua berdiri lama-lama dekat situ.  Lagipun meja ni kosong, tak salah kalau share kan?”

“Yelah tu… Tapi apa-apa pun terima kasihlah.  Nasib baik you sudi kongsi meja.  Kalau tak memang I kebulurlah menunggu meja kosong.” Gelakku.  Reena cuma tersenyum dan mengangguk. 

“Not a big deal.  So Mia, macam mana hari pertama bekerja.  I harap you tak ada masalah apa-apa.”

Well…untuk permulaan bolehlah.  Tak tahu lah akan datang.  Tapi I akan cuba buat yang terbaik.  Kalau ada yang I tak tahu bolehlah I rujuk dekat you kan?” soalku.

“Lah... I ni bahagian Finance, manalah I tahu bahagian projek-projek ni semua.  You patut rujuk dekat CEO kita.  Lagipun nanti you akan kerja satu team dengan dia jugak kan.”

What? Rujuk dengan CEO? No way! Boleh ke aku kerja satu team dengan dia. Immposible!

Aku kembali memandang wajah Iqi “Takkanlah I kena kerja satu team dengan dia.  Lagipun dia tu CEO. Lain bahagian tu.” Jawabku.  Reena  terus menghamburkan ketawanya bila mendengar jawapan dariku.

Iqi juga turut tergelak . “Adoi! Mia, nak kata you ni blur, you kelulusan business.  Cik Mia Qaisara, sebagai Executive produser you kena selia segala proposal dan semua proposal tu kena mendapat kelulusan dari CEO kita.  So you lah yang akan sering berjumpa dia.   I rasa you kena semak balik skop kerja you ni, susah kalau tak tahu.

Ambil kau Mia, bodoh-bodoh je kau kena gelak dengan mamat ni.  Isykkk kenapalah aku boleh memalukan diri  ni. Benda senang macam ni bukannya aku tak tahu. Ya Allah kenapalah kalau yang berkaitan dengan Mr Playboy tu aku boleh jadi blur.  Nasib Mr Playboy tak dengar kalau tak harus aku sorok muka bawah meja. Malu!..

Well…I will. Jangan risau lepas ni Cik Reena kita ni mesti akan uruskan jadual I. Kan Reena.” Jelingku pada Reena. Suka nampak!

Terus tunduk Reena melihat jelingan aku.  Aku melemparkan senyuman nipis pada Iqi. Malu betul aku! Rasa menyesal pulak duduk dengan mamat ni. Lepas ni jangan haraplah aku nak makan semeja dengan dia.  Takkan! Mulut mamat ni boleh tahan juga menyindir aku. 

"Hmm..baru je kita sebut-sebut nama, orangnya pula dah muncul.  Panjang umur. "Ujar Iqi. Matanya tepat melihat ke belakang aku.  Aku terus berpaling ke belakang untuk melihat.  OMG!


2 comments:

Unknown said...

Best.

Unknown said...

Makin lama makin menarik. Teruskan!

Post a Comment

About Me