topbella

Monday 6 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 19


BAB 19

Pagi-pagi lagi aku dah terpacak dekat depan syarikat.   Semuanya gara-gara Mr Playboy punya pasal lah ni, nak sangat suruh aku ikut dia pergi jumpa client.  Dia kata nak biasakan aku dengan semua ni dulu, so senanglah aku buat sendiri nanti.     Itu aku tak kisahlah dah memang kerja aku kan.  Tapi yang menjadi kisahnya sekarang hampir satu jam aku terpacak dekat sini.  Jangan katakan nak jumpa client, batang hidung Mr Playboy pun aku tak nampak.  Ya Allah, sabar je lah.

“Hisyk! Mana Mr Playboy ni?  Dah kebas aku kaki aku berdiri ni.  Dia ni tidur ke apa?” omelku geram.  Aku melihat jam di tangan, tepat jam 9 pagi. 

“Penipu punya Mr Playboy, kata nak pergi jumpa client jam lapan.  Ni dah pukul sembilan.  Dia nak main-mainkan aku agaknya.  Tak apa kau datanglah, tahulah aku ajar kau nanti.” Aku mengenggam tangan.

Aku mengeluh, tak tahan lagi untuk menunggu.   Aku menyeluk saku mengeluarkan handphone dari dalam poket.  Nasib hari tu aku dah save nombor dia.  Aku mencari-cari nama Mr Playboy dalam senarai nama yang disimpan. Jumpa! Aku terus menekan butang call.  Bunyi caller ringtone lagu Linkin park bergema.  
Panggilanku bersambut.

“Hello!! Kau kat mana ni? Dah dekat sejam aku kat sini.  Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke nak buat.   Kau memang sengaja kan nak main-mainkan aku kan, Betul tak?  Wei Mr Playboy kau dengar tak aku cakap ni? ” soalku tanpa henti.  Hisyk senyap je dia dari tadi.  Tidur ke? Aku melihat skrin handset, bateri kong ke?

“Dengarlah… aku belum pekak lagi.” Tersentak terus aku mendengar suaranya.  Dekat semacam je.  Aku menoleh kebelakang.  Fuh!! Terkejut aku tengok dia ada dekat belakang.  Bila dia sampai?

Aku menutup hanset. “Dah berapa lama kau ada dekat sini?” soalku.  Geram tengok muka dia yang tersengih-sengih tengok aku.  Tak rasa bersalah langsung.

“Lama dah… sempat jugak dengar kau membebel tadi.” Sindirnya. Dia tergelak.
Aku memandangnya tajam.  Aku dah lah penat tunggu dia.  Dia boleh gelak pulak.  Memang menambah petrol dekat hati ni.

Terus mati ketawanya sebaik saja melihat muka aku yang membahang saat ini.

“Oppss! Okay, aku minta maaf.   Sepatutnya aku memang dah lama sampai office, tapi tiba-tiba je daddy nak jumpa aku pagi ni.  Jadi aku kena pergi office daddy dulu.  Aku betul-betul lupa nak inform kau. Janganlah marah.” Jelasnya panjang lebar.

Aku menarik nafas bagi meredakan amarah yang membara.  Ikutkan rasa hati, memang aku cincang lumat dia.  Tapi bila ingat balik nasihat abang semalam, aku cuba professional.  Aku tak nak dipengaruhi emosi.

Aku memandang Mr Playboy “ So jadi tak nak jumpa client hari ni?” soalku.

“Err….tak jadilah.   Dato Hussein pun baru call sekejap tadi, katanya dia ada meeting penting pagi ni.  Mungkin esok baru kita dapat jumpa dia.”

Aku mengeluh.  Jadi apa gunanya aku terpacak dekat sini tadi? Eiiiii!!!

“Habis tu kenapa kau tak bagitahu aku dari tadi.  Kau tau tak, dari pagi tadi aku terpacak dekat sini. Tak boleh ke kau call aku bagitahu.  Kau sengaja nak kenakan aku kan?”

“Sorry…aku betul-betul lupa pasal kau.  Aku minta maaf sangat.  Jom aku belanja kau sarapan, kau mesti belum makan lagi kan?” pujuknya.

“Tak payah! Aku tak selera nak makan dengan kau.  Betul-betul buang masa aku je tunggu kau tadi. Kau ni memang tak gunalah!  Tepi!” Aku terus melangkah laju menuju ke lif.  Sakit betul hati ni.  Apa dia ingat dengan nak belanja sarapan tu sakit hati aku berkurang.  Tolonglah….

“Mia, tunggulah dulu.  Janganlah marah, aku tahu aku salah.  Aku minta maaf sangat.  Please…” Mr Playboy mengekori aku dari belakang.  Cepat-cepat aku melangkah.   Mr Playboy masih membebel mengekori aku dari belakang.

Aku diam, malas nak membalas.  Biar dia bercakap seorang diri.  Suka sangat permainkan orang kan.   Aku menekan butang lif di tepi pintu.   Aku menunggu lif terbuka. Mr Playboy masih membebel sebelah aku.  Aku buat tak dengar aje apa dia cakap.  Cepatlah lif ni terbuka….

“Mia..please forgive me.  Aku tau kau penat tunggu aku.  Tapi betul…aku terlupa sangat.  Janganlah macam ni….” Pujukknya gaya macam aku ni girlfriend dia pulak.  Geli telinga aku tiba-tiba.

Aku buat-buat tak tahu je, sikit pun aku tak memandang.  Lantak dialah nak merepek apa.  Mr Playboy masih terus bercakap di sebelah aku.

“Mia kau dengar tak aku cakap ni.  Janganlah diam!”  Aku buat tak tahu.

Mr Playboy mengeluh bila melihat aku masih tak menjawab.  Dia macam menahan marah.

 “Kau taw tak perangai kau ni langsung tak profesional.  Macam budak-budak.   Agaknya betul lah kan, selama ni kau memang manja dengan papa kau.  Spoil rich girl!” sindirnya.

Tersentap terus hati ni bila dengar ayat dia. Perghhhh….pedas!    Aku macam budak-budak? tak profesional? Amboi! Suka suki mulut dia je mengutuk aku.     Aku ke dia yang  tak profesional sekarang ni?  Eiiii!!! Besar kecil besar kecil aje aku tengok Mr Playboy ni. Aku menoleh padanya.

“Hello Mr P.L.A.Y.BO.Y,  jaga sikit bahasa kau tu.  Sekarang ni siapa yang tak profesional, kau ke aku?  Mulut tu jangan sedap je nak mengata orang. Tengok diri kau tu dulu, jangan pandai nak judge orang  je!”  Marahku. 
“Lagi satu, kau ingat dengan belanja sarapan tu boleh hilangkan rasa sakit hati aku?   Ape kau ingat aku hadap sangat nak makan dengan kau?  Aku benci dengan kau tau tak!” tambahku lagi. Geram je tengok muka dia yang macam tak bersalah tu.  Suka hati je kutuk aku macam tu.  Benci!

Mr Playboy terus terus terdiam.  Dia merenung aku,bibirnya tersenyum.  “That my girl.  Mia yang I kenal mesti balas balik apa yang I cakap.  Dia takkan berdiam diri bila dikutuk. Macam ni lah sifat you.  Garang, comel dan kasar.”

Meluat aku tengok mukanya saat tu.  Benci…benci.  Rupa-rupanya itu taktik dia nak buat aku bercakap.  Argh!

Aku menjelingnya geram. Menyampah!   Sebaik saja pintu lif terbuka aku terus masuk.  Mr Playboy masih mengekoriku sehingga ke dalam lif.  Aku segera menekan butang tutup.  Hanya aku dan dia saja di dalam ni.    Mr Playboy yang berada disebelah langsung aku tak pandang. Tak hingin!  Aku menyandarkan badan di dinding.

“Hmmm….” Keluhnya tiba-tiba.

“Okay…aku minta maaf apa yang aku cakap tadi.  Aku tak maksudkan apa-apa pun.   Aku tak suka tengok kau marah macam ni.  Please…..” pintanya penuh mengharap.

Aku diam lagi.  Kali ni aku takkan tertipu lagi dengan taktik dia tu.  Aku memandang skrin nombor diatas.  Cepatlah sampai kat tingkat aku.  Lagi lama aku duduk dengan Mr Playboy ni lagi sakit jiwa aku rasa.

“Mia….” Aku terkejut. Lalu  menoleh pada dia.  Apesal nada suara dia lain macam pulak ni?

Mr Playboy melangkah ke arah aku.  Dia semakin mendekat.  Mukaku berubah pucat, hatiku dah rasa lain macam je.   Apahal Mr Playboy ni?  Dah lah dalam lif ni cuma ada aku dengan dia je.  Macam-macam boleh jadi.  Ape aku nak buat ni?

“Wei…kau nak buat apa ni?  Jangan cuba-cuba nak dekat dengan aku.” Aku mengenggam tangan bersedia nak menumbuk wajahnya jika dia berbuat tak senonoh dekatku .  Mr Playboy sengaja lagi mendekatkan wajahnya padaku.  Dia tersenyum sinis melihat aku yang agak ketakutan.  Dia berhenti.

“Kau ni tak adalah berani sangat.  Penakut jugak rupanya.  Cakap je selalu lebih ha ha ha.” dia ketawa. Dan berundur ke belakang.  Nampak suka mepermainkan aku.  Aku menarik nafas lega. 

Aku memandang geram kearah Mr Playboy. “Apa masalah kau ni sebenarnya, hah?”

“Masalah aku ialah kau!  Susah ke kau nak maafkan aku? Aku dah minta maaf pun kan.” Balasnya.

“Hisyk kau ni nak minta maaf  pun main paksa-paksa.  Suka hati akulah nak maafkan tidak, selalunya tak pulak kau nak rasa bersalah?  Tiba-tiba je over hari ni. Buang tabiat?” soalku pelik.

Mr Playboy merenung wajahku. “Aku…aku…” 

“Dah kenapa pulak kau gagap ni?  Aku ape?” soalku lagi. 

“Aku…sebab aku…”

Prang!!!  Lif tiba-tiba bergoncang kuat.  Aku dan Mr Playboy berpandangan.  Kami sama-sama menoleh ke arah pintu lif.  Lif tersangkut! Alamak!

“Wei macam mana ni? Apesal stop pulak ni?” soalku cemas.  Aku segera menekan kesemua butang yang ada. Berharap lif akan berfungsi semula.

“Tepi-tepi, biar aku tengok.” Mr Playboy cuba menekan butang kecemasan di dalam lif.    Tak ada respon!  Habislah aku macam ni.  Macam mana kalau lif ni terhempas pulak.  Aku tak nak mati sebelah Mr Playboy!  Astaffiruallah….sempat pulak fikiran aku kesitu. Ya Allah…..tolong selamatkan aku!

Aku segera mengeluarkan handphone.   Bateri kong!  Aikk…tadi elok je aku call Mr Playboy. Time bila pulak habis ni?

Aku memandang Mr Playboy yang dari tadi masih cuba menekan butang kecemasan.  “Wei kau try lah minta bantuan dekat luar.” Suruhku.

Dia mengerutkan dahinya memandang kearahku   “Macam mana nak minta bantuan dekat luar kan ke aku stuck kat dalam ni dengan kau.  ”

Aku mengetap bibir.  Dia ni…. “Call lah pakai handphone…tak reti ke?” marahku.  CEO siapalah bengap macam ni?  Akulah tu.  Warghhhh!!!

“Owh…sorry.  Aku bila cemas, memang selalu lupa.” Dia tersengih-sengih sambil mengaru-garu kepalanya.  Dia menyeluk saku,mengeluarkan handphone dan terus menelefon orang yang sepatutnya.  Mereka yang menjawab panggilan tersebut, meminta kami berdua bertenang di dalam.  Kerja-kerja pembaikan akan segera dibuat.  Mungkin mengambil masa lima belas minit.

Aku menarik nafas lega.  Lima belas minit dekat dalam ni? Apa aku nak buat? Dengan Mr Playboy lagi? Huh!

Kakiku mula rasa lenguh, badan tak payah cakaplah.  Panas kot!  Berpeluh dah rasa.   Aku terus duduk di penjuru lif yang belakang, badanku sandarkan. Lega….  Aku memandang Mr Playboy yang masih berdiri.

“Kau tak nak duduk ke?”

“Duduk dekat bawah ni?”

“Tak.. dekat luar tu.” Sindirku.  Dah tau tanya lagi.  Mr playboy terus duduk di penjuru yang satu lagi, bersebelahanku.  Dia pun turut bersandar pada dinding lif. Dia membuka kot dan tali leher yang dipakai.  
Panas agaknya.  Tapi dalam hati aku berdoa je, janganlah dia buka baju.  Tergugat nanti iman aku tengok badan dia yang ketul-ketul tu.   Isykkk teruk betul fikiran aku, sempat pulak fikir macam tu.

Lima belas minit hampir berlalu.  Tiada tanda-tanda lif  akan berfungsi.  Aku mengeluh.  Aku memandang Mr Playboy yang sibuk bermain game dalam handphone.  Nampak tekun je dia tekan butang keypad tu. Sabar je lah hati tengok, boleh pulak  dia buat selamba rileks je duduk dalam ni. Lagak macam duduk dekat taman je aksi dia.  Geram!

“Wei kau call lagi orang tu.  Apasal lambat sangat.  Boleh mati kepanasan aku tunggu macam ni.” Aku mengipas-ngipas muka ku dengan tangan. HOT!!!

“Alah kejap lagi baiklah tu.  Kau tak reti sabar ke?”

“Banyak kau punya sabar.  Aku dah panas ni.  Cepatlah telefon!!” gesaku. Dia ingat sedap apa duduk dalam ni. Aku sepak jugak muka dia tu karang.

Mr Playboy segera mendail nombor tadi sekali lagi.  Dia bercakap dan menggesa supaya cepat.

“Dah, puas hati…” ujarnya sebaik saja habis bercakap di telefon. Menyindirlah tu.

Aku mencebik padanya.

Mr Playboy memandang aku.  Dia kemudian tersenyum.

“Senyum-senyum…dah kenapa?  Giler!”

“Kau ni suka sebut perkataan gila, betul-betul gila nanti baru tau.  Aku ni senyum sebab rasa macam tak percaya pulak terperangkap dengan kau dalam lif ni. Tadi kau kan tengah merajuk dengan aku.  So mungkin ini satu petanda yang Allah bagi supaya aku dapat pujuk kau. Nampak tak semua ni?”

Aku mencebik. “Perasan! Bila masa aku merajuk dengan kau.  Aku cuma tak puas hati je. Lagipun siapa yang suruh kau pujuk aku?  Kau je yang sibuk nak minta maaf.  Aku tak suruh pun.”

Dia tetap tersenyum .  So… kau masih tak nak maafkan aku lagi?” soalnya penuh mengharap.

Aku pelik melihat dia, sekejap perangai macam baik sekejap macam menyampah pun ada! Nak maaf kan ke tidak ?   Aku memandang wajahnya, berfikir-fikir.  Hmm….dalam time macam ni aku tak sepatutnya bermusuhan dengan dia,  sebaliknya aku boleh cuba berbaik-baik dengan dia.  Takkan selamanya aku nak bergaduh je.    Abang pun kata, itu semua merugikan.  Mungkin kalau aku cuba berkawan dengan dia, kami akan jadi rakan bisnes yang hebat.  Siapa tahu kan!

“Hmmm…boleh.  Tapi ada syaratnya.” Aku tersenyum. Dalam kepalaku sudah sarat dengan perancangan.  Habislah kau nanti Mr Playboy.

“Syarat? Nak maafkan pun nak pakai syarat jugak.”

“Samalah macam kau paksa-paksa aku maafkan kau.   So kenalah ada syarat.  Kalau tak nak, tak apa. Aku pun tak heran.”
Mr Playboy mengeluh.  “Hmmm…apa syaratnya. Jangan melampau sudah.”
Aku tersenyum meleret. “Nanti aku bagitahu kau. Jangan risau, yang baik-baik je aku kenakan kat kau”  Yes!
Mr Playboymengerutkan keningnya. Wajahnya tampak risau.    Dia akhirnya tetap mengangguk.  

“Okay…kalau macam tu, aku pun ada permintaan jugak.”

“Permintaan apa?”

Friends…” ujarnya lembut.

Aku terkejut dengan permintaannya.“Hah…kau  nak jadi kawan aku.  Biar betul MR Playboy nak kawan dengan aku? Betul ke ni?” soalku macam tak percaya pulak  he he he.

“Betullah… buat apa nak gaduh-gaduh.   So sudi tak kawan dengan aku?”

“No hal lah… cuba kau tanya sekali lagi? Tak puas nak dengar he he he.” pintaku sengaja. Sedap pulak dengar suara Mr Playboy lembut macam tu.

Dia mengelengkan kepala melihat telatahku.

Friends…”

Good friends…” ucapku semangat. Thumbs up aku berikan tanda setuju.

Berubah riak wajahnya. “Serious… lepas ni dah tak boleh mengelak dari aku dah.

“Hmmmm….kau pun sama jugak.  Siaplah kalau dah kawan dengan aku” balasku.

Kami sama-sama tertawa.  Kelakar pulak cara kami nak berkawan.  Dalam lif tersangkut ni pun jadi.  Padahal sebelum ni macam nak rak bergaduh.  Hmmm… mungkin ada hikmahnya kan.

 Lif tiba-tiba bergerak semula,naik ke atas.   Aku mengucap syukur dan segera berdiri.   Entah macam mana aku tidak dapat mengimbangkan badan dan terus terjatuh dalam pangkuan Mr Playboy yang masih duduk.   Dia menyambut tubuhku.   Kami saling berpandangan.  Lama.

Ting! Pintu lif  terus terbuka.  Beberapa orang diluar memanggil nama kami.   Aku dan Mr Playboy memandang ke luar melihat.  Kami berpandangan semula. Tersedar!  Habislah ada orang nampak kami dalam keadaan macam ni.

Aku cepat-cepat bangun dari ribanya dan segera keluar dari lif.  Aku tak toleh sedikit pun pada sesiapa .  Malu….malu mana aku nak letak muka lepas ni.    Mesti diorang salah sangka nanti.   Habislah kalau jadi gosip.   Macam manalah boleh jatuh tadi.  Isykkk….memalukan dah lah baru je berbaik-baik dengan Mr Playboy, kenapa jadi macam ni pulak.  Argh! Benci!!!!!

****************************************************

AKU memandang kabur pada skrin komputer,  entah kenapa dari tadi kepalaku asyik berdenyut-denyut.   Aku memicit-memicit kepala menghilangkan kesakitan.  Ini mesti sebab gara-gara aku terperangkap dalam lif tadi.  Dah lah panas.  Ditambah lagi dengan kejadian yang memalukan tadi, lagi menambah sakit kepala.  Bunyi ketukan di pintu bergema.

“Hai Mia, kenapa ni? Muka you nampak pucatlah?” soal Reena.

“Hah?” aku segera melihat wajahku di cermin.  Yelah…pucat.  Aku pun rasa macam nak demam je ni. 

“You demam ni, baik you pergi klinik nanti melarat pulak.”  Reena meletakkan tangannya di dahiku.   Aku memandang Reena, blur.  Aku nak pergi klinik? Jangan harap aku nak jejak kaki kat tempat menakutkan tu.  Eiiii.. nanti entah apa yang doktor tu nak exsperiment aku. Takot!

“Alah tak ada apalah,  I tak sakit pun.  Nanti eloklah tu.”

“Tak ada apa you kata, muka you dah pucat sangat tu. Jomlah kita pergi klinik. I temankan you.” Ujarnya, nampak dia betul-betul risaukan aku.

“Tak payahlah .. Apa kata you ambilkan I panadol.  Nanti I okaylah makan ubat tu.” Saranku.

“Okay…you tunggu kejap, nanti I ambilkan.” Reena segera keluar dari bilik. Dua minit kemudian dia datang membawa segelas air dan dua biji panadol untukku.

Aku mengambilnya dari tangan Reena, dan menelannya.  Pahitnya….

“Reena pastikan tiada siapa ganggu I nanti ye.  I nak berehat kejap.” Ucapku pada Reena sebelum dia keluar.  Aku terus berbaring di sofa.  Aku memejamkan mata, berharap sakitku akan berkurangan.

*******************************************************

Badanku terasa agak panas sekali, terasa macam ada seseorang membelai-belai pipiku. Namaku dipanggil berulang kali.  Aku mencelikkan mata.  Mr Playboy!  

Mataku terus terbuka luas.    Aku memandangnya yang duduk disisiku.

“Aku dekat mana ni?” soalku, suaraku serak-serak sikit.  Rasa mamai je kepala aku ni. Ting tong dah!

“Kau kat office lagi.  Macam mana badan kau, masih kurang sihat lagi?” Tanyanya prihatin.

Aku mengerutkan kening. Keliru mendengar pertanyaan dia. Belumpun sempat aku nak menjawab,satu suara kedengaran masuk.

“Alhamdulillah you dah bangun pun, I ingat apalah jadi dekat you tadi.” keluh Reena yang baru je masuk. Wajahnya tampak risau.

Aku blur sekejap pada Reena.  Kemudian aku mengalihkan pandangan pada Mr Playboy.  Aku mengelipkan mata.  Lah baru aku teringat, tadikan aku tidur lepas makan panadol.  Adoi! demam ni masih tak kebah lagi.

“Macam mana kau boleh ada dekat office aku ni?” soalku padanya. Nada lembutlah, kami kan dah berkawan.

“Tadi Reena bagitahu aku yang kau tak sihat, dia cakap kau tengah tidur dalam bilik.  Jadi sebagai CEO wajiblah aku melihat kau.  Nanti jadi apa-apa macam mana?”

Aku mencebik, poyo je bercakap.  “Aku tak apa-apalah, kejap lagi baiklah ni. Lagipun dah nak habis waktu kerja pun.” Ucapku lemah. Mataku mengerling jam ditangan.

“Kalau macam tu biar Tengku Afriel hantar you balik.  Nanti takut apa-apa jadi kat you.  Bahaya kalau you drive sorang-sorang. Betul kan Tengku.” Sampuk Reena.

Aku menjeling Reena.  Dia ni pandai-pandai je bercakap.  Dia tak tahu ke yang aku ni dah malu tahap sepuluh sejak kejadian pagi tadi. Memang nak kena Reena ni.  Nasib aku tak sihat kalau tak memang merasalah tapak kasut saiz lima aku ni.  Siap kau Reena!

“Aku tak kisah pun, jom aku hantar kau balik.” Mr Playboy mula bersuara.

Aku serba salah memandangnya. “Ermmm..tak payahlah.  Aku boleh balik sendiri. Kau tak payah susah-susah.”

“Kau jangan degil boleh tak.  Aku tak nak dengar alasan lagi.  Reena you tolong kemas semua barang bos you, bagi dekat I.  Jom.” Ajaknya lembut.   

Aku mengelengkan kepala.  Tak nak! Kalau aku balik dengan dia, nanti mesti akan ada gosip lagi.  Gosip tadi pun aku belum dengar lagi, ni nak tambah lagi pulak.  Tak payah!

Dia mendengus geram. “Kenapalah kau ni degil sangat.  Baik kau bangun cepat sebelum aku kendong kau bawak dekat kereta.  So nanti, biar semua orang dekat pejabat ni pandang kita berdua.  Kau nak macam tu?” Gertak dia.

Aku mengeleng.  Gila lah kalau dia kendong aku.  Scene memalukan tadi pun tak reda lagi, dah nak tambah babak baru pulak.  Aku mengeluh.   Perlahan-lahan mengikuti langkahnya ke kereta. Warghhhh… Tak rela nak balik dengan dia.  Malu!!!!

5 comments:

Unknown said...

best..just curious, MR.Playboy guna phone apa ya coz main game tekan keypad?Huhu..Blackberry maybe? ;-)

Ian asynata said...

tak kisah apa-apa phone pun bleh fikir....hahahah. Blackbery pun boleh...i love BB especially BB porche... sesuai kalau nak bergaya...

Unknown said...

BEST

Amirah Hidayah said...

Best laaaaa!! Afriel ni mcm dah suka kt mia je eh haha caring gituuu :D

Syafiqah Hartini said...

best best. keep it up.. tak sabar tunggu next chapter.. cepat2 la buat cetakan ye :)

Post a Comment

About Me