BAB 19
Pagi-pagi lagi aku dah
terpacak dekat depan syarikat. Semuanya
gara-gara Mr Playboy punya pasal lah ni, nak sangat suruh aku ikut dia pergi
jumpa client. Dia kata nak biasakan aku
dengan semua ni dulu, so senanglah
aku buat sendiri nanti. Itu aku tak kisahlah dah memang kerja aku
kan. Tapi yang menjadi kisahnya sekarang
hampir satu jam aku terpacak dekat sini.
Jangan katakan nak jumpa client, batang hidung Mr Playboy pun aku tak
nampak. Ya Allah, sabar je lah.
“Hisyk! Mana Mr Playboy
ni? Dah kebas aku kaki aku berdiri ni. Dia ni tidur ke apa?” omelku geram. Aku melihat jam di tangan, tepat jam 9
pagi.
“Penipu punya Mr Playboy,
kata nak pergi jumpa client jam lapan.
Ni dah pukul sembilan. Dia nak main-mainkan
aku agaknya. Tak apa kau datanglah,
tahulah aku ajar kau nanti.” Aku mengenggam tangan.
Aku mengeluh, tak tahan
lagi untuk menunggu. Aku menyeluk saku
mengeluarkan handphone dari dalam poket. Nasib hari tu aku dah save nombor dia. Aku mencari-cari nama Mr Playboy dalam
senarai nama yang disimpan. Jumpa! Aku terus menekan butang call. Bunyi caller ringtone lagu Linkin park
bergema.
Panggilanku bersambut.
“Hello!! Kau kat mana
ni? Dah dekat sejam aku kat sini. Kau
ingat aku ni tak ada kerja lain ke nak buat.
Kau memang sengaja kan nak
main-mainkan aku kan, Betul tak? Wei Mr
Playboy kau dengar tak aku cakap ni? ” soalku tanpa henti. Hisyk senyap je dia dari tadi. Tidur ke? Aku melihat skrin handset, bateri
kong ke?
“Dengarlah… aku belum
pekak lagi.” Tersentak terus aku mendengar suaranya. Dekat semacam je. Aku menoleh kebelakang. Fuh!! Terkejut aku tengok dia ada dekat
belakang. Bila dia sampai?
Aku menutup hanset.
“Dah berapa lama kau ada dekat sini?” soalku.
Geram tengok muka dia yang tersengih-sengih tengok aku. Tak rasa bersalah langsung.
“Lama dah… sempat jugak
dengar kau membebel tadi.” Sindirnya. Dia tergelak.
Aku memandangnya
tajam. Aku dah lah penat tunggu
dia. Dia boleh gelak pulak. Memang menambah petrol dekat hati ni.
Terus mati ketawanya
sebaik saja melihat muka aku yang membahang saat ini.
“Oppss! Okay, aku minta
maaf. Sepatutnya aku memang dah lama
sampai office, tapi tiba-tiba je daddy nak jumpa aku pagi ni. Jadi aku kena pergi office daddy dulu. Aku betul-betul lupa nak inform kau. Janganlah marah.” Jelasnya panjang lebar.
Aku menarik nafas bagi
meredakan amarah yang membara. Ikutkan
rasa hati, memang aku cincang lumat dia.
Tapi bila ingat balik nasihat abang semalam, aku cuba professional. Aku tak nak dipengaruhi emosi.
Aku memandang Mr
Playboy “ So jadi tak nak jumpa client hari ni?” soalku.
“Err….tak jadilah. Dato
Hussein pun baru call sekejap tadi, katanya dia ada meeting penting pagi
ni. Mungkin esok baru kita dapat jumpa
dia.”
Aku mengeluh. Jadi apa gunanya aku terpacak dekat sini
tadi? Eiiiii!!!
“Habis tu kenapa kau
tak bagitahu aku dari tadi. Kau tau tak,
dari pagi tadi aku terpacak dekat sini. Tak boleh ke kau call aku
bagitahu. Kau sengaja nak kenakan aku
kan?”
“Sorry…aku betul-betul
lupa pasal kau. Aku minta maaf sangat. Jom aku belanja kau sarapan, kau mesti belum
makan lagi kan?” pujuknya.
“Tak payah! Aku tak selera nak makan dengan
kau. Betul-betul buang masa aku je
tunggu kau tadi. Kau ni memang tak gunalah! Tepi!” Aku terus melangkah laju menuju ke
lif. Sakit betul hati ni. Apa dia ingat dengan nak belanja sarapan tu
sakit hati aku berkurang. Tolonglah….
“Mia, tunggulah
dulu. Janganlah marah, aku tahu aku
salah. Aku minta maaf sangat. Please…” Mr Playboy mengekori aku dari
belakang. Cepat-cepat aku
melangkah. Mr Playboy masih membebel
mengekori aku dari belakang.
Aku diam, malas nak
membalas. Biar dia bercakap seorang
diri. Suka sangat permainkan orang kan. Aku menekan butang lif di tepi pintu. Aku menunggu lif terbuka. Mr Playboy masih
membebel sebelah aku. Aku buat tak
dengar aje apa dia cakap. Cepatlah lif
ni terbuka….
“Mia..please forgive me. Aku tau kau penat tunggu aku. Tapi betul…aku terlupa sangat. Janganlah macam ni….” Pujukknya gaya macam
aku ni girlfriend dia pulak. Geli
telinga aku tiba-tiba.
Aku buat-buat tak tahu
je, sikit pun aku tak memandang. Lantak dialah nak merepek apa. Mr Playboy masih terus bercakap di sebelah
aku.
“Mia kau dengar tak aku
cakap ni. Janganlah diam!” Aku buat tak tahu.
Mr Playboy mengeluh
bila melihat aku masih tak menjawab. Dia
macam menahan marah.
“Kau taw tak perangai kau ni langsung tak
profesional. Macam budak-budak. Agaknya betul lah kan, selama ni kau memang
manja dengan papa kau. Spoil rich girl!” sindirnya.
Tersentap terus hati ni
bila dengar ayat dia. Perghhhh….pedas! Aku macam budak-budak? tak profesional? Amboi!
Suka suki mulut dia je mengutuk aku.
Aku ke dia yang tak profesional sekarang
ni? Eiiii!!! Besar kecil besar kecil aje
aku tengok Mr Playboy ni. Aku menoleh padanya.
“Hello Mr
P.L.A.Y.BO.Y, jaga sikit bahasa kau
tu. Sekarang ni siapa yang tak
profesional, kau ke aku? Mulut tu jangan
sedap je nak mengata orang. Tengok diri kau tu dulu, jangan pandai nak judge orang je!”
Marahku.
“Lagi satu, kau ingat dengan
belanja sarapan tu boleh hilangkan rasa sakit hati aku? Ape kau
ingat aku hadap sangat nak makan dengan kau? Aku benci dengan kau tau tak!” tambahku lagi. Geram
je tengok muka dia yang macam tak bersalah tu. Suka hati je kutuk aku macam tu. Benci!
Mr Playboy terus terus
terdiam. Dia merenung aku,bibirnya
tersenyum. “That my girl. Mia yang I kenal
mesti balas balik apa yang I cakap. Dia
takkan berdiam diri bila dikutuk. Macam ni lah sifat you. Garang, comel dan kasar.”
Meluat aku tengok
mukanya saat tu. Benci…benci. Rupa-rupanya itu taktik dia nak buat aku
bercakap. Argh!
Aku menjelingnya geram.
Menyampah! Sebaik saja pintu lif
terbuka aku terus masuk. Mr Playboy
masih mengekoriku sehingga ke dalam lif.
Aku segera menekan butang tutup.
Hanya aku dan dia saja di dalam ni.
Mr Playboy yang berada disebelah langsung aku tak pandang. Tak
hingin! Aku menyandarkan badan di
dinding.
“Hmmm….” Keluhnya tiba-tiba.
“Okay…aku minta maaf
apa yang aku cakap tadi. Aku tak maksudkan
apa-apa pun. Aku tak suka tengok kau
marah macam ni. Please…..” pintanya
penuh mengharap.
Aku diam lagi. Kali ni aku takkan tertipu lagi dengan taktik
dia tu. Aku memandang skrin nombor
diatas. Cepatlah sampai kat tingkat
aku. Lagi lama aku duduk dengan Mr
Playboy ni lagi sakit jiwa aku rasa.
“Mia….” Aku terkejut.
Lalu menoleh pada dia. Apesal nada suara dia lain macam pulak ni?
Mr Playboy melangkah ke
arah aku. Dia semakin mendekat. Mukaku berubah pucat, hatiku dah rasa lain
macam je. Apahal Mr Playboy ni? Dah lah dalam lif ni cuma ada aku dengan dia
je. Macam-macam boleh jadi. Ape aku nak buat ni?
“Wei…kau nak buat apa
ni? Jangan cuba-cuba nak dekat dengan
aku.” Aku mengenggam tangan bersedia nak menumbuk wajahnya jika dia berbuat tak
senonoh dekatku . Mr Playboy sengaja
lagi mendekatkan wajahnya padaku. Dia
tersenyum sinis melihat aku yang agak ketakutan. Dia berhenti.
“Kau ni tak adalah
berani sangat. Penakut jugak
rupanya. Cakap je selalu lebih ha ha
ha.” dia ketawa. Dan berundur ke belakang.
Nampak suka mepermainkan aku. Aku
menarik nafas lega.
Aku memandang geram
kearah Mr Playboy. “Apa masalah kau ni sebenarnya, hah?”
“Masalah aku ialah
kau! Susah ke kau nak maafkan aku? Aku
dah minta maaf pun kan.” Balasnya.
“Hisyk kau ni nak minta
maaf pun main paksa-paksa. Suka hati akulah nak maafkan tidak, selalunya
tak pulak kau nak rasa bersalah? Tiba-tiba
je over hari ni. Buang tabiat?” soalku pelik.
Mr Playboy merenung
wajahku. “Aku…aku…”
“Dah kenapa pulak kau
gagap ni? Aku ape?” soalku lagi.
“Aku…sebab aku…”
Prang!!! Lif tiba-tiba bergoncang kuat. Aku dan Mr Playboy berpandangan. Kami sama-sama menoleh ke arah pintu
lif. Lif tersangkut! Alamak!
“Wei macam mana ni?
Apesal stop pulak ni?” soalku
cemas. Aku segera menekan kesemua butang
yang ada. Berharap lif akan berfungsi semula.
“Tepi-tepi, biar aku
tengok.” Mr Playboy cuba menekan butang kecemasan di dalam lif. Tak ada respon! Habislah aku macam ni. Macam mana kalau lif ni terhempas pulak. Aku tak nak mati sebelah Mr Playboy! Astaffiruallah….sempat pulak fikiran aku
kesitu. Ya Allah…..tolong selamatkan aku!
Aku segera mengeluarkan
handphone. Bateri kong! Aikk…tadi elok je aku call Mr Playboy. Time bila pulak habis ni?
Aku memandang Mr
Playboy yang dari tadi masih cuba menekan butang kecemasan. “Wei kau try lah minta bantuan dekat luar.” Suruhku.
Dia mengerutkan dahinya
memandang kearahku “Macam mana nak
minta bantuan dekat luar kan ke aku stuck
kat dalam ni dengan kau. ”
Aku mengetap
bibir. Dia ni…. “Call lah pakai
handphone…tak reti ke?” marahku. CEO
siapalah bengap macam ni? Akulah
tu. Warghhhh!!!
“Owh…sorry. Aku bila cemas, memang selalu lupa.” Dia
tersengih-sengih sambil mengaru-garu kepalanya.
Dia menyeluk saku,mengeluarkan handphone dan terus menelefon orang yang
sepatutnya. Mereka yang menjawab
panggilan tersebut, meminta kami berdua bertenang di dalam. Kerja-kerja pembaikan akan segera
dibuat. Mungkin mengambil masa lima
belas minit.
Aku menarik nafas
lega. Lima belas minit dekat dalam ni?
Apa aku nak buat? Dengan Mr Playboy lagi? Huh!
Kakiku mula rasa
lenguh, badan tak payah cakaplah. Panas
kot! Berpeluh dah rasa. Aku terus duduk di penjuru lif yang belakang,
badanku sandarkan. Lega…. Aku memandang
Mr Playboy yang masih berdiri.
“Kau tak nak duduk ke?”
“Duduk dekat bawah ni?”
“Tak.. dekat luar tu.”
Sindirku. Dah tau tanya lagi. Mr playboy terus duduk di penjuru yang satu
lagi, bersebelahanku. Dia pun turut
bersandar pada dinding lif. Dia membuka kot dan tali leher yang dipakai.
Panas agaknya. Tapi dalam hati aku berdoa je, janganlah dia buka
baju. Tergugat nanti iman aku tengok badan
dia yang ketul-ketul tu. Isykkk teruk betul fikiran aku, sempat pulak fikir
macam tu.
Lima belas minit hampir
berlalu. Tiada tanda-tanda lif akan berfungsi. Aku mengeluh. Aku memandang Mr Playboy yang sibuk bermain game
dalam handphone. Nampak tekun je dia tekan
butang keypad tu. Sabar je lah hati tengok, boleh pulak dia buat selamba rileks je duduk dalam ni. Lagak
macam duduk dekat taman je aksi dia. Geram!
“Wei kau call lagi orang tu. Apasal lambat sangat. Boleh mati kepanasan aku tunggu macam ni.” Aku
mengipas-ngipas muka ku dengan tangan. HOT!!!
“Alah kejap lagi
baiklah tu. Kau tak reti sabar ke?”
“Banyak kau punya
sabar. Aku dah panas ni. Cepatlah telefon!!” gesaku. Dia ingat sedap
apa duduk dalam ni. Aku sepak jugak muka dia tu karang.
Mr Playboy segera mendail nombor tadi sekali
lagi. Dia bercakap dan menggesa supaya
cepat.
“Dah, puas hati…”
ujarnya sebaik saja habis bercakap di telefon. Menyindirlah tu.
Aku mencebik padanya.
Mr Playboy memandang
aku. Dia kemudian tersenyum.
“Senyum-senyum…dah
kenapa? Giler!”
“Kau ni suka sebut
perkataan gila, betul-betul gila nanti baru tau. Aku ni senyum sebab rasa macam tak percaya
pulak terperangkap dengan kau dalam lif ni. Tadi kau kan tengah merajuk dengan
aku. So
mungkin ini satu petanda yang Allah bagi supaya aku dapat pujuk kau. Nampak tak
semua ni?”
Aku mencebik. “Perasan!
Bila masa aku merajuk dengan kau. Aku
cuma tak puas hati je. Lagipun siapa yang suruh kau pujuk aku? Kau je yang sibuk nak minta maaf. Aku tak suruh pun.”
Dia tetap tersenyum . “So…
kau masih tak nak maafkan aku lagi?” soalnya penuh mengharap.
Aku pelik melihat dia,
sekejap perangai macam baik sekejap macam menyampah pun ada! Nak maaf kan ke
tidak ? Aku memandang wajahnya,
berfikir-fikir. Hmm….dalam time macam ni aku tak sepatutnya
bermusuhan dengan dia, sebaliknya aku
boleh cuba berbaik-baik dengan dia.
Takkan selamanya aku nak bergaduh je.
Abang pun kata, itu semua merugikan.
Mungkin kalau aku cuba berkawan dengan dia, kami akan jadi rakan bisnes
yang hebat. Siapa tahu kan!
“Hmmm…boleh. Tapi ada syaratnya.” Aku tersenyum. Dalam
kepalaku sudah sarat dengan perancangan.
Habislah kau nanti Mr Playboy.
“Syarat? Nak maafkan pun
nak pakai syarat jugak.”
“Samalah macam kau
paksa-paksa aku maafkan kau. So kenalah
ada syarat. Kalau tak nak, tak apa. Aku
pun tak heran.”
Mr Playboy
mengeluh. “Hmmm…apa syaratnya. Jangan
melampau sudah.”
Aku tersenyum meleret.
“Nanti aku bagitahu kau. Jangan risau, yang baik-baik je aku kenakan kat kau” Yes!
Mr Playboymengerutkan
keningnya. Wajahnya tampak risau. Dia akhirnya tetap mengangguk.
“Okay…kalau macam tu,
aku pun ada permintaan jugak.”
“Permintaan apa?”
“Friends…” ujarnya lembut.
Aku terkejut dengan
permintaannya.“Hah…kau nak jadi kawan
aku. Biar betul MR Playboy nak kawan
dengan aku? Betul ke ni?” soalku macam tak percaya pulak he he he.
“Betullah… buat apa nak
gaduh-gaduh. So sudi tak kawan dengan aku?”
“No hal lah… cuba kau
tanya sekali lagi? Tak puas nak dengar he he he.” pintaku sengaja. Sedap pulak
dengar suara Mr Playboy lembut macam tu.
Dia mengelengkan kepala
melihat telatahku.
“Friends…”
“Good friends…” ucapku semangat. Thumbs up aku berikan tanda setuju.
Berubah riak wajahnya.
“Serious… lepas ni dah tak boleh
mengelak dari aku dah.”
“Hmmmm….kau pun sama
jugak. Siaplah kalau dah kawan dengan
aku” balasku.
Kami sama-sama
tertawa. Kelakar pulak cara kami nak
berkawan. Dalam lif tersangkut ni pun
jadi. Padahal sebelum ni macam nak rak
bergaduh. Hmmm… mungkin ada hikmahnya
kan.
Lif tiba-tiba bergerak semula,naik ke
atas. Aku mengucap syukur dan segera berdiri. Entah macam mana aku tidak dapat
mengimbangkan badan dan terus terjatuh dalam pangkuan Mr Playboy yang masih
duduk. Dia menyambut tubuhku. Kami saling berpandangan. Lama.
Ting!
Pintu
lif terus terbuka. Beberapa orang diluar memanggil nama kami. Aku dan Mr Playboy memandang ke luar
melihat. Kami berpandangan semula.
Tersedar! Habislah ada orang nampak kami
dalam keadaan macam ni.
Aku cepat-cepat bangun
dari ribanya dan segera keluar dari lif.
Aku tak toleh sedikit pun pada sesiapa .
Malu….malu mana aku nak letak muka lepas ni. Mesti diorang salah sangka nanti. Habislah kalau jadi gosip. Macam manalah boleh jatuh tadi. Isykkk….memalukan dah lah baru je
berbaik-baik dengan Mr Playboy, kenapa jadi macam ni pulak. Argh! Benci!!!!!
****************************************************
AKU memandang kabur
pada skrin komputer, entah kenapa dari
tadi kepalaku asyik berdenyut-denyut.
Aku memicit-memicit kepala menghilangkan kesakitan. Ini mesti sebab gara-gara aku terperangkap
dalam lif tadi. Dah lah panas. Ditambah lagi dengan kejadian yang memalukan
tadi, lagi menambah sakit kepala. Bunyi
ketukan di pintu bergema.
“Hai Mia, kenapa ni?
Muka you nampak pucatlah?” soal Reena.
“Hah?” aku segera
melihat wajahku di cermin. Yelah…pucat. Aku pun rasa macam nak demam je ni.
“You demam ni, baik you
pergi klinik nanti melarat pulak.” Reena
meletakkan tangannya di dahiku. Aku memandang Reena, blur. Aku nak pergi klinik? Jangan harap aku nak
jejak kaki kat tempat menakutkan tu.
Eiiii.. nanti entah apa yang doktor tu nak exsperiment aku. Takot!
“Alah tak ada
apalah, I tak sakit pun. Nanti eloklah tu.”
“Tak ada apa you kata,
muka you dah pucat sangat tu. Jomlah kita pergi klinik. I temankan you.”
Ujarnya, nampak dia betul-betul risaukan aku.
“Tak payahlah .. Apa
kata you ambilkan I panadol. Nanti I
okaylah makan ubat tu.” Saranku.
“Okay…you tunggu kejap,
nanti I ambilkan.” Reena segera keluar dari bilik. Dua minit kemudian dia
datang membawa segelas air dan dua biji panadol untukku.
Aku mengambilnya dari
tangan Reena, dan menelannya. Pahitnya….
“Reena pastikan tiada
siapa ganggu I nanti ye. I nak berehat
kejap.” Ucapku pada Reena sebelum dia keluar.
Aku terus berbaring di sofa. Aku
memejamkan mata, berharap sakitku akan berkurangan.
*******************************************************
Badanku terasa agak
panas sekali, terasa macam ada seseorang membelai-belai pipiku. Namaku
dipanggil berulang kali. Aku mencelikkan
mata. Mr Playboy!
Mataku terus terbuka luas. Aku memandangnya yang duduk disisiku.
Mataku terus terbuka luas. Aku memandangnya yang duduk disisiku.
“Aku dekat mana ni?” soalku, suaraku serak-serak sikit.
Rasa mamai je kepala aku ni. Ting tong dah!
“Kau kat office lagi. Macam mana badan kau, masih kurang sihat lagi?” Tanyanya
prihatin.
Aku mengerutkan kening. Keliru mendengar
pertanyaan dia. Belumpun sempat aku nak menjawab,satu
suara kedengaran masuk.
“Alhamdulillah you dah
bangun pun, I ingat apalah jadi dekat you tadi.” keluh Reena yang baru je
masuk. Wajahnya tampak risau.
Aku blur sekejap pada
Reena. Kemudian aku mengalihkan
pandangan pada Mr Playboy. Aku mengelipkan
mata. Lah baru aku teringat, tadikan aku
tidur lepas makan panadol. Adoi! demam ni
masih tak kebah lagi.
“Macam mana kau boleh
ada dekat office aku ni?” soalku padanya. Nada lembutlah, kami kan dah
berkawan.
“Tadi Reena bagitahu
aku yang kau tak sihat, dia cakap kau tengah tidur dalam bilik. Jadi sebagai CEO wajiblah aku melihat
kau. Nanti jadi apa-apa macam mana?”
Aku mencebik, poyo je
bercakap. “Aku tak apa-apalah, kejap
lagi baiklah ni. Lagipun dah nak habis waktu kerja pun.” Ucapku lemah. Mataku
mengerling jam ditangan.
“Kalau macam tu biar Tengku
Afriel hantar you balik. Nanti takut
apa-apa jadi kat you. Bahaya kalau you drive
sorang-sorang. Betul kan Tengku.” Sampuk Reena.
Aku menjeling
Reena. Dia ni pandai-pandai je
bercakap. Dia tak tahu ke yang aku ni
dah malu tahap sepuluh sejak kejadian pagi tadi. Memang nak kena Reena ni. Nasib aku tak sihat kalau tak memang merasalah
tapak kasut saiz lima aku ni. Siap kau Reena!
“Aku tak kisah pun, jom
aku hantar kau balik.” Mr Playboy mula bersuara.
Aku serba salah
memandangnya. “Ermmm..tak payahlah. Aku
boleh balik sendiri. Kau tak payah susah-susah.”
“Kau jangan degil boleh
tak. Aku tak nak dengar alasan
lagi. Reena you tolong kemas semua
barang bos you, bagi dekat I. Jom.”
Ajaknya lembut.
Aku mengelengkan
kepala. Tak nak! Kalau aku balik dengan
dia, nanti mesti akan ada gosip lagi.
Gosip tadi pun aku belum dengar lagi, ni nak tambah lagi pulak. Tak payah!
Dia mendengus geram.
“Kenapalah kau ni degil sangat. Baik kau
bangun cepat sebelum aku kendong kau bawak dekat kereta. So nanti, biar semua orang dekat pejabat ni pandang kita berdua. Kau nak macam tu?” Gertak dia.
Aku mengeleng. Gila lah kalau dia kendong aku. Scene memalukan tadi pun tak reda lagi, dah
nak tambah babak baru pulak. Aku
mengeluh. Perlahan-lahan mengikuti langkahnya ke kereta. Warghhhh… Tak rela nak
balik dengan dia. Malu!!!!
5 comments:
best..just curious, MR.Playboy guna phone apa ya coz main game tekan keypad?Huhu..Blackberry maybe? ;-)
tak kisah apa-apa phone pun bleh fikir....hahahah. Blackbery pun boleh...i love BB especially BB porche... sesuai kalau nak bergaya...
BEST
Best laaaaa!! Afriel ni mcm dah suka kt mia je eh haha caring gituuu :D
best best. keep it up.. tak sabar tunggu next chapter.. cepat2 la buat cetakan ye :)
Post a Comment