BAB 22
“ABANG!!!!” jeritku
kuat. Sudah berkali-kali tanganku
mengegar tubuh yang terbaring di katil.
Namun masih tiada respon dari si pemilik.
“Abang bangunlah… adik
nak minta tolong hantar pergi kerja ni.
Cepatlah…” bisingku lagi. Geram
betul menengok abang yang tidur mati ni.
Sembahyang subuh ke tak ni? Tidur semacam je tak sedar diri!
Abang mendegus
perlahan. Dia bangun dan duduk di
katil. Matanya masih terpejam rapat.
“Ape kau bising ni
dik? Lambat lagi ni…baru pukul 7.00
kot. Kejap lagilah…” marah abang. Abang terus rebah semula ke katil.
Bulat mataku.
Kejap lagi tu bila? Sampai si Mr Playboy dekat depan pintu baru abang
nak bangun? Isykk… abang ni tak boleh pakai betul! Semalam beriya-iya kata boleh hantar aku.
Kalau tahu macam ni,
baik pesan dekat Pak Mat suruh balik awal lepas hantar papa ke KLIA tadi. Menyesal betul harapkan abang ni. Papa pun hari ni jugak nak ke Dubai. Besok tak boleh ke? Macam ada konspirasi je nak suruh aku rapat
dengan Mr Playboy tu. Eiii!!!!
“Cepatlah abang, karang
datang pulak Mr Playboy tu . Orang malas
nak pergi office dengan dialah, tak suka kalau staf lain nampak. Abang
bangunlah….” Rengekku.
“Alah pergi jelah
dengan dia, itu pun susah ke? Pedulilah orang nak cakap apa. Hmmm...” bunyi
dengkuran kedengaran perlahan.
Aku betul-betul naik
hantu tengok abang sekarang ni. Tak apa,
kau tak nak bangun ye. Siap kau abang!
Aku segera turun ke
dapur mengambil sesuatu di dalam peti sejuk.
Cepat-cepat aku naik ke atas semula.
“Kalau abang tak bangun
sekarang jugak, adik curah air oren ni dekat muka abang. Adik buat ni.” gertakku. Abang masih diam dan tidak berkutik sedikit
pun.
“Okay…abang nak sangat
kan… 1…2..” belumpun sempat mulutku menyebut nombor tiga, abang terlebih dahulu
bangun. Tahu takut!
“Yelah-yelah, kecohlah
adik ni. Nak pergi pejabat pun
susah..” Abang bangun dari katil. Matanya masih terpejam celik.
“Hah nak kemana pulak
tu? bilik mandi sinilah.” Tunjukku sebaik saja melihat abang yang mamai nak
berjalan. Eiii…besar kecil besar kecil
je aku tengok abang ni.
“Taulah… dah keluar
sana. Nak tengok abang mandi ke?” aku
menjeling pada abang. Aku menutup pintu
biliknya kuat. Eiiiii……geram!!!!
****************************************************
TIBA-TIBA rasa berangin
je badan ni, memang kejap lagi aku rasa
nak ketuk-ketuk je kepala abang. Apelah
si tuan putera tu buat lama sangat dekat atas tu, mandi ke apa? Dari tadi tak turun-turun. Entah-entah tidur balik kot? Isykk!!! Ni memang aku nak kena naik atas
lagilah tengok dia. Payah!
Aku bergegas naik ke
tingkat atas semula
“Abang dah sudah ke belum ni? Kenapa lama sangat bersiap tu. Cepatlah dah pukul berapa ni?” panggilku di
muka pintu. Senyap je abang ni? Aik
tidur ke? Tanganku sudah mula untuk memusingkan tombol pintu.
“Dah siap pun….” Sergah
abang dari belakang. Entah bila pulak
abang ni ada dekat belakang aku. Aku
mengusap dada berulang kali. Eiii!!!!
sempat pula dia nak main-mainkan kita.
Kami bergegas turun ke
bawah. Aku terlebih dahulu menarik
tangan abang cepat-cepat ke luar rumah. Bukan boleh percaya abang ni. Karang
nampak mee goreng atas meja, sibuk pulak dia nak makan dulu. Dahlah aku dah lambat ni. Baik cegah dahulu sebelum kena.
A
ku bergegas masuk ke
dalam kereta BMW 3Series milik abang.
Kira baiklah aku dah panaskan dulu enjin kereta dia tadi. So bolehlah cepat-cepat tinggalkan rumah. Kesian Mr Playboy, mesti dia bengang bila
tahu aku dah pergi office dulu. Sayonara
Mr Playboy….
“Cepatlah abang, pakai
kasut pun lama ke?” jeritku dari dalam kereta.
Apa masalah abang aku ni macam saja je nak melambatkan masa. Dahlah aku nak lari dari Mr Playboy ni.
“Kejaplah….” Abang
masuk ke dalam kereta. Dia tersengih padaku.
Aku menjeling sekilas, menyampah!
Abang segera
mengundurkan kereta ke belakang. Aku
tersenyum. Yes! Misi berjaya! Tiba-tiba
abang menekan brek mengejut. Dia menarik
handbrek tangan.
Aku menoleh pada abang “Kenapa berhenti ni?”
“Kejap…rasa macam
sesuatu dekat kereta.” Abang segera turun.
Aku duduk didalam kereta menanti.
Abang mendekati aku,
dia mengetuk tingkap. Aku pantas
menurunkan tingkap ke bawah.
“Kenapa?” soalku
“Tayar pancitlah dik.”
Selamba abang.
“Hah?” ternganga
aku. Pancit? Alah masa lain tak boleh
nak pancit ke? Hari ni jugak ke tayar abang tu nak
buat hal. Eiiiii!!!
Aku segera membuka
pintu kereta dan turun untuk melihatnya sendiri. Betullah pancit. Dah kempis tayar tu. Kenapa aku tak perasan tadi ye? Hmmm….
“So macam mana adik nak
pergi kerja ni?” soalku pada abang yang tunduk melihat tayar.
PON! PON! PON! Bunyi
hon kereta yang kuat di depan pintu pagar membuatkan kami berdua menoleh untuk
melihat. Lamborghini oren!
Abang tersengih padaku
yang sudah masam. “Jodoh kau tu dik.
Pergilah tumpang dia he he he” aku menjengilkan mata memandang
abang. Jodoh , jodoh ingat aku bodoh ke
tak tau yang ni memang plan abang nak kenakan aku. Bodoh sangat ke aku kalau tak perasan semua
tu. Mesti tayar pancit ni ada
kena-mengena dengan abang jugak. Saja je
nak aku rapat dengan Mr Playboy tu.
Sebal!
Aku berjalan perlahan
ke arah kereta Mr Playboy. Dia tersenyum
padaku. Aku membalas seadanya saja. Sebal! Aku masuk ke dalam kereta.
“Wei Afriel, kau bawak
adik aku tu elok-elok. Jaga-jaga sikit
dia tu singa tau ha ha ha.” Gelak abang.
Bulat mata aku tengok abang.
Nanti kau abang!
“Don’t worry…adik kau
selamat lah. Okay lah Rayyan, aku gerak
dulu. Jumpa lagi.” Ucap Mr Playboy.
Enjin kereta terus
menderu laju, meninggalkan rumahku. Aku
duduk dengan penuh ketidakselesaan bercampur sebal dan sakit hati. Apalah malang nasib hari ni. Aku mengusap
kedua-dua tangan menghilangkan kegusaran.
“Lama kau tunggu aku
tadi?” soal Mr Playboy tiba-tiba. Dia
menoleh padaku menanti jawapan.
Lama ke aku tunggu dia
tadi? Eh ada ke aku tunggu dia? Eiii!!! Soalan yang menyakitkan hati betul!
“Hmmm..” jawabku
ringkas. Aku pegun memandang ke
depan. Malas nak tengok muka dia.
“Dah sarapan?”
“Hmmm…”
“Nak terus pergi office
ke?”
“Hmmm…”
“Rindu saya ke?”
“Hmmm…” aku tersentak . Serta merta menoleh pada dia yang
memandu. Dia tersenyum sinis.
Aku menjelingnya tajam.
Hampeh! Boleh pulak dia kenakan aku. Benci! Benci!...
**********************************************************
SEBAIK saja Mr Playboy
memarkir keretanya di petak parking yang disediakan. Aku segera keluar dari perut kereta dengan
pantas. Langsung tidak kutoleh ke
belakang lagi. Panggilan Mr Playboy
berulang kali padaku pun tidak kuendahkan.
Aku segera naik ke pejabatku.
“Selamat pagi Cik Mia.”
Tegur Reena sebaik saja aku baru nak melangkah masuk ke dalam bilik. Aku
menoleh padanya.
“Pagi Reena. Tolong bawakkan I kopi dan Fail untuk projek
dekat terengganu tu. I nak semak.”
Arahku tegas. Reena mengangguk faham.
Aku masuk ke dalam
bilik. Banyak hal yang aku harus aku fikirkan sekarang. Hal-hal kerja harus aku utamakan dulu buat
masa ini.
“Mana Reena ni?
lambatnya.” Aku tidak betah menunggu
Reena. Aku keluar dari bilik untuk
mengambil sendiri fail yang kuminta tadi.
Sedang aku mencari fail aku mendengar seperti suara orang berbual-bual
tidak jauh dari situ. Aku cuba memasang
telinga.
“Wei Ratna kau nak tahu
tak, pagi tadi aku nampak Cik Mia kita dengan Tengku Afriel naik kereta
sama-sama tau.” Amboi mengumpat bos
rupanya! Mengumpat aku lah tu. Siapa yang mengumpat ni? aku melangkah perlahan
ke depan untuk melihat dengan jelas. Lah
cik kerani syarikat dua orang ni rupanya.
“Ye ke Milah. Alah setakat naik kereta tu tak heran
sangat. Hari tu mata aku sendiri tengok
mereka siap berpeluk lagi dalam lif. Kononlah kata tersangkut kat dalam lif,
padahal buat maksiat kat dalam tu.”
Ternganga mulutku. Tahu sangat scene mana yang diorang sebut
tu! Fitnah dah tu!
“Itulah,… yang si
lelaki tu memanglah playboy kan jadi tak heran sangat. Tapi yang perempuan tu nampak je alim. Tapi sama jugak macam perempuan gatal. Menyampah aku!” ujar Milah.
Aku memang dah berasap
lah sekarang ni. Pagi-pagi dah ada je
yang nak cari pasal dengan aku. Memang
kena lah diorang berdua ni. Memang silap oranglah kau nak kutuk! Aku terus
berjalan perlahan di hadapan mereka.
“Amboi! Bagusnya
pekerja dekat department saya ni.
Pagi-pagi dah jadi wartawan kan. Dulu kerja kat surat khabar mana ye?”
sindirku sinis.
Mereka berdua tidak
dapat menghabiskan kata-kata. Nampak
terkejut dengan kehadiran aku dekat situ. Aku memandang tajam kearah
mereka. Control anger Mia, jangan over!
“Cik Milah, sebagai
kerani syarikat ni. Saya rasa awak tahu
apa yang awak kena buatkan. So saya nak
minta awak fotostat semula fail projek yang dua bulan lepas dekat Sabah
tu. Dan kalau boleh nak hari ni.
Lepas tu tolong hantar dekat meja saya ye.”
Ambil kau. Setahu aku fail projek dekat sabah tu tebal. Nasib kau lah kena berdiri dekat mesin
fotostat tu.
“Baik Cik Mia.” Angguk
Milah. Tahu pula takut nampak aku.
“Dan awak pula Ratna, dari
hari saya mula-mula masuk kerja lagi, awak
nampak senang je macam tak ada kerja. So
hari ni saya nak awak taip semula
undang-undang sebagai pekerja dekat syarikat ni. Sambil awak taip tu awak baca sekali ye.” Dia
mengangguk.
“Dah ! Tunggu apa lagi buatlah kerja tu. Lagi sekali saya nampak awak berdua masih
lagi berbual-bual, tahulah saya ambil tindakan nanti.” Gertakku. Kelam-kabut kedua-duanya membuat kerja.
Hah takut! Mengumpat
aku tak takut. Ikut hati nak aje aku pecat budak berdua ni. Nasib aku ni tak
kejam macam tu, kalau tak memang malanglah nasib kau berdua.
Aku melangkah masuk semula ke dalam biliku. Reena
terpinga-pinga memandang aku yang masam. Dia meletakkan kopi diatas meja.
“Kenapa Mia?”
“Tak ada apalah. Mana
fail yang I minta tadi.” Reena menghulurkan padaku. Aku mengambilnya.
“Thanks… you boleh
keluar sekarang.” Arahku.
Sebaik saja Reena
keluar dari bilik. Aku bersandar pada
kerusi. Stress betul memikirkan umpatan pekerja-pekerjaku tadi. Memang rasa
sakit hati betul!
Aku berisgtifar
menyabarkan diri.
Aku faham sebagai
manusia itulah lumrah yang kita kena hadapi. Suka atau tidak semuanya kita kena
telan saja. Anggap saja itu kata-kata aluan dalam hidup.
Aku menarik nafas . Aku
kena fokus semula pada matlamat asal aku hari ini. Aku memandang semula
fail-fail yang berada diatas meja. Time to work!
Dengan lafaz
Bismillahirahmanirahim….Semoga hariku ini berjalan lancar dan dipermudahkan
oleh Allah S.W.T
1 comments:
best.
Post a Comment