topbella

Tuesday, 21 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 22


BAB 22


“ABANG!!!!” jeritku kuat.  Sudah berkali-kali tanganku mengegar tubuh yang terbaring di katil.  Namun masih tiada respon dari si pemilik. 

“Abang bangunlah… adik nak minta tolong hantar pergi kerja ni.  Cepatlah…” bisingku lagi.  Geram betul menengok abang yang tidur mati ni.  Sembahyang subuh ke tak ni? Tidur semacam je tak sedar diri!

Abang mendegus perlahan.  Dia bangun dan duduk di katil.  Matanya masih terpejam rapat.

“Ape kau bising ni dik?  Lambat lagi ni…baru pukul 7.00 kot.  Kejap lagilah…” marah abang.  Abang terus rebah semula ke katil.

 Bulat mataku.  Kejap lagi tu bila? Sampai si Mr Playboy dekat depan pintu baru abang nak bangun?   Isykk… abang ni tak boleh pakai betul!  Semalam beriya-iya kata boleh hantar aku. 

Kalau tahu macam ni, baik pesan dekat Pak Mat suruh balik awal lepas hantar papa ke KLIA tadi.  Menyesal betul harapkan abang ni.  Papa pun hari ni jugak nak ke Dubai.  Besok tak boleh ke?  Macam ada konspirasi je nak suruh aku rapat dengan Mr Playboy tu.  Eiii!!!!

“Cepatlah abang, karang datang pulak Mr Playboy tu .  Orang malas nak pergi office dengan dialah, tak suka kalau staf lain nampak.   Abang bangunlah….” Rengekku.

“Alah pergi jelah dengan dia, itu pun susah ke? Pedulilah orang nak cakap apa. Hmmm...” bunyi dengkuran kedengaran perlahan.

Aku betul-betul naik hantu tengok abang sekarang ni.  Tak apa, kau  tak nak bangun ye.  Siap kau abang!
Aku segera turun ke dapur mengambil sesuatu di dalam peti sejuk.  Cepat-cepat aku naik ke atas semula.  

“Kalau abang tak bangun sekarang jugak, adik curah air oren ni dekat muka abang.  Adik buat ni.” gertakku.  Abang masih diam dan tidak berkutik sedikit pun.

“Okay…abang nak sangat kan… 1…2..” belumpun sempat mulutku menyebut nombor tiga, abang terlebih dahulu bangun.  Tahu takut!

“Yelah-yelah, kecohlah adik ni.  Nak pergi pejabat pun susah..”  Abang bangun dari katil.  Matanya masih terpejam celik.

“Hah nak kemana pulak tu? bilik mandi sinilah.” Tunjukku sebaik saja melihat abang yang mamai nak berjalan.  Eiii…besar kecil besar kecil je aku tengok abang ni.

“Taulah… dah keluar sana.  Nak tengok abang mandi ke?” aku menjeling pada abang.  Aku menutup pintu biliknya kuat.  Eiiiii……geram!!!!

****************************************************

TIBA-TIBA rasa berangin je badan ni,  memang kejap lagi aku rasa nak ketuk-ketuk je kepala abang.  Apelah si tuan putera tu buat lama sangat dekat atas tu, mandi ke apa?  Dari tadi tak turun-turun.  Entah-entah tidur balik kot?  Isykk!!! Ni memang aku nak kena naik atas lagilah tengok dia. Payah!

Aku bergegas naik ke tingkat atas semula

“Abang dah sudah ke belum ni?  Kenapa lama sangat bersiap tu.  Cepatlah dah pukul berapa ni?” panggilku di muka pintu.  Senyap je abang ni? Aik tidur ke? Tanganku sudah mula untuk memusingkan tombol pintu.

“Dah siap pun….” Sergah abang dari belakang.  Entah bila pulak abang ni ada dekat belakang aku.  Aku mengusap dada berulang kali.  Eiii!!!! sempat pula dia nak main-mainkan kita.

Kami bergegas turun ke bawah.  Aku terlebih dahulu menarik tangan abang cepat-cepat ke luar rumah. Bukan boleh percaya abang ni.   Karang nampak mee goreng atas meja, sibuk pulak dia nak makan dulu.  Dahlah aku dah lambat ni.  Baik cegah dahulu sebelum kena.
A
ku bergegas masuk ke dalam kereta BMW 3Series milik abang.  Kira baiklah aku dah panaskan dulu enjin kereta dia tadi.  So bolehlah cepat-cepat tinggalkan rumah.  Kesian Mr Playboy, mesti dia bengang bila tahu aku dah pergi office dulu.  Sayonara Mr Playboy….

“Cepatlah abang, pakai kasut pun lama ke?” jeritku dari dalam kereta.  Apa masalah abang aku ni macam saja je nak melambatkan masa.  Dahlah aku nak lari dari Mr Playboy ni.

“Kejaplah….” Abang masuk ke dalam kereta. Dia tersengih padaku.  Aku menjeling sekilas, menyampah!

Abang segera mengundurkan kereta ke belakang.  Aku tersenyum. Yes! Misi berjaya!  Tiba-tiba abang menekan brek mengejut.  Dia menarik handbrek tangan.

Aku menoleh pada abang  “Kenapa berhenti ni?”

“Kejap…rasa macam sesuatu dekat kereta.” Abang segera turun.  Aku duduk didalam kereta menanti.
Abang mendekati aku, dia mengetuk tingkap.  Aku pantas menurunkan tingkap ke bawah.

“Kenapa?” soalku

“Tayar pancitlah dik.” Selamba abang.

“Hah?” ternganga aku.  Pancit? Alah masa lain tak boleh nak pancit ke? Hari ni jugak ke tayar abang tu nak 
buat hal. Eiiiii!!!

Aku segera membuka pintu kereta dan turun untuk melihatnya sendiri.  Betullah pancit.  Dah kempis tayar tu.  Kenapa aku tak perasan tadi ye? Hmmm….

“So macam mana adik nak pergi kerja ni?” soalku pada abang yang tunduk melihat tayar.

PON! PON! PON! Bunyi hon kereta yang kuat di depan pintu pagar membuatkan kami berdua menoleh untuk melihat.  Lamborghini oren!

Abang tersengih padaku yang sudah masam. “Jodoh kau tu dik.  Pergilah tumpang dia he he he” aku menjengilkan mata memandang abang.  Jodoh , jodoh ingat aku bodoh ke tak tau yang ni memang plan abang nak kenakan aku.  Bodoh sangat ke aku kalau tak perasan semua tu.  Mesti tayar pancit ni ada kena-mengena dengan abang jugak.  Saja je nak aku rapat dengan Mr Playboy tu.  Sebal!

Aku berjalan perlahan ke arah kereta Mr Playboy.  Dia tersenyum padaku.  Aku membalas seadanya saja.  Sebal!    Aku masuk ke dalam kereta.

“Wei Afriel, kau bawak adik aku tu elok-elok.  Jaga-jaga sikit dia tu singa tau ha ha ha.” Gelak abang.  Bulat mata aku tengok abang.  Nanti kau abang!

“Don’t worry…adik kau selamat lah.  Okay lah Rayyan, aku gerak dulu. Jumpa lagi.” Ucap Mr Playboy.
Enjin kereta terus menderu laju, meninggalkan rumahku.  Aku duduk dengan penuh ketidakselesaan bercampur sebal dan sakit hati.  Apalah malang nasib hari ni. Aku mengusap kedua-dua tangan menghilangkan kegusaran.

“Lama kau tunggu aku tadi?” soal Mr Playboy tiba-tiba.  Dia menoleh padaku menanti jawapan.

Lama ke aku tunggu dia tadi? Eh ada ke aku tunggu dia? Eiii!!! Soalan yang menyakitkan hati betul!

“Hmmm..” jawabku ringkas.  Aku pegun memandang ke depan.  Malas nak tengok muka dia.

“Dah sarapan?”

“Hmmm…”

“Nak terus pergi office ke?”

“Hmmm…”

“Rindu saya ke?”

“Hmmm…” aku tersentak .  Serta merta menoleh pada dia yang memandu.  Dia tersenyum sinis.
Aku menjelingnya tajam. Hampeh! Boleh pulak dia kenakan aku. Benci! Benci!...

**********************************************************

SEBAIK saja Mr Playboy memarkir keretanya di petak parking yang disediakan.  Aku segera keluar dari perut kereta dengan pantas.  Langsung tidak kutoleh ke belakang lagi.  Panggilan Mr Playboy berulang kali padaku pun tidak kuendahkan.  Aku segera naik ke pejabatku.

“Selamat pagi Cik Mia.” Tegur Reena sebaik saja aku baru nak melangkah masuk ke dalam bilik. Aku menoleh padanya.

“Pagi Reena.  Tolong bawakkan I kopi dan Fail untuk projek dekat terengganu tu.  I nak semak.” Arahku tegas.  Reena mengangguk faham.

Aku masuk ke dalam bilik. Banyak hal yang aku harus aku fikirkan sekarang.  Hal-hal kerja harus aku utamakan dulu buat masa ini.  

“Mana Reena ni? lambatnya.” Aku tidak betah  menunggu Reena.  Aku keluar dari bilik untuk mengambil sendiri fail yang kuminta tadi.  Sedang aku mencari fail aku mendengar seperti suara orang berbual-bual tidak jauh dari situ.  Aku cuba memasang telinga.

“Wei Ratna kau nak tahu tak, pagi tadi aku nampak Cik Mia kita dengan Tengku Afriel naik kereta sama-sama tau.”  Amboi mengumpat bos rupanya! Mengumpat aku lah tu. Siapa yang mengumpat ni? aku melangkah perlahan ke depan untuk melihat dengan jelas.  Lah cik kerani syarikat dua orang ni rupanya. 

“Ye ke Milah.  Alah setakat naik kereta tu tak heran sangat.  Hari tu mata aku sendiri tengok mereka siap berpeluk lagi dalam lif.  Kononlah kata tersangkut kat dalam lif, padahal buat maksiat kat dalam tu.” 
Ternganga mulutku.  Tahu sangat scene mana yang diorang sebut tu!  Fitnah dah tu!

“Itulah,… yang si lelaki tu memanglah playboy kan jadi tak heran sangat.  Tapi yang perempuan tu nampak je alim.  Tapi sama jugak macam perempuan gatal.  Menyampah aku!”  ujar Milah.

Aku memang dah berasap lah sekarang ni.  Pagi-pagi dah ada je yang nak cari pasal dengan aku.  Memang kena lah diorang berdua ni. Memang silap oranglah kau nak kutuk! Aku terus berjalan perlahan di hadapan mereka.

“Amboi! Bagusnya pekerja dekat department saya ni.  Pagi-pagi dah jadi wartawan kan. Dulu kerja kat surat khabar mana ye?” sindirku sinis.

Mereka berdua tidak dapat menghabiskan kata-kata.  Nampak terkejut dengan kehadiran aku dekat situ. Aku memandang tajam kearah mereka.  Control anger Mia, jangan over!

“Cik Milah, sebagai kerani syarikat ni.   Saya rasa awak tahu apa yang awak kena buatkan.  So saya nak minta awak fotostat semula fail projek yang dua bulan lepas dekat Sabah tu.  Dan kalau boleh nak hari ni. 
 Lepas tu tolong hantar dekat meja saya ye.” Ambil kau. Setahu aku fail projek dekat sabah tu tebal.  Nasib kau lah kena berdiri dekat mesin fotostat tu.

“Baik Cik Mia.” Angguk Milah.  Tahu pula takut nampak aku. 

“Dan awak pula Ratna, dari hari saya mula-mula masuk kerja lagi,  awak nampak senang je macam tak ada kerja.  So hari ni saya nak awak taip semula  undang-undang sebagai pekerja dekat syarikat ni.  Sambil awak taip tu awak baca sekali ye.” Dia mengangguk. 

 “Dah ! Tunggu apa lagi buatlah kerja tu.  Lagi sekali saya nampak awak berdua masih lagi berbual-bual, tahulah saya ambil tindakan nanti.” Gertakku.  Kelam-kabut kedua-duanya membuat kerja. 

Hah takut! Mengumpat aku tak takut. Ikut hati nak aje aku pecat budak berdua ni. Nasib aku ni tak kejam macam tu, kalau tak memang malanglah nasib kau berdua.

Aku melangkah masuk semula ke dalam biliku.  Reena terpinga-pinga memandang aku yang masam. Dia meletakkan kopi diatas meja.

“Kenapa Mia?”

“Tak ada apalah. Mana fail yang I minta tadi.” Reena menghulurkan padaku.  Aku mengambilnya.

“Thanks… you boleh keluar sekarang.” Arahku.

Sebaik saja Reena keluar dari bilik.  Aku bersandar pada kerusi. Stress betul memikirkan umpatan pekerja-pekerjaku tadi. Memang rasa sakit hati betul! 

Aku berisgtifar menyabarkan diri.

Aku faham sebagai manusia itulah lumrah yang kita kena hadapi. Suka atau tidak semuanya kita kena telan saja. Anggap saja itu kata-kata aluan dalam hidup. 

Aku menarik nafas . Aku kena fokus semula pada matlamat asal aku hari ini. Aku memandang semula fail-fail yang berada diatas meja.  Time to work!


Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim….Semoga hariku ini berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T

1 comments:

Post a Comment

About Me