BAB 23
“SIAPA?” soalku sebaik
saja mendengar bunyi ketukan dari luar.
Tombol pintu dipulas sebelum pintu dibuka luas. Aku memandang ke arah pintu untuk melihat siapa
yang akan masuk.
“Hai, busy ke hari ni?”
soal Mr Playboy sebaik saja terjengul wajahnya di depan pintu. Dia tersenyum
nipis padaku. Ceria semacam!
Aku mengeluh…
Isykk tak ada orang
lain ke? Asyik dia je yang aku nampak. Aku
tidak menghiraukan dia. Mataku terus
memandang komputer
“Biasalah inikan
syarikat aku, so kau memang akan jumpa aku pun.” Dia ketawa sinis. Aku menjeling. Macam tau-tau je apa yang aku
fikirkan sekarang.
“Kau nak apa datang
sini? Kalau setakat nak cakap benda menyakitkan hati, tak payah cakap. Aku tak
layan!”
“Aku nak ajak kau lunch. Sekarangkan dah pukul 1.00 . Jom kita makan sama-sama. Kita makan dekat satu restaurant dekat
Solaris Dutamas. Kau mesti suka.”
Aku mengeluh. Rasanya hari tu masa dalam lif, aku ada kata
nak susahkan dia. Tapi yang terbaliknya
sekarang, dia pulak yang menyusahkan aku.
Ni yang malas bila dah start berkawan ni. Ada je yang nak ambil kesempatan. Malas betul!
“Nak pergi tak?”
soalnya sekali lagi.
“Yelah…yelah. Kalau aku tolak pun mesti kau paksa jugak
kan. Cepatlah.” Gesaku. Mr Playboy tersengih memandangku. Kami sama-sama turun ke bawah menuju ke tempat
parking kereta.
Aku hanya mengeluh
panjang bila memandang beberapa staf yang tersenyum-senyum melihat kami
berdua. Gosip apalah pulak lepas ni. Sabar je lah.
******************************************************
Kereta mula berhenti dan
parking betul-betul depan sebuah bangunan besar. Kami berdua keluar dari
kereta. Mataku melilau-lilau memandang
sekeliling. Hmmm..tak silap aku tempat ni memang banyak
restaurant pun. Tapi aku tak sempat lagi nak jejak kaki dekat
sini. Yela busy sejak balik Malaysia ni.
Mana sempat!
Kakiku terus laju mengikuti
langkah Mr Playboy dari belakang. Laju
betul dia jalan. Tak tunggu aku langsung.
Kami berhenti didepan sebuah
restaurant. Aku membaca papan tanda di depan pintu
restaurant. Picknik Comfort Food And
Café. Restaurant makanan apa ni? Nampak
best je?
Aku mengikuti langkah
Mr Playboy masuk ke dalam restaurant.
Ramainya orang….. Mesti food dekat sini sedap kan.
Kami duduk di salah
satu meja yang disediakan di bahagian dalam.
Mataku sempat menilik-nilik dekorasi di dalam kedai. Simple je…. tapi selesa, terasa macam dekat
rumah. Masak pun open kitchen, dari luar dah boleh nampak chef diorang masak. Hebat gaya tarikan mereka.
Seorang pelayan
perempuan datang kepada kami. Dia
memberikan buku menu. Mr Playboy
menawarkan dirinya untuk memesan makanan untuk aku. Aku hanya mengangguk. Dalam hati dah tahu, yang Mr Playboy mesti
takkan bagi aku pesan. Dia dah serik
kot? Aku tersinyum simpul mengingatkan
kejadian makan bersama Iqi dulu.
Mr
Playboy mengorder Korean lamb chop untuk dirnya dan Fat Tuesday chicken untuk
aku. Aku menelan air liur
mendengar. Harap sedaplah.
“Kau
selalu makan dekat sini ke?” soalku sebaik saja pelayan tadi berlalu pergi.
“Selalulah
jugak, biasanya aku makan dengan Iqi. Kadang-kadang adalah dengan ‘seseorang’.” Senyumnya. Aku mengangguk, faham maksud ‘seseorang’
tu. Koleksi awek dialah kan…
Makanan
sampai, kami makan dengan diam. Sesekali
mataku dan Mr Playboy mula bertembung.
Aku cuba beriak biasa.
“Kau
jadi tak makan malam dekat rumah aku ahad nanti?” soalnya. Tiba-tiba bertanya pada aku pasal jemputan
mummy dia tempoh hari. Aku betul-betul
terlupa tentang itu. Nasib dia ingatkan.
“Insyallah…Tapi
tak menyusahkan ke? Susahkan mummy kau
je nak masak untuk aku.”
“Tak
adalah. Mummy sendiri yang jemput kau
kan? Dia suruh aku ingatkan kau pasal ni
tau.”
“Isykkk…segan
pulak aku dengar. Kalau macam tu nanti
aku pergi sendirilah. Aku ingat lagi
jalan rumah kau.”
“Tak
payah nanti aku jemput. Arahan dari
mummy.” Tegasnya.
Aku
terdiam. Entah kenapa berat pulak
mulutku untuk menolaknya kali ini.
Hmmm….
Setelah
selesai makan, aku meminta diri untuk ke tandas dahulu. Keluar sahaja dari tandas, aku lihat meja
sudah kosong dan dikemaskan oleh pelayan. Aku
mula tercari-cari Mr Playboy. Dia dah
tinggalkan aku ke? Takkanlah kot?
Aku
melangkah keluar dari restaurant dan entah macam mana aku terlanggar seorang
gadis yang berjalan bertentangan di depanku.
“Sorry
awak, tak sengaja.” Aku mengangkat kedua-dua tangan meminta maaf. Eiii…jalan lurus pun boleh langgar orang
pulak aku ni.
“You
ni rabun ke jalan! Tak nampak orang depan mata ke?” marah seorang lelaki yang
berdiri sebelah gadis tadi. Lelaki
ala-ala lembut gitu. Faham je lah kan
kalau dah lembut marah pun ala-ala segan mati tak mahu he he he.
“Isykkk
you ni Remy dia tak sengajalah. Tak apa
awak. ” sampuk gadis tadi. Tengok baik
je gadis ni. Cakap pun sopan. Si lembut
ni pulak yang over. Tak padan dengan
lembut!
“Isykkk
you ni Luna, baik je dengan semua orang.
Dah lah I pergi ambil kereta dulu.
You tunggu dekat sini.” Bising si lembut tadi. Dia meninggalkan aku dengan gadis yang aku
langgar tak sengaja ni. Eh ada ke
langgar tak sengaja? Argh.. bolehlah
guna ayat ni!
Gadis
ini tersenyum nipis memandang aku.
Aku
merasa serba-salah untuk memandangnya.
Namun mataku seakan-akan terpaku pula pada wajahnya. Subhanaallah… cantiknya makhluk ciptaanMu
ini. Aku betul-betul terbuai dengan
gadis didepanku. Wajahnya putih dan
bersih. Pakaiannya moden dan ala-ala
muslimah. Selendang dia pun labuh dan
menutup aurat. Sejibik macam model
muslimah dekat majalah tu. Mesti darah campuran ni. Cantik! Wah! Sempat pulak aku analisis wajah dia
segala kan…
“Maaflah
sangat-sangat. Saya betul-betul tak
sengaja. Saya tengah cari seseorang
tadi. Tu yang tak perasan awak ada dekat
depan ni. Maaf sangat” Ucapku ikhlas,
untuk yang ke berapa kali. Ni semua
salah Mr Playboy, mana entah dia menghilang?
Tak pasal-pasal aku dah langgar orang pulak. Dia punya hal lah ni!
“Tak
ada apalah . Hal kecil je ni. Saya Tengku Luna Najwa. Panggil Luna je. Yang tadi tu Remy kawan
sekerja saya.” Ujarnya lembut.
Ramah
betul gadis ni. Sempat lagi nak
perkenalkan diri pada aku. Tengku? Owh
jenis kerabat macam si Mr Playboy tu jugak rupanya. Yang lembut tadi tu Remy? Eiii….
Memang tak padan dengan nama langsung.
Tak sesuai he he he!
Aku
tersenyum dan mengangguk mendengarnya. “Owh,
saya Mi.”
“Mia! Kenapa ni?” soal Mr Playboy tiba-tiba muncul
di sebelahku. Dia memandangku
cemas. Tak sempat aku nak perkenalkan diri tadi, dah
ada pulak yang enterframe dulu. Ni yang malas ni. Time-time
ni barulah si Mr Playboy ni nak muncul.
Kacau daun betul lah!
Aku
menoleh pada Mr Playboy di sebelah. “Tak ada apalah..tak sengaja terlanggar
orang tadi. Hah, ni aku kenalkan, Tengku
Luna Najwa.” Aku memperkenalkan Mr Playboy pada Luna. Gaya macam Tengku Luna Najwa tu kawan aku
pulak kan. Padahal kenal pun tak
sampai dua minit he he he.
Mr
Playboy menoleh untuk melihat Luna. Dia
terdiam.
“Afriel?”
soal Luna spontan.
Mereka
berpandangan sesama sendiri. Wajah Mr
Playboy terus berubah keruh. Dia nampak
tegang memandang Luna. Terangkat
keningku sekejap. Eh! diorang berdua ni
dah kenal ke?
“Korang
berdua ni dah saling kenal ke?” soalku setelah hampir satu saat budak berdua ni
tak bercakap. Feed up tunggu!
Luna
terdiam dan senyap memandang wajahku. Dia
kelihatan teragak-agak untuk bercakap.
“Kami
kawan lama.” Tiba-tiba keluar suara Mr Playboy.
Tapi nadanya pelik sikit.
Aku
mengangguk. Owh kawan lama? Baguslah tu,
kiranya diorang ni memang kenal rapatlah.
Tapi…. apasal keduanya nampak tegang semacam je? Tak gaya macam jumpa
kawan lama pun? Macam lain je?
“Aaahhh...kawan
lama. Satu sekolah.” Ucap Luna teragak-agak. Bibirnya cuba tersenyum.
Aku
mengangguk. “Oooo… kawan sekolah? Patutlah
korang berdua nampak macam dah saling kenal ha ha ha .” gelakku menghibur suasana ‘reunion’ yang
pelik ni.
“ Hai. ….Saya Mia Qaisara, Tengku
Afriel ni…”
“Kami
dah bertunang. Mia ni tunang saya.” Sampuk Mr Playboy tiba-tiba. Hah?
Aku memandang wajah Mr Playboy. Tercengang.
“Sorry?”soalku
semula pada Mr Playboy. Salah dengar ke
apa telinga ni?
Mr
Playboy menarik tanganku. Dia tersenyum
ceria padaku. “Tunang. Kita kan tunangkan. Sayang ni, buat lupa pulak.” Berkerut dahiku. Terdiam sekejap. Eh apa dia merepek ni? bila pulak aku ni
bertunang dengan dia? Aku tak tahu pun? Eh
dia panggil aku sayang?
“Owh
ye ke? Tahniah pada awak berdua.” Ucap Luna ringkas padaku. Dia kelihatan gelisah.
Aku
betul-betul keliru sekarang. Dah kenapa
pulak Luna ucap terima kasih ni? Eh
diorang ni dah kenapa? Buat drama ke ni?
Sinetron lagi ke? Teringat aku kejadian empat tahun lepas masa
Mr Playboy mengaku aku ni makwe dia. Dia
buat lagi pulak….
“Terima
kasih. Maaflah kami berdua kena pergi sekarang. Jom sayang.” Pamit Mr Playboy.
Dia segera menarik tanganku mengikut langkahnya . Aku terpinga-pinga. Eh macam kejadian dulu lah. Deejavu ke ni?
Aku
menoleh sekejap ke belakang dan melambaikan tangan pada Luna di belakang. Tak sempat nak mengucapkan apa-apa pada gadis
itu. Kakiku laju mengikut langkah Mr Playboy. Setelah sampai di kereta, aku segera menarik
tanganku dari genggaman Mr Playboy tadi.
“Lepaslah,
sakit tau. Kan dah banyak kali aku cakap,
jangan sentuh aku! Faham tak!” marahku. Suka sangat pegang orang, tak tahu dosa ke? Tak malu punya Mr Playboy, dah lah
pandai-pandai mengaku aku ni tunang dia tadi.
Eiiiii….menyampah!
“Kau
jangan banyak cakap boleh tak! Dah masuk
dalam kereta! ”arahnya.
“Tak
nak.” Geramku.
“Masuk!!!!”
jeritnya kasar. Tersentak aku dengan
kekasaran suaranya. Menakutkan lah dia
bila marah. Aku memasamkan muka tapi
masuk jugak ke dalam kereta. Kalau tak disebabkan aku naik kereta dia tadi,
jangan harap aku nak masuk. Tak hinggin!
Mr
Playboy masuk kedalam kereta dan mula memandu.
Dia tidak menoleh padaku sedikitpun.
Wajahnya agak tegang dan marah.
Aku
betul-betul bingung. Kenapa Mr Playboy
tiba-tiba naik angin pulak ni? Kerana
gadis tadi ke? Siapa Tengku Luna Najwa
tu? Mr
Playboy macam marah je lihat Luna
tadi? Mesti ada yang tak kena antara Mr
Playboy dengan Luna ni? Tapi kenapa
sampai nak mengaku, yang aku ni tunang dia? Kenapa yea?
Aduh!
Banyak betul tanda soal dalam otakku
sekarang. Pening lah fikirkan! Aku mendiamkan diri didalam kereta. Sempat
aku menjeling sekilas pada Mr Playboy di sebelah. Sungguh
hatiku sakit dan geram dengan sikapnya.
Taubat! Lepas ni tak nak makan
dengan dia lagi. Menyampah!
6 comments:
Mst luna ni ex mrplayboy kn...
huhuhuhu.....
hmmmm...mybe. hehhehe
best banget. haha. afriel ni mcm dh suka mia kan and luna ni kacau betul la. mcm dpt agak yg luna ni ex gf afriel.
hahhahha jgn geram.....
nak lagi....
Post a Comment