topbella

Wednesday 22 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 23

BAB 23


“SIAPA?” soalku sebaik saja mendengar bunyi ketukan dari luar.  Tombol pintu dipulas sebelum pintu dibuka luas.  Aku memandang ke arah pintu untuk melihat siapa yang akan masuk.

“Hai, busy ke hari ni?” soal Mr Playboy sebaik saja terjengul wajahnya di depan pintu. Dia tersenyum nipis padaku.  Ceria semacam!

Aku mengeluh…

Isykk tak ada orang lain ke? Asyik dia je yang aku nampak.   Aku tidak menghiraukan dia.  Mataku terus memandang komputer

“Biasalah inikan syarikat aku, so kau memang akan jumpa aku pun.”  Dia ketawa sinis.  Aku menjeling. Macam tau-tau je apa yang aku fikirkan sekarang.

“Kau nak apa datang sini? Kalau setakat nak cakap benda menyakitkan hati, tak payah cakap. Aku tak layan!”

 “Aku nak ajak kau lunch.  Sekarangkan dah pukul 1.00 .  Jom kita makan sama-sama.  Kita makan dekat satu restaurant dekat Solaris Dutamas.  Kau mesti suka.”

Aku mengeluh.  Rasanya hari tu masa dalam lif, aku ada kata nak susahkan dia.  Tapi yang terbaliknya sekarang, dia pulak yang menyusahkan aku.  Ni yang malas bila dah start berkawan ni.  Ada je yang nak ambil kesempatan.  Malas betul!

“Nak pergi tak?” soalnya sekali lagi.

“Yelah…yelah.  Kalau aku tolak pun mesti kau paksa jugak kan.  Cepatlah.” Gesaku.  Mr Playboy tersengih memandangku.  Kami sama-sama turun ke bawah menuju ke tempat parking kereta.

Aku hanya mengeluh panjang bila memandang beberapa staf yang tersenyum-senyum melihat kami berdua.  Gosip apalah pulak lepas ni.  Sabar je lah.

******************************************************

Kereta mula berhenti dan parking betul-betul depan sebuah bangunan besar. Kami berdua keluar dari kereta.    Mataku melilau-lilau memandang sekeliling.   Hmmm..tak silap aku tempat ni memang banyak restaurant pun.   Tapi aku tak sempat lagi nak jejak kaki dekat sini.  Yela busy sejak balik Malaysia ni.  Mana sempat!

Kakiku terus laju mengikuti langkah Mr Playboy dari belakang.  Laju betul dia jalan. Tak tunggu aku langsung.     Kami berhenti didepan sebuah restaurant.    Aku membaca papan tanda di depan pintu restaurant.  Picknik Comfort Food And Café.  Restaurant makanan apa ni? Nampak best je?

Aku mengikuti langkah Mr Playboy masuk ke dalam restaurant.  Ramainya orang…..  Mesti food dekat sini sedap kan. 

Kami duduk di salah satu meja yang disediakan di bahagian dalam.  Mataku sempat menilik-nilik dekorasi di dalam kedai.  Simple je…. tapi selesa, terasa macam dekat rumah.  Masak pun open kitchen, dari luar dah boleh nampak chef diorang masak.  Hebat gaya tarikan mereka.

Seorang pelayan perempuan datang kepada kami.  Dia memberikan buku menu.  Mr Playboy menawarkan dirinya untuk memesan makanan untuk aku.  Aku hanya mengangguk.   Dalam hati dah tahu, yang Mr Playboy mesti takkan bagi aku pesan.  Dia dah serik kot?  Aku tersinyum simpul mengingatkan kejadian makan bersama Iqi dulu.

Mr Playboy mengorder Korean lamb chop untuk dirnya dan Fat Tuesday chicken untuk aku.  Aku menelan air liur mendengar.  Harap sedaplah.

“Kau selalu makan dekat sini ke?” soalku sebaik saja pelayan tadi berlalu pergi.

“Selalulah jugak, biasanya aku makan dengan Iqi.  Kadang-kadang adalah dengan  ‘seseorang’.” Senyumnya.  Aku mengangguk, faham maksud ‘seseorang’ tu.  Koleksi awek dialah kan…

Makanan sampai, kami makan dengan diam.  Sesekali mataku dan Mr Playboy mula bertembung.  Aku cuba beriak biasa.

“Kau jadi tak makan malam dekat rumah aku ahad nanti?” soalnya.   Tiba-tiba bertanya pada aku pasal jemputan mummy dia tempoh hari.  Aku betul-betul terlupa tentang itu. Nasib dia ingatkan.

“Insyallah…Tapi tak menyusahkan ke?  Susahkan mummy kau je nak masak untuk aku.”

“Tak adalah.  Mummy sendiri yang jemput kau kan?  Dia suruh aku ingatkan kau pasal ni tau.”

“Isykkk…segan pulak aku dengar.  Kalau macam tu nanti aku pergi sendirilah.  Aku ingat lagi jalan rumah kau.”

“Tak payah nanti aku jemput.  Arahan dari mummy.” Tegasnya.

Aku terdiam.  Entah kenapa berat pulak mulutku untuk menolaknya kali ini.  Hmmm….
Setelah selesai makan, aku meminta diri untuk ke tandas dahulu.  Keluar sahaja dari tandas, aku lihat meja sudah kosong dan dikemaskan oleh pelayan.   Aku mula tercari-cari Mr Playboy.  Dia dah tinggalkan aku ke?  Takkanlah kot?

Aku melangkah keluar dari restaurant dan entah macam mana aku terlanggar seorang gadis yang berjalan bertentangan di depanku.

“Sorry awak, tak sengaja.” Aku mengangkat kedua-dua tangan meminta maaf.  Eiii…jalan lurus pun boleh langgar orang pulak aku ni.

“You ni rabun ke jalan! Tak nampak orang depan mata ke?” marah seorang lelaki yang berdiri sebelah gadis tadi.  Lelaki ala-ala lembut gitu.  Faham je lah kan kalau dah lembut marah pun ala-ala segan mati tak mahu he he he.

“Isykkk you ni Remy dia tak sengajalah.  Tak apa awak. ” sampuk gadis tadi.  Tengok baik je gadis ni. Cakap pun sopan.   Si lembut ni pulak yang over.  Tak padan dengan lembut!

“Isykkk you ni Luna, baik je dengan semua orang.  Dah lah I pergi ambil kereta dulu.  You tunggu dekat sini.” Bising si lembut tadi.  Dia meninggalkan aku dengan gadis yang aku langgar tak sengaja ni.  Eh ada ke langgar tak sengaja?   Argh.. bolehlah guna ayat ni!

Gadis ini tersenyum nipis memandang aku.

Aku merasa serba-salah untuk memandangnya.  Namun mataku seakan-akan terpaku pula pada wajahnya. Subhanaallah… cantiknya makhluk ciptaanMu ini.  Aku betul-betul terbuai dengan gadis didepanku.   Wajahnya putih dan bersih.  Pakaiannya moden dan ala-ala muslimah.    Selendang dia pun labuh dan menutup aurat.  Sejibik macam model muslimah dekat majalah tu.   Mesti darah campuran ni.  Cantik!  Wah! Sempat pulak aku analisis wajah dia segala kan…

“Maaflah sangat-sangat.  Saya betul-betul tak sengaja.  Saya tengah cari seseorang tadi.  Tu yang tak perasan awak ada dekat depan ni.  Maaf sangat” Ucapku ikhlas, untuk yang ke berapa kali.  Ni semua salah Mr Playboy, mana entah dia menghilang?  Tak pasal-pasal aku dah langgar orang pulak.  Dia punya hal lah ni!

“Tak ada apalah .  Hal kecil je ni.  Saya Tengku Luna Najwa.   Panggil Luna je. Yang tadi tu Remy kawan sekerja saya.” Ujarnya lembut.   

Ramah betul gadis ni.  Sempat lagi nak perkenalkan diri pada aku.  Tengku? Owh jenis kerabat macam si Mr Playboy tu jugak rupanya.  Yang lembut tadi tu Remy?  Eiii….  Memang tak padan dengan nama langsung.  Tak sesuai he he he!

Aku tersenyum dan mengangguk mendengarnya.  “Owh, saya Mi.”

“Mia!  Kenapa ni?” soal Mr Playboy tiba-tiba muncul di sebelahku.  Dia memandangku cemas.   Tak sempat aku nak perkenalkan diri tadi, dah ada pulak yang enterframe dulu.  Ni yang malas ni.  Time-time ni barulah si Mr Playboy ni nak muncul.  Kacau daun betul lah!

Aku menoleh pada Mr Playboy di sebelah. “Tak ada apalah..tak sengaja terlanggar orang tadi.  Hah, ni aku kenalkan, Tengku Luna Najwa.” Aku memperkenalkan Mr Playboy pada Luna.  Gaya macam Tengku Luna Najwa tu kawan aku pulak kan.    Padahal kenal pun tak sampai dua minit he he he.

Mr Playboy menoleh untuk melihat Luna.  Dia terdiam.

“Afriel?” soal Luna spontan. 

Mereka berpandangan sesama sendiri.  Wajah Mr Playboy terus berubah keruh.   Dia nampak tegang  memandang Luna.   Terangkat keningku sekejap.  Eh! diorang berdua ni dah kenal ke?

“Korang berdua ni dah saling kenal ke?” soalku setelah hampir satu saat budak berdua ni tak bercakap.  Feed up tunggu!

Luna terdiam dan senyap memandang wajahku.  Dia kelihatan teragak-agak untuk bercakap.

“Kami kawan lama.” Tiba-tiba keluar suara Mr Playboy.  Tapi nadanya pelik sikit.

Aku mengangguk.  Owh kawan lama? Baguslah tu, kiranya diorang ni memang kenal rapatlah.  Tapi…. apasal keduanya nampak tegang semacam je? Tak gaya macam jumpa kawan lama pun? Macam lain je?

“Aaahhh...kawan lama.  Satu sekolah.”  Ucap Luna teragak-agak.  Bibirnya cuba tersenyum.

Aku mengangguk. “Oooo… kawan sekolah?   Patutlah korang berdua nampak macam dah saling kenal ha ha ha .”  gelakku menghibur suasana ‘reunion’ yang pelik ni.    

“ Hai. ….Saya Mia Qaisara, Tengku Afriel ni…”

“Kami dah bertunang.  Mia ni tunang saya.”  Sampuk Mr Playboy tiba-tiba.   Hah? Aku memandang wajah Mr Playboy.  Tercengang.

“Sorry?”soalku semula pada Mr Playboy.  Salah dengar ke apa telinga ni?

Mr Playboy menarik tanganku.  Dia tersenyum ceria padaku.  “Tunang.  Kita kan tunangkan.  Sayang ni, buat lupa pulak.”  Berkerut dahiku.  Terdiam sekejap.   Eh apa dia merepek ni? bila pulak aku ni bertunang dengan dia? Aku tak tahu pun?  Eh dia panggil aku sayang?

“Owh ye ke?  Tahniah pada awak berdua.”  Ucap Luna ringkas padaku.  Dia kelihatan gelisah.  
Aku betul-betul keliru sekarang.  Dah kenapa pulak Luna ucap terima kasih ni?  Eh diorang ni dah kenapa?  Buat drama ke ni?  Sinetron lagi ke?  Teringat aku kejadian empat tahun lepas masa Mr Playboy mengaku aku ni makwe dia.  Dia buat lagi pulak….

“Terima kasih.   Maaflah kami berdua kena pergi sekarang.  Jom sayang.” Pamit  Mr Playboy.  Dia segera menarik tanganku mengikut langkahnya .    Aku terpinga-pinga.   Eh macam kejadian dulu lah.  Deejavu ke ni?

Aku menoleh sekejap ke belakang dan melambaikan tangan pada Luna di belakang.  Tak sempat nak mengucapkan apa-apa pada gadis itu. Kakiku laju mengikut langkah Mr Playboy.   Setelah sampai di kereta, aku segera menarik tanganku dari genggaman Mr Playboy tadi.

“Lepaslah, sakit tau.  Kan dah banyak kali aku cakap, jangan sentuh aku!  Faham tak!” marahku.  Suka sangat pegang orang, tak tahu dosa  ke?   Tak malu punya Mr Playboy, dah lah pandai-pandai mengaku aku ni tunang dia tadi.  Eiiiii….menyampah!

“Kau jangan banyak cakap boleh tak!   Dah masuk dalam kereta! ”arahnya. 

“Tak nak.” Geramku.

“Masuk!!!!” jeritnya kasar.  Tersentak aku dengan kekasaran suaranya.  Menakutkan lah dia bila marah.   Aku memasamkan muka tapi masuk jugak ke dalam kereta.   Kalau tak disebabkan aku naik kereta dia tadi, jangan harap aku nak masuk.  Tak hinggin!

Mr Playboy masuk kedalam kereta dan mula memandu.  Dia tidak menoleh padaku sedikitpun.  Wajahnya agak tegang dan marah. 

Aku betul-betul bingung.  Kenapa Mr Playboy tiba-tiba naik angin pulak ni?  Kerana gadis tadi ke?  Siapa Tengku Luna Najwa tu?    Mr Playboy  macam marah je lihat Luna tadi?  Mesti ada yang tak kena antara Mr Playboy dengan Luna ni?   Tapi kenapa sampai nak mengaku, yang aku ni tunang dia?  Kenapa yea?


Aduh!  Banyak betul tanda soal dalam otakku sekarang.  Pening lah fikirkan!  Aku mendiamkan diri didalam kereta.   Sempat aku menjeling sekilas pada Mr Playboy di sebelah.   Sungguh hatiku sakit dan geram dengan sikapnya.  Taubat!  Lepas ni tak nak makan dengan dia lagi.  Menyampah! 

6 comments:

Unknown said...

Mst luna ni ex mrplayboy kn...

Ian asynata said...

huhuhuhu.....

Ian asynata said...

hmmmm...mybe. hehhehe

Amirah Hidayah said...

best banget. haha. afriel ni mcm dh suka mia kan and luna ni kacau betul la. mcm dpt agak yg luna ni ex gf afriel.

Ian asynata said...

hahhahha jgn geram.....

Unknown said...

nak lagi....

Post a Comment

About Me