topbella

Thursday 9 January 2014

MEMORI CINTA KITA 10

Bab 10

SUASANA di kampung pada pagi ini sangat nyaman. Aku berasa sungguh gembira.   Akhirnya setelah enam bulan bekerja baru sekarang ni aku dapat bercuti lama.  Itu pun setelah aku terus-terusan memujuk Fitriah meluluskan cuti.    Bermacam-macam cara jugaklah aku serang dia. Akhirnya dia mengalah juga dengan pujukan aku.

Aku bercuti selama seminggu buat pertama kalinya. Hal kedai tak payah nak dirisaukan.  Eksyen!   Mana tak eksyenya, sekarang ni Butik Fitriah dah ada 3 orang pekerja yang membantu operasi.  Itupun setelah aku desak Fitriah mengambil tambahan pekerja kerana kesiankan Mariani yang terkial-kial tidak menang tangan melayan pelanggan. 

Yang paling bestnya kali ni tak ada audition yang karut-marut tu, sebab aku yang dipertanggungjawabkan mengambil pekerja.    Jadi ape susah iklan kan aja, beraturlah orang nak dan akhirnya aku tapis semua sehingga jumpa yang layak.  Setakat ni 2 pekerja yang aku ambil masih mengekalkan piawaian yang ditetapkan Fitriah.    Jadi semua urusan butik berjalan dengan lancar.

Aku melemparkan pandangan ke rumah Mak Lang.   Sunyi aje dari semalam tak nampak langsung 
penghuninya.   Eh nampak sangat aku bohong.   Bukan semalam Mak Lang dan Pak Lang ada datang rumah ke berbual dengan abah dan mak?   Ting tong!
Sebenarnya aku ni tak nampak Abang Hafizul.    Sebab tu dari semalam aku duk tercari-cari dia. Tapi hampeh, bayang dia pun aku tak nampak.

“Isykk! nak pergi ke tak ye?” aku berkira-kira sama ada mahu pergi ke rumahnya atau tidak.
Hurmm betulah kata Fitriah yang aku ni memang sedang angau.  Nampaknya tuhan sedang menterbalikkan hati aku yang dulunya berlagak tidak mahu dengan si Hafizul tu.    Sekarang ni tengok, aku pulak terhegeh-hegeh kat dia. Isykk jangan-jangan Hafizul ni guna-guna aku tak? Isykk simpang, mustahil dia nak buat macam tu.   Berdosa!

Dalam aku berkira-kira tadi tahunya sudah panjang langkahku berjalan.    Alih-alih dah sampai pun depan pintu rumah Mak lang.   Aduh! Memang parah tahap rindu aku sekarang ni.  Buatnya Abang Hafizul tiba-tiba terjengol kat depan pintu ni.   Mahu agaknya aku peluk dia ketat-ketat. Subhanallah!! jauhnya angan-angan aku.

“Assalamualaikum ,Mak Lang.”

“Waalaikumsalam, masuklah adik Mak lang kat dapur ni.” Laung mak lang dari jauh.

Aku berjalan menuju pintu belakang dapur.  Mak lang nampak leka menyiapkan sarapan diatas meja makan.  Banyaknya makanan tak rugi aku datang awal pagi ni.

Hah Dik tercongok apa lagi kat situ.  Meh tolong sini.”

Aku tersengih memandang Mak Lang dan segera membantu dia menyiapkan sarapan. Aku membancuh air teh dan milo di dalam teko dan meletakkan di atas meja. Semuanya sudah tersedia.  
Mak Lang ni macam tahu-tahu je aku nak datang.  Siap masak sarapan kegemaran aku lagi iaitu nasi himpit dan kuah lontong.    Tak lupa juga kuah kacang, memang membuka selera aku pagi ini.  Dah macam hari raya pulak he he he.

“Adik kamu tolong panggilkan Abang Hafizul kamu tu kat atas.  Tadi dia dah turun masa Mak Lang masak kat dapur ni.    Agaknya dia tengok sarapan tak ada lagi mesti dia sambung tidur balik.  Adik pergi kejutkan ye.  Mak lang nak pergi mandi dulu, kejap lagi Pak lang kamu nak balik.” Pesan Mak lang sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat bawah.

“Alaa… nak kejut dia pulak. Malasnya.” Aku terus melangkah naik ke tingkat atas.  Ada 3 buah bilik di bahagian atas.  Bilik Abang Hafizul berada di sebelah kanan.   Agak terselindung kerana berhadapan dengan ruang santai tingkat atas.   Aku berdiri betul-betul dihadapan pintunya. Tanganku mula mengetuk pintu bilik.

Bunyi ketukan tiga kali beserta panggilan nama berulang kali tidak dijawab. ‘hisykk dia ni..tido mati ke?’ desis hati kecilku. Aku mengetuk lagi kali ini dengan lebih kuat.

Aku merasa gelisah, berkira-kira haruskah aku masuk ke dalam biliknya.  Akhirnya perlahan-lahan tanganku memutarkan tombol pintu bilik.  Aku membiarkan pintu bilik terbuka luas. Mataku melilau-lilau melihat dari balik pintu.    Bulat mataku melihat sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil.

“Sengal…dari tadi aku dok terjerit dia boleh lena macam tu. Sabar jelah.” Omelku perlahan.

“Abang bangun sarapan.”kejutku.

Bila melihat dia yang masih tidak beriaksi terus aku menghampirinya.  Apalagi mulalah mataku melihat keindahan alam ni he he he.   Melihat wajahnya yang lena membuatkan aku merasa tenang.  Matanya terbentuk sempurna. Hidungnya yang mancung dan bibirnya yang nampak kemerahan menandakan l lelaki ini tidak merokok.  Iris wajahnya yang tampak lena itu mengentarkan jiwaku.    Tanpa sedar hujung jari telunjukku sedang mengusap kening dan matanya dan kemudian jatuh ke bibir yang merah itu.  Sweetnya macam baby dia tidur.

Aku tersentak melihat Abang Hafizul yang membuka matanya tiba-tiba.   Lenganku ditarik kasar dan tubuhku jatuh tertiarap diatas badannya.  Aku tergamam mulutku terkunci.    Aku jadi kaku tiba-tiba.  Mata kami saling bertatapan antara satu sama lain seperti ada satu perasaan halus pada diriku. 

Abang Hafizul memandang aku dia menundukkan wajahnya. Bibirnya terus mengucup pada ubun-ubunku kemudian pada keningku.

Air mataku tumpah tiba-tiba.  Wajahku berubah pucat. Aku meronta-meronta minta dilepaskan. Dia mengeratkan pelukannya dengan lebih kuat. Bunyi nafasnya di hujung telinga membuatkan jantungku berdegup laju.

“Rindu-rindu sangat...” luah Abang Hafizul perlahan di cuping telingaku.

Aku meronta dan menolak tubuhnya, tapi tidak berjaya.  Aku jadi takut.    Abang Hafizul memandang wajahku semula dia merenungku.   Ada air mata di matanya seperti dia terkesan dan terlalu lama memendam rasa.  Dia mengeratkan pelukannya padaku. Aku kaku.

Bunyi nyaringan suara Mak Lang dari bawah menyedarkan kami. Abang Hafizul memandang aku.    Dia panic dan terus menolak tubuhku di tepi.    Dia bingkas bangun dari katil kemudian meluru keluar dari bilik. 
Aku terkebil-kebil seketika. Astafiruallahalazim… apa yang aku dah buat ni. Aku perlahan-lahan turun dari katil. Aku menarik nafas dan keluar dari bilik. Buat masa ni aku kena bertenang dulu.

Aku turun ke bawah perlahan-lahan dan terus berlari keluar dari rumah.  Aku tidak mahu sesiapa perasan akan air mukaku sekarang.  Aku berlari masuk ke dalam rumah menuju ke bilik. Pintu bilik dikunci rapat.    Aku terjelepok duduk di lantai.  Air mata mengalir tanpa henti.   Perasaan aku berkecamuk dengan apa yang terjadi tadi.   Bercampur baur semuanya.  Aku memejamkan mata dan memeluk lutut. Tenang.




5 comments:

Unknown said...

best sangat-2 nak lagi tq.

Amirah Hidayah said...

Betul2. Best sgt! Want more :D

Ian asynata said...

thanks baby mio sebab sudi baca, walaupun cerita ni tak ada sambutan sangat. tq again,,,

Ian asynata said...

Thanks amirah hidayah....

tinta merah said...

Wah, beraninya hafizul...dia mengigauke apa tu? Hehehe...

Post a Comment

About Me