Bab 10
SUASANA di
kampung pada pagi ini sangat nyaman. Aku berasa sungguh gembira. Akhirnya setelah enam bulan bekerja baru
sekarang ni aku dapat bercuti lama. Itu
pun setelah aku terus-terusan memujuk Fitriah meluluskan cuti. Bermacam-macam cara jugaklah aku serang dia.
Akhirnya dia mengalah juga dengan pujukan aku.
Aku
bercuti selama seminggu buat pertama kalinya. Hal kedai tak payah nak
dirisaukan. Eksyen! Mana
tak eksyenya, sekarang ni Butik Fitriah dah ada 3 orang pekerja yang membantu
operasi. Itupun setelah aku desak
Fitriah mengambil tambahan pekerja kerana kesiankan Mariani yang terkial-kial
tidak menang tangan melayan pelanggan.
Yang
paling bestnya kali ni tak ada audition yang karut-marut tu, sebab aku yang
dipertanggungjawabkan mengambil pekerja.
Jadi ape susah iklan kan aja, beraturlah orang nak dan akhirnya aku
tapis semua sehingga jumpa yang layak.
Setakat ni 2 pekerja yang aku ambil masih mengekalkan piawaian yang
ditetapkan Fitriah. Jadi semua urusan
butik berjalan dengan lancar.
Aku
melemparkan pandangan ke rumah Mak Lang. Sunyi aje dari semalam tak nampak langsung
penghuninya. Eh nampak sangat aku bohong. Bukan semalam Mak Lang dan Pak Lang ada
datang rumah ke berbual dengan abah dan mak?
Ting tong!
Sebenarnya
aku ni tak nampak Abang Hafizul. Sebab
tu dari semalam aku duk tercari-cari dia. Tapi hampeh, bayang dia pun aku tak
nampak.
“Isykk!
nak pergi ke tak ye?” aku berkira-kira sama ada mahu pergi ke rumahnya atau
tidak.
Hurmm
betulah kata Fitriah yang aku ni memang sedang angau. Nampaknya tuhan sedang menterbalikkan hati aku
yang dulunya berlagak tidak mahu dengan si Hafizul tu. Sekarang ni tengok, aku pulak
terhegeh-hegeh kat dia. Isykk jangan-jangan Hafizul ni guna-guna aku tak? Isykk
simpang, mustahil dia nak buat macam tu.
Berdosa!
Dalam
aku berkira-kira tadi tahunya sudah panjang langkahku berjalan. Alih-alih dah sampai pun depan pintu rumah
Mak lang. Aduh! Memang parah tahap rindu aku sekarang
ni. Buatnya Abang Hafizul tiba-tiba
terjengol kat depan pintu ni. Mahu
agaknya aku peluk dia ketat-ketat. Subhanallah!! jauhnya angan-angan aku.
“Assalamualaikum
,Mak Lang.”
“Waalaikumsalam,
masuklah adik Mak lang kat dapur ni.” Laung mak lang dari jauh.
Aku
berjalan menuju pintu belakang dapur. Mak lang nampak leka menyiapkan sarapan diatas
meja makan. Banyaknya makanan tak rugi
aku datang awal pagi ni.
“Hah
Dik tercongok apa lagi kat situ. Meh tolong
sini.”
Aku
tersengih memandang Mak Lang dan segera membantu dia menyiapkan sarapan. Aku
membancuh air teh dan milo di dalam teko dan meletakkan di atas meja. Semuanya
sudah tersedia.
Mak
Lang ni macam tahu-tahu je aku nak datang. Siap masak sarapan kegemaran aku lagi iaitu
nasi himpit dan kuah lontong. Tak lupa juga kuah kacang, memang membuka
selera aku pagi ini. Dah macam hari raya
pulak he he he.
“Adik
kamu tolong panggilkan Abang Hafizul kamu tu kat atas. Tadi dia dah turun masa Mak Lang masak kat
dapur ni. Agaknya dia tengok sarapan
tak ada lagi mesti dia sambung tidur balik. Adik pergi kejutkan ye. Mak lang nak pergi mandi dulu, kejap lagi Pak
lang kamu nak balik.” Pesan Mak lang sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya
yang berada di tingkat bawah.
“Alaa…
nak kejut dia pulak. Malasnya.” Aku terus melangkah naik ke tingkat atas. Ada 3 buah bilik di bahagian atas. Bilik Abang Hafizul berada di sebelah kanan. Agak terselindung kerana berhadapan dengan
ruang santai tingkat atas. Aku berdiri
betul-betul dihadapan pintunya. Tanganku mula mengetuk pintu bilik.
Bunyi
ketukan tiga kali beserta panggilan nama berulang kali tidak dijawab. ‘hisykk
dia ni..tido mati ke?’ desis hati kecilku. Aku mengetuk lagi kali ini dengan
lebih kuat.
Aku
merasa gelisah, berkira-kira haruskah aku masuk ke dalam biliknya. Akhirnya perlahan-lahan tanganku memutarkan
tombol pintu bilik. Aku membiarkan pintu
bilik terbuka luas. Mataku melilau-lilau melihat dari balik pintu. Bulat
mataku melihat sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil.
“Sengal…dari
tadi aku dok terjerit dia boleh lena macam tu. Sabar jelah.” Omelku perlahan.
“Abang
bangun sarapan.”kejutku.
Bila
melihat dia yang masih tidak beriaksi terus aku menghampirinya. Apalagi mulalah mataku melihat keindahan alam
ni he he he. Melihat wajahnya yang lena
membuatkan aku merasa tenang. Matanya
terbentuk sempurna. Hidungnya yang mancung dan bibirnya yang nampak kemerahan
menandakan l lelaki ini tidak merokok. Iris wajahnya yang tampak lena itu
mengentarkan jiwaku. Tanpa sedar
hujung jari telunjukku sedang mengusap kening dan matanya dan kemudian jatuh ke
bibir yang merah itu. Sweetnya macam
baby dia tidur.
Aku
tersentak melihat Abang Hafizul yang membuka matanya tiba-tiba. Lenganku ditarik kasar dan tubuhku jatuh
tertiarap diatas badannya. Aku tergamam
mulutku terkunci. Aku jadi kaku
tiba-tiba. Mata kami saling bertatapan
antara satu sama lain seperti ada satu perasaan halus pada diriku.
Abang
Hafizul memandang aku dia menundukkan wajahnya. Bibirnya terus mengucup pada
ubun-ubunku kemudian pada keningku.
Air
mataku tumpah tiba-tiba. Wajahku berubah
pucat. Aku meronta-meronta minta dilepaskan. Dia mengeratkan pelukannya dengan
lebih kuat. Bunyi nafasnya di hujung telinga membuatkan jantungku berdegup
laju.
“Rindu-rindu
sangat...” luah Abang Hafizul perlahan di cuping telingaku.
Aku
meronta dan menolak tubuhnya, tapi tidak berjaya. Aku jadi takut. Abang
Hafizul memandang wajahku semula dia merenungku. Ada air mata di matanya seperti dia terkesan
dan terlalu lama memendam rasa. Dia mengeratkan
pelukannya padaku. Aku kaku.
Bunyi
nyaringan suara Mak Lang dari bawah menyedarkan kami. Abang Hafizul memandang aku. Dia
panic dan terus menolak tubuhku di tepi.
Dia bingkas bangun dari katil
kemudian meluru keluar dari bilik.
Aku terkebil-kebil seketika. Astafiruallahalazim… apa yang aku dah
buat ni. Aku perlahan-lahan turun dari katil. Aku menarik nafas dan keluar dari
bilik. Buat masa ni aku kena bertenang dulu.
Aku
turun ke bawah perlahan-lahan dan terus berlari keluar dari rumah. Aku tidak mahu sesiapa perasan akan air
mukaku sekarang. Aku berlari masuk ke
dalam rumah menuju ke bilik. Pintu bilik dikunci rapat. Aku terjelepok duduk di lantai. Air mata mengalir tanpa henti. Perasaan aku berkecamuk dengan apa yang
terjadi tadi. Bercampur baur semuanya. Aku memejamkan mata dan memeluk lutut. Tenang.
5 comments:
best sangat-2 nak lagi tq.
Betul2. Best sgt! Want more :D
thanks baby mio sebab sudi baca, walaupun cerita ni tak ada sambutan sangat. tq again,,,
Thanks amirah hidayah....
Wah, beraninya hafizul...dia mengigauke apa tu? Hehehe...
Post a Comment