BAb 12
HARI ini
mood makan aku sudah lari selepas dapat surat berantai tadi. Tak sabar aku nak
tahu isi kandungannya. Hurmm ape
agaknya? Jangan-jangan ada sesuatu
berlaku tak? Isykk tak mungkin, kalau
ada something baik call, buat ape nak
hantar surat. Makan masa lama.
Aku
memilih untuk minum di KOPITIAM. Lebih
tenang dan sesuai dengan mood saspen aku sekarang. Aku duduk di meja yang
disediakan. Surat tadi aku keluarkan dan kubuka perlahan. Takut terkoyak pulak! Ada
tulisan jawi sebagai pembuka ayat lah! Aku
mula membacanya.
Bismillahirahmannirahim
Assalamualaikum
Kehadapan buat kekasih
yang dirindui
Tizz Alisya….
Apa khabar Tizz. Mesti Tizz tertanya-tanya mengapa abang
menulis surat ini.
Sayangku, pertama
sekali abang ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan atas perbuatan abang yang lalu. Abang telah
menyakiti sayang dengan kekhilafan abang.
Maaf…kerana telah
menyentuh sayang dengan pelukan abang tempoh hari. Abang khilaf kerana terlalu merindui sayang. Abang kalah dengan perasaan sendiri. Maafkan abang…Demi Allah tak pernah terlintas
di hati abang untuk menyentuh saya dengan niat yang lain. Tapi abang tahu haram tetap haram. Hati abang tidak tenang selagi sayang tidak
memaafkan abang.
Kekasihku..
Maafkan diri abang
kerana melukakan hatimu. Lukanya hatimu
bermakna matilah jiwaku.
Sungguh abang
menyesal. Maafkan abang.
Kekasihku
Mungkin selama ini
sayang tidak tahu bahawa sayanglah kekuatan diri abang.
Segalanya indah tentang
sayang..Sayang anugerah Allah yang terindah.
Jika ditakdirkan satu
hari nanti sayang milik abang. Abanglah
manusia paling bahagia di dunia ini.
Sayang, namamu telah
pun indah terukir di hati ini.
Walau telah cuba dinafikan
tetapi…. hanya dirimu yang terkemas indah disitu.
Namun…. abang sedar
mana mungkin anganan ini nyata, sedangkan hanya diri abang saja yang bermimpi
di alam fana.
Buatmu kekasihku
Sayang…
izinkan abang menjadi
kekasihmu yang halal.
Halal mencintaimu
Halal merinduimu
Halal menyentuhmu
Kekasihku yang sungguh
Abang rindui.
Dikesempatan ini abang
ingin menyampaikan hajat dihati. Beberapa soalan ingin abang utarakan. Mungkin cara abang ni agak kurang sopan. Tapi sejujurnya hanya ini sahaja jalan yang
abang nampak. Maaf jika sayang tidak
menerima sikap abang sebegini.
Pertama… sudikah sayang
menghabiskan seumur hidup bersama abang?
Kedua…...Bolehkah
sayang menemani abang dikala abang susah dan senang?
Ketiga…..Relakah dirimu
disentuh dengan kasih sayang abang?
Sendainya sayang sudi
menerima abang, hadirkanlah dirimu itu
dalam mahligaiku. Di situ abang akan
sentiasa menantimu.
Akhir dari seorang
kekasih
Jika jawapannya sudah
pasti, abang harap sayang dapat membalas surat ini. Abang akan menunggunya
Tak
perlu tergesa-gesa ISTIKHARAH lah sebelum membuat keputusan.
Jawapan
dari diri NYA itulah yang dapat membantu kita.
Ikhlas dari seorang
kekasih yang merindu…
Hafizul Zafriel
Mokhtar..
Aku menutup surat itu
dengan seribu satu perasaan. Pertama aku terharu dan sebak. Kedua aku memaafkan dia. Ketiga aku juga merindui dia…Arghhhh….
Mak!! tolong!!!.
**********************************************************
Mak!!! Tolong adik
mak!!!!” aku tercungap-cungap bangun dari tidur. Aku menarik nafas. Peluh aku sapu. Aku
memandang syiling memikirkan mimpi yang menghantui aku tadi. Cukup sukar untuk aku tafsir mimpi itu.
Jam di dinding
menunjukkan ke angka tiga. Aku berisghtifar.
Pelik
dan aneh. Aku bermimpi sedang
melahirkan anak. Tapi yang peliknya
kenapa pulak Adam yang berada dekat sisi aku? Mana Abang Hafizul? Dah gila apa!
Dalam mimpi tadi siap dia bagi kata semangat lagi dekat aku. Dasyat tu wei!. Nampak sangat aku tidur tak
cuci kaki tadi. Isykk macam manalah mamat sengal tu boleh masuk dalam mimpi
aku? Isykk mainan tidur je tu.
Aku
berbaring semula meletakkan lengan di dahi. Dahi berkerut-kerut memikirkan
sesuatu.
“Alaa…..
tadi niat nak mimpi Abang Hafizul alih-alih mimpi orang gila pulak. Benci 44
kali!!!” Selimut aku tarik sampai ke muka. Aku mengiring ke kiri dan kekanan.
Masih tak dapat tidur. Wajah Abang Hafizul mula terbayang di mataku berselang
seli dengan wajah yang menyesakkan jiwa ku tadi.
Aku
segera bangun dari katil dan langkah terusku atur ke bilik mandi. Lebih baik
aku solat daripada memikirkan yang bukan-bukan. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah
petunjuk kepada hambaMU ini.
4 comments:
Konfius sikit. Yg isi kandungan surat tu mimpi ke real? Btw, sweet je isi dia:)
real....dalam bab sebelumnya hafizul yang sent surat tu. Itu isi dalamnya...
bestnyaaa! ^___^ lpas ni ada smbgan lg ke? hehehe
adalah dekat bab yang sterusnya heheh....
Post a Comment