topbella

Monday 13 January 2014

MEMORI CINTA KITA 12

BAb 12

HARI ini mood makan aku sudah lari selepas dapat surat berantai tadi. Tak sabar aku nak tahu isi kandungannya.  Hurmm ape agaknya?   Jangan-jangan ada sesuatu berlaku tak?   Isykk tak mungkin, kalau ada something baik call, buat ape nak hantar surat.    Makan masa lama.

Aku memilih untuk minum di KOPITIAM.    Lebih tenang dan sesuai dengan mood saspen aku sekarang. Aku duduk di meja yang disediakan. Surat tadi aku keluarkan dan kubuka perlahan.    Takut terkoyak pulak!   Ada tulisan jawi sebagai pembuka ayat lah!  Aku mula membacanya.



Bismillahirahmannirahim
Assalamualaikum
Kehadapan buat kekasih yang dirindui
Tizz Alisya….

Apa khabar Tizz.    Mesti Tizz tertanya-tanya mengapa abang menulis surat ini.
Sayangku, pertama sekali abang ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan  atas perbuatan abang yang lalu. Abang telah menyakiti sayang dengan kekhilafan abang.

Maaf…kerana telah menyentuh sayang dengan pelukan abang tempoh hari.  Abang khilaf kerana terlalu merindui sayang.  Abang kalah dengan perasaan sendiri.  Maafkan abang…Demi Allah tak pernah terlintas di hati abang untuk menyentuh saya dengan niat yang lain.  Tapi abang tahu haram tetap haram.  Hati abang tidak tenang selagi sayang tidak memaafkan abang.

Kekasihku..
Maafkan diri abang kerana melukakan hatimu.  Lukanya hatimu bermakna matilah jiwaku.
Sungguh abang menyesal.  Maafkan abang.

Kekasihku
Mungkin selama ini sayang tidak tahu bahawa sayanglah kekuatan diri abang.
Segalanya indah tentang sayang..Sayang anugerah Allah yang terindah.
Jika ditakdirkan satu hari nanti sayang milik abang.  Abanglah manusia paling bahagia di dunia ini.

Sayang, namamu telah pun indah terukir di hati ini.  
Walau telah cuba dinafikan tetapi…. hanya dirimu yang terkemas indah disitu.
Namun…. abang sedar mana mungkin anganan ini nyata, sedangkan hanya diri abang saja yang bermimpi di alam fana.

Buatmu kekasihku

Sayang…
izinkan abang menjadi kekasihmu yang halal.
Halal mencintaimu
Halal merinduimu
Halal menyentuhmu

Kekasihku yang sungguh Abang rindui.

Dikesempatan ini abang ingin menyampaikan hajat dihati. Beberapa soalan ingin abang utarakan.  Mungkin cara abang ni  agak kurang sopan.    Tapi sejujurnya hanya ini sahaja jalan yang abang nampak.    Maaf jika sayang tidak menerima sikap abang sebegini.

Pertama… sudikah sayang menghabiskan seumur hidup bersama abang?

Kedua…...Bolehkah sayang menemani abang dikala abang susah dan senang?

Ketiga…..Relakah dirimu disentuh dengan kasih sayang abang?

Sendainya sayang sudi menerima abang,  hadirkanlah dirimu itu dalam mahligaiku.  Di situ abang akan sentiasa menantimu.

Akhir dari seorang kekasih
Jika jawapannya sudah pasti, abang harap sayang dapat membalas surat ini.  Abang akan menunggunya
Tak perlu tergesa-gesa ISTIKHARAH lah sebelum membuat keputusan.  
Jawapan dari diri NYA itulah yang dapat membantu kita.

Ikhlas dari seorang kekasih yang merindu…
Hafizul Zafriel Mokhtar..

Aku menutup surat itu dengan seribu satu perasaan. Pertama aku terharu dan sebak.   Kedua aku memaafkan dia.    Ketiga aku juga merindui dia…Arghhhh…. Mak!! tolong!!!.


**********************************************************

Mak!!! Tolong adik mak!!!!” aku tercungap-cungap bangun dari tidur.  Aku menarik nafas. Peluh aku sapu. Aku memandang syiling memikirkan mimpi yang menghantui aku tadi.  Cukup sukar untuk aku tafsir mimpi itu. 

Jam di dinding menunjukkan ke angka tiga. Aku berisghtifar.

Pelik dan aneh.    Aku bermimpi sedang melahirkan anak.  Tapi yang peliknya kenapa pulak Adam yang berada dekat sisi aku? Mana Abang Hafizul?  Dah gila apa!  Dalam mimpi tadi siap dia bagi kata semangat lagi dekat aku.  Dasyat tu wei!. Nampak sangat aku tidur tak cuci kaki tadi. Isykk macam manalah mamat sengal tu boleh masuk dalam mimpi aku? Isykk mainan tidur je tu.

Aku berbaring semula meletakkan lengan di dahi. Dahi berkerut-kerut memikirkan sesuatu.

“Alaa….. tadi niat nak mimpi Abang Hafizul alih-alih mimpi orang gila pulak. Benci 44 kali!!!” Selimut aku tarik sampai ke muka. Aku mengiring ke kiri dan kekanan. Masih tak dapat tidur. Wajah Abang Hafizul mula terbayang di mataku berselang seli dengan wajah yang menyesakkan jiwa ku tadi.

Aku segera bangun dari katil dan langkah terusku atur ke bilik mandi. Lebih baik aku solat daripada memikirkan yang bukan-bukan. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah petunjuk kepada hambaMU ini.


4 comments:

Amirah Hidayah said...

Konfius sikit. Yg isi kandungan surat tu mimpi ke real? Btw, sweet je isi dia:)

Ian asynata said...

real....dalam bab sebelumnya hafizul yang sent surat tu. Itu isi dalamnya...

Unknown said...

bestnyaaa! ^___^ lpas ni ada smbgan lg ke? hehehe

Ian asynata said...

adalah dekat bab yang sterusnya heheh....

Post a Comment

About Me