BAB
20
“KALAU
setakat nak makan sate dekat sini baik tak payah ajak aku.”jelingku
geram. Ingatkan Si Adam ni nak ajak
makan kat hotel atau restoran mewah ke?
Rupa-rupanya makan sate kat kajang ni je. Hampeh betul doctor ni, kedekut! Patutlah beriya-iya ajak aku temankan
dia. Kalau dengan Fitriah jangan
haraplah Fitriah nak makan tempat macam ni.
Lagi satu Fitriah mana suka ada asap-asap macam ni. Memang tak kan jejaklah kaki minah tu ke
sini.
“Bersyukurlah dengan
apa yang ada, jangan pandai nak merungut je.
Untunglah aku nak belanja makan kat sini tau, kau ingat sate kajang ni
murah ke?”
Aku mencebik, “Aku
tekankan dekat sini, bukan aku yang suruh kau belanja aku. Kau sendiri yang paksa aku untuk ikut kau
makan dekat sini. So…nasib kau lah kalau
sate ni mahal ke murah ke, ada aku kisah.”
Berdesir mulutnya
mendengar kata-kataku. “Mulut kau kalau tak menjawab, tak boleh ke? Dari dalam kereta tadi, kerja kau asyik nak
membebel je. Bernanah telinga aku
dengar. Kau tak reti stop eak?”
“Mulut aku, suka hati
aku lah nak cakap ke tak. Sapa suruh kau ajak aku!”
“Eiiiiiiiii!!!!!”geram
Adam. Aku menjelirkan lidah pada dia.
Geram betul! Rasa nak sepak-sepak je muka handsome dia tu.
Kami berdiam diri
sebaik saja pelayan datang membawa pesanan yang diorder tadi. 40 cucuk sate ayam dihidangkan diatas
meja. Bulat mataku. Nafsu makan memuncak-muncak naik ke
tekak. Tanganku laju saja ingin
mengambil secucuk sate.
“Ouch!”Adam menampar
tanganku. Aku memandang dia geram. Apesal dia ni tampar tangan aku pulak ni? Sakit tau.
“Lain kali baca doa
makan dulu barulah tak makan dengan syaitan.
Dah besar pun tak reti-reti ke?”
Aku menjeling
Adam. Dia ni kalau tak sarkastik bila
bercakap tak boleh ke? Tapi betul lah
apa dia cakap tu. Kau ni Tizz
betul-betul senonoh lah, kan dah dapat tazkirah free tadi.
Setelah membaca doa,
kami mula makan sate ayam tadi. Beberapa
cucuk sate telah selamat masuk ke dalam perutku. Sedapnya….sate kajang ni. Patutlah ramai yang makan dekat sini. Tak rugi datang…
Adam tersenyum sinis
memandang aku. Geram aku tengok senyuman
dia tu. Menyakitkan hati!
“Yang kau
tersenyum-senyum macam kerang busuk ni kenapa?
Dah giler!”Aku mengetapkan bibir memandang dia.
Adam mencebikkan bibir,
“Tadi orang ajak makan sini, beriya-iya tak nak ikut. Sekarang ni makan tak pandang kiri kanan
pulak. Sedap sangat ke sate tu sampai
mulut dah tak reti bercakap dah?”sindir Adam.
“Boleh lah….aku ni tak
nak membazir je, sebab tu lah aku makan.
Nanti kalau membazir jadi sahabat syaitan pulak kan…”
Adam tergelak besar
mendengar kata-kataku. Kami berdua makan dengan berselera
sekali. Aku dan Adam berlumba-lumba
menghabiskan sate. Berebut-rebut kami memakannya. Aku betul-betul kekenyangan hari ni. Dengan sate yang besar tu memang berbaloilah
harga yang dijual. Lain kali bolehlah
aku ajak Fitriah makan dekat sini.
“Dah berapa lama kau
dan Fitriah berkawan?”soal Adam tiba-tiba.
Dia bersandar di kerusi memandang aku.
Pelik aku dengar soalan dia. Tak
pernah-pernah tanya pun. Tiba-tiba je
hari ni.
“Dua tahun, sejak dari
Politeknik lagi.”ringkasku.
“Kirannya baru lagilah.”
Angguk Adam. Dia diam seperti memikirkan
sesuatu.
“Adik beradik kau
berapa orang?”soalnya lagi.
“Tiga orang, dua lelaki
dan seorang perempuan. Aku yang terakhir.” Kenapa dia nak tahu pasal aku eak?
“Kau anak bongsulah ni
eak? Patutlah mengada-ngada semacam.”
Bulat mataku. Amboi mulut dia mengata aku depan- depan
lagi, memang ada yang kena cucuk lidi sate ni karang. Aku kunyah-kunyah sate dengan geram di depan
dia. Adam tergelak.
“Sorry…gurau je
janganlah marah. Kenapa kau ni selalu je
emosi. Chill lah girl…”
“Nak chill pergi Chili
lah. Huh!” bikin panas je aku tengok bro ni.
Memang aku cili jugak mulut dia
kejap lagi.
“Okay nanti kita pergi
sama-sama eak?”gelak Adam. Muncung
bibirku. Dia ni ada saja nak dibahas
dengan aku.
“Kenapa kau tiba-tiba
tanya pasal semua ni, selalu tak pernah pun?”
“Tak ada saja je nak
tahu. Lagipun kau kan kawan Fitriah,
jadi mestilah aku berminat nak tahu segal-galanya. Makanlah sate tu, banyak
lagi ni.” Adam tersenyum memandangku.
Terangkat keningku. Lain
macam je bunyi dia. Macam tak je. Hmm…..lantak dialah. Aku meneruskan aktiviti
makan aku yang tergendala tadi.
“Suka tengok kau marah,
makin comel lah. Thanks sebab temankan
aku makan hari ni.” ucap Adam tak selepas itu. Nampak keikhlasan di mata dia.
Aku mengangguk. “Sama-sama.
Dan terima kasih sebab paksa aku temankan kau jugak.” Sindirku.
Adam tersenyum.
Kami
bingkas bangun setelah selesai makan.
Adam membuat pembayaran di
kaunter. Aku berdiri di luar kedai menunggu dia. Mataku mula memerhati orang yang lalu lalang
masuk. Salah satu meja di luar yang
ramai dengan orang, menarik perhatianku.
Mataku bulat memandang salah
seorang yang berada di dalam kumpulan itu.
Angah? Apa dia buat
dekat sini? Alamak matilah aku kalau dia nampak aku datang dengan Adam ni. Mampus aku kejap lagi. Aku memalingkan muka ke arah lain. Mulut terkumat-kamit membaca doa.
“Dah settled semuanya,
jom balik.”sapa Adam tiba-tiba.
Aku tersentak. Cepat-cepat aku menarik tangan Adam
meninggalkan kedai tadi. Harap-harap
Angah tak perasan aku dekat situ. Dalam
banyak-banyak tempat, kenapa dekat sini jugak aku boleh terserempak dengan
Angah. Sengal!
“Nanti! Nanti! Kenapa tarik-tarik
tangan ni? Kau okey tak ni? Kenapa muka kau tiba-tiba nampak pucat
semacam je?” Adam gelisah melihat aku yang diam memandang dia. Dia mengengam tanganku dan mengusapnya. Tergamam
diriku dengan tindakan dia.
Mataku seakan-akan
terpaku melihat dia yang memandang aku. Kami saling bertatapan diantara satu
sama lain. Beberapa saat kami berdiri begitu. Bunyi hon kereta yang lalu di jalan
menyedarkan aku dan Adam. Aku dan dia
cepat-cepat berpaling kea rah yang lain.
Aku menarik nafas.
“Err…Jom lah balik. Dah malam sangat ni.”ucapku teragak-agak. Adam mengangguk. Dia membukakan pintu kereta. Cepat-cepat aku memboloskan diri masuk
kedalam kereta. Aku memegang dada. Strange. Jantungku seakan-akan terhenti sebentar
tadi. Ya Allah jauhkan lah aku dari
mengalami rasa yang sungguh dasyat itu.
Sungguh aku tak kuat untuk menghadapinya nanti.
**********************************************************************
“Kenapa tak hantar aku
balik terus. Nak buat apa datang dekat
sini?” soalku sebaik saja kereta Adam berhenti di tengah-tengah jambatan
Putrajaya ni. Adam ni selalu buat
sesuatu perkara di luar jangkaan. Entah
apalah motif dia?
“Kita duduk sini kejap,
aku nak tengok pemandangan jambatan Putrajaya pada waktu malam. Dah lama tak tengok. Jomlah
cantik tau.” Ajak Adam. Dia segera
keluar meninggalkan aku di dalam kereta.
Aku terpinga-pinga melihat kelakuan dia.
Tanganku laju membuka pintu kereta.
Gila apa Adam ni berhentikan kereta dia dekat tengah-tengah
jambatan. Nak mati ke!
“Adam tunggulah
kejap. Pintu kereta ni tak kunci ke?”
jeritku. Adam berpaling ke belakang.
Alarm keretanya ditekan. Aku mendekati
Adam dan berdiri di sebelahnya.
“Cuba tengok jambatan
ni, panjang dan lebar. Banyak orang lalu
dekat sini, tapi jambatan ni still utuh dan kukuh tergantung dekat sini.”
“Memanglah kukuh,
jambatan ni dibuat dari konkrit jangan katakan kereta. Lori kontena lalu pun dia masih tetap kukuh
tau”
Adam tergelak. Dia diam sekejap.
“Bagi aku jambatan ni
melambangkan perjalanan hidup seseorang, setiap perjalanan pasti ada
penghujungnya sama seperti jambatan ni yang pada akhirnya ada penghabisan di
hujung. Maksudnya sejauh mana kita
melangkah dan sesukar mana pun pasti kita akan dapat tempuhi dan habiskan
perjalanan tu.”
Aku diam mendengar
kata-kata Adam. Sejak bila mamat doctor ni
pandai berfalsafah ni? Pening pulak aku
tengok dia berjiwang-jiwang atas jambatan. Tempat lain tak boleh ke? Apelah malang nasib aku ikut dia kesini. Malam-malam di atas jambatan memang kerja
gila. Ada jugak encik polis yang datang
kejap lagi tangkap kami ni karang.
“Kau okey tak ni? sihat
tak?” soalku. Risau kalau-kalau si Adam ni tersampuk apa-apa yang ada dekat
sini. Tempat ni boleh tahan ‘keras’
jugak.
“Aku okeylah, saja nak
tenangkan perasaan sambil jalan-jalan dekat jambatan ni. Jom kita depangkan tangan, cuba rasa angin
yang bertiup ni.”
Bulat mataku dengar
permintaan dia. Tak rasa ragu-ragu
langsung dia bercakap. Parah dah mamat
ni.
“Kau jangan nak buat kerja gila. Tak pasal-pasal ada polis datang tangkap kita
dekat sini karang. Dah-dah jom balik.
Malam-malam macam ni tak elok duduk dekat sini.” Tegahku. Budak Adam ni makin mengada-ngada pulak dia
dekat sini. Dia ingat tempat ni konsert
ambang merdeka apa? Nak depang-depang
tangan pulak. Ada yang aku siku kejap
lagi ni karang.
“Kau pergilah sana
dulu, aku nak duduk sini sorang-sorang kejap.”suruh Adam.
Aku berjalan perlahan
menuju ke kereta meninggalkan Adam.
Lelaki itu masih terpaku lagi di situ.
Aku hanya memerhatikan Adam dari jauh.
Entah apa lah yang difikirkan lelaki itu. Dia nampk seperti sedang melepaskan satu
beban di hatinya. Wajahnya tampak lesu
memandangku dari jauh. Hatiku terasa
berat dan gelisah melihat dia.
Setelah beberapa
ketika, Adam berpaling ke belakang. Dia berjalan
kearah kereta dan masuk ke dalam. Enjin kereta mula dihidupkan. Kami masing-masing terdiam seribu bahasa
seperti tiada apa yang nak dicakapkan. Sepanjang di dalam kereta, aku merasakan
kepiluan dan kesedihan seperti sedang menyelubungi kami. Entah apa yang berlaku, aku tak pasti.
Sebaik saja kereta
berhenti di perkarangan luar rumah. Adam
memberhentikan kereta. Aku terus melangkah
turun. Kereta Adam terus menderum laju
meninggalkan aku. Aku terpinga-pinga
melihatnya. Dia hanya pergi tanpa sepatah kata. Kakiku masih terpaku disitu melihat keretanya
berlalu pergi. Perlahan-lahan bayangan
kereta dia hilang dari pandanganku.
“Kenapa dengan dia hari
ni? Dia nampak lain lah…”bisik hatiku.
Aku benar-benar keliru dengan segalanya.
Hatiku mula berasa tidak enak tiba-tiba memikirkan Adam. Aku berdoa pada Allah semoga dia dijauhkan
dari segala bencana dan musibah yang melanda. Amin….
3 comments:
Mana Hafizul???
sabar...sabar...hafizul akan muncul jugak nanti. kena tunggu lagi tiga entry.. jangan marah tau.
Best.
Post a Comment