BAB 24
Hari ini aku dan Angah
gerak balik ke kampong kami. Pagi-pagi
lagi dah mula bertolak. Aku bawa baju
ala kadar je. Takut nak bawak balik beg
yang besar tu. Nanti mesti mak syak sesuatu. So… bawa beg kecil lagi selamat. Mak pun
takkan banyak tanya.
Sebaik saja melepasi pekan Rembau. Kereta mula membelok masuk ke lorong rumah
kami. Angah mula memperlahankan kereta. Dia kemudian membrek secara tiba-tiba.
“Kenapa Angah?” soalku
terkejut bila kereta tiba-tiba berhenti
mengejut. Nasib aku pakai tali pinggang
keledar, kalau tak memang tercampak dekat depan. Kusss…semangat.
“Cuba kau tengok dekat
rumah kita tu?”tunjuk Angah.
Aku pandang tingkap
luar. Terjojol mata aku bila lihat ada
dua buah khemah terpacak dekat halaman rumah.
Aku dan Angah berpandangan.
“Betul ke ni rumah
kita? Angah kau ni silap jalan kot.
Bukan rumah kita ni. Rumah orang lain lah. Cepat patah balik.” ujarku
yakin. Angah ni kalau bawak kereta main masuk
je lorong mana dia suka.
Berdesir mulut Angah, “Betul
lah ni rumah kita, cuba kau tengok nama dekat peti box tu. Mohd Aidil Harun, No 23 Taman seri Rembau. Betul lah kan nama abah tu. Dalam taman ni
abah seorang je yang nama macam tu.”
Aku mengangguk. Aah rumah kami. Tapi kenapa ada khemah pulak ni? Mak dan Abah nak buat kenduri apa?
“Jom lah kita masuk
dalam, duduk sini lama-lama buat apa.”
Angah mula gerakkan
kereta masuk ke perkarangan rumah. Mak
dan Abah keluar menyambut kami. Wajah
mereka tampak gembira. Dah sudah! Entah-entah masin mulut Angah hari tu cakap
yang Abah nak kahwin? Mampus!
“Alhamdulillah sampai
jugak kamu berdua ni. Ingatkan tak balik.”
Abah segera memeluk aku. Aku terpinga-pinga kejap. Mak pulak dah kesat air mata dengan
kain. Ah sudah! Mereka dah tahu ke hal
aku dengan Fitriah?
Terangkat kening aku
pandang Angah. Wei ape kes ni? kau bocor
rahsia eak? Aku beri pandangan penuh isyarat pada Angah.
Angah geleng kepala
berulang kali. Aku tarik nafas lega.
Abah dan mak mengusap
kepalaku. Aku tambah pening tengok
mereka berdua. Apahal pulak ni, aku ada
menang cabutan bertuah ke? Aku buat isyarat
mintak tolong pada Angah. Help, I’m
panic!
“Err…Abah kenapa ada
khemah depan rumah kita. Abah dengan Mak buat kenduri nak pergi haji eak?” soal
Angah.
Geram aku tengok muka
Angah. Tak ada soalan lain ke dia nak tanya. Soalan kenduri haji pulak. Dia ni dah lupa ke yang Abah dengan mak
pergi haji tahun depan. Takkan lah mak
dan abah terlampau excited nak buat kenduri awal-awal kot? Mestilah diorang buat tahun depan kan. Hisyk tak boleh harap Angah ni.
“Eh tak lah, ni majlis
special sikit. Masuk dulu nanti abah
cerita dekat korang berdua.” Ajak Abah.
“Tapi ……”aku cuba bersuara.
“Dah adik masuk dulu,
tak elok cakap kat luar ni. Tak manis orang dengar.” Bidas mak. Abah mengangukkan kepala.
Aku dan Angah mengekori
mak dan abah masuk dalam rumah. Benda
penting apa yang diorang nak cerita.
Macam serius je bunyi.
Hampir terjojol mata
kami berdua ketika melangkah masuk. Ya
Allah….penuh segala barang dan dulang
hantaran. Sape pulak nak menikah ni? Aku dan Angah berpandangan lagi. Takkanlah abah nak kahwin lagi kot?
“Mak, abah apa cerita
semua ni?”tunjuk Angah pada semua benda-benda tu. Terserlah wajah panic dia. Hah! Kau terkejut jantung tengok semua ni. Entah-entah mak dan abah nak buat perkahwinan
lagi sekali kot, macam cerita orang putih tu.
Dasyat lah kalau betul tekaan aku. Memang riuh sekampung lah bila
dengar.
“Duduk dulu Angah, adik
nanti abah cerita.”suruh abah.
Aku dan Angah duduk
bersila di atas lantai. Mak dan abah
duduk menghadap kami. Dalam hati siap doa jangan kata yang Abah nak kahwin
pulak. Memang aku pergi terjun jambatan
kejap lagi.
“Macam ni angah, sebenarnya
bulan lepas ada orang masuk meminang adik. Kami berdua suka dengan orangnya. Sesuai, sepadan dengan adik. Baik budi bahasa dia. Jadi sebagai orang tua kami setuju je. Lagipun adik memang dah cukup umur nak kahwin.
Kena sangat dah tu.” terang Abah panjang lebar.
Aku tarik nafas lega. Selamat…aku fikir abah yang nak kahwin tadi rupa-rupanya orang masuk meminang
aku. Apelah abah dan mak ni buat saspen
je. Eh! Orang masuk meminang aku?
“Hah!!!”jeritku agak
lambat sikit. Hampir nak tercabut jantung aku. Oh no! aku kena kahwin paksa ke? Ya Allah…dugaan apa
lagi ni? Belum lagi selesai kes dengan
Adam, dah tambah satu lagi babak menarik dalam hidup aku. Macam mana ni?
Aku pandang Angah buat
isyarat mata mintak tolong. ‘Cepat selamatkan adik kesayangan mu ni!!!!!’
“Abah adik ni kan masih
remaja lagi. Bagilah dia masa fikir dulu. Banyak lagi benda dia boleh buat. Tak perlu lah kahwin awal-awal sangat.”terang
Angah perlahan-lahan.
Aku mengangguk
mengiakan kata-kata angah. Hakikatnya
aku tak tahu nak cakap apa lagi. Takut
tengok muka abah yang garang tu. Tapi dalam
pada masa yang sama aku turut terfikir
mungkin ini adalah perkara yang baik. Kahwin pilihan keluarga…macam best je?
“ Kamu jangan nak masuk
campur hal ni Angah. Keputusan ditangan
Abah. Abah dah terima lamaran tu. Jangan sesekali nak malukan Abah!” Tegas Abah.
Aku telan air liur
dengar suara petir Abah. Hah abah dah
terima lamaran tu? Ah…sudah, memang
masak aku macam ni. Aku terus tundukkan
muka pandang lantai, takut dengan renungan Abah. Sejak bila Abah dah jadi garang semacam? Takut aku!
“Tapi abah…”
“Sudah tu!!!” sampuk
abah. Angah terus terdiam dengar suara
abah yang kuat.
Aku jeling Angah di sebelah. Masam muka angah. Aku tahu Angah pun tak setuju dengan perkara
ni . Aku lagilah sangat-sangat tak setuju.
“Adik terima je lah, mak yakin adik bahagia. Kami pilih calon yang baik tau untuk
adik. Mak dan abah akan sentiasa doakan
kebahagian adik. Percayalah, yang pilihan kami berdua ni tepat.” mak mengusap
bahuku.
Ni yang lemah bila
dengar suara mak penuh harapan ni. Memang tak ada harapan lah aku nak tolak
pinangan ni.
Aku tarik nafas. Macam tak terkeluar pulak suara ni. Soaund check 1,2,3…. Aku angkat muka pandang wajah abah yang
tengah merah. Tak jadilah cakap.
Aku siku tangan angah
dekat sebelah. Help! Help!
“Mana boleh Mak. Adik ni kan dah besar, dia berhak buat
keputusan sendiri. Lagipun ni soal masa
depan dia. Mak dan Abah tak boleh paksa
macam ni.”tegas Angah sekali lagi . Untung
ada abang peguam ni. Hujah dia memang
boleh pakai. Nampaknya Angah pun masih
lagi mencuba untuk menyelamatkan aku dari edisi kahwin paksa. Sayang kamo…..
Abah mendengus geram.
“Sudah Angah! Abah tak mahu dengar lagi apa yang kamu nak
cakap. Lagipun bukan kamu yang abah suruh kahwin. Sekarang ni abah cuma nak dengar keputusan
dari mulut adik je. Kamu jangan masuk
campur.” Abah meninggikan sedikit suara.
Angah buat muka tak
puas hati.
Aku pandang wajah Abah
yang garang macam singa. Aku telan air liur.
Nak bagi keputusan apa lagi kalau tadi abah cakap yang dia dah terima
lamaran tu. Maknanya suka atau tidak
aku tetap kena paksa kahwin kan.
“Macam mana, Adik setuju kan? Mak yakin mesti adik setuju. Mak tahu anak perempuan mak ni budak baik
selalu dengar cakap kami.”senyum Mak.
Mendengar kata-kata
dari mak buat aku tambah bersalah. Apa
yang patut aku buat ni? Patut ke aku setuju? Aku mengerutkan dahi cuba untuk
berfikir.
Bunyi bip mesej bergema
dalam beg. Siapalah yang bengap pergi
hantar mesej time aku tengah genting ni.
Memang cari masalah betu lah. Aku
tengok skrin handset. Adam.
Cepat-cepat aku buka peti inbox untu diamkannya.
Saya
rindu awak, siang malam saya mimpikan awak saja. Tolong maafkan saya.~ Adam
Geram hati aku
membacanya. Cepat saja jariku mendelete
mesej dari Adam yang entah keberapa kali tu.
Aku kena menjauhi Adam. Kalau tak
sampai bila-bila hati aku tak akan tenang.
Tapi macam mana aku nak jauhi dia ni?
Wajah mak dan abah aku
pandang. Aku tutup kedua-dua belah mataku. Aku yakin yang ini adalah jalan penyelesaiannya.
“Adik setuju.”luahku
penuh semangat. Konon-konon aku teruja
nak kahwin padahal…Aku kena kahwin paksa!!!! Tidak!!!!!!!!!!!
“Adik?” muka Angah
nampak terkejut dengan jawapan aku. Aku senyum lebar pandang Angah.
“Alhamdulillah….macam
ni lah anak mak dan abah. Terima kasih
sayang.”mak mencium pipiku.
“Tapi nanti kejap…ada
syaratnya jugak.”pintaku. Well tak ada lah aku buta-buta je nak terima,
mestilah aku kena tengok dulu orangnya macam mana.
“Syarat apa?”soal Abah
dan mak serentak. Amboi! Sama-sama
terkejut nampak.
Aku tersenyum nipis “Adik
memang setuju, tapi adik nak kenal dulu orangnya. Kalau adik tak suka adik tak
nak kahwin dengan dia. Dan siapa pun tak boleh paksa adik. Boleh tak?”tegasku. Apa susah bila jumpa aku reject je dia. Tak payah tangguh-tangguh lagi. Aku ni kan panjang akal kalau nak mengenakan
orang.
Setakat lelaki pilihan mak dan
abah kacang aje aku selesaikan. Tapi
siapa yang masuk meminang aku? Adam ke?
Aku mula rasa tak sedap
hati. Wajah mak dan abah aku pandang
meminta penjelasan.
“Oooo….pasal tu adik
jangan risau, petang nanti adik boleh kenal dengan dia. Alah bukan orang mana
pun, sedara kita jugak. Mak yakin lah
adik mesti serasi dengan budak tu.
Percayalah cakap kami. Betul kan
bang?” Abah mengangguk tanda bersetuju
dengan cakap emak.
Saudara kami? Jadi
bukan Adam…Alhamdulillah, tak tepat tekaan aku.
Tapi siapa ye? Jangan-jangan
Abang Hafizul kot? Isykk mak ni cuba
terangkan betul-betul. Kalau Abang
Hafizul tak payah kenal pun tak apa.
Aku tersenyum tengok muka mak dan abah nampak gembira bila aku setuju tadi. Angah bingkas bangun dan
terus ke halaman rumah tanpa ucap sepatah perkataan pun pada aku. Aku tahu yang Angah mesti kecewa mendengar
jawapan aku tadi .
Aku menarik nafas cuba bertenang. Benda penting macam ni kita kena selesaikan
baik-baik. Apa-apa pun tunggu je bila
aku jumpa lelaki tu nanti, tahulah aku buat keputusan.
********************************************************
Bunyi dehaman seseorang
mengejutkan aku. Aku mengangkat muka.
“Assalamualaikum , Mak
Ngah kata Tizz nak jumpa abang dekat sini?”sapa Abang Hafizul. Bibirnya tersenyum lebar memandang aku.
Tercengang aku pandang
wajah dia. Terkelip-kelip mata ni. Lah….Abang Hafizul ke orangnya? Ya Allah…
Patutlah tadi mak cakap bukan orang mana
pun. Rupanya anak saudara dia
sendiri. Hisyk…Mak, mak memang fanatic
betul nak jadikan Abang Hafizul ni menantu dia.
Sabar je lah…
Isykkk…merah muka aku
pandang dia. Ya Allah…nak terkeluar
jantung aku sekarang. Mak ni pun satu,
cuba bagitahu yang Abang Hafizul ni orangnya. Tak payah aku nak fikir-fikir benda yang rumit
tadi, terus aku setuju je.
Lagipun dalam surat yang dulu tu aku memang
dah janji nak tunggu pinangan dari dia. Jadi tak kisahlah. Hmmm…tak sangka yang dia akan tunaikan
kata-kata dia dalam surat hari tu. Aku
ingat dia dah lupakan aku selama ni.
Sengal punya Abang Hafizul. tak cakap apa-apa pun dekat aku, tahu-tahu
terus pinang je.
“Waalaikumusalam,
duduklah abang.”pelawaku. Abang Hafizul
mengambil tempat duduk di depanku.
Kami
berdua duduk di bawah khemah depan rumah.
Aku pandang wajah Abang
Hafizul. Tiba-tiba kelu lidah ni nak
bercakap. Perasaanyang sangat berbeza bila aku berdepan dengan Adam. Tiada rasa debar tapi aku rasa lebih tenang
dengan dia.
“Apa khabar?” soal kami
serentak. Aku dan dia ketawa. Boleh
pulak kami sama-sama nak bercakap.
Memang rasa gementar betul bila berdua macam ni.
Aku buat isyarat untuk
mula dulu. Abang Hafizul mengangguk
“Abang sihat?”
“Alhamdulillah sihat,
Tizz sihat?”
Aku mengangguk. “Sihat…”
Hah sudah! main iklan untuk kesihatan pulak kitaorang ni, nampak bebenor nervous nye.
“Ermmm…kenapa muka tu nampak
muram je sebelum abang datang tadi? Tizz
tak suka ke dengan pinangan abang ni?”
Rasa pelik bila dengar
soalan Abang Hafizul. Ketara sangat ke
wajah muram aku ni?
“Eh tak lah, Ermmm…cuma tak sangka yang rupa-rupanya Abang
orang yang pinang Tizz. Tizz fikir orang
lain tadi. Buat terkejut orang tau ,sebab mak dan abah
mati-mati paksa suruh kahwin. Kenapa
rahsiakan semua ni? ”soalku lembut. Sabar je lah dengan perangai dia ni, dahlah
selama ni tak pernah nak call atau mesej.
Tiba-tiba hari ni buat gempak pinang aku dekat mak dan abah. Rasa nak tercabut jantung aku tadi.
Abang Hafizul tergelak.
“ Saja nak buat surprise lagipun sayang abang ni kan dah setuju?”
Aku tersipu-sipu malu
bila dengar dia panggil ‘sayang’.
“Kot ye pun orang dah
setuju, tapi sekurang-kurang nya bagilah
hint dulu. Ni tidak, khabar berita pun tak ada. Orang ingat abang tak ingat dekat kita lagi.”
“Mana ada lah, abang
Cuma tunggu masa yang sesuai je. Lagipun
nak kahwin dengan anak orang bukan senang.
Persiapan mental kena kuat tau.
Lebih-lebih lagi nak pinang anak kesayangan Pak Ngah ni, lagilah payah. Susah!
Aku ketawa dengar
cerita Abang Hafizul, mesti dia dah kena teruk-teruk dekat abah. Abah tu boleh tahan tegas orang nya. Tengoklah tadi macam mana tegasnya dia nak aku
kahwin dengan pilihan dia. Memang cari
nahas kalau aku tolak tadi.
“Tapi sekurang-kurangnya
bagilah tahu dulu. Tadi Tizz ingat orang
lain tau.”
Abang Hafizul senyum, “
Kalau orang lain yang muncul depan ni,
Tizz setuju tak?”duganya.
Aku terdiam dengar
pertanyaan dia, serta merta ingatanku teringat pada Adam. Hatiku rasa berbelah
bahagi seketika. Wajah Abang Hafizul aku
tatap lemah. Aku mengelengkan kepala,
“Kalau yang tua kerepot
atau muka tak handsome memang reject
lah. Tapi nasib baik yang datang ni muka
jambu. So…mungkin lah akan diterima. Depends pada kemampuan dia.…”senyumku.
Abang Hafizul
senyum. Tunjuk muka tak puas hati depan
aku.
“Huh..kasarnya bahasa
dia. Terguris hati abang.”
Aku gelak.
“So…abang ni diterima
tak.”soalnya.
Aku tongkat dagu, Wajahnya aku pandang. Rasa sayu pula hati. “Terpulang,
lagipun mak dan abah suka kat abang. Tizz
ikut je kata keluarga kita. Lagipun
kahwin pilihan keluarga ni kan berkat, ada restu.”
Abang Hafizul buat muka
sedih,“Okay…maknanya abang ni pilihan keluarga lah. Kalau mak dan abah pilih
orang lain, Tizz tetap setuju lah kan?”sedih dia.
Ah! Sudah…mamat ni nak
merajuk pulak. Orang dah terima tu cukup
baguslah. Lama-lama aku tolak jugak ni
karang.
“Entah! Mungkin akan
setuju kot…”
Masam terus muka bakal
suami aku. Tajam matanya tengok wajah
aku.
“Amboi! Ada hati nak
kahwin dengan orang lain eak? Jangan
harap abang benarkan. Tizz tu hanya
milik abang seorang saja tau. Lelaki
lain boleh mimpi je. Lagipun Tizz kan
dah janji dalam surat tu akan tunggu pinangan abang. So….inilah dia.”
Aku tergelak. Macam-macamlah Abang Hafizul ni, perangai
cemburu dia tu tak sudah-sudah.
Aku mula terfikir jika
Abang Hafizul dapat tahu tentang perasaan Adam pada aku, mesti dia
terluka. Rasanya-rasanya tak perlu kot
aku nak cerita pasal Adam pada dia.
Lagipun aku dengan Adam tak ada hubungan apa-apa pun. Kami bukannya bercinta pun selama ni.
Aku pandang wajah Abang
Hafizul yang tengah tunggu jawapan dari mulut aku. Hmm….Kalau kenakan dia sikit hari ni tak
salah kan? Baru bakal tunang, so… tak
adalah dosa kan? he he he.
Berkerut dahiku,“Bila
masa Tizz kata nak tunggu abang? Tizz
ada cakap ke? Surat apa ni? Rasanya tak
ada? Jangan-jangan abang mimpi kot? Hisyk… Abang ni terlampau perasan lah.”gelakku
kuat.
“Owh nak mainkan abang
ye. Tak nak mengaku. Tunggu kejap.” Abang Hafizul mengeluarkan sekeping surat dari
dalam kocek seluar.
Bulat mataku tengok
surat yang dikeluarkan. Itukan surat
yang aku tulis dulu ! Hisykk…Abang
Hafizul ni nak buat apa keluarkan surat tu?
Habislah, kalau orang lain tahu isi kandungannya. Mana aku nak letak muka nanti!
“Surat tu, macam mana
boleh ada dekat sini? Kenapa abang
keluarkan? Abang jangan nak tunjuk surat
tu kat orang lain, nanti Tizz tak nak kahwin dengan abang.”ugutku. Huisykk... sejak bila Abang Hafizul ni dah
pandai kena-kenakan orang ni? Habislah
aku!
Abang Hafizul senyum
lebar.
“Tahu takut, tadi macam
berani sangat nak kenakan abang. Baru
tunjuk skill sikit dah kecut ha ha ha.” Gelak Abang Hafizul.
Jelingan tajam aku
berikan pada dia. Sengaja nak mengenakan
aku eak. Tak apa, nanti bila dah kahwin
siap kau aku kenakan pulak. Huh!
Abang Hafizul menyimpan
kembali surat itu semula, kemudian dia memandang aku.
“Sebenarnya… surat ni
memang selalu ada dengan abang. Setiap
kali abang teringatkan Tizz, abang selalu baca surat ni. Dibaca berulang kali pun abang tak pernah rasa
bosan, malah cinta tu makin bertambah. Setiap hari sebelum pergi mengajar abang wajib
baca walau sikit sekalipun. Kata-kata
dalam surat ni macam bagi satu semangat dekat diri abang tau. Sebabkan surat ni jugak lah abang ada kekuatan
untuk tunaikan hasrat abang untuk melamar Tizz.
Akhirnya kita akan bersama jugak kan?
Terima kasih sebab sudi terima
abang dalam hidup sayang.”luah Abang Hafizul.
Sungguh tak ada
kata-kata yang mampu aku ucapkan saat ni.
Kata-kata Abang Hafizul sebentar tadi betul-betul membuatkan aku terpana.
Aku tak sangka sepucuk surat yang aku tulis tu mampu memberikan harapan pada
dia.
Abang Hafizul memang
seorang lelaki yang baik. Dia sangat setia
menunggu aku rupa-rupanya. Kenapalah
sebelum ni aku tak yakin dengan dia.. Kalaulah
aku yakin, pasti semua ni takkan berlaku.
Aku mesti dapat menjauhi Adam.
Serba salah aku pandang
wajah Abang Hafizul. Kelu lidah.
“Tak nak cakap apa-apa
ke bila dengar semua tu?”soal dia, bila melihat aku hanya berdiam diri.
“Tizz tak tahu nak
cakap apa. Kata-kata abang betul-betul
buat orang terharu. Insyallah, Tizz akan
cuba jadi isteri yang baik untuk abang.”ikhlasku. Aku janji dengan diri sendiri akan cuba untuk
jadi seorang isteri yang solehah pada dia.
“Tizz tak perlu jadi
isteri yang baik untuk abang, tapi kita sama-sama jadi hamba yang soleh untuk
Allah. Itu dah cukup buat abang
senang. Abang langsung tak pernah terfikir
nak minta lebih dari Tizz, bagi abang cukup lah apa yang ada sekarang. Abang terima diri sayang seadaanya.”
Kata-kata dari mulut
Abang Hafizul betul-betul buat aku serba salah.
Aku rasa tidak enak dengan layanan dia yang terlalu baik. Aku jadi takut kalau abang Hafizul dapat tahu
mengenai kisah antara aku, Fitriah dan Adam. Mesti dia akan kecewa dengar semua tu .
Tambahan pula salah satu motif aku setuju nak kahwin, adalah sebab nak
selamatkan hubungan Fitriah dan Adam. Hisykkk…Teruknya
aku ni, terasa aku ni macam pergunakan dia pulak.
“Hey kenapa muka nampak
sedih ni? Sayang tak suka ke kahwin
dengan abang?”
“Bukan…Tizz suka Cuma
terkejut sikit je. Kalau abang bagitahu awal-awal mesti dapat buat sikit
persiapan. Ni tak ada apa-apa pun yang
orang dapat buat.”tipuku. Rasa
serba-salah makin tebal pula bila menipu dia.
Nampaknya aku tidak ada
kekuatan untuk memberitahu Abang Hafizul hal yang sebenar, aku risau
kalau-kalau dia terluka bila dengar cerita aku.
Dan yang paling merisaukan kalau mak dan abah turut dapat tahu semua ni
mesti diorang pun akan risau. Aku tak
sanggup nak hadapi semua tu buat masa sekarang. Tunggulah kemudian hari nanti baru akan aku
ceritakan perlahan-lahan.
' Maafkan Tizz, abang walaupun Tizz tak
mencintai abang sekarang tapi Tizz yakin
yang satu hari nanti, pasti cinta untuk kita berdua tu akan datang. Buat masa sekarang Tizz Alisya akan cuba jadi seorang isteri yang penuh dengan kasih sayang agar rumah tangga kita berdua lebih bahagia.'
“Sayang jangan risau pasal tu, abang dah
sediakan semuanya. Apa yang abang nak,
sayang Cuma siapkan diri sayang je untuk majlis esok. Itu dah cukup mengembirakan abang.”ucap Abang
Hafizul tulus. Dia pandang aku dengan
penuh kasih-sayang.
Aku mengangguk. Terharu
dengan kata-kata dia. Lelaki ni cukup
pandai sekali memujuk diriku.
“Ehem, ehem….” Along
tiba-tiba muncul dekat meja kitaorang.
Tersenyum-senyum kambing dia menengok muka aku dan Abang Hafizul.
“Lah kau rupanya,
ingatkan siapalah tadi. Duduklah.”pelawa
Abang Hafizul ramah. Kerusi ditarik
supaya Along dapat duduk. Sungguh
sopan-santun bakal adik ipar ni ye, pandai ambil hati keluarga. Memang kaki bodek betul!
“Amboi panas betul hari
ni kan? Bahagianya…kalau dapat minum air
sirap sejuk, mesti best ni.” Along mula mengipas-ngipas mukanya dengan tangan.
Abang Hafizul tergelak kuat.
Aku buat muka toya. Menyampah aku dengar ayat Along tu. Tu tak
ada lain mesti nak kenakan bakal adik ipar dialah tu. Nasib kau lah Abang Hafizul terpaksa lah kau
kena buli hari ni.
“Kau bajet nak suruh
aku ambil lah ni?”soal Abang Hafizul.
Along bajet buat muka
terkejut pandang Abang Hafizul, “Well kalau adik ipar tak keberatan, apa
salahnya. Kita kan dah nak jadi satu
keluarga. Kan adik kesayangan Along?”senyum Along.
Eiii!!!!!! Tak malunya
along ni, buat perangai macam tu. Tak
senonoh. Buat malu muka aku je. Rasa macam tak nak
mengaku dia ni abang je sekarang.
“Yelah abang iparku,
sekarang jugak adik ipar pergi ambil air special untuk abang. Tunggu kejap tau.”
Laju saja Abang Hafizul bangun pergi mengambil air. Sempat dia mengenyit mata padaku.
Aku gelak tengok mereka
berdua ni, macam-macam lah. Si Along ni
kalau mengenakan orang nombor satu.
Kesian bakal suami aku tu, tak pasal-pasal kena pergi ambil air pulak.
Laju aku menampar
tangan Along. “Ouch! Sakitlah dik.”Along mengosok-gosok tangannya.
“Padanlah muka! Suka
sangat mengenakan orang, tak baik buat Abang Hafizul macam tu
tau.”geramku. Kot ye pun nak membuli
laki aku, lain kali ajak lah aku sekali.
Barulah meriah geng buli-membuli kan, he he he.
“Alah….macam lah Along
tak tahu yang kau pun ada niat sama jugak kan?
Mesti kau dah rancang nak buli dia lepas ni, betul tak? So…sebelum adik buli dia bagilah along buli
dia dulu. Lagipun bukan senang nak dapat adik ipar yang baik dan soleh macam
tu. Kita kenalah pandai-pandai
manfaatkan dia. Jangan buang masa.”terang
Along bersunguh-sungguh.
Terngaga mulutku dengar
statement Along, teruknya abang aku ni.
Perangai siapalah dia ikut. Buruk
bebenor!
“Eiii!! Along ni, geram
adik tengok. Dah lah adik nak masuk
dulu, tolong mak dekat dalam lagi bagus. Duduk lah Along sorang-sorang dekat
sini.”
“Eloklah tu dik,
bawak-bawak lah buat kerja banyak sikit biar turun berat badan tu. Awak tu nak kahwin, sat lagi tak muat baju
kahwin tu besok kan susah.”gelak Along terbahak-bahak.
“Along!!!!!” geramku,
laju saja aku mengejar Along keliling khemah.
Suka hati dia je kata aku ni gemuk. Memang cari pasal ni. Dari jauh beberapa saudara-maraku hanya
ketawa melihat tingkah kami dua beradik yang berkejaran. Abang Hafizul turut tercengang memandang kami
berdua. Dan yang paling sadisnya, aku
dan along akhirnya kena marah dengan abah.
Siap dapat ceramah ‘Mari belajar sopan santun’ di depan orang
lagi. Havoc kan….
Abang Hafizul hanya
mengelakkan je bila tengok aku kena marah dengan abah. Terbahak-bahak dia ketawa, siap keluar air
mata lagi. Memang tak boleh pakai punya
bakal suami, bukan nak ditolongnya kita malah digelakkan pulak. Besok kalau dah kahwin memang kenalah dia
dengan aku. Tengok lah nanti!
*********************************************************************
“Masuk lah pintu tak
kunci pun.” Suruhku. Pintu bilik ditolak
perlahan dari luar. Wajah Angah
terjengul keluar dari balik pintu.
“Adik tengah buat apa
tu?” Angah duduk di lantai bawah bersamaku.
“Tak buat apa pun,
tengah keringkan inai ni. Mak sibuk
sangat suruh adik pakai. Katanya tak
berseri kalau tak berinai.”terangku. Aku menayangkan sepuluh jariku yang sudah
penuh ditepek inai.
“Owh, patutlah angah
tak nampak adik kat luar tadi rupanya ada dekat sini.”
“Angah cari adik ke?”
“Aaah….”
“Kenapa?”
Angah diam. Tepat anak matanya memandang wajahku.
“Betul ke adik nak
teruskan dengan pertunangan ni? Kenapa
adik sanggup terima? Angah tak faham.”
Aku senyum dengar
soalan Angah. “Angah jangan risau, adik yakin dengan keputusan adik. Lagipun apa adik sanggup buat apa saja
asalkan mak dan abah gembira.”
“Tapi adik cintakan
Adam bukan Hafizul.”tegas Angah.
Aku mengeluh
perlahan. Tak tahu macam mana nak
terangkan.
“Adam bukan sesiapa pun
dengan adik. Kami tak pernah bercinta
pun, dan adik pun tak pernah fikir nak bersama dengan dia. Please…angah jangan ungkit perkara ni lagi,
adik nak lupakan untuk selama-lamanya.”
Satu keluhan keluar
dari mulut Angah.
“Kita perlukan satu
saat untuk jatuh cinta tapi untuk melupakan cinta sepanjang hidup pun belum
tentu kita dapat hapuskan. Adik tak rasa
menyesal ke tolak cinta dia. Mesti dia
tengah tunggu adik, angah yakin cinta dia ikhlas.”
Kata-kata Angah seperti
membubuh garam pada luka. Pedih sangat tidak tertahan Sungguh hati
aku rasa tak kuat untuk mendengarnya lagi.
“Dia bukan jodoh
adik. Dia milik Fitriah. Adik tak mahu rampas hak orang. Cukuplah apa yang adik ada sekarang. Adik tak terfikir nak minta lebih dari ni.”bergetar
suara aku mengucapkan. Sungguh aku tak
kuat.
“Jadi adik tetap dengan
keputusan adik nak kahwin dengan Hafizul?”
Aku mengangguk. “Abang Hafizul lelaki yang baik dan ikhlas.
Dia pasti akan sayang adik.”
“Mana adik tahu? Entah-entah dia pinang adik pun pasal emak
dia suruh. Kita pun tak pasti kan?” terang angah bersungguh-sungguh.
Tanganku terus mencapai sepucuk surat diatas almari. Aku berikan surat itu pada Angah. Angah mengambilnya dan membaca surat itu
sehingga habis kemudian dia pandang aku untuk meminta penjelasan.
“Surat tu Abang Hafizul
bagi masa adik belum lagi pasti cinta adik pada Adam, masa tu adik fikir adik
pun cintakan dia. Jadi adik balas surat
tu dan katakan adik menunggu lamaran dari Abang Hafizul. Tapi… Abang Hafizul pulak terus senyap tanpa
khabar berita. Adik fikir Abang Hafizul
dah lupakan adik tapi ternyatanya tidak, Dia masih tetap cintakan adik. Dia ikhlas dan jujur. Memang kami ni berjodoh agaknya kan…” Ucapku
lembut. Berharap sangat angah akan
faham.
“Tapi adik tak cintakan dia!”tegas angah. Dia masih lagi tidak puas hati dengan
jawapanku.
“Lebih baik bersama
dengan seseorang yang mencintai kita dari kita mencintainya. Dia pasti akan membahagiakan kita. Percayalah Angah, adik yakin keputusan adik
ni tepat. Please… percayakan
adik.”pintaku penuh harap. Aku faham
abangku yang satu ni sangat bersifat
melindungi. Sebab itulah dia tegas
tentang perkara ni, lagipun abang mana yang nak tengok adik dia terluka kan.
Angah mengusap-usap
rambutku lembut. “Baiklah angah percayakan adik. Angah harap keputusan adik ni tepat. Tapi kalau tak boleh jangan paksa diri tau. Angah tak mahu adik terluka.”
Aku mengangguk. Rasa lega hati bila angah dapat terima semua
ni. Rasanya tiada apa lagi yang perlu
aku risaukan. Semuanya kelihatan
baik. Aku berdoa di dalam hati agar
keputusanku ini dapat merubah sesuatu dan memberikan sesuatu yang baik. Semoga hari-hari aku esok lebih baik dari
semalam. Insyallah….
4 comments:
BEST,TAPI SAYA LAGI SUKA ADAM.
Adam...hahaha ada jugak peminat adam. ingatkan hafizul je yang diminati he he he.
Sy pn..sy suka adam..cpt la smbung citer nie.tiap2 ari sy tgk blog nk bce smbungn die..xleh nk jngka si tizz ni ngn sape
Bestnyer...sian hafizul..napelah tizz taknak terus terang awal2 huhuhu...
Post a Comment