topbella

Monday 20 January 2014

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 21


BAB 21


Azan yang sayup-sayup kedengaran jauh, mengejutkan aku dari tidur yang lena.  Terpisat-pisat mataku  memandang jam di tepi katil, tepat jam 6.00 pagi.  Aku cuba mengagahkan diri untuk bangun.  Badanku masih terasa penat dan letih.   Demam dan sakit kepalaku sudah semakin berkurangan sedikit.  Tanganku segera mencapai tuala di tepi pintu dan terus ke bilik mandi.

Selesai mandi dan bersolat, aku bercadang ingin menikmati udara di tepi balkoni.  Aku harap udara pagi akan membuatkan tubuhku segar sedikit.   Aku segera menarik pintu gelangsar kaca yang tertutup.   Sebaik saja pintu terbuka luas, angin pagi yang sepoi berhembus perlahan lalu di telingaku.  Tubuhku terasa kedinginan tapi segar dek hembusan angin ini.

Aku memejamkan mata.  Suasana pagi yang segar dan nyaman membuat diriku seperti berada diawangan.  Ringan dan lembut. Aku membuka mata dan mula menghirup udara ini kemudian kuhembuskan semula. Hilang beban yang dialami sedikit demi sedikit.  Aku lega.

Sedang asyik menikmati pemandangan dan udara yang dihela.  Mataku tertacap pula pada susuk badan seorang lelaki tua yang sedang menyiram pokok dan bunga di taman.

Aku membongkok sedikit cuba untuk melihat dengan lebih jelas dari atas.
Pak Mat nampak sangat cekap melakukan kerjanya. Dia tidak kekok langsung.  Jadi tak hairanlah semakin hari bunga di tamanku semakin kembang dan berbunga lebat.  Rupa-rupanya penjaganya betul-betul merawat dan melayaninya.

Bibirku mula mengukir senyuman.

Selalunya jika Pak Mat tidak sempat merawat bunga-bunga di taman, Mak Jah lah yang akan mengambil alih.  Terserlah kepuasan hati di wajah mereka berdua, bila melihat bunga-bunga semakin mekar dan kembang di taman.   Bahagia pasangan ini.   Walaupun mereka berdua tidak mempunyai anak, namun rumah tangga mereka aman dan tenteram.  Dan lebih bertuah lagi kasih-sayang mereka telah tumpah pada aku dengan abang.  Sejak kematian mama, aku dan abang betul-betul dilayani dan disayangi oleh Pak Mat dan Mak Jah.  Oleh itu aku tidak pernah menganggap mereka seperti seorang pekerja, sebaliknya mereka umpama saudaraku sendiri.  Dan aku betul-betul menyayangi mereka.

“Apa yang kau tengok Dik?” soal abang di sebelah tiba-tiba.

Pertanyaan abang membuatkan aku terkejut.  Aku menoleh pada abang yang sudah siap berpakaian untuk ke ofis.  Entah bila lah abang ni boleh lepas masuk bilik aku.  Tak dengar bunyi pintu pun!

“Isykk…abang ni, terkejut orang.  Masuk bilik tak reti ketuk dulu ke?” Marahku.  Pantang betul orang masuk main redah ni.  Buatnya aku tak berbaju tadi kan naya je.  Eiiiiii….abang ni.

Abang hanya tersengih tanpa rasa bersalah. 

“Sorry…tadi Mak Jah bagitahu abang yang semalam kau demam.  Tu yang abang datang jenguk tu.  Ingatkan kau tidur lagi.  Rupanya dah bangun pulak.  Betul ke demam ni? Macam tak sakit je muka?” Abang meletakkan tapak tangannya di dahiku.

Berdesir mulutku.  Terus aku tepis tangan abang.  “Betul lah, Ingat orang main-main ke?  Tak percaya tengok ubat kat tepi meja tu. Adik makan tau.” Geramku.  Muka aku dah pucat semacam dia boleh kata aku ni tipu pulak.

Ternganga mulut abang memandangku.  Wajah tak percaya, maklumlah aku memang allergic dengan ubat-ubat ni semua.

“Really….maknanya kau betul-betul demam lah ni.” soal abang berkali-kali.  Sabar je lah hati tengok muka dia.

“Aaah…siap pergi klinik lagi semalam.  Entah apalah nasib boleh demam ni” keluhku. 

“What?  Kau pergi klinik sendiri?  Abang ni mimpi ke ni? Wah! Doktor handsome mana kau redah ni dik?  Selalunya kau kan takut nak mampus pergi klinik tu.” 

Abang ni kalau bercakap, bahasa main redah je.   Boleh gila cikgu Bahasa Melayu dia kalau dengar dia cakap macam ni. SPM Bahasa Melayu dia ni dapat berapa lah yek?

Aku menjeling sekilas “Hmm…tak ada maknanya doktor tu handsome.  Doktor perempuan lah.”

“Hah? Habis tu macam mana kau boleh terjebak nak pergi klinik ni? Musykil betul!” Abang mengusap dagunya. Wajah curiga ditunjukkan.

Aku mengeluh. Sakit hati bila ingatkan balik.

“Itu semua pasal Mr Playboy lah.  Dia punya kerja lah ni.  Sengaja bawak orang pergi klinik. Adik tumpang dia pasal nak suruh hantar balik, tapi alih-alih dia angkut pula kita  ke klinik.  Nasib tak kena cucuk semalam, kalau tak memang kena maki lah Mr Playboy tu.” Geramku. 

Abang ketawa berdekah-dekah mendengarnya.  Rasa menyampah pulak aku tengok abang ni. Boleh diketawakan aku.

“Hebat…hebat.  Tak sangka yang Afriel mampu bawa kau ke klinik.  Tabik spring dengan dialah ha ha  ha.  Padan muka kau, pergi jumpa doctor pun nak takut.  Nampaknya lepas ni kalau kau degil nak jumpa doctor lagi, bolehlah abang guna pakai khidmat Afriel tu.  Biar kau rasa.”

“Pleaselah….. takkan terjadi lagi. In your dream.  Lagi satu tak payah nak puji dia sangat. Adik pergi pasal adik tak nak tunjuk sangat yang adik takut nak pergi klinik tu.  Kantoi lah nanti. Boleh jatuhkan maruah tau.  And you, zip your mouth.  Kalau dia tahu pasal ni ,siap abang adik kerjakan.” Gertakku.

Abang mencebikkan bibirnya.   Kononlah tak takut. Dia ketawa lebih kuat.

“Yelah, Macam budak-budaklah kau ni dik. Dah jom kita turun breakfast, lapar dah ni.  Papa mesti dah tunggu dekat bawah.   Cepatlah.”

“Malaslah, abang pergilah turun dulu.  Adik tak ada selera nak makan. Abang cakap dekat papa yek.” tolakku. Tekakku masih terasa perit.

“Argh…ni yang malas ni.  Dah jangan mengada-ngada, karang sakit perut pulak.  Cepat turun.” Paksa Abang.

Aku memuncungkan mulut. “Tekak sakit lah. Tak selera tau nak makan.” jawabku sebak.

“Alah, minum pun bolehkan. Jomlah temankan abang, adikkan cuti hari ni.” Abang buat muka seposen depan aku. Nyampah tau saja aku ni boleh kalah dengan rayuan domba dia.  Abang siapalah ni kan…

Dengan rasa malas bercampur segala rasa hati, akhirnya aku mengikuti langkah abang turun ke tingkat bawah.  Kami berdua beriringan jalan menuju ke meja makan di ruang tengah.  Papa yang sudah berada di meja makan, tersenyum melihat kami berdua

“Selamat pagi anak-anak papa.” Sapa papa riang.

“Pagi papa..” balas aku dan abang serentak.

“ Mia macam mana hari ni? Masih ada rasa demam lagi?” soal papa. 

Papa bangun mendekati aku. Tapak tangannya diletakkan diatas dahi untuk merasakan kepanasan di badan.  Aku cukup terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh papa. Papa memang mengambil berat tentang anak-anaknya.  Kalau dengan abang pun dia akan buat macam ni jugak.  Fair and square tak ada pilih kasih pun.

“Dah kurang sikit.  Insyallah kejap lagi baiklah ni.” Ucapku.  Aku tidak suka merisaukan papa. Setakat demam biasa apalah sangat yang nak dikecohkan.  Lainlah kalau kena Demam Denggi ke Malaria ke, apa ke, haruslah diambil serius! Uisykkk…minta dijauhkan! Mulut….

Papa mengangguk, dan terus menarik kerusi untuk aku duduk.  Air milo didalam teko dituangkan untukku.  Aku betul-betul dilayan seperti tuan puteri. Kalau macam ni hari-hari demam pun tak kisah he he he.   
Aku menjeling sekilas pada abang yang tak habis-habis membuat aksi menyampah dan mencebik memandang aku.  Jealouslah tu! Papa sayang aku lebih tau he he he.

“Mia ni dah pergi ke klinik belum?  Kalau belum mari papa hantarkan, nanti melarat pula.” Risau papa.
Belumpun sempat aku membuka mulut, abang terlebih dahulu menyampuk.

“Dia dah pergi pun Pa.  Dengan Afriel lagi.    Hebat si Afriel, dapat paksa Mia ke klinik.  Kalau dengan kita,  jangan harap lah anak gadis papa tu nak jejak kaki dekat klinik. Dia ni kan penakut!”  kutuk abang. 

“Betul ke Mia?” soal papa macam tak percaya. 

Aku hanya tersenyum dan mengangguk.  Sempat aku jeling pada abang. Siap kau nanti abang! Yang kau pergi sebut nama Mr Playboy depan papa buat apa!  Kau tak tahu ke papa ni dah join kelab peminat tegar si Mr Playboy .  Hancurlah mesti kejap lagi papa mula nak memuji Mr Playboy.  Menyesal turun sarapan tadi!

“Baguslah Mia, dah pergi. Nasib baik Afriel hantar Mia ke klinik, lega hati papa dengar.  Maknanya semalam Afriel hantar Mia balik rumah jugaklah ye?  Patutlah kereta Mia tak ada.   Baik betul budak tu kan, abang.  Ambil berat sungguh dia pasal adik kamu ni.” Puji papa.

Hah kan betul aku cakap, see papa dah bukak forum mari sama-sama memuji Mr Playboy.  Nanah telinga ni wei!

“Aah…papa.  Entah-entah mereka berdua ni ada hubungan istimewa kot? Nak rahsia dari kita lah tu.” sakat abang sengaja. Dia senyum sinis pada aku.

Bulat mata aku memandang abang.  Amboi abang! Makin kelas mulut kau sekarang.  Dah lama hidup ke apa!  Rasa nak kunyah-kunyah je muka abang ni.

“Betul ke ni Mia?  Mia dan Afriel tu ada hubungan istimewa ke?”

Argh papa dah mula buat spekulasi pulak dah.  Habis!  Aku pura-pura ketawa kuat.  Hubungan istimewa?  Apalah papa merepek ni.  Ni abang punya kerjalah ni.  Tak pasal-pasal tercetus gossip murahan di dalam rumah.  Nanti kau abang!

“Bukanlah papa.  Pandai je abang ni buat cerita. Mia dan Tengku Afriel kawan sekerja je.  Tak lebih pun.”  jawabku lembut.  Sempat kakiku menyepak kaki abang di bawah meja. Siap kau!

Abang mengaduh perlahan.  Aku menjelir lidah padanya. Padan muka! Suka buat cerita sangatkan…

 “Hmmm…kalau betul pun tak salahkan.  Papa berkenan dengan dia.  Mia cubalah berkawan dulu.  Kalau Afriel orangnya, papa suka sangat. ” tiba-tiba papa bersuara balik.  Riang je bunyi nada suara papa.

Gulp! Aku terkedu dengan permintaan papa.  Oh no! janganlah papa ada niat nak jodohkan aku dengan Mr Playboy.  Aku tak mahu kahwin paksa!   Dah lah Mr Playboy tu buaya darat.  Silap hari bulan habis dingap aku.  Tak boleh difikirkan kalau duduk serumah dengan dia.  Harus aku terjun kolam nanti. Mengarut!

Aku memandang abang yang tersengih kesukaaan.  Rasanya kejap lagi memang ada yang makan cili dekat dapur karang.  Dia punya pasal lah ni! Tak pasal –pasal papa dah fikir lain pulak.

“Mia dengar tak, apa papa cakap tadi?” soal papa sekali lagi.

“Aaahh…” balasku ringkas.  Aku cuma tersenyum kelat.   Tangan mula mencapai sekeping roti  dan memakannya. Tekak perit pun jadi tak perit bila dengar forum papa tadi.    Cepatlah papa ni pergi kerja, lagi lama boleh sakit jiwa rasanya pulak.  Aku terus laju mengunyah roti. Wargh!!
**********************************************************************

Sesudahya papa dan abang ke pejabat, aku segera masuk ke dalam bilik.  Aku berbaring di atas katil.  Rasa-rasanya kejap lagi, cadang nak tidur balik je.  Dari tak buat apa-apa dekat rumah baik tidur.  Sekurang kurangnya dapat mengurangkan sedikit keletihan pada tubuhku. Ek eleh…konon letih padahal memang kau selalu tidur apa.

Sedang sedap-sedap berbaring sambil memandang siling, aku mula teringat pada pejabatku.  Rasa-rasanya baik aku telefon Reena.  Pasti setiausahaku itu belum mengetahui ketidakhadiranku pada hari ini.  Tak tahulah kot-kot Mr Playboy tu dah inform kat dia pulak.  Tapi ada ke? Hmm…telefon je lah.

Aku bingkas bangun dari katil untuk mengambil telefon.  Tanganku segera mencapai telefon bimbit yang tersadai di atas meja solek.  Aku mencari-cari nombor telefon pejabat.  Setelah jumpa aku segera menekan butang hijau.

“Selamat Pagi….  Boleh saya bantu.”  Sapa suara di talian.  Aku tersenyum mendengar suara Reena.  Reena memang ceria setiap hari.

“Pagi Reena.  Ni I Mia, bos you”

“Lah Mia rupanya,  macam mana dengan demam you?  Dah kurang sikit?” soal Reena. Memang ada gaya setiausaha yang ambil berat pada bos.

“Hmm…adalah kurang sikit.  Ni I call you nak beritahu yang I cuti hari ni.  Nanti you tolong coverkan semua kerja-kerja I.  Lagi satu pastikan office dalam keadaan baik dan jangan ada masalah pun untuk hari ni.” 
Arahku tegas. Walhal aku tau selama ni memang Reena yang selalu coverkan untuk aku. Sajalah nak tunjuk kuasa veto kan….

“Tak jadi masalah pun.  I akan pastikan semua kerja dan arahan you diikuti dengan baik.  You rehat je elok-elok dekat rumah.   Hal office jangan risau.  I kan ada untuk cover you.” Ceria Reena.  Lega aku mendengarnya.  Lepas ni tak perlu risau lagi, so bolehlah aku tidur lena-lena kejap lagi.  Untung dapat setiausaha yang serba boleh ni.  Semua dia boleh handle!

Setelah selesai berbual sebentar dengan Reena, aku berbaring semula diatas katil.  Kesan ubat-ubat yang dimakan tadi sudah mula aktif.  Mataku sudah mulai rasa mengantuk.  Aku cuba melelapkan mata.
****************************************************

Bunyi ketukan di luar pintu membuat tidurku yang lena terganggu.  Siapa pula yang mengetuk pintu ni? Aku bingkas bangun dan membuka pintu untuk melihat.  Mak Jah yang berdiri di luar pintu tersenyum padaku.

“Ada apa Mak Jah?”soalku sebaik saja pintu dibuka luas.

“Maaflah Mia, tak pasal-pasal kena kejut Mia pulak. ” Ucap Mak Jah serba-salah.

“Tak adalah…kenapa Mak Jah kejut Mia?” soalku sekali lagi.

“Sebenarnya Tengku Afriel datang, dia ada dekat bawah sekarang.   Katanya nak melawat Mia.  Jadi Mak Jah suruh dia duduk dekat ruang tamu dulu.” Terkejut aku dengar penjelasan Mak Jah.  Mr Playboy? Apa dia buat datang dekat sini? Rasa pelik je dia nak melawat aku sakit?

“Tak apalah Mak Jah kejap lagi Mia turun.”

“Yelah, Mak Jah pergi buat air dulu.” Pamit Mak Jah.

Aku segera mencapai tudung sarung yang tersedia di tepi pintu.  Nasib pakaianku labuh dan menutup aurat kalau tak satu kerja pulak nak menukar.  Hmm…pukul berapa dah ni ye? Tak kerja ke Mr Playboy tu?  Aku melihat jam di tepi katil.  Pukul 2.00 tepat.  Giler lama aku tidur.  

Aku bergegas turun ke tingkat bawah.  Mr Playboy sedang duduk di sofa membelakangiku. Rajin pulak dia nak melawat aku.  Tak ada kerja dekat office ke dia ni?   Aku mengomel di dalam hati.  Mr Playboy kelihatan santai dengan baju T-shirt berkolar dan berseluar jeans.

“Assalamulaikum…”sapaku .  Tetamu kena lah layan elok-elokkan.

“Waalaikumusalam..” Mr Playboy bingkas bangun sebaik saja aku berdiri didepannya.

“Eh duduklah..” ucapku. Kekok pulak tengok dia formal semacam.  Gaya macam kami ni tak pernah jumpa dan bergaduh langsung.

Aku terus duduk di sofa berhadapan dengannya.  Aneh rasanya, terkelu lidah ni nak bercakap. Rasa betul-betul formal pulak hari ni.

“Ermmm, kau nampak macam dah sihat?” soal Mr Playboy memulakan bicara.  Mungkin dia rasa canggung sekejap tadi.

“Aaahh.. nampaknya macam tu lah.  Kau cuti ke hari ni? MC jugak ke?” perliku sengaja menghiburkan suasana.

Dia ketawa perlahan dan sopan. “Tak lah, aku masuk office sekejap je tadi.  Saja ambil half day hari ni.  Dah lama tak berehat, so sengajalah lawat kau sekali.”

“Owh… untung jadi bos macam kau ni ye, bila-bila pun boleh cuti.”

Mr Playboy ketawa sinis. “Kalau tak jadi bos pun untung apa? Ada juga bos datang melawat pekerja kan.” Sindirnya.

Aku mencebik.  Tak payah nak over sangatlah, tau lah kau tu datang nak lawat aku.  Kecoh!

Mak Jah kemudian datang membawa dulang berisi teko dan cawan lalu diletakkan diatas meja.  Aku tambah pelik melihat semangkuk sup dibawa sama.  Aku memandang Mak Jah.  Takkanlah Mak Jah nak bagi makan sup kot petang-petang ni.  Biskut dah habis ke?

“Jemput Minum Tengku…Mia.” Pelawa Mak Jah.    Kemudian mangkuk sup tersebut diambil dan diberikan padaku.  Aku memandang wajah Mak Jah.  Tertanya-tanya. 

“Sup ni Tengku Afriel yang bawa untuk Mia tadi.  Mak Jah hidangkan je.” Ucap Mak Jah. Tersenyum-senyum wanita tua ini.

Aku memandang kepada Mr Playboy yang tersenyum di depanku. Dia mengangguk mengiakan.

Aku teragak-agak.   Perlahan-lahan tanganku mengambil mangkuk sup dari tangan Mak Jah.  Mak Jah kemudian pamit ke dapur.

Aku merenung ke dalam sup.  Erk! Kenapa Mr Playboy ni tiba-tiba bawak sup pulak? Rasa pelik je.  Selalunya kalau melawat orang sakit biasanya bawak buah atau kuih.  Dia bawak sup? Ermm sup apa ni, jernih semacam je rupa? 

“Makanlah sup tu.  Ianya sesuai untuk orang sakit.” Senyum Mr Playboy

Aku mengangkat kepala memandang Mr Playboy dengan penuh tanda tanya.   Rasa ragu-ragu pula nak makan.   Entah-entah dia bubuh minyak pengasih kot dalam ni?  Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat.  Takutlah!

“Makan je lah… tak payah risau.  Aku tak bubuh minyak pengasih pun.” Tambahnya lagi. Terangkat keningku. Tau pulak Mr Playboy ni apa yang aku fikirkan. Faham pulak dia.

Aku mengangkat sudu didalam mangkuk.  Ermm orang tua-tua kata kalau nak tau makanan tu disantau atau tidak kita kena check bawahnya panas atau tidak.  Jika bawah sejuk atas panas maknanya makanan tu tak elok.  Ada benda dalam tu.

Ermmm…baik aku check dulu.  Uisyk panas bawah dia ni.  Maknanya selamat dan boleh dimakan.  Bismillahirahmanirahim…..

Aku menyudukan sup dan mula menghirupnya sedikit. Ermmm sedapnya sup ni.  Tak macam sup biasalah, rasa halianya kuat sikit tapi sedap.  Patutlah jernih semacam tak berminyak rupanya.  Siapalah yang masak ni sedap betul.  Kena dengan tekak aku. Terus aku sudukan lagi ke dalam mulut.

“Sedap kan?”

“Aaah sedap.  Siapa masak ni?”

“Mummy yang  masak, dia kata sup ni baik untuk orang demam.”

Terharunya….baik betul mummy Mr Playboy ni.  Sempat dia nak masak untuk aku. Bertuahnya bila sakit ada ibu kat sisi kita. Tak baik betul aku fikir buruk-buruk tadi…

“Thanks…sampaikan ucap terima kasih aku dekat mummy kau.  Buat susah je.” Aku meletakkan kembali mangkuk diatas meja.

“Insyallah.  Hmm…dekat mummy je ke? Dekat anak yang tukang bawak ni tak nak ucap apa-apa?”

Bulat mataku memandang Mr Playboy.  Amboi demand!  Mengada-ngada, setakat jadi tukang bawak pun 
nak over.  Hmm…nasib sup ni sedap, so memang dia patut dapat terima kasih dari aku kan.

“Thanks to you too…” ucapku ikhlas.

“Hai…cakap terima kasih je? Lain tak ada?”  Mr Playboy kalau tak over dan mengada-ngada memang bukan dia kan.  Geram je aku.

“Kau nak apa? Aku tengah sakit ni jangan nak demand apa-apa boleh.  Karang aku tarik balik ucapan tu baru tau.”  Ucapku geram.  Ni lah manusia bagi betis nak peha. Melampau! Eiiii….pehal citer peha dan betis ni, lain macam je bunyi. Choi!

“Okay….okay…aku gurau je.  Kau ni emosi betul.”

“Mestilah…” Aku senyum.  Aku  mengambil secawan air kopi dan menghulurkannya pada Mr Playboy.  Dia agak tersentak dengan layanan aku.

“Thanks…mesti sedap kopi ni.” Senyumnya.

Of course lah… kopi rumah aku ni datang dari luar negara tau.  Rasalah, confirm kau mesti nak lagi.” Jawabku berlagak.  Padahal beli kat Mydin je.  Memang kelas kau menipu kan!

Mr Playboy meminumnya sedikit. “Ermm…memang sedap.  Hitam dan pekat.   Bertambah sedap bila tengok muka orang sakit yang hulurkan kopi ni.  Rasa kopi yang pahit ni pun tak terasa dekat lidah.  Tapi aku lebih suka letak gula.  Dua sudu gula boleh.” Ujarnya sambil menghulurkan kembali cawan kopi tadi.

Aku mengigit bibir.  Alamak lupa nak letak gula pula.  Apesal lah Mak Jah pergi asingkan gula ni.  Biasa bukan Mak Jah bancuh semua sekali ke?  Memalukan betul lah aku hari ni. Nasib Mr Playboy tu tak tersembur minum!

“Sorry tak perasan gula diasingkan.  Dua sudu kan.  Nah…” Dia tergelak.

“Thanks…Ermm…sedap.”  Aku tersenyum memandang Mr Playboy yang menghabiskan minumannya. 

“Rasa-rasanya dah lama aku dekat sini.  So aku nak gerak balik dulu lah.”  Ucap Mr Playboy memohon diri.  Aku bingkas bangun untuk menemani dia sehingga ke luar pintu rumah.

“Oh ye, besok kau still cuti lagi ke?”

“Hmmm…insyallah tidak.  Rasanya besok aku dah boleh pergi kerja.  Kenapa kau tanya?” Jangan kata dia dah mula caring dekat aku.   Mahu aku terjun jambatan kejap ni karang.

“Tak…kereta kau kan dekat office lagi.  So kalau kau nak pergi kerja besok, aku boleh tumpangkan kau ke office.”

Tumpangkan ke office? Sound so good but… apa kejadahnya dia nak tumpangkan aku.  Rumah aku dengan dia mana sehaluan.  Dia ni waras ke tidak? Lagi satu macamlah aku ni tak boleh pergi sendiri pulak kan sampai kena tumpang dia.  Rasa-rasanya besok Pak Mat dan abang pun boleh je hantar aku.  Bukan susah pun.   Musykil sungguh tengok gerak geri Mr Playboy ni?  Baik semacam je sejak berbaik dengan aku semalam? Hmm…

“Eh tak apalah, aku boleh pergi sendiri.  Pemandu kan ada, boleh je hantarkan.  Tak perlu kot nak susahkan kau.” Tolakku baik.  Kena jaga-jaga dengan lelaki Playboy. Diorang ni semua bukan boleh pakai! Ayat manis!

“Tak susah pun, lagipun apa salahnya aku tumpangkan kau.  So besok aku jemput kau dekat depan ni, Okay.” Senyumnya.  Dia memandang aku seperti betul-betul berharap.

Aku serba-salah.  Aku mengangguk perlahan padanya.   Lantak kau lah.  Malas aku nak menolak lagi.  Yang pastinya besok sebelum kau sempat sampai depan rumah aku, aku dah terlebih dahulu pergi kerja.  Tak ada maknanya aku nak naik kereta dengan kau.  Hmm… tak apa besok pagi-pagi aku dera abang untuk hantar aku.  Selamat sikit.


Mr Playboy masuk ke dalam keretanya. Dia menurunkan sedikit cermin tingkap kereta.   Dia tersenyum nipis  padaku

Aku turut tersenyum dan melambai tangan padanya.  
Sebaik saja keretanya hilang dari pandanganku.  Hatiku mula terdetik.  Hmmm... rasa lain macam je tengok kebaikan Mr Playboy ni?  Rasa something lah tengok dia.  

Pelik pun ada tengok dia mula ambil berat dekat aku kan? Dia macam ada agenda sesuatu je?  Hmmm… apa agaknya ya?  Tak apa, aku akan lebih hati-hati dengan dia nanti.  Kita tengok je apa yang akan jadi lepas ni.  Bibirku perlahan-lahan mengorak senyuman.

4 comments:

Unknown said...

Best.

Amirah Hidayah said...

bestttt. afriel ni mcm dah start suka mia lahh haha

Unknown said...

besttt .. lagi2

hallsyickes said...

Casino Games: Slots, Poker, Roulette - MJ Hub
Casino Games: 광주 출장안마 Slots, Poker, Roulette. 여수 출장안마 Game Overview. The most 창원 출장마사지 popular casino games, 시흥 출장마사지 also known 당진 출장안마 as table games, are video poker, roulette, video poker

Post a Comment

About Me