topbella

Monday, 18 November 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 3

BAB 3

Setelah berbelas jam berada di dalam Kapal Terbang  Mas A308, akhirnya aku sampai juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.  Hatiku melonjak gembira.  Setelah empat tahun di perantauan akhirnya aku kembali semula di negara asalku.

Aku bergegas ke tempat imigresen untuk melakukan pemeriksaan rutin bagi setiap penumpang yang baru keluar dari pesawat.  Kemudian aku berjalan pula ke Balai Ketibaan untuk mengambil beg-beg pakaian  dan barang-barang lain di tempat bagasi.   Akhir sekali barulah aku ke tempat pemeriksaan kastam pula

Memang memenatkan tapi  demi keselamatan semuanya harus diikuti.    Setelah selesai semua urusan, barulah aku menuju keluar ke pintu utama sambil membawa troli yang sarat.   Mataku mula melilau-lilau mencari seseorang.
Aku tersenyum sebaik saja keluar dari pintu utama.   Papa dan Abang betul-betul sedang menunggu aku diluar pintu.  Aku melambaikan tangan dan segera menolak troli mendekati mereka.

“Rindunya!!!!” jeritku, aku terus memeluk papa.   Air mataku mengalir keluar tanda kegembiraan.

“Tolonglah Dik!  kau jangan nak over boleh tak.  Baru bulan lepas papa dengan aku pergi konvocation kau dekat London.  Nampak sangat poyo lakonan kau tu.” Sampuk abang.   Dia menjuihkan mulut melihat aku yang menangis teresak-esak di pelukan papa.

Aku meleraikan pelukan, bibirku mencebik melihat abang.    Choi punya abang tak boleh aku nak feel sikit.   Sibuk cantas perasaan aku.

“Biarlah…alah tahu sangat, ni mesti abang jeles kan tengok adik dah balik.  Lepas ni tak bolehlah abang nak bermanja dengan papa lagi kan.”

“Tak kuasa aku.  Ingat abang ni budak-budak lagi ke.  Tak heran lah.  Adik tu yang manja dekat papa nak cakap abang pula.”

Aku mencebik.  Biasalah aku dengan abang kalau jumpa tak gaduh memang tak sah!

“Sudah-sudah, kamu berdua ni bila jauh tak berjumpa sibuk bertanya khabar.   Bila dah dekat macam ni asyik bergaduh je.   Tak faham papa tengok kamu adik beradik ni.”  Sampuk papa.  Hah tengok papa pun faham perangai kami, he he he.

Aku dan abang berpandangan.   Akhirnya kami tertawa .   Kami sama-sama memeluk papa.   Hubungan aku dan abang memang sangat rapat.   Maklumlah kami cuma dua beradik saja.  Hanya dialah tempat aku berkongsi segalanya selepas papa.   Walaupun kami sering tak sependapat tapi abang seorang yang sangat memahami ,dia juga selalu melindungi aku dari segala macam masalah.   Cuma itulah ada masanya kami selalu juga bertegang urat.   Yelah lautan mana yang tak bergelora kan.  Hubungan aku dengan abang ni boleh dikategori macam gaduh-gaduh manja gitulah.  Kelas kan!

“Dah tak payah kamu berdua nak buat drama pulak kat KLIA ni.  Buat malu je muka.  Jom kita balik.  Pak Mat dah lama tunggu dekat kereta tu.” Ajak Papa.

“Lah… Pak Mat dan Mak Jah masih kerja dengan papa lagi?” tanyaku riang.   Pak Mat dan Mak Jah merupakan pekerja papa yang paling lama bekerja sejak aku kecil lagi.  Aku sudah menganggap mereka berdua seperti ibubapa aku sendiri.

“Yelah…lagipun papa lebih senang dengan mereka.  Mereka tu dah macam ahli keluarga kita jugak kan.”

“Aah Mia pun tak sabar nak jumpa mereka.  Lebih-lebih lagi Mak Jah.  Tak sabar nak makan masakan dia. Rindu giler.” Aku memejamkan mata membayangkan keenakan masakan yang dimasak Mak Jah.

“Alah Dik, kau nak taw gara-gara kau balik ni Mak Jah awal-awal pagi lagi dah siap berdetung-dentang memasak kat dapur tadi.  Katanya nak masak rendang ayam kegemaran kau.  Sampai aku dengan papa makan roti je sarapan tadi taw.” Sampuk abang.

Aku ketawa.  Tak sangka Mak Jah masih ingat segalanya tentang aku.  Terharunya.

“ Dah tu cepat gerak abang, kesian adik kamu ni dah penat nampaknya.  Mari Mia” ajak Papa.
Aku mengangguk riang.  Tak sabar nak balik rumah. Home sweet home

“Eh kejap!”  Aku berhenti tiba-tiba.

“Kenapa Dik, kau ada tertinggal barang ke?” Tanya Abang risau.  Papa turut sama memandang aku.
Aku memandang kiri dan kanan kemudian tersengih. Jari kelinking aku angkat.

“Nak pergi ladies jap he he he.”

Papa mengelengkan kepala. “Pergi cepat ingatkan apa lah tadi.  Perangai tak berubah suka buat orang terkejut.”

Aku tersengih.

Aku  berlari  perlahan menuju ke ladies yang tak jauh dari sana.  Setelah selesai  aku keluar semula mencari papa dan abang.  Fuhh! Jauh betul duduk menunggu aku.   Susana yang agak sesak dengan orang  membuatkan aku berasa rimas.  Rasa pening menaiki kapal terbang masih belum hilang.   Cepat-cepat aku berjalan ke arah papa dan abang. 

“Ouch!”  bunyi suara garau dari hadapan.  Alamak! Aku terlanggar orang ni!
Aku mendongakkan kepala untuk melihat orang yang aku langgar.  Berderau darah aku melihat wajah dihadapanku. 

Dia juga tergamam memandang aku.   Suasana bagaikan senyap seketika.  Masing-masing tidak tahu hendak mengucapkan apa.  Alamak! Dalam banyak-banyak manusia kat Airport ni kenapalah lelaki ni yang aku harus langgar.  Hisykk spoil mood betul lah!

Aku menelan air liur. “Maaf tak sengaja.” Ucapku perlahan.  Aku menundukkan muka sekejap.
Dia diam memandangku.   Matanya bulat seolah-olah terkejut melihat aku yang berada di hadapannya.   Aku jadi kurang selesa melihat dia yang masih berdiam diri.

Aku mula bersuara.

“Mmmmm… Hai awak. … Bye awak.” Aku segera berpaling meninggalkan dia.  Entah apa yang aku mengarut nak cakap.  Lebih baik aku pergi, karang jadi ke lain pulak. Langkah aku atur laju.  Langsung   tidak menoleh ke belakang.  Lantaklah lagipun aku tak kuasa nak berlama-lama menghadap Si Mr Playboy tu.   Menyampah aku rasa, walaupun dah empat tahun berlalu tapi entah kenapa aku masih belum melupakan peristiwa yang terjadi.  Yang lebih menakutkan kenapa hati aku masih berdebar-debar melihat dia sedangkan hampir empat tahun aku tak pernah berjumpa dia.

Aku memegang dada menahan gelonjak perasaan di hati.

 “Dah sudah?” tegur abang sebaik saja melihat aku berdiri tegak dihadapannya.

Aku  segera mengangguk.

 “Jom….. Mia dah tak sabar nak balik.” Ajakku cepat.  Risau kalau lelaki tadi tiba-tiba muncul di depan keluargaku.

Aku berjalan perlahan sambil memeluk erat lengan papa.  Sempat juga mataku melilau mencari kelibat lelaki tadi.   Tiada.

Aku menarik nafas lega.

Kami berdiri di luar Pintu Balai Ketibaan , sebuah kereta Mercedes  Benz C-Class berwarna putih berhenti dihadapan kami. 

Pak Mat pemandu kami keluar dari kereta.   Mulutku laju saja bertanya khabar kepadanya.   Tanda menghormati dia yang lebih tua.   Abang pula sibuk memasukkan beg-beg dan barang-barang aku di bonet belakang.  Mulutnya tak habis-habis bertanya jika aku ada membelikan oleh-oleh untuk dia.    

Setelah selesai kami  menaiki kereta dan mula bergerak meninggalkan KLIA menuju ke rumah.  Sepanjang perjalanan mulutku tak berhenti berceloteh bertanyakan itu dan ini kepada papa dan abang.  Rasa gembira mula merajai hatiku.  Now I’m back!


***************************************************
Sampai saja di rumah aku disambut dengan penuh meriah oleh Mak Jah.  Aku segera memeluk Mak Jah erat.  Mak Jah sibuk melayan aku di meja makan.  Segala makanan dimasaknya hari ni.  Aku apalagi bedal lah bukan senang nak rasa semua ni masa belajar dulu. Maklumlah duduk negara orang, ni selera pun terpaksalah tukar ikut menu yang ada. Nasib!

“Ni Mia tambah nasi ni lagi.  Rendang dengan ikan tu ambil lah lagi.” Mak Jah menghulurkan nasi dan lauk pauk kepadaku bila melihat aku yang sudah tersandar kekenyangan.

“Dah-dah cukup.  Kenyang dah ni.  Nanti pecah pulak perut ni.” Tawaku. Tangan laju mengusap perut.  
Alhamdulillah….

“Alah pecah perut konon.  Dah masuk empat kali tambah baru terfikir nak pecah perut” sindir abang.
Mak Jah, Pak Mat dan Papa ketawa.  Melihat wajahku yang kekenyangan.

“Eeeeiii abang ni! Sibuk je!” aku menjeling sekilas pada abang yang tak habis hendak menyakat aku.  Abang ni kalau dilayan bercakap tak kan habis ada saja yang dia nak kenakan aku.

Setelah selesai makan aku  terus meluru naik masuk ke bilik yang telah lama kutinggalkan sekian lama.  Sebaik saja kaki melangkah masuk aroma wangian lavender menerjah masuk ke hidungku.  Aku menghidu kesegarannya.

Tak banyak perubahan dalam bilikku.  Semuanya tetap sama.  Aku menarik pintu gelangsar dan keluar ke balkoni.   Pemandangan indah bukit di Gita bayu mendamaikan bagi sesiapa yang memandangnya.   Mataku memandang ke bawah memerhati setiap inci taman di tingkap bawah.  Semuanya baru dan cantik.  Mesti 

Pak Mat dan Mak Jah yang menjaga dan merawat pokok-pokok di taman.  Tak sabar rasa nak melepak dekat gazebo yang berdekatan dengan air terjun buatan tu.  Nampak menarik kalau lepak-lepak kat situ.  Tentu lena tidur kat situ.  Aku tersengih.

Lamunanku terhenti tatkala bunyi ketukan kuat dari luar pintu.  Aku bergegas masuk ke bilik dan membuka pintu.

“Hah baru nak bukak pintu, dari tadi abang ketuk.  Tidur ke ape?” soal abang sebaik saja aku membuka pintu. 

“Alah orang kat balkoni tadi tak dengar sangat.  Kenapa ?” soalku hairan melihat abang yang nampak lelah saja.

“Ni barang-barang kau ni.  Tak reti nak bawak masuk bilik.  Penat taw abang angkat tadi.”

Hampir saja aku menepuk dahi.  Boleh lupa pula nak angkat beg tadi naik atas.  Nasiblah abang kesayangan aku ni tolong. Kalau tak mahu pengsan aku ulang-alik angkat.

Aku tersengih.
“Dah tak payah nak buat muka kerang busuk tu, tak wangi taw.  Ni apa yang  adik isi dalam beg ni berat betul. Patah pinggang abang.” Soal abang sambil merenggangkan urat-urat pinggannya.  Dramatik betul lagaknya!

Aku segera menarik beg-beg tadi masuk ke dalam bilik. Aku membuka sebuah beg yang agak besar sedikit dari yang lain.

“Nah untuk abang.” Aku menghulur sebuah botol minyak wangi Cool Water Summer Davidof limited edition kepada dia.

Bulat mata abang melihatnya.

“Gempaklah! tahu aje adik yang abang ni memang suka kumpul minyak wangi .”  Teriak abang sambil memeluk kotak minyak wangi.

Aku mengelengkan kepala melihat abang yang serupa kanak-kanak mendapat gula-gula. Tahu sangat dengan perangai abang yang memang suka mengumpul minyak wangi limited edition.  Bukan calang-calang harga tu! Lebih beribu pun dia sangup.  Asalkan Limited edition.  Kalah perempuan taw!

“Bukalah cuba bau.  Kita test, spray sikit” Ujarku nak jugak bau macam mana minyak wangi ni.  Maklumlah masa beli dengan Charles hari tu aku main aci rembat je.  Janji LIMITED EDITION!

"Tak payahlah....sayang nak membazir. Malas!"  Abang memeluk erat-erat kotak minyak wangi itu.

Aku mencebik memandang gaya dramatik abang , kedekut betul.

Laju saja tangan  aku merampas kembali kotak tadi dan membuka terus penutup botol minyak wangi aka edisi terhad ni.   Berebut-rebut aku dengan abang.  Aku menepis tangan abang dan ketawa.

Cepat -cepat aku tekan punatnya.    Zass…laju haruman minyak wangi Cool Water Summer Davidof  ini memenuhi ruangan bilik.  Aku cuba menghidunya.

“Yuckss! Kuatnya bau. Hisyk pening kepala.” ujarku segera menutup hidung.  Minyak cap kapak di sisi meja katil laju aku capai.   Hmmm…. lega.

Abang ketawa melihat aku menutup hidung. "Padan muka,balasan merampas orang punya.  Dah bagi main rampas-rampas pulak."

Aku menjelirkan lidah pada abang.   Menyampah!

“Hmmm...Ok je Dik…. Ermmm….standardlah bau minyak wangi lelaki macam ni.   Ini barulah lelaki sejati.  Masculin gitu he he he.” Ujar abang bangga sambil menghidu bau minyak wangi tadi.

Terus berdiri aku sambil bercekak pinggang memandang abang.

“Masculin konon…kiranya dah hebat sangatlah tu.  Kalau betullah abang tu power ,awat sampai sekarang sorang awek pun tak lepas.” Sindir aku.  Pelik aku dengan abang yang sampai sekarang masih tak punya girlfriend.  Abang dahlah putih, tinggi pulak tu!  Cukup pakej sebagai lelaki.  Ermmm….nak kata pernah putus cinta tak pulak.  Takkanlah? Isykkk simpang!!

Aku mengangkat kening sambil memandang wajah abang atas bawah.

“Choi! Jangan nak fikir ke lain pulak.  Abang straight okay.”  Potong abang cepat, tanda faham maksud aku.

Aku menghela nafas lega.   Nasib baik…..  Terus aku duduk diatas katil menghadapnya.

“Dah tu kenapa tak ada girlfriend lagi.  Abang cerewet sangat ke?” soalku lagi. Yelah kalau nak diikutkan perangai abang aku ni adalah sedikit fussy.  Semua nak perfect.  Complete perfect!  Pening jugak kalau dilayan.

“Entah.  Bagi abang jodoh tu Allah yang tentukan.  KUN FAYA KUN, maka Dia berkehendakkan maka jadilah Ia.   Jadi abang berserah je.  Manalah tahu bila sampai masanya nanti tiba-tiba je abang jumpa gadis yang tepat, terus je abang ajak kahwin tak payah tunang-tunang ni.  Senang.” Ujar abang panjang lebar.

Aku mengangguk mengiakan.  Agaknya abang macam papa jugak nak setia pada yang satu. Bertuahnya gadis yang akan menjadi milik abangku nanti.  Cemburunya aku.

“Adik tu bila lagi nak kahwin.  Charles tu tak nak masuk meminang ke? ” Bulat mata aku mendengar soalan abang.  Apa kes masuk Charles ni?

“Hisyk merepek je abang ni.  Adik dengan Charles tu BFF taw Best Friend Forever.  Mana ada heart feeling taw.” Balasku.  Aku segera menuju ke Almari konon-konon mengemas baju mengelak dari soalan maut abang.

“Yelah tu…BFF.  Hari tu jumpa masa convocation, melekat je korang berdua.  Charles tu nampak macam suka je kat adik.   Papa pun macam bagi green light je abang tengok.”

Terdiam aku. “Kitaorang kawan jelah abang ni.  Lagi satu Charles tu bukan satu agama dengan kita.  Tak naklah nanti masuk islam semata-mata nak kahwin.  Tak berkat.” Jelasku.  Perbezaan agama itu yang membuatkan aku tidak menaruh harapan tinggi terhadap Charles.  Bagiku berkawan lebih menyenangkan. 

Abang mengganguk faham.

“ Ermmm…dahlah abang nak keluar ni.  Nak solat Asar.   Hah Dik jangan lupa solat pulak.  Doa banyak-banyak agar Allah berikan jalan yang terbaik untuk kita semua.”  Pesan  Abang.  Dia segera bangun dari katil dan keluar.

Aku menarik nafas lega.  Pertanyaan abang tentang Charles menambahkan rasa rindu aku kepada sahabat baik yang satu itu.   Pasti Charles pun sudah sampai ke Vietnam sekarang.

Aku segera mengambil Blackberry di dalam tas.  Facebook terus aku online.  Page Charles aku buka untuk mengintai statusnya.  Tiada apa yang baru diupdate.  Kosong!

Aku mengeluh…Hampa.

Tanganku terus laju menekan butang offline.  BB aku letak tepi.  Kenangan di airport mula diimbas.  Masih terbayang-bayang wajah sayu kami berdua tatkala berpisah di Lapangan Terbang.   Semoga satu hari nanti kami akan bertemu lagi.  Insyallah….





3 comments:

Kami A.S.S.H said...

Bestlh cite nnii....bile nk sambunggg??

Unknown said...

best...

ada said...

Best..

Post a Comment

About Me