ASSALAMULAIKUM.....Semua, ini adalah entry untuk memori cinta kita. Bagi siapa yang pernah baca cerpen semanis gula-gula kapas. Mesti korang kenal watak ni. ian buat cerpen tu berdasarkan novel ian ni. Tapi cerpen dan novel berbeza tau. Jadi jangan tanya kenapa tak sama. semoga terhibur.....
******************************************************
BAB 5
USAI
Solat
Isyak aku menyarung T-shirt radioactive warna biru yang di beli Abang Hafizul
hari tu. Cantik! Elok je terletak dekat
badan aku, sepadan dengan seluar jeans denim warna biru aku ni. Aku hanya menepek sedikit bedak kompak dan
secalit lip balm di bibir.
Natural!
Setelah siap aku terus
keluar meninjau Along yang sedang menghidupkan enjin kereta Saga FLX aku. Katanya nak test drive kereta baru aku
tu. Aku biarkan saja sebab dia yang
tolong bayar bulan-bulan jadi tak kisah dia nak test drive ke ape asal tak
rosak.
Aku duduk di sofa, sementara
menunggu Angah. Lama betul betu
bersiap, kalah perempuan! Aku menjeling jam di dinding. Aku bangun dan ke dapur mencari mak. Kemudian aku baru teringat, yang mak dan abah
ke masjid solat jemaah. Aselehe….
“Dah jom. Karang lambat pulak.” Arah angah pada aku
tiba-tiba. Amboi! Wanginya! Sedozen ke ape pakai minyak wangi. Nak pergi makan sate je pun!
“Eh… orang dah lama
siap tau. Angah tu je yang lambat.” Angah mengunci pintu rumah.
Abang Hakeem , dan
Abang Hafizul pun dah siap tunggu kitaorang dekat luar. Entah bila diorang sampai aku pun tak
tahu. Aku tersenyum melihat mereka
sebelum mataku tertacap pada baju yang dipakai Abang Hafizul.
Bulat terus mataku. ‘isykk dia ni
suka pakai baju sama warna dengan aku’
“Along kau drivekan, aku duduk depan, Korang
bertiga duduk belakang.”arah angah .
“Eh tak mahu lah. Adik duduk depan lah. Angah
duduklah belakang.” Balas aku geram. Suka
hati je nak arah orang. Dia ni tak fikir ke aku duduk kat belakang
bersempit dengan sepupu lelaki, ke dia dah lupa adik dia ni perempuan.
“Eh suka hatilah! Dah jangan nak banyak cakap, ikut je
lah. Cancel makan sate nanti baru tau.”
“Yelah..yelah..”balasku
malas nak bertekak. Aku duduk dekat
seat belakang sebelah kiri. Abang
Hafizul duduk kat tengah , Abang Hakeem kat tepi.
Kereta mula bergerak
menuju ke destinasi, perjalanan yang memakan masa 30 minit ni sangat
menyesakkan aku. Mana taknya, Along
kalau drive macam jalan ni dia punya. Suka
hati perut dia je mencilok. Yang lebih sakit hati sekali, Abang Hafizul ni dari
tadi asyik menghimpit dekat aku je. Dia
ni nak aku tercampak dari kereta ke ape!
Aku memejamkan mata.
Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu menjalar dekat pinggang. Aku tersentak! Cepat-cepat aku memegangnya ‘Tangan?’
Hai main raba-raba pulak, ni yang pantang ni. Aku terus berpaling pada tuan yang empunya
badan.
“Ape ni ..” Bisikku perlahan
terus menepis tangannya. Abang Hafizul
tersentak! Aikk dia yang raba aku ke aku
raba dia?
“Eh.. sorry tak sengaja. Handphone abang kat situ.” Bisiknya . Matanya melorot dekat bawah duduku.
Terus aku tengok dekat
bawah dudukku. Memang elok-elok je
Samsung galaxy note tu landing kat situ.
Yang peliknya bila time pulak boleh ada sini. Nasib aku tak jerit tadi kalau tak nayalah
kau kena tibai dengan abang aku.
“Nah ambil. Lain kali cakap. Jangan nak pandai sendiri je.” bisikku geram.
Abang Hafizul
mengambilnya, kemudian berpaling ke sebelah sana. Muka
dia merah je menahan malu. Isykk macam
dia pulak yang kena raba. Confius aku, sape sebenarnya mangsa
sekarang ni? Hwarghhhh!!! ada yang
makan penampar kejap lagi !!!.
*******************************************************
KAMI
akhirnya
sampai di Restoran Sate dekat Simpang Ampat Melaka. Aku segera keluar dari kereta. Huh! azab boleh patah pinggang duduk
terhuyung-hayang macam ni. Lain kali
jangan harap aku nak naik dengan Along . Silap hari bulan boleh mati ! Bawak kereta macam pelesit!
Kami mengambil tempat
duduk berhadapan dengan sebuah pentas kecil.
Macam ada live band je restoran ni.
Tu mesti taktik nak menarik lebih ramai pelanggan lah tu.
Kami membuat pesanan . Sementara menunggu, angah bangun dan berbual
dengan seseorang di atas pentas. Angah
berbisik sesuatu kepada salah seorang ahli band tersebut. Nampak mesra je.
Aku buat tak tahu. Tak peduli! Sebaik saja sate dan air sampai. Aku
terus makan. Tak boleh tunggu lagi. Lapar!
Aku ambil dan makan
beberapa cucuk sate. Sedap! Tiba-tiba ada satu suara memanggil nama aku
untuk ke pentas. Hampir saja aku nak tercekik. Aku
terpinga-pinga. What’s going on? Aku memandang
Along. Along mengangkat bahunya. Aku pandang pentas dekat depan. Vokalis band tadi bercakap sesuatu.
“Atas permintaan abang
awak. Dia berharap awak dapat naik ke
pentas dan menyanyikan sebuah lagu khas, sempena hari jadi dia.” Ujar vokalis
itu lagi.
Gulp!
Hari jadi? Bila pulak
hari jadi dia hari ni? Aku pandang
angah yang senyum-senyum sinis dekat aku.
Dia nak prank aku lah tu! Hampeh!
Bengang je rasa tengok muka angah. Aku segera naik ke pentas, orang ramai mula
bersorak.
“Ehem…
helo..helo..123..”aku mengetuk sedikit microfon. Dah
lama tak karok mesti karat jap lagi
he he he.
“Terima kasih kerana
prank saya Angah dan selamat hari jadi adik ucapkan. Semoga panjang umur selepas ini hehe..” sinisku.
“Actually saya tak pandai pun nyanyi, biasa-biasa bolehlah. So
apa kata kalau angah pun nyanyi dengan saya sekali. Ramai-ramai baru seronok kan?” ajakku
sengaja. Padan muka ingat boleh lepas ke
bila kenakan aku.
“Okay cepat start. You can do it!” jerit Along semangat
Aku tersenyum kelat. Banyak bunyi pulak Along ni. Dia ingat nyanyi kat pentas ni macam
karaoke dalam bilik ke?
Aku dan angah mula
memilih lagu. Muzik live band dimulakan. Aku
menarik nafas.
Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
Semua pelanggan berdiri
bertepuk tangan. Fuhhhh… bangga
siot. Aku tersenyum memandang Angah. Rupa-rupanya ini sebenarnya dia nak
tunjukkan kat aku. Al maklumlah family
kami jenis yang tak suka anak dara melalak kat depan orang. Jadi bakat yang ada kat aku ni jadi terpendam
je lah. Tapi tak apa, aku pun tak idam
nak jadi penyanyi. Suara aku bukan best
sangat pun. Sayang angah… walaupun dia
selalu sakitkan hati aku tapi aku tahu dia memang the best brother in the world.
I love you bro!
Aku turun ke pentas
bersama angah. Aku berbisik mengucapkan terima kasih kepadanya. Dia hanya
mengenggam erat tangan aku dan tersenyum.
Kami menghabiskan
makanan. Abang Hafizul hanya mendiamkan
diri, langsung tidak bercakap. Komen lagu aku pun takde! Abang Hakeem dengan Along je yang banyak puji.
Hampa sikit hati aku, tak pernah aku
rasa macam ni. Tapi kenapa ye aku harap komen dia? Hai laaa hati time ni lah kau buat hal.
Akhirnya kami pulang ke
rumah. Dalam kereta Abang Hafizul hanya
memejamkan mata, earphone dilekapkan di telinganya sepanjang perjalanan. Dia langsung bercakap apa-apa pun.
Kenapa ye? aku nyanyi
tak sedap ke? atau dia tak suka aku menyanyi. Aduh! Kenapa hati aku gelisah bila
tengok muka dia macam tu. Aku memejamkan mata menahan rasa hati.
3 comments:
Best and lawak lah hahaha xD
BEST.
Kelakar XD...
Post a Comment