BAB
7
SUASANA
di Putrajaya Sentral agak lengang , mungkin
kerana jam sudah menginjak ke pukul 11. Biasanya Putrajaya Sentral hanya sibuk pada
sebelah pagi. Al-maklumlah Pusat Pentadbiran kerajaan , jadi
tentulah sesak orang nak pergi kerja.
Eh! Macam mana aku tahu? Ha ha ha mana taknya
dulu aku pernah pergi temuduga kat sini kat bahagian Lembaga Peperiksaan. Masa tu memang kelam-kabutlah aku. Yelah tak pernah jejak kaki kat sini meroyan
jugak mencari hotel bajet, nasib ada. Kalau
tak memang aku bajet nak tidur masjid je time tu.
Tapi yang lebih hampehnya lepas temuduga tu
tak ada pulak orang tu call. Padahal
time temuduga, dah beria-ia mengatakan mungkin aku dapat kerja tu. Sabar je lah….
Aku melangkah keluar
dari ERL dan terus berjalan ke tingkat atas. Perlahan-lahan aku menarik beg baju.
Aku duduk di bangku yang disediakan.
Mataku melilau-lilau mencari Fitriah.
Hampa.
“Mana Fitt ni? Lupa
ke?” luahku tiba-tiba.
Aku mengeluarkan
handset Sony Ericsson dari dalam poket. Nombor telefon Fitt ditekan. Bunyi Caller
Ringtone sedetik lebih nyanyian
Anuar Zain bergema di telinga. Suara Fitriah kedengaran jauh.
“Hello Beb! Sorry
sangat aku kat Bangi. Ada emergency lah
tadi.” Pintas Fitriah sebelum sempat aku berkata. Terkejut aku, kalah ERL tadi, laju bebenor (benar)
“Hah! habis tu aku
macam mana? Kau ni janji melayu
betullah!” Balas ku geram. Apehal nak salahkan melayu, ada kena mengena ke?. Hai
laa…
“Hesyy kau ni jangan
lah marah. Cuba tarik nafas. Dengar apa aku nak cakap dulu ni.” pintas
Fitriah.
“Mahu tak marah! Hari tu berjanji, beria-ia sangat tapi ape
hampeh.”
“Ni yang aku nak story ni. Aku taw aku janji nak jemput kau. Tapi pagi tadi mummy call, dia kata aku kena attend satu majlis kat sini. Urgent! hal bisnes.” Terang Fitriah panjang lebar.
“Habis tu aku macam
mana ni? Kena tunggu kau ke?”
“Isykk giler nak tunggu
aku. Berkulatlah jawabnya kau kat situ.
Jangan risaulah aku bukannya kejam
sangat. Macam ni kau tunggu kat laluan
kereta tu, nanti sekejap lagi Adam sampai.
Tadi aku dah call, suruh dia jemput
kau.”
“Hah! Adam pakwe kau ke jemput aku? Aduh! Seganlah. Ape kata kau bagi alamat rumah kau, nanti aku
naik teksi je pergi.” Aku memberi idea pada Fitriah. Tak nak aku aku naik
dengan pakwe dia. Bukan kenal sangat
pun.
“Dah jangan kau nak
mengada-ngada. Karang kau kena culik
sape nak bertangungjawab? Naik teksi
konon, karang driver teksi tu bawak kau lari siam baru taw.” Ujar Fitriah
panjang lebar.
“Kau ni Fitriah imaginasi
tinggilah. Kau ingat aku ni budak-budak
ke.” Aku mencebikkan mulut geram dengan ulasan Fitriah.
“Isykk kau ni kita kena
beringat sebelum kena. Dah jangan
banyak cakap, tunggu je Adam tu. Lagipun dia ada kunci pendua rumah tu, sebab
hari tu dia tolong tengokkan orang yang pindahkan barang kat situ.” Ulas
Fitriah panjang lebar. Malas aku nak
layan.
“Yelah…yelah. Pukul berapa pakwe kau ni nak jemput aku.”
Akhirnya aku mengalah.
“Entah aku pun tak
tahu. Kau tunggu je lah, kejap lagi sampailah tu. Okay lah aku nak masuk dewan ni nanti jangan
lupa mintak kunci dekat Adam. Jangan
aku balik nanti, kau jadi guard kat depan rumah pulak.” Tawa Fitriah sebelum menamatkan panggilan.
Hampeh betul Fitriah ni
ada ke digelaknya aku. Adoi! Nak tunggu mamat ni pulak. Lemah lutut aku. Dahlah
baru jumpa sekali, tak friendly pulak tu. Huh!
SUDAH
3
jam aku duduk bertapa di Putrajaya Sentral ni.
Bangun,duduk, dan berdiri dah jadi rutin aku sejak dari tadi. Aku mengerling sekilas pada jam tangan, jarum
jam telah menunjukkan sudah pukul 2 petang.
Hati aku dari tadi sudah
terbakar-bakar dan macam disiat-siat je duduk dekat sini. Nasib baiklah aku baru lepas menunaikan solat
zuhur di surau berdekatan kalau tak memang aku maki-maki je ‘makhluk’ tu nanti.
“ Ya Allah sabarkanlah
hati aku nanti..Amin….” Aku mangaminkan doa dengan kuatnya. Beberapa orang yang
lalu lalang memandang aku dengan pelik. Mungkin mereka fikir aku gila agaknya
bercakap seorang diri dari tadi.
Aku buat muka selamba
je. Biasalah aku kena cover balik perbuatan terlampau aku
tadi. Ini semua pasal kekasih Fitriah, sampai sekarang tak nampak batang hidung.
Kata nak jemput!
Kalau tak mengenangkan
Fitriah tu sahabat aku dah lama dah aku blah dari tunggu mamat tak guna ni. Sekali lagi aku menatap mesej yang dihantar
Fitriah sejam yang lepas.
Salam
Tizz…Maaf kau tunggu sekejap ye…Adam dalam perjalanan nak jemput kau, dia
lambat sedikit. sabar yea..aku pun tak tahu dia ada hal tadi. Sorry tau nanti
aku belanja kau…apa pun kau jangan pergi mana-mana pulak, risau aku nanti. Take
care taw. C u soon. -Fitt…-.
Aku mengeluh… Bila difikirkan balik akal kewarasan aku,
mungkin saja Adam ada urusan penting. Yelah nama pun doktor kan mana tahu ada
pesakit dia yang sakit ke mesti dia kena rawat dulu kan. Lagipun aku ni cuma kawan Fitriah je, takkan
dia nak berkejar jemput aku. Lainlah kalau Fitriah, mesti dia dah berlari
datang ke sini. Silap haribulan siap
berkhemah pulak dekat depan ni.
Bibirku mengukir
senyuman bila memikirkan semua itu.
“Ehem..”
“Apocot mak kau
kahwin!” latahku terkejut. Aku mengusap dadaku berulang kali. Siapa punya angkara ni. Heart attack aku! Aku mengalihkan pandangan ke belakang.
Lahh… ‘makhluk’ ni
rupanya. Aku mendongak memandangnya
yang sedang berdiri. Dia kelihatan
santai hari ni dengan T-shirt berkolar berwarna hitam dan seluar jeans berwarna
biru. Cermin mata hitam disangkutkan
di kolar. Tiba-tiba jantung aku berdebar
dengan kencang sekali melihat dia.
Dia memandang aku
sekejap sebelum mengalihkan pandangan ke arah begku. Aku terkebil-kebil
memandang dia. ‘Eh kenapa tak keluar suara ni tadi rasa macam-macam nak maki
dia’
“Jom.” Adam memulakan
bicaranya.
Aku tersentak seketika,
maklumlah ralit tengok dia tadi. Adoi!
Boleh mengelamun pulak aku melihat dia.
Pakwe orang tu!
“Hah..ermm… jom.” balasku
sambil mengangkat beg dan mengikut langkah dia yang berada di depan. Aku
mengikuti langkahnya dari belakang. Bukannya
sebab aku segan nak jalan tepi dia, tapi terpaksa jalan dekat belakang. Mana taknya berat giler beg aku ni!
Slow-slow lah aku jalan. Mamat ni pula
langsung tak tolong aku. Dari tadi dia
buat bodoh je! Hai laa… kenapa lah
pakwe sahabat aku ni langsung tak ada timbang rasa.
Adam menghentikan
langkahnya. Dia berdiri pada kereta Subaru impreza berwarna biru. Dia
menekan butang lock pada kunci kereta.
Aku menghampirinya
perlahan. Dia memandangku, sambil
tangannya memberi isyarat menunjuk pada bonet kereta. Ceh! Dia ni macam aku ni orang bisu pulak main
isyarat-isyarat.
Aku terus memasukkan
beg ke dalam bonet kereta dan menutupnya. Tanpa disuruh aku terus masuk dekat tempat
duduk penumpang di bahagian hadapan. Tak tahan, cuaca panas. He he he
Adam masuk ke bahagian
pemandu dan menghidupkan enjin kereta.
Matanya mengerling sekilas pada aku yang sedang mengipas-ngipaskan
tangan ke muka. Panas! Dia menekan butang on pada air-cond. Fuhh!
Dinginnya sejuk badan aku. Aku tersengih memandang dia sekejap.
Kereta
terus bergerak meninggalkan Putrajaya Sentral.
Aku membuang pandangan ke luar. Melihatkan bangunan yang tinggi dan
cantik membuat aku kagum dengan Negaraku sendiri. Ternyata usaha kerajaan membangunkan Malaysia
selama ini membuahkan hasil. Kini
Malaysia mampu berdiri megah seiring dengan Negara maju yang lain.
Lamunan
berunsur patriotik tadi terhenti apabila kereta memasuki simpang dan berhenti
di hadapan deretan kedai makan. ‘Eh dia nak belanja aku makanlah, bestnye lapar
ni’ lonjakku dalam hati.
Sejak
dari tadi aku belum mengisi perut dengan makanan berat. Itu nasib baik pagi tadi aku makan roti coklat
dan air milo yang aku beli semasa di Seremban.
Ada juga buat pertahanan. Tapi
bila dah nampak aje kedai ni tadi,
mulalah perutku ni bernyanyi riang macam dah boleh buat konsert ‘worm’band
dalam perut ni. Hehehe.
“Jomlah
kau mesti laparkan?.” Soalnya padaku.
Eh
dia guna kata nama ganti ‘kau aku’ tak sopan langsung. Hari konvo tu macam gentleman sangat. Poyo betul mamat ni, lakon je lebih depan
Fitriah.
“Hmmm….
aku memang lapar pun.” Balasku selamba. Orang dah tak hendak aku pun tak ingin
nak sopan santun dengan dia.
Kami
keluar dari kereta dan masuk ke salah sebuah kedai makan yang berderet di situ.
Banyak juga kedai makan kat sini
macam-macam jenis ada dari lauk pauk, nasi ,mee,kuih dan sebagainya. Pendek
kata beraneka macamlah, tinggal tunggu nak order je.
Aku
dan Adam duduk di bangku yang disediakan.
Kami duduk berhadapan. Seorang
pelayan lelaki datang dan memberikan menu kepada kami. Aku melihat menu yang ada ditanganku. ‘Mak
oii! Banyaknya…apa aku nak makan yek?’ Otakku mula ligat berfikir.
“Nak
order ape Bang?” Soal pelayan lelaki tadi.
“
Ermm…Dik bagi Abang nasi goreng kampung dengan jus oren.” Adam terlebih dahulu
membuat pilihan.
Isykk
makan nasi tak suka aku dengar. Aku
nikan dalam proses berdiet nasi sekarang ni. So apa saja tentang nasi aku tolak tepi dulu.
Takut karang kalau order nasi mahu tak cukup sepinggan. Baik aku order something yang meringankan.
Pelayan
lelaki tadi memandang aku dengan senyuman.
Mungkin dia menunggu pesanan dari aku pulak. Aku pun mulalah tersipu-sipu. Cover cun!
“Saya
pulak nak char kue tiaw dengan jus epal.”
Pelayan
lelaki tadi berlalu setelah mengambil pesanan.
Sambil menunggu makanan dihantar, aku mencuri-curi pandang wajah lelaki
dihadapan. Dia menundukkan sedikit
wajahnya memandang hanset di tangan kemudian tangannya menekan keypad pada hanset
mungkin menghantar sms pada Fitriah.
Tiba-tiba
dia mengangkat wajahnya. Aku tersentak,
anak matanya memandang terus pada mataku.
Dengan cepat aku mengalihkan pandangan. Terasa tiba-tiba jantungku
berdegup kencang sama seperti pertama kali aku berjumpa dia dahulu.
Aku
berlagak seperti tidak punya perasan.
Aku memandang dia semula dan tersenyum…
“Ermm
pelik…Fitriah kata kau ni talkactive
person… tapi aku tengok kau ni dari tadi dah macam orang gila pun ada asyik
tersenyum saja.” Sinisnya.
Mati
senyumanku tadi. Perghhh! Macam bom atom
aku rasa. Sesedap hati dia mengutuk aku. Aku mula mengurut-urut dadaku. ‘tenang
Tizz jangan malukan diri di depan lelaki.
Aku menarik nafas perlahan-lahan. Aku tersenyum memandang dia. Rileks
it’s show time…
“Senyumlah…selagi
kita masih bernyawa. Senyumlah kerana
ada saatnya nanti takut kita terlupa macam mana mahu tersenyum.” Aku mengatur
ayat. Sopan.
“Oh
ya pasal talkactive person tu.. saya
rasa Fitriah lupa nak bagitahu awak yang saya ni tak suka bercakap dengan orang
asing. Dan awak tak layak pula jika
nak menilai saya dengan sekali pandangan saja.” Tambahku lagi sambil melemparkan senyuman
sinis kepada dia.
“Hurmm intresting… so aku kenal kau dululah,
then baru aku boleh nilai kau?”
“
No need.” Balasku ringkas
“Why?” Dia mengerutkan dahinya, tak puas
hati dengan jawapanku.
“Tak
ada istilah nak kenal lebih baru boleh nilai saya. Cukuplah setakat awak kenal saya sebagai kawan
Fitriah. Lain dari pada tu tak ada yang penting pun.”
“Betul
tu. Kau bukan orang yang penting pun .”Balasnya
selamba.
Warghhh!!! geramnya aku. Dia ni memang poyo lah. Memang aku kaki je muka dia ni karang.
Arghhhh!!!!
Belum
sempat Adam mahu membuka mulut menambah.
Pelayan lelaki tadi datang menghantar makanan yang dipesan.
Setelah
pelayan lelaki tadi berlalu. Aku membaca
doa dan terus makan. Perghh…lapar giler.
Char kue tiaw tadi aku sudukan dan masukan beberapa suapan ke dalam
mulut. ‘sedapnya makan free hehehe.’ Aku kemudian baru teringat pada insan di
depanku. Adoi! Macam mana boleh lupa ye aku bukan datang
sorang tadi. Aku memandang dia sambil mengangkat sedikit sudu… ‘makan.’
Adam
nampak agak sedikit tercengang melihat aku. Dia menggelengkan kepalanya
kemudian bibirnya menguntumkan sedikit senyuman. Mungkin dia geli hati melihat tingkahku yang
serupa orang sepuluh tahun tak makan. Aku
mengutuk perutku yang memalukan tuannya ini.
Kami
makan tanpa berkata apa-apa.
Masing-masing sibuk menjamu hidangan di depan mata. Tak sampai 15 minit
aku sudah menghabiskan makanan dan minuman.
Memang muka tak malu betul. Adam
pun telah selesai makan. Aku merenung
dia yang masih minum.
Baru
aku teringat aku tak sempat nak tengok dia makan macam mana. Yelah nak jugak
tengok orang handsome makan macam mana.
Kot-kot ada special sikit caranya.
Maklumlah anak Dato, mesti ada class!
Tapikan
dia ni tak ada lah berlagak sangat, simple jugak orangnya. Kalau tak masakan anak orang kaya sanggup
makan kat medan selera macam ni.
Selalunya anak orang kayakan suka makan kat hotel atau restoran mewah.
Fitriah
pun salah seorang dari anak orang kaya yang aku sebut tadi. Dia pun memang cerewet kalau memilih tempat
makan. Kalau tempat tu dalam bangunan
mungkin dia akan cuba. Tapi kalau tepi
gerai atau kedai mamak, jangan harap dia nak masuk. Aku
pun kadang-kadang naik geram jugak dengan sikap dia. Tapi nak buat macam mana dah sifat dia macam
tu, terpaksa jugak aku bertolak ansur. Sapa
tak sayang sahabat wei.
Aku
bergegas bangun bila melihat Adam berdiri dan menuju ke kaunter bayaran. Aku pantas mengikutinya. Setelah selesai kami berjalan menuju ke kereta
semula.
1 comments:
BEST NAK LAGI....
.
Post a Comment