BAB 5
“KAU?!!!” Soalnya.
Matanya tajam seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman
seolah-seolah rasa gembira menemui aku.
Hisyk apa pulak rasa gembira , entah-entah dia ada niat tak baik dengan
aku kot. Yelah mana tahu kot- kot dia
masih dendam dengan aku, sejak scene aku simbah dia dengan air sirap empat
tahun dulu. Siapa tahu kan. Hisykk baik
aku jaga-jaga dengan lelaki ni.
“Sorry…aku kenal kau ke?” soalku sengaja. Aku berpura-pura tidak mengenalinya.
Dia tersenyum sumbing memandang
wajahku.
“Mustahil kau dah tak ingat aku
lagi. Aku rasa mesti kau tak lupa perkara empat tahun dulu kan. Kalau tak kenapa kau lari masa kat airport
semalam.” Jawabnya sinis.
Aku berlagak selamba. Ceh! ingat pulak dia hal semalam. Baru nak mengelak tadi. Rileks Mia semuanya masih boleh dikawal.
“Ooo..tentulah aku ingat. Kalau tak silap, empat tahun dulu aku ada
simbah air dekat sorang mamat playboy ni.
Kau ke lelaki tu? Opss…. sorry
aku tak cam lah tadi.” Aku tertawa kuat
sengaja. Wajah lelaki tadi berubah keruh
mendengarnya.
Padan muka siapa suruh ingatkan
aku pasal tu. Hah kan dah kena. Padan muka kau Mr Playboy yang tak tahu malu.
“Kau masih tak berubah ye. Tetap macam dulu. Sombong!” balasnya padaku. Eh dia ni suka hati je nak judge aku
sombong. Sabar Mia!
“Well… kalau aku sombong pun apa
masalah kau. Lagipun aku memang
menyampah kalau nampak muka kau. Jangankan
kata empat tahun tak jumpa, empat ribu tahun tak jumpa pun aku tetap benci
dengan kau. Tak suka tahu tak!” jelingan
maut aku berikan padanya.
Dia menarik nafas. Kakinya melangkah perlahan mendekati
aku. Terkejut dengan riaksinya,
cepat-cepat aku berundur ke belakang.
“Kau jangan nak dekat dengan
aku. Aku belasah kau nanti.” Aku segera
membuka langkah Tae Kwan Do yang aku belajar selama ni.
“Kau ni memang dilahirkan jadi
gangster ye. Ingatkan lepas empat tahun
ni perangai kau dah berubah. Tapi
nampaknya sama saja. Siapalah yang nak
kan kau ni. Kalau ada pun, mesti malang
nasib dia.”
Aku mengigit bibir mendengar ayat
yang keluar dari mulut puaka dia. Kurang
asam jawa betul. Berani dia sumpahkan
hidup aku. Tak boleh jadi ni. Declare War!
“Hoi Mr Playboy mulut tu jangan
nak sebarang cakap. Kau memang
betul-betul cari pasal ni.” Mendidih terus darah aku.
“Ape? Ingat aku takut dengan
kau. Boleh jalanlah perempuan. Apa punya malang nasib, aku jumpa kau hari
ni. Dahlah semalam kau langgar aku dekat
Airport. Gara-gara kau, girlfriend aku
merajuk dengan aku tahu tak. Tak
pasal-pasal aku kena beli hadiah nak pujuk dia. Semuanya salah kau tahu tak!” jeritnya
padaku.
Tersentak aku mendengarnya. Isykk ape hal salah aku. Rasanya semalam aku
langgar dia tak sampai 3 minit pun. Eh
Playboy ni besar kecil-besar kecil je aku tengok dia. Memang cari nahas.
“Lagi satu aku rasa kau ni macam
stalker aku je. Dari semalam sampai ke
hari ni kau asyik nak melanggar aku je.
Cakaplah yang sebenarnya kau memang dah terjatuh cinta dengan aku. Huh! macam aku tak tahu taktik perempuan macam
kau ni. Aku dah masaklah wei!” tambahnya
lagi. Makin mendidihlah darah aku
mendengarnya. Ya Allah… kenapa makhluk
ni perasan sangat!!
“Eh MR P.L.A.Y.B.O.Y jangan nak over sangatlah ye. Kau ingat aku ni hinggin sangat nak stalker
kau, tolong cermin diri tu dulu lah.
Setakat lelaki macam kau ni, jadi alas kaki aku pun belum tentu aku nak
lap taw. Please lah.” Aku ketawa sinis. Biar dia rasa mulut aku yang lebih ‘angker’ ni.
“Kau…memang nak kenakan
perempuan.” Jari telunjuknya diangkat
lurus. Aku membeliakkan mata
melawannya.
“Ape! Ingat aku takut?” kami
berdua bertentang mata. Tajam.
“Maaf… akak dengan abang berdua
ni jadi ke tak nak beli buku ni?” Tanya petugas kaunter yang tercengang dengan
kelakuan kami berdua. Kami berdua
tersentak. Aku memandang sekeliling
ternyata rata-rata semua pelanggan memerhatikan aksi kami berdua dari tadi.
Ya Allah.... macam mana aku boleh
lupa yang aku kat tempat umum ni.
Malunya! Ni semua Mr Playboy
punya pasal lah ni. Mana aku nak letak
muka ni!
“Maaf Dik akak tak jadi belilah. Adik jual lah dekat orang lain. ” Balasku
geram. Aku segera keluar dari Kinokuniya
tanpa memandang ke belakang sedikit pun.
Panas hati aku. Baru nak
memotivasikan diri ada pulak yang menambah bara dekat hati. Arghhh!!
Baliklah. Mood nak berlama kat sini dah
terbang. Aku mengeluarkan BB terus menghantar mesej kepada abang.
Aku melangkah keluar menuju ke
tempat parking. Bukan apa, lebih baik
tunggu kat sini dari tunggu kat dalam.
Seboleh-bolehnya aku dah tak hinggin nak terserempak dengan Mr Playboy tu lagi. Benci betul!
“Hah dik. Kenapa cepat sangat nak balik. Tadi kata nak duduk lama sikit.?” Tanya abang
sebaik saja menghampiri aku yang
bersandar pada kereta. Dia terus
menekan alarm kereta.
“Dah lah jangan banyak
tanya. Buat spoil mood je nanti.” Aku segera masuk ke dalam kereta. Abang menjeling sekilas padaku. Mungkin dia pelik melihat aku yang tiba-tiba
melenting. Aku memejamkan mata menahan
rasa. Sungguh aku rasa marah
sangat. Aku berisgtifar, menyabarkan
diri dari terjebak dengan godaan syaitan.
********************************************************
SAMPAI saja dekat rumah aku terus berlari masuk ke
bilik. Aku merebahkan badan diatas
katil. Perasaan sebal masih menguasai
diri. Aku jadi pelik kenapa setiap kali
bila berjumpa dengan MR Playboy at ku mesti naik angin. Arghhh!! Buat apa nak fikir. Dah tentu-tentu kerana mulut puaka dialah aku
jadi macam ni!
Aku mencapai BB di sisi meja katil. Rasa rindu pada sahabatku yang
satu. Selalunya bila aku rasa marah atau sedih pada dialah tempat aku mengadu. Aku membuka facebook. Hampa. Tiada
status terbaru pun pada Facebook Charles.
Alahai BFF kenapalah kau tak online. I need you right now. Aku mencampakkan BB
diatas tilam. Sebal.
Aku berbaring semula sambil
memejamkan mata. Cuba untuk menenangkan
diri.
“Arghhhhhhh!!! I Hate You MR. PLAYBOY!!!!!!!!!” aku menjerit
kuat di dalam bilik. Stress! Aku terus meniarap menekupkan muka pada bantal.
6 comments:
best nak lagi.
Wahhhhh best nyerrr...menarik citer ny...
terima kasih....
Eh? Macam tiada pun diceritakan waktu di airport tu. Ada ke?
http://justsonimagination.blogspot.com/#
ada dalam bab 3...cbe tgk blik....
Best gile ;)
Post a Comment