topbella

Thursday, 21 November 2013

I Hate You MR. P.L.A.Y.B.O.Y 5

BAB 5


“KAU?!!!”  Soalnya.  Matanya tajam seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.  Bibirnya tidak lekang dengan senyuman seolah-seolah rasa gembira menemui aku.  Hisyk apa pulak rasa gembira , entah-entah dia ada niat tak baik dengan aku kot.  Yelah mana tahu kot- kot dia masih dendam dengan aku, sejak scene aku simbah dia dengan air sirap empat tahun dulu. Siapa tahu kan.  Hisykk baik aku jaga-jaga dengan lelaki ni.

“Sorry…aku  kenal kau ke?” soalku sengaja.  Aku berpura-pura tidak mengenalinya.
Dia tersenyum sumbing memandang wajahku.

“Mustahil kau dah tak ingat aku lagi. Aku rasa mesti kau tak lupa perkara empat tahun dulu kan.  Kalau tak kenapa kau lari masa kat airport semalam.”  Jawabnya  sinis.

Aku berlagak selamba.  Ceh! ingat pulak dia hal semalam.  Baru nak mengelak tadi.  Rileks Mia semuanya masih boleh dikawal.

“Ooo..tentulah aku ingat.  Kalau tak silap, empat tahun dulu aku ada simbah air dekat sorang mamat playboy ni.    Kau ke lelaki tu?  Opss…. sorry aku tak cam lah tadi.”  Aku tertawa kuat sengaja.  Wajah lelaki tadi berubah keruh mendengarnya.

Padan muka siapa suruh ingatkan aku pasal tu.  Hah kan dah kena.  Padan muka kau Mr Playboy yang tak tahu malu.

“Kau masih tak berubah ye.  Tetap macam dulu.  Sombong!” balasnya padaku.  Eh dia ni suka hati je nak judge aku sombong.  Sabar Mia!

“Well… kalau aku sombong pun apa masalah kau.  Lagipun aku memang menyampah kalau nampak muka kau.  Jangankan kata empat tahun tak jumpa, empat ribu tahun tak jumpa pun aku tetap benci dengan kau.  Tak suka tahu tak!” jelingan maut aku berikan padanya.

Dia menarik nafas.  Kakinya melangkah perlahan mendekati aku.  Terkejut dengan riaksinya, cepat-cepat aku berundur ke belakang.

“Kau jangan nak dekat dengan aku.  Aku belasah kau nanti.” Aku segera membuka langkah Tae Kwan Do yang aku belajar selama ni.

“Kau ni memang dilahirkan jadi gangster ye.  Ingatkan lepas empat tahun ni perangai kau dah berubah.  Tapi nampaknya sama saja.  Siapalah yang nak kan kau ni.  Kalau ada pun, mesti malang nasib dia.”

Aku mengigit bibir mendengar ayat yang keluar dari mulut puaka dia.  Kurang asam jawa betul.  Berani dia sumpahkan hidup aku.  Tak boleh jadi ni.  Declare War!

“Hoi Mr Playboy mulut tu jangan nak sebarang cakap.  Kau memang betul-betul cari pasal ni.” Mendidih terus darah aku. 

“Ape? Ingat aku takut dengan kau.  Boleh jalanlah perempuan.  Apa punya malang nasib, aku jumpa kau hari ni.  Dahlah semalam kau langgar aku dekat Airport.  Gara-gara kau, girlfriend aku merajuk dengan aku tahu tak.  Tak pasal-pasal aku kena beli hadiah nak pujuk dia.   Semuanya salah kau tahu tak!” jeritnya padaku.

Tersentak aku mendengarnya.  Isykk ape hal salah aku. Rasanya semalam aku langgar dia tak sampai 3 minit pun.  Eh Playboy ni besar kecil-besar kecil je aku tengok dia.  Memang cari nahas.

“Lagi satu aku rasa kau ni macam stalker aku je.  Dari semalam sampai ke hari ni kau asyik nak melanggar aku je.  Cakaplah yang sebenarnya kau memang dah terjatuh cinta dengan aku.  Huh! macam aku tak tahu taktik perempuan macam kau ni.  Aku dah masaklah wei!” tambahnya lagi.   Makin mendidihlah darah aku mendengarnya.  Ya Allah… kenapa makhluk ni perasan sangat!!

“Eh MR P.L.A.Y.B.O.Y  jangan nak over sangatlah ye.  Kau ingat aku ni hinggin sangat nak stalker kau, tolong cermin diri tu dulu lah.  Setakat lelaki macam kau ni, jadi alas kaki aku pun belum tentu aku nak lap taw.  Please lah.”  Aku ketawa sinis.  Biar dia rasa mulut aku yang lebih ‘angker’ ni.

“Kau…memang nak kenakan perempuan.”  Jari telunjuknya diangkat lurus.  Aku membeliakkan mata melawannya. 

“Ape! Ingat aku takut?” kami berdua bertentang mata.  Tajam.

“Maaf… akak dengan abang berdua ni jadi ke tak nak beli buku ni?” Tanya petugas kaunter yang tercengang dengan kelakuan kami berdua.   Kami berdua tersentak.  Aku memandang sekeliling ternyata rata-rata semua pelanggan memerhatikan aksi kami  berdua dari tadi. 

Ya Allah.... macam mana aku boleh lupa yang aku kat tempat umum ni.  Malunya!  Ni semua Mr Playboy punya pasal lah ni.  Mana aku nak letak muka ni!

“Maaf Dik akak tak jadi belilah.  Adik jual lah dekat orang lain. ” Balasku geram.  Aku segera keluar dari Kinokuniya tanpa memandang ke belakang sedikit pun.  Panas hati aku.  Baru nak memotivasikan diri ada pulak yang menambah bara dekat hati. Arghhh!! Baliklah.  Mood nak berlama kat sini dah terbang.   Aku mengeluarkan BB terus menghantar mesej kepada abang.

Aku melangkah keluar menuju ke tempat parking.  Bukan apa, lebih baik tunggu kat sini dari tunggu kat dalam.  Seboleh-bolehnya aku dah tak hinggin nak terserempak dengan  Mr Playboy tu lagi.  Benci betul!

“Hah dik.  Kenapa cepat sangat nak balik.  Tadi kata nak duduk lama sikit.?” Tanya abang sebaik saja menghampiri aku yang  bersandar pada kereta.  Dia terus menekan alarm kereta.

“Dah lah jangan banyak tanya.  Buat spoil mood je nanti.” Aku segera masuk ke dalam kereta.  Abang menjeling sekilas padaku.  Mungkin dia pelik melihat aku yang tiba-tiba melenting.  Aku memejamkan mata menahan rasa.  Sungguh aku rasa marah sangat.  Aku berisgtifar, menyabarkan diri dari terjebak dengan godaan syaitan.

********************************************************
SAMPAI  saja dekat rumah aku terus berlari masuk ke bilik.  Aku merebahkan badan diatas katil.  Perasaan sebal masih menguasai diri.  Aku jadi pelik kenapa setiap kali bila berjumpa dengan MR Playboy at ku mesti naik angin.  Arghhh!! Buat apa nak fikir.  Dah tentu-tentu kerana mulut puaka dialah aku jadi macam ni!

Aku mencapai BB di sisi  meja katil.  Rasa rindu pada sahabatku yang satu. Selalunya bila aku rasa marah atau sedih pada dialah tempat aku mengadu.    Aku membuka facebook.  Hampa.   Tiada status terbaru pun pada Facebook Charles.   Alahai BFF kenapalah kau tak online.  I need you right now. Aku mencampakkan BB diatas tilam.  Sebal.

Aku berbaring semula sambil memejamkan mata.  Cuba untuk menenangkan diri.


“Arghhhhhhh!!!  I Hate You MR. PLAYBOY!!!!!!!!!” aku menjerit kuat  di dalam bilik.  Stress! Aku terus meniarap menekupkan muka pada bantal.  

6 comments:

Unknown said...

best nak lagi.

Unknown said...

Wahhhhh best nyerrr...menarik citer ny...

Ian asynata said...

terima kasih....

Unknown said...

Eh? Macam tiada pun diceritakan waktu di airport tu. Ada ke?
http://justsonimagination.blogspot.com/#

Ian asynata said...

ada dalam bab 3...cbe tgk blik....

Unknown said...

Best gile ;)

Post a Comment

About Me