BAB 4
Sekejap ke kanan sekejap ke kiri
aku berpusing. Sungguh perubahan tempat
tidur menyebabkan aku susah melelapkan mata.
Mungkin disebabkan cuaca yang panas membuat badanku tidak selesa. Maklumlah..dulu duduk tempat sejuk tiba-tiba
dah jadi panas pulak tentu saja badan aku masih belum dapat menerima sepenuhnya
perubahan.
Jam yang berdeting kuat di luar
membuatkan aku lebih resah. Hisykk kuat
betul bunyi dentingannya menakutkan je bila dengar. Tak ape lepas ni aku nak letak jam tu jauh
sikit. Barulah aman hehehe. Aku memasang
telinga mendengar dentingan jam. Tepat
jam 5.00 pagi. Mataku sudah bulat
memandang siling. Segar.
Aku segera bangun dari
katil. Tekak tiba-tiba terasa haus. Aku menuruni anak tangga menuju ke bawah. Lampu suis dapur aku buka. Mata melilau-lilau mencari peti ais. Maklumlah orang baru datang he he he. Segera pintu peti ais dibuka. Jus oren di dalam kotak aku capai dan
tuangkan ke dalam cawan. Hmm…lega.
Aku keluar dari dapur dan terus ke anak tangga. Belum pun sempat aku mendaki anak tangga,
papa pula ku lihat turun ke bawah.
“Eh awal puteri kesayangan papa
ni bangun.” Tegur papa. Aku tersengih
memerhati papa yang lengkap berpakai baju melayu dan berkain pelekat.
“Tak adalah. Terjaga tadi tak dapat tidur sangat. Panas.”
Rungutku. Papa tersenyum mendengar
omelanku.
“Kenalah biasakan diri dari
sekarang. Mula-mula memanglah macam
tu. Nanti lama-lama dah tak rasa dah
panas. Dah terbiasa.” Nasihat papa
lembut. Ni yang buat aku sayang papa lebih ni he he he.
Aku mengangguk lemah.
“Dah mari kita solat
berjemaah. Ni pergi kejut abang kamu
tu. Dia tu kalau tak dikejut memang
takkan sedar.” Bebel papa sebelum turun ke bawah.
Aku ketawa jahat. Peluang baik ni. Teringat aku masa zaman
sekolah dulu-dulu. Setiap pagi mesti
kena kejut abang kadang-kadang sampai naik bosan rasa. Yelah kalau dikejut tu terus bangun boleh lah
lagi. Ini tak dia siap boleh landing
baik lagi tidur kat katil. Sampai satu
tahap tu aku dah tak tahan terus aku simbahkan air kat muka dia. Hah kau! seminggu dia bangun tidur sendiri
takut dengan aku. Tapi lepas seminggu
mulalah dia buat perangai balik. Sabar
je lah.
Aku segera berlari naik ke
atas. Pintu bilik abang aku buka
perlahan. “Assalamualaikum…my big brother. Hello
wake up…. Abang…” kejutku perlahan.
Badannya aku gerakkan perlahan.
“Isykk!! Jangan kacaulah. Orang nak tidur ni!!”Abang menarik selimut
dan meniarapkan mukanya ke bantal.
Aku menggelengkan kepala. Tengok perangai tak
berubah! Aku memandang ke arah pintu bilik mandi sambil tersenyum
lebar. Segera langkah ku atur masuk ke bilik mandi. Aku keluar semula dan perlahan-lahan mendekati abang yang masih tidur lagi. Jeng …jeng… burrrr!!!!!!!!!
“Tolong!!!tolong!!! lemas.” Jerit
abang kuat. Terus terjatuh ke bawah
katil.
Aku menahan perut ketawa melihat
gelagat abang. Memang sama macam
dulu. Tak berubah perangai ha ha ha.
Terpisat-pisat mata abang
memandang ke arahku yang sakan ketawa.
“Sejuk bang… sedap
tidur.”perliku. Aku ketawa dengan lebih
kuat lagi. Tak sangka sampai terjatuh katil abang kena simbah air. Dasyat!!
Muka abang masam memandang
aku. Aku berjaga-jaga. Kena hati-hati ni..
Abang bingkas bangun dan mula
mengejar aku. Sepantas kilat aku berlari
keluar dari bilik. Selamatkan diri Hulk
dah mengamuk!!
“Siap kau Dik memang nak kena
ni!!” jerit abang sambil terus mengejar aku
Aku segera berlari-lari turun ke
anak tangga. Abang laju mengejar dari belakang. Kami berlari berpusing-pusing di sekeliling
sofa.
“Subhanallah… apa kecoh-kecoh
ni.” Aku dan abang berpusing ke belakang mendengar suara papa yang tiba-tiba
muncul.
“Dia ni!!” jerit kami
sama-sama. Aku dan abang berpandangan
kembali. Meletus terus ketawa kami
berdua. Papa mengelengkan kepala
melihat tingkah kami. Bibir papa merekah
dengan senyuman.
*************************************************
“Ada plan apa kamu berdua pagi
ni?” tanya papa.
“Tak ada apa
duduk rumah je.” Jawabku sambil menguap.
“Hisy adalah..tengahari ni abang
nak bawak adik round satu KL, nanti senang bila dah tahu
jalan.”sampuk abang.
Bulat mata aku
mendengar. Teruja terus.
“Ermm..baguslah nanti senang nak pergi kerja. Remember
your promise girl.” Ingat papa.
Aku mengangguk lemah.
Mahu tak ingat! Aku kan dah janji
akan kerja dengan papa asalkan papa bagi aku belajar dekat overseas dulu. Disebabkan janjilah aku pulang semula ke
Malaysia kalau tak mesti aku dah cuba nasib bekerja dengan orang lain terlebih
dahulu. Kumpul pengalaman. Tak apelah kerja dekat Syarikat sendiri pun
boleh dapat pengalaman jugak kan!
**********************************************************
(Didalam kereta)
“BERBEZA betul KL sekarang
ye. Makin sesak!” tawaku.
“Ni tak adalah sesak sangat. Cuba masa pergi kerja atau balik, lagi sesak
sampai tak bergerak langsung. Sekarang
ni semua orang mampu beli kereta. Dah
murah! Tu yang jadi banyak tu.”
Aku mengangguk mengiakan. Kagum dengan perkembangan Malaysia
sekarang. Makin hari makin maju. Siapa tahu lepas ni kereta pun boleh terbang.
Jadi tak adalah sesak lagi kan he he he.
“Abang kita nak pergi mana ni?”
tanyaku mataku melilau-lilau melihat arah papan tanda di tepi jalan. Jalan ape ni? Macam pernah lalu tapi tak
ingat.
“KLCC.”
“Good.”
Teruja terus. Bangunan berkembar Petronas tu memang tempat
lepak-lepak masa zaman giler-giler dulu.
Shopping time!
************************************
“Adik, tunggu sini kejap. Abang
nak pergi Isetan jap tengok minyak wangi. Nak apa-apa tak?”
“Gucci Flora sebotol.”
Selambaku. Terbeliak mata abang dengar.
“Jangan harap.” Abang terus
melangkah pergi. Aku ketawa
perlahan. Ingatkan tanya tadi bolehlah
ngepau duit si abang tersayang. Rupanya
hampeh je!
Hmm…takkan nak tunggu kat sini
je. Giler apa! Dah macam patung cendana
je! Argghh pergi Kinokuniya lah.
Aku mengatur langkah menuju masuk
ke dalam Kinokuniya. Lebih baik tunggu
abang kat dalam tak adalah canggung sangat duduk kat luar. Lagipun boleh juga cari satu dua buku bagi
menghilangkan rasa bosan dekat rumah.
Aku menghantar mesej kepada abang
terlebih dahulu. Nanti tak adalah dia
tercari-cari kan.
Aku mula melangkah dari satu rak
ke satu rak. Beberapa buku motivasi aku
capai. Hmm… bagus beli buku ni boleh
menguatkan lagi semangat dalaman dalam diri ni fikirku. Aku segera menuju ke kaunter
pembayaran.
Entah
apa yang silap aku hampir terlanggar seorang lelaki yang berada dekat dengan kaunter. Aku segera berpaling untuk melihat lelaki
tersebut. Terkedu terus aku. Tak mungkin!!!
Dia memakai kemeja berwarna hitam
dan berseluar jeans. Ditangannya
terdapat beberapa buah buku yang agak tebal.
Bibirnya yang tersenyum nipis
menambahkan lagi kekacakkannya sebagai seorang lelaki. Arghhh!!! Apa aku merepek ni!
Aku cuba berlagak tenang menahan
gelodak jiwa yang bergelora ketika ini.
Air liur aku telan. Hisykk kenapa
mesti dia yang aku jumpa. Malaysia ni
dah tak ada orang lain ke? Arghhh!!!
Benci betul tengok muka MR. Playboy ni.!!!!
1 comments:
Setelah 4 thn masih ingat lagi?? Wow... Daebak.
http://justsonimagination.blogspot.com/#
Post a Comment